Thursday, December 31, 2009

1.1.2010

Salam Tahun Baru , Salam azam Baru Salam buat semua.....
2010 muncul awal ari ini...So, kebanyakan 'hot spots' dipenuhi manusia yg amat 'menantikan' Tahun Baru 2010. Ape ada dgn 2010?  pertambahan tahun, melambangkan pertambahan usia (makin tua), mendekatkan kepada ajal, merapatkan jodoh,InsyaAllah (bg yg bujang),naik gaji, dan beerapa perkara yang positif mahupun negatif...

Permulaan tahun baru sy?hehe, cerita yg agak memenatkan..Xde niat pun nak celebrate tahun baru 2010..Cukuplah nk tgk kemeriahan kat dlam TV ..Tp insiden takdir dah pun berlaku malam tadi.  Kul 8 lebih sy kuar ngan housemate n zura, g makan kat IOI,segamat baru, ramainye la manusia time tu...Tunggu makanan saje dh sejam, pas tu, abis melantak, g la Dataran Segamat..konon-konon nk tgk bunga api, tup..tup.. tido je dalam kete ..2-3 min lg kul 12, kami beredar, singgah kat tepi jalan jap, sbb terserempak dgn mini-bunga api...then, balik umah..Sampai umah x boleh nak masuk umah pulak..kesnya sbb kami berdua x bawak kunci rumah..Housemate len (luth) dah blk kg..adusss...camne ni.. Macam2 usaha cube, tp gagal..Akhirnye sy memecut ke Keratong 3, amek kunci umah dr luth, then patah balik segamat..dalam prjalanan tu pulak kne tahan ngan JPJ-psl lampu kete sy yg hensem tu..haha,,..kene lg..nasib x saman..ape la hai..
dalam kul 2.30 baru sampai umah, then terus tido...perghhh...penat la sambut tahun baru,,,,,,,!!

Wednesday, December 30, 2009

HARI TERAKHIR 2009

Masa yang berlalu x akan kembali..Sesuai dgn pepatah..Perkara yang lebih tajam dr mata pedang..adalah MASA..
2009 berlalu dengan agak baik dalam konteks kehdupan sy..Alhamdulilah, 2009 mengajar sy bermacam-macam erti kehidupan, dari segi karier, keluarga, kehidupan, dan macam-macam lagi. Ada perkara ynag berlalu dengan cemerlang, ada perkara yang berlansung dalam keadaan so-so shj, dan ade juga perkara yang dilaksanakan tetapi gagal melepasi "KPI" dengan sempurna. 2009 juga ada masa sy terasa bagai dikayangan, kadang terasa bagai berada disinggahsana, kadang terasa macam bos, kadang terasa mcm kuli ,kadang terasa mcm tuan rumah, kadang terasa macam org gaji, kadang terasa mcm anak mithali, kadang terasa mcm anak kurang ajar, kadang terasa amat DIHARGAI, kadang terasa seperti anjing hinaan..Kadang amat selesa bersama,kadang terasa seperti langsung tidak diperlukan..

Tu sume kitaran kehidupan yg sy fikir, sume orang pun menjalani kitaran yang sama ,cuma dalam konteks yang berbeza..Setiap ape yang berlaku, tetap ade penghayatannya..

2009 adalah tahun yang banyak mengajar sy dalam karier ,dunia pekerjaan sy. Meskipun kadang-kadang terasa sepeti "Patah hati" ,tetapi semangat yang ada membantu sy supaya tetap menjalani life kerja ni. Keseronokan bekerja pun byk, untungnya sy dapat bekerja memang dalam bidang yang sama semasa belajar, cumanya kene byk blajar pasal pentadbiran kerajaan. Mula-mula macam menyampah gak , tapi melihatkan bos sy yang sgt komited, terasa malu lak. Tp, sampai skrg, mende-mende yg mmg sy x suke buat, sy xnk blaja..hehe...

tp tula.len xde ape sgt la..
dengan harapan 2010 akan lebih cemerlang dari 2009.....,InsyaAllah.

Tuesday, December 22, 2009

ape dah jadi, ape nak jadi?

Hari ni dimulakan dengan perasaan yang bercampur baur...Perasaan yang x boleh nak di mengertikan dengan apa-apa perkataan pun. Bersamaan gak dengan ase x sihat , jiwa kacau...isyhhhh..memang  rase macam x nak hidup je ari  ni [Allahuakbar]..

Ape yang dah jadi ni? Ape puncanye?,...Erm...xboleh nak jawab kat khalayak ramai.Tapi puncanya memang bermacam-macam..Antaranya, keadaan rumah yng sgt sgt sgt messy..[Sebab dah bawak keluar perabot, so x tau nak simpan barang-barang katne sementara nk pindah rumah baru].Nak cari baju pun malas dah .dengan habuk,barang-barang sy yg banyak tu..Sebab lain, sy ngah risau psl keje yg byk x siap lg, dalam mase yg same pembantu sy cuti, kerani sy ntah la kemana-mana,..Sebab lain? erm..yg x boleh diceritakan kot..tp mmg byk makan hati akhir-akhir ni sebab yg ni..
Sepatutnye, die la yg menjadi penawar tuk ketenangan diri sy, tp sikap yang x nak berterus terang [ye ke?sy teka je] teus menyusahkan sy. Menyusahkan sy untuk berfikir dan bertindak..Huh!....

Ape la yg nak jadi kat sy ni?Sumenya aturan Ilahi...

"Kalau betul,katekan betul, Kalau nak Katekan nak, Kalau X nak, katakan x nak, kalau masih, katekan masih, kalau dah habis, ckp terus terang'.....

Sunday, December 20, 2009

Selamat datang ahli baru

2 keluarga disatukan dengan dengan lafaz akad.. .. 18/12/2009, menjadi saksi bahawa sahabat baik sy selamat di ijabkabulkan dengan abang saya. Sungguh tidak dirancang , namun itulah jodoh, walau apapun rintangan , tetap akan bersatu.

Minggu yang agak memenatkan. Sy balik ke kampung  pada 17 hb,singgah rembau amek akak ipar n anak-anak sedare, then patah balik segamat [ tertinggal sun glass-berbaloi ke patah balik,huhu], then sampai temerloh hampir-hampir jam 7.00 malam., then, jam 9.15 mlm gerak ke Kuantan pula untuk amek kete lagi satu...jam 12.30 malam tiba rumah semula, then terus tdo, mengenangkan esoknya nk drive ke kedah pulak.

18 hb/1 Muharam....Rombongan kami bergerak ke Kedah..Bermulanya perjalanan dengan hujan...dan sepanjang perjalanan hujan mengiringi kami..kete kat highway lak boleh tahan la byknye..trafic jam kat beberapa tempat, dan kat RNR pun sume penuh. Rombongan berhenti rest kat RNR Tapah..makan [berkelah] kat tepi jalan dengan bekal yang dibawak..masing2 dh niat tuk jamak akhir sbb kat TAPAh tu mmg ramai sungguh pengunjungnye..so, kami pu  teruskan perjalanan.. Tetibe , Ali[abg sy] call ' kin, kite exit ikut pendang ek', ...sy pun ok kan aje..nak dijadikan cite..ade lori kontena berlanggar sblm exit pendang, selepas exit gurun...apa lagi, 3 jam tersekat kat situ...masing-Masing dh gelisah....ali nak akad nikah kul 8.30malam..alih2, dtg abg udin [abg ain] amek ali, n 2 orng saksi dr jalan gurun..jam 8.00 baru jalan highway dibuka kepada lalulintas.Kiteorng pun mula la sehabis boleh menciluk dalm mengikut peraturan jalanraya [?]..huhu.....tp, camne pun ciluk, ttp x sempat tgk ali n ain akad nikah,...dgr je khabar bahawa dieorng dh selamat...ape2 pun, alhamdulillah..semoga kepayahan ini akan membawa hubungan mereka kekal ke akhir hayat...minngu ni plak akan berlangsung enduri kat umah sy di Temerloh...jemputlah hadir beramai-ramai..SELAMAT PENGANTIN BARU -ALI & AIN-

Friday, December 11, 2009

Jangan di Rentap, Cuma pergilah dengan elok

Meruntunkan hati dan perasaan orang bukanlah niat sy dalam menjalani kehidupan seharian, namun dalam sedar atau tidak, dengan sengaja atau tidak membuatkan hati dan perasaan orang lain terasa pasti ada..Penciptaan manusia yang berbeza-beza ini cukup unik. 2 bulan yang lepas sy meruntunkan perasaan seseorang..Sy sendiri tidak tahu mengapa sy sanggup buat begitu.. Itulah, disaat keadaan menyebelahi kita, sentiasa peluang yang baik dan menyebelahi kita yang membawa kesenangan dan kegembiraan terus digunakan tanpa berkongsi dengan insan lain. Tatkala itu sy hanya memikirkan perasaan sendiri.....tapi kini, bile semuanya telah berlalu, sy terfikir, wajarkah apa yg sy lakukan padanya? Hikmah tersembunyi di sebalik peristiwa tersebut.
 dan kini, perasaan sy diruntun...terguris, kecewa, menangis sendirian..Perasaan yang berulang seperti dulu. Rasa yng berulang-ulang tanpa henti, sendirian...Tiada tempat meluakan rasa, tiada bahu untuk  meringankan beban, tiada teman untuk bersama...

Mungkin masa dah time [?]...sy kene persiapkan diri sy..kemana hala tuju sy....memikirkan rutin sy yang akan berubah selepas ini [jauh btl akal sy berfikir]...tapi sy tau, perkara seperti ini tetap akan trjadi, .. Tetap akan terjadi walau cepat atau lambat, Cuma sy mohon agar tempatkan sy dgn seeloknya.Meterai janji dan kata yang di ungkap, loloskan diri dgn hormat.,jgn terus rentap apa yg sy ada...

"Sebagaimana awk menerima sy, sebegitu jugalah  tempatkan sy smula di tempat sy.. Bukan sy minta apa yng berlaku, tapi kita bersama yang bersetuju."

Tuesday, December 1, 2009

Cuai dan Salah

Kesalahan selalu berlaku akibat kecuaian kita sendiri.. Sepanjang dalam sebulan ni, 2 kecuaian yang direkodkan secara rasmi telah sy sendiri lakukan.Moga ianya menjadi pengajaran kepada sy untuk lebih berhati-hati dan lebih teliti dalam melakukan kerja. Apakan tidak, surat untuk panggil ahli mesyuarat yang dihantar diletakkan salah tarikh. Haru biru jadinya. Kalau setakat 2-3 org, xpe lg, tapi melibatkan ramai org dan rakan sekerja. Emm..pengajaran untuk sy untuk memantau dengan lebih teliti hasil kerja staf..Malu gak la bile tetibe kwn2 menelefon dan tegur mengenai hal tersebut (surat yg salah tarikh)..

Dalam ketelitian sy, tetap ada jua yang tertinggal. Kuasa Ilahi..

So, jangan cuai dalam melakukan kerja dan tanggungjawab..Kerana kecuaian itulah,kita akan dipertanggungjawabkan.

Koir

Tetibe sy terjebak dgn pasukan Koir Department HEP. Baru menarik nafas lega apabila cuma dilantik menjadi jawatankuasa, namun apakan daya, kesuntukan ahli koir menyebabkan sy dipanggil jua oleh Kapten koir HEP. Jadi, nak x nak, kne la support gak department sendiri. Tapi keadaan diri sy kurang mengizinkan sbnrnye, selsema mula menganas, hidung asyik tersumbat, kahak pun by...Ish..ape la nk jadi..Dugaan. Nikmat yang sementara ditarik untuk keinsafan diri....

Monday, November 30, 2009

hari ni.....

Salam Aidiladha buat semua.
Kehidupan seharian masih diteruskan dengan beberapa aktiviti tambahan, ada tambah tolaknya dengan bermacam plan. Aidiladha berlalu dengan pantas..Sambutan di Temerloh, biasa2 saje...Sy sendiri hanya duduk je kat rumah..Menjelang jam 2 petang baju kurung diganti dengan t-shirt dan track suit, mula tuk mengecat rumah. Tema kali ni, hijau n pink..Tetibe timbul je idea tuk mengabungkan kedua-dua warna. X sempat ambil gambar sebab belum siap sepenuhnya.. LAgipun rumah stil under construction...

Sy pulak, 29hb (Ahad) dan balik ke Segamat memandangkan esoknya,(ari ni) dah mula bertugas..Beban tugas bertambah sebab bos bercuti sehingga 9 hb manakala rakan sejawatan (ajis,) cuti kahwin.....so, ade 2-3 event nk kne handle bersama-sama dgn staf lain.Semoga takde masalah2 yang akan mencacatkan event nnt.
Semoga semuanya akn berjalan lancar menjelang Tahun baru 2010.

Kehidupan mesti diteruskan walau apa yang terjadi.. Kita mesti berdiri atas kaki sendiri dan bersama sokongan rakan-rakan sekeliling. Insya Allah semua kan berjalan lancar.

Sunday, October 25, 2009

Manusia Biasa

Sekali-sekala bile terjadi begini, memang mencabar. Kesabaran membatasi waktu, akal, fikiran...Tapi, apakan daya...
Last week (Sabtu), sy ke rumah angah, kat  Chembong, Rembau [kire2  hampir 2 jam dr Segamat]. Saje melepak kat sane, melayan anak-anak sedare. Alhamdulillah, life angah n Famili semakin ok. nampaknye ade kemajuan dalam kehidupan die selain menambah waris keluarga. Biarpun hidup sederhana, tp biar berbudi bahasa. Sy menyokong untuk angah merantau mencari rezeki di tanah lain, sebab, pada sy, merantau tu menambah pengalaman dan mencari ilmu tentang kehidupan. Sampai satu ketika, putaran hidup akan tetap ke jalan permulaan untuk menamatkan perjalanan. Sy juga merancang begitu. Merantau selagi termampu, sampai satu ketika, sy tetap akan pulang ke kampung halaman, menghabiskan sisa-sisa kehidupan, menyemai bakti di tanah sendiri.
Hari Ahad sy mengajak angah n anak-anak ke wet world Pedas. Saje jalan2. memberi kegembiraan kepada waris-waris sy. Bersinar hati bile tgk telatah waris-waris tersebut [fiqah, aiman and lisa] main air. Kalau dulu, sy n adik beradik hari-hari pegi 'Wet World'.namenya Wet World Sungai semantan... Mane tidaknye, ,,hari2 terjun ke sungai tambah2 lg bile time petang. Mcm2 aktiviti ade..men gelongsor dr tebing ke dlm air, terjun dr tali hutan, mcm2 gaye terjunan yg kami buat dr pokok dan tebing sungai.. Tu la cara kami bermain kat "wet world" dulu2...Time tu Sungai Semantan Juz beberapa meter depan rumah sy.mmg seronok..Tp kalau suh sy terjun sg semantan tu skang, sy x berani dah kot. Pernah gak try beberapa bulan yg lepas, tp dah takut nak terjun..

Tu antara kisah2 yang sy tetap akan kenang .

Balik dari Rembau, Petangnya sy ke Jakel di teman oleh Housemate, jannah...Tujuan utama nak beli kain tuk majlis Ali nnt. Kaler??X nak cerita ynag berkenan n terkenan, tapi nak cerita yang dah dibeli.. Kaler Hijau. Hijau yang sapetutnya memberi kedamaian di hati sy. Namun apakan daya, fikiran dan hati sy seakan tidak puas sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi...

Ketenangan hati bukan milik kita. Terletak pada keadaan dan situasi sekeliling. Anugerah Ilahi tuk manusia yang terpilih. Sy keresahan sepanjang malam Terfikir berbagai-bagai cara tuk melepaskan amarah dan kegelisahan. Namun Akal yg diberi membatasi .. Menyeimbangkan pengaruh dan anasir negatif..
Hati yang merajuk mmg mudah untuk dikesan, tetapi untuk difahami sgt sukar. Mereka yang memahami sy, amat sedikit..mungkin itu anugerah tuk sy, dan sy amat mudah memahami org, juga anugerah tuk sy.. Cuma sy sendiri yg perlu aturkan tindakan bijak. Seringkali saat di sini sy kurang bijak membuat keputusan dan mempraktik tuk menutralkan keadaan.  Bosan? x juga..tp mungkin hati sy juga ingin dipujuk..

Begitu Begini

Salam semua..
Agak lame sy x update entri blog.Tp xpe pun, sbb xde info yang penting pun untuk di share, sekadar sedikit catatan perjalanan kehidupan dan juga pandangan cetek yang rase berguna untuk kwn2 len..

1st skali nk bukak cite psl tempat keje . Dr last week UiTM Johor mengalami masalah karan (elektrik)...
dah overload...yela, dah berape lama x ditukar apa yg patut..so, meragam la kawan tu..dalam pada mase tu gak, mcm2 program kat UiTM johor, but stil berjalan cam biase...Kedengaran la rungutan dari warga2 UiTM johor dari segenap lapisan. Dari pihak student (main client) [adus, kelas dh jadi sauna, bergelap lg malam ni, assignment x dpt siapkan ni, laptop x leh pakai., n macam2 lg], dari pihak staf lak, [camne ni, xleh nak buat, sume gune komputer,,,adus, panasnye-xde aircond]..tapai, bertuahnye, segala tugas tetap dilaksanakn sesempurna mungkin. Bagi ofis sy?..hehe, sy n k.azah buat prjek la....
Mengemas apa yg patut..maklumlah, nak terima org baru [kerani-so k,azah dh boleh tarik nafas sket la lps ni]..

n, tahniah buat Ain -MSP, sbb berjaya dapat anugerah Harapan Siswi ,Persatuan MSP, sbb dapat kelab terbaik kategori sukan, n to my bos, (hj nasir) Congrate coz dapat anugerah Penasihat Terbaik....

Monday, September 28, 2009

Cerita raye

Sebenarnya dh mula bekerja pada hari semalam (isnin, 28 Sept)/. tp x berkesempatan nak buat entry. Raya di Temerloh tamat pada hari Khamis. Petang khamis sy dah bergerak ke Kuala Lumpur.Hantar mak kat Cheras. Hari Jumaat sy kembali ke tempat perantauan rezeki sy, segamat. Rumah pertama yang sy beraya tentulah ke rumah housemate sy, Jannah..Dek kerana laparnye time tu, dengan x malunya mintak nasi kat umah die..(thanks sbb layan sy makan nasi). Then, malamnya ke rumah ibu, di jamu dgn mee kari.. Kepenatan adan sepanjang raya di rehatkan di rumah Segamat.

Sepanjang bercuti kat Temerloh, mmg memenatkan, namun cukup memuaskan hati. Semua adik beradik dan anak waris-waris kecil kami berada di rumah kecuali satu-satunya adik perempuan sy, Rafidah yang beraya di Australia pada tahun ni.. Merantau mencari rezeki hingga ke seberang laut..

Dalam keriuhan syawal , namun  jauh di sudut hati sy, terasa kesunyian adik sy di sana. Biasanya  persediaan raya kat umah sy akan bahagi-bahagikan dgn die, tapi kali ni bantuan akak ipar sy harapkan. Akak sy biasela, tugasnya tukang masak main course..Kepenatan yg terluah di bayar dengan kegembiraan ahli keluarga bersama-sama meraikan syawal terutamanya melihatkan celoteh khadija,lisa, aiman, syafiqah, rungutan arif n aisyah (kne buat keje), simbiosis hidup farah, dan keletah baby hani n mira....

Sebaik mungkin sy mensucikan syawal ini dengan khidmat bakti tenaga anugerah Ilahi. Moga kegembiraan kami berkekalan..[ Ya Allah, tautkanlah ikatan hati kami dengan seerat-eratnya dalam kasih dan sayang]


My Happy Family..
.

Thursday, September 17, 2009

HARI RAYA

Salam Aidilfitri tuk semua.. Sinonim dgn adat dan budaya di seluruh negara aidilfitri hari untuk bergembira, maaf-memaafi dan berkunjungan, ziarah menziarahi sanak saudara n sahabat handai. Budaya dan adat praktikal yang amat mengharmonikan dunia tanpa mengira kaum dan pertelingkahan. Time Raya gak menyaksikan banyak dosa antara manusia dan manusia terhapus dan sekaligus menjaga keharmonian perhubungan antara hamba-hamba Allah.Keadaan ni juga seolah-olah hari kita  mensucikan dosa kite dgn keluarga, dan sahabat handai. mana yang tak bertegur sapa, yang bermasam muka akan saling bersalaman. Semoga situasi ni akan berterusan sehingga ke akhir zaman. Dan dengan harapan, kemaafan yang diberi dapat menyemarakkan lagi rasa kasih sayang sesama makhluk.

Aidilfitri sentiasa mengingatkan sy kepada arwah ayah yang telah 15 tahun meninggalkan kami adik beradik. Tatkla beliau masih bersama kami, aidilfitri memberi erti  yg amat besar. Setelah pemergiaanya, Aidilfitri berlalu suram tuk beberapa tahun. Namun, sekarang keadaan mula berubah. Aidilfitri juga yang menyatukan kami adik beradik [11 orang termasuk yg berlainan mak]. Kemeriahan Aidilfitri semakin lama semakin meriah. Mungkin kerana sedikit ruang kesenangan anugerah Ilahi. Kemeriahan dan kegembiraan yang sy nanti kan pabila waris-waris kecil keluarga kami bergembira menyambutnya. Dengan senyuman, gelak tawa dan kepenatan mereka bergembira membuatkan sy berasa bahagia. itulah yang sy nantikan dan inginkan. Kerana kegembiraan raya ketika sy kecik2 dulu tidak dapat  sy nikmati sepenuhnya.

Buat *ayah yang dirindui, doa sy [Ya allah, berikanlah ketenangan yang abadi buat ayahku, jadikanlah kuburnya sebagai salah satu taman dari syurga, ]

*ayah sy -Hassan Bin Osman .

Tuesday, September 15, 2009

Maaf

Perkataan yang kadang-kadang senang nak ucapkan dan kadang2 susah nak dikatakan... kadang -kadang susah untuk diterima dan kadang-kadang senang untuk menerima. Tapi 'maaf' memang ade power yang tersendiri.
Kenapa maaf? sebab sy dah bersalah terhadap seseorang..Seharian merayu memohon maaf, namun tetap begitu.Begitu susah maaf sy untuk diterima kali ini.Sy tidak memaksanya untuk menerima maaf sy..kerana jika sy ditempatnya, sy juga akan terguris . Begitu kasar tutur bicara dan fikiran sy ketika membuatnya terguris. Selama mana maaf ini tidak diterima, sy akan resah. Kerana ianya begitu dekat dgn sy.
Sy mencuba untuk mengelakkan kata-kata dan perilaku yang membuatkan hati manusia lain terluka. Namun, sy gagal kali ini.
Semoga hatinya lembut untuk memberi kemaafan kepada sy.

Tuesday, September 8, 2009

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Budi Bahasa- Melambangkan peribadi kita. Pelbagai pendapat mengikut fahaman setiap individu mengenai aplikasi budi bahasa. Berbeza dari segi pendapat dan fahaman itu xpe, sebab objektif dan tujuan tetap sama. Cara aplikasi setiap individu juga berbeza mengenai budi bahasa ni. Ade org kate lemah lembut perilaku dan tutur bicara tu sebagai budi bahasa tinggi, ade gak berpendapat bile org berbudi baru kita berbahasa, ade gak kate "asalkan aku x buat salah, cukupla"..dan macam-macam lagi.

Pendapat sy? yg paling penting adalah hormat menghormati sesama sendiri. Sebab dengan perasaan hormat menghormati tidak kira pangkat, kaum, agama itulah yang mendatangkan kasih sayang dan tanggungjawab sesama manusia dan seterusnya mendatangkan budi perilaku yang baik dan tutur bicara yang sedap didengar. Ianya akan menjadi begitu mengikut urutan dan amalan kita bermula dengan sesuatu yang baik yang kita amalkan. Apabila berpegangkan sesuatu prinsip dan konsep yang sebegitu, kita akan sentiasa mengingati bahawasanya kita adalah manusia yang sama yang dihasilkan dari sperma di dalam air mani ayah dan ovum yang menuggu di dalam rahim ibu. Dengan adanya kesedaran itu, maka kita tetap akn menghormati saudara-mara yang lain yang proses kejadiannya sama seperti kita.

Jadi, apa yang nak dibanggakan dalam asal kejadian kita? Sebab kita adalah sama. Kenapa entry sy sebegini? hehe..

Kisah terjadi sebentar saje td pabila kami [seorang ofismate dan beberapa orang student] berbincang + bersembang senggang dalam perbincanagn aktiviti dan pendapat antara kami di satu tempat yang dikatakan para Bijak Pandai bertahkta.. Dalam campur aduk perbincanagn dan sembang senggang tersebut, tetiba muncul saudara yang bertindak menegur kami yang sy kategorikan tidak beradab. Tanpa salam dan sapaan, terus menegur dengan agak kasar. Yang ingin sy utarakan ialah, kenapa si bijak pandai dan ade jawatan sedikit di sini berkelakuan dan mempuyai sedemikian rupa?[patut ke]...

Erm..mungkin itulah "budi bahasa' yang dipelajari olehnya dari kecil, mungkin juga beliau sentiasa dikasari sebegitu dan mungkin juga beliau tidak tau istilah budi bahasa yang baik? Mungkin juga beliau berpendapat sebegini "aku pangkat tinggi, dieorng tu sape, lantak la"....beliau jela yang ada jawapan tuk persoalan2 tersebut.Tapi, sy memang akan kenang si bijak pandai tersebut..Bukan berdendam, tetapi geram kerana seharusnya si bijak pandai la yang mengajar pelajar2 kami untuk beradab. Itulah masalah segelintir sibijak pandai yang angkuh dengan ilmunya dan kerja mulianya .Apa gunenya bila melakukan kerja mulia dalam keangkuhan?[sesape bolel bg komen?]. Peranan kami [sy dan ofismate] membentuk pelajar dari segi kemahiran, dan peranan si bijak pandai dalam mencurahkan ilmu khusus, peranan yang sama tetapi dalam konteks yang berbeza.

Buat kawan2 yang lain, hope semuanya mendpat manfaat dari entry kali ni. Hormat menghormati sesama sendiri dn jangan sesekali down grade other person. Kita manusia tetap manusia..Punyai tanggungjawab yang sama di Bumi ni cuma dengan skrip yang berbeza yang telah pun ditentukan.

Peace :^

hadiah@present

Hadiah diberi kerana pelbagai sebab dan pelbagai cara terpulang kepada individu ataupun organisasi. Kategori hadiah ni pun banyak..hadiah menang permainan, anugerah, harijadi, hadiah perkahwinan, hadiah naik pangkat, hadiah pertandingan, hadiah kegembiraan, hadiah ulang tahun, dan macam2 lagi la..Ape pun sebabnya, hadiah mestilah diberi secara ikhlas dan kasih sayang [meskipun kita sekadar menyampaikan].

Lebih menarik sy nak cerita pasal hadiah perseorangan.Hadiah yang termasuk dalam kategori ni [ikut fahaman sy jela] termasuklah hadiah harijadi, hadiah kahwin n pape je hadiah yang diberi/ diterima oleh kita kepada/daripada seseorang. Bile ade sebab untuk  diberi hadiah, kawan-kawan slalu tanye soalan camni :"kin, ko nak hadiah ape ni?"..dan , jawapan saya standard:" x kisah, asalkan diberi dengan kasih sayang"..slalunya dieorang senyum smula [x taula ape yang dieorg fikir].Ikhlasnya mmg itu jawapan sy. Dan, sy pula agak susah untuk mencari hadiah untuk seseorang.Sebabnya? sbb sy sendiri xtau ape yang nak diberi. Tapi berbekalkan konsep:ape2 aje asalkan ikhlas da dengan kasih sayang, sy akan fikirkan apakah barang kegemaran sy dan juga keinginan orang yang akan menerima hadiah tersebut. ada tikanya tidak bermodal pun apabila barang2 koleksi peribadi menjadi hadiah tuk yang berkenaan. Pd fikiran sy, hadiah dari barangan peribadi itu lebih bernilai jika dibandingkan dengan lain-lain nilai.

Dan, baru2 ini seseorang berhutang [?] hadiah dengan sy. Sy terfikir-fikir apakah hadiah yang bakal diberi hasil keberanian sy [di cabar kononnye]. Seminggu sy menantikan hadiah tersebut sehingga terpaksa bersabar kerana hadiah yang dijanjikan lewat 2 hari. Sy katakan juga padanya, hadiah xperlu bermodal, asalkan ikhlas dan dengan kasih-sayang. Dan sy mendapat hadiah tersebut [walaupun lewat 2 hari disebabkan masalah teknikal]. dan , sy berterima kasih atas hadiah tersebut.

 Hasilnya, sy sentiasa ingat akan insan tersebut Kesimpulannya, sesuatau pemberian itu tidak perlu mahal atau canggih, tetapi pastikan ia diselit dengan kasih sayang dan keikhlasan..

Thanks for that person :-).

Wednesday, September 2, 2009

AKSARA MERDEKA

Hasil nukilan Wadi Leta S.A menjadi saksi sambutan hari Kemerdekaan peringkat Daerah Segamat 2009. Nukilan yang dideklamasikan oleh 2 orang pelajar UiTM Johor..Puisi yang indah bahasanya dan indah juga halus sinisnya tentang bangsa merdeka..

AKSARA MERDEKA
Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan
Aksara MERDEKA,
Kenapa masih ada lagi
Warga tanah bersejarah ini
Yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya
Yang kenal angka tetapi terlupa nilainya
Yang kenal bunyi tetapi terlupa nadanya
Yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya
Yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya
Yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya
Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal
Aksara MERDEKA
Kenapa masih ada lagi
Warganegara tercinta ini
Yang cerah mata tetapi gelap hati
Yang cerdik minda tetapi dungu peribadi
Yang cantik bahasa tetapi buruk sikap
Yang lembut budi tetapi keras lagak
Yang merdu suara tetapi sumbang bicara
Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam
Aksara MERDEKA,
Kenapa masih ada lagi
Warga tanah pusaka ini
Yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi
Yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi
Yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan
Yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan
Setelah sekian lama kita meenganalisis dan mentafsir
Aksara MERDEKA,
 Kenapa masih ada lagi
Warga tanah bertuan ini
Yang terlepas kaki tetapi terikat tangan
Yang terlepas mata tetapi teikat jiwa
Yang terlepas fikir tetapi terikat cita-cita
Setelah sekian lama kita menjulang dan memartabatkan
Aksara MERDEKA,
Kenapa masih ada lagi
Warga tanah bertuah ini
Yang kasihkan bangsa tetapi bencikan pemimpin
Yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fatwa
Setelah sekian lama menghargai dan menghormati
Aksara MERDEKA,
Kenapa masih ada lagi
Warga tanah berdaulat ini
Yang menanam bunga tetapi menabur duri

Tuesday, September 1, 2009

MERDEKA ATAU PERBARISAN?

Belum terlambat lagi kot nak wish Selamat Hari Merdeka, Malaysia!!..Bukan sy lupe untuk wish at date 31st August, tp x berkesempatan nak buat entry. Tahun ni Merdeka x sama seperti tahun2 yang sudah.. Tarikh Merdekanya jatuh tika Bulan Ramadhan yang mana umat Islam berpuasa. Sambutan Kemerdekaan juga hampir sama dikebanyakan Dataran , iaitu satu perhimpunan yang menzahirkan semangat patriotisme Kemerdekaan. Format begini yang ditetapkan kerajaan. Manakala di Segamat, pada waktu petangnya diadakan majlis berbuka puasa di Masjid jamek [ sy tidak menghadirinya ] .

Tahun ni tahun kedua sy menzahirkan semangat Kemerdekaan di Bumi Segamat. Tahun 2008 terlibat dengan perbarisan perarakan , dan Tahun 2009 pula dengan Perbarisan statik [since perarakan tidak diadakan].Dan 2009 juga menjadi assistant tuk bos sy yang menjadi ketua kontinjen. Kesulitan menguruskan kontinjen? Tidak la sulit sgt.Tapi, still ade kekangan.. Kekangan no 1 bile kita diminta menyenaraikan nama peserta. Niat dihati tu memang nak bawak satu UiTM Johor, tapi apakan daya, kuota yng ditetapkan hanyalah 30 orang. Maka bila disenaraikan , ade la bunyi-bunyian butiran kata dari sahabat-sahabat yang menyuarakan rasa kurang berpuas hati..dalam erti kata yang lain, [nape x name aku?]..

Persoalannya, suara2 itu kedengaran tika saat sy mula mengedarkan kain pasang [untuk peserta wanita]. Kenapa tidak sebelum itu?..Namun, sy tetap harapkan bahawa yang terpilih [bukan semua nama peserta hasil senarai sy] itu membuktikan merekalah yang terbaik.

Alhamdulillah semasa hari kejadian, kontinjen UiTM Johor adalah yang ter'smart' skali [atau sy perasan sorang2?]. Kami menang tempat kedua pertandingan sepanduk.

Moga semangat Kemerdekaan ini akan sentiasa segar dalam jiwa rakyat Malaysia. Bukan hanya semangat tetapi, KEMERDEKAAN ini juga kekal di bumi Malasia.

kontinjen UiTM Johor
Semoga KEMERDEKAAN juga menyemarakkan kejayaan MALAYSIA dipersada dunia, InsyaAllah

Wednesday, August 26, 2009

TIDuR la Sayang, tiduR La Kasih...

Kebanyakan masa disebelah malam kehidupan manusia biasa dihabiskan dengan tidur. Saya golongkan diri saya berada dalam kelompok 'biasa' tu kerana selewat-lewatya pukul 12 mlm sy akan tidur.Seawal pukul 8 mlm pun sy boleh tidur tapi kebiasaanya sy akan tersedar semula 2-3 jam selepas itu.Bukan hajat saya tuk cerita pasal tidur, tapi ceritanya pasal mimpi buruk atau istilah biasanya nightMare...

Saya percaya semua orang pernah mengalami Mimpi buruk dalam hirisan-hirisan mimpi indah saban malam. Apa yang dikatakan mimpi buruk tu pada sy ialah mimpi yang menakutkan kita samada mimpi hantu, jatuh tangga, mati, kemalangan, di simbah air dan macam2 lagi.. Mimpi sy malam [pagi sbnrnya-selepas sahur] menyebabkan saya termenung sehingga ke pg hari. Mimpi yang mengusik jiwa dan meresahkan perasaan sy berkaitan kematian seseorang. Bukan hal kematian itu tetapi cara kematian itu berlaku . Ianya seperti dunia ini tidak selamat walau dimana kita berada, walau kita bersama dengan orang yang paling kita percaya. Saya berdoa agar dijauhkan dari perkara-perkara seperti itu berlaku di Malaysia.

Saban malam sy mengharapkan mimpi -mimpi indah hadir dalam tidur sy supaya di pagi harinya sy dapat kesegaran dari mimpi itu. Kate orang mimpi juga dipengaruhi dari kehidupan seharian kita dan apa yang kita fikirkan sebelum tidur @ mimpi juga di pengaruhi oleh emosi kita pada satu-satu masa. Mungkin emosi yang sedikit terganggu menyebabkan mimpi sebegitu hadir malam tadi, wallahualam..

Moral of story, bila nak tidur, jangan fikir perkara yang bukan-bukan, and jangAn cari pasal dgn org lain terutama orang yang rapat dengan kita..nnt x aman tidur kita. sama gak dalam konsep bagi menghadapi mati [since tidur juga adalah adik bradik kepada mati].. Sentiasa memohon maaf antara manusia dan sentiasa memaafkan orang lain..Dengan itu, tidur kita akan lebih tenteram , InsyaAllah...

Cerita Waris

Last week balik kampung. Kul 8.00 malam gerak dari bandar segamat [after abis discussion gn Mejar Husrin] . 1st time sy gerak balik Temerloh tika hari dah gelap.Biasanye dalam kul 3 petang mesti dah gerak. Bukan apa, sebab jalan balik Temerloh tu macam bahaya sket la lau blk gelap2 ni. Tambahan pula saya ni pompuan kan..so bak kata kawan2, bahaya jangan di undang. Tapi at that time sy x balik sorang2. Sy balik skali dgn cousin [adik] sy. So far perjalanan memag agak memenatkan meskipun hanya mengambil masa 2 jam setengah. Penat sebab sehari suntuk kat tempat keje buat task yang mengejut. Dah la keje mengejut, tambah lagi dgn keadaan manusia yang kelam kabut. adus..pening dibuatnya. NAsib la sy tetap cool [hehehe]. Prinsipnya memang macam tu.

Then, sampai je umah terus melayan anak-anak [anak long] yang sememangnya amat dirindui. Sambil-sambil tu, teringat gak kat anak-anak [angah] yang lain, tapi apakan daya, dieorang pun dah x menetap kat kampung lagi. InsyaAllah ade rezeki sy melawat dieorg pulak kat Rembau.

Anyway, warisan-warisan kecil ni la yang sentiasa menggamit hati saya untuk balik Temerloh. Keletah dan perangai masing-masing x pernah sy lupa. Ada masanya termenung lama bila teringatkan Aisyah, Arif,Farah, Khadijah,Hani,Fiqah,Aiman,Lisa, dan Syuhada. Doa sy agar  warisan ini akan sentiasa bertambah dan sentiasa di bawah lembayung rahmat Ilahi. Semoga waris-wars ini juga sentiasa cemerlang dan cinta, sayang kepada ahli keluarga yang lain.

Ada tikanya juga waris-waris ini lah yang membuatkan saya kuat dan lemah dalam diri sendiri. Sentiasa dalam doa saya agar waris-waris ini sedar akan tanggungjawab masing-masing. [Ya Allah, sentiasa tunjukkan jalan yang lurus kepada kami dan simbahlah hati kami sekeluarga dengan perasaan rindu antara satu sama lain ] 

23 Ogos (Ahad) sy balik ke Segamat. pukul 8.45 baru gerak dari Temerloh [byk mase sy lengahkan]. amek Syukri kat umah mokde Then terus balik. Thankz to Allah, sbb sygkan kami berdua dan pemandu kenderaan dr arah yang bertentangan. Insiden yang hampir-hampir menyebabkan accident. Masya-Allah..

around 11.30 malm baru sampai umah kat Segamat. That time housemate [jannah] pun dah lena.

[ to be continue]

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN 2009

Ramadhan datang dan pergi mengikut aturan yang ditetapkan. Tidak lambat dan tidak cepat. Masa kedatangannya pula boleh dijangka oleh ahli falak. Kebanyakan umat yang lain mengetahuinya melalui kalendar yang dikeluarkan oleh pihak berwajib. Awal januari lagi kita telah dimaklumkan dengan kedatangan Ramadhan pada sekian-sekian haribulan. Macamane pun, x ramai yang membuat persediaan untuk menghadapi Ramadhan..
OOppsss..Silap,,,, Ramai orang buat persiapan, tetapi, persiapan yang silap sikit.. Kebanyakannya membuat persiapan dari segi jadual Harian Ke Bazar (pasar) Ramadhan, Jadual buffet berbuka puasa, Menu sepanjang Ramadhan, Menu bersahur, waktu berbuka puasa tercepat, dan membeli belah persiapan hari raya.

Dan, sedikit pula yang membuat persiapan sebegini :-Jadual ke masjid untuk terawih, jadual bersedekah masjid/moreh, membayar zakat, jadual beriktikaf dimasjid, jadual program2 amal..

Namun yang sedikit itulah kita amat hargai... amat dikasihi..

Puasa saya?erm..insyaAllah, azam untuk mencari kesempurnaan puasa sebaik yang mungkin masih tersemat dihati. Moga puasa pada kali ini membawa saya ke jalan yang lebih baik (sememangnya puasa itu suatu perkara yang mulia). Semoga Ramadhan ini juga membawa angin hidayah yang berkekalan.

Ya Allah, kuatkan hati ini dalam perjalanan ( jalan ) yang lurus.

Dikala masuknya Ramadhan , tiada lain yang saya harapkan, semoga seluruh keluarga ku sentiasa di beri kekuatan dalam mengharungi kesukaran kehidupan. Semoga keutuhan keluarga saya semakin mantap , dan sentiasa di seliputi kasih sayang.

Buat Ayah, moga sentiasa tenang disana...insyaAllah...

Tuesday, July 7, 2009

Rintihan hati ini...

Dgn nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang..Alhamdulillah, kite masih disini, dibawah limpah kurnia-Nya, moga ape yg dianugerahi sentiasa disyukuri ..

Hatiyg kelam sekarang mmg cukup meresahkan. Tiap tika yg berlalu terlalu lambat dirasakan, terlalu berat beban yg di galas..

Namun,apapun hidup mesti diteruskan..
meski dilanda rebut, badai,, qada itu mesti diteruskan, qadar itu mesti di hadapi.

Al-Wahab telah menetapkan kehidupan yg kita sedang, dan akan lalui,
dan setiapketentuan itu pasti ada hikmah dan makna di sebaliknya..

Maka,
carilah, dimana letaknya nilai setiap sesuatu kejadian itu.
Kerana, nilai itulahyang akan menjadi ukuran harga diri kita selain pengajaran dari pengalamansesuatu kejadian..

Manusia sememangnya adalah pelupa,
dan menjadi tanggungjawab sahabat-sahabatnya untuk saling mengingati

Lahirnya seorang khalifah kedunia,
disambut dengan laungan azan bagi warisanAdam, dan Iqamah untuk warisan Hawa,
dan matinya seseorang khalifah itu disembahyangkan,
renungkanlah kitaran itu,
betapa singkatnya kehidupan seseorangmanusia itu sebenarnya,
seolah-olah diantara Azan, Iqamah dan Sembahyang cuma.

Maka,
berkejar-kejarlah kita menuntut ilmu dan mencari keredhaan_Nya dalamkehidupan..
Tatkala manusia lain alpa dalam khayalan hidup yang singkat ini,
maka berpesan-pesanlah kita kepada kebaikan.

Bersyukurlah dengan kehidupan kita yang bahagia dan aman sekarang
meskipun ada tikanya ia menguji mental dan fizikal kata yang sememangnya lemah ini.

Usah merungut.
Andai kata putus asa dengan sesuatu rintangan itu,
Maka
pandanglah, lihatlahsekeliling kita,
dan bersyukur kerana kita dikurniakan dengan nikmat yang pelbagai
bagi mewarnai kehidupan kita.
Ingatkan diri sendiri, usah mengeluh lagi,
tapi lebihkan bersyukur dan berterima kasih.

Hidup ini sentiasa diuji.
Manusia yang diuji itu adalah kesayangan Ar-Rahim,
kerna dengan ujian itu tandanya
Dia mengingati kita dan sayang akan hamba-Nya.

Siapa yg akan Datang?

hidup ini
suasana hidup yg baru..dengan hati yg lapang.. dimulakan dgn nama Yg Maha Esa..
Walau camne pun kusutnye fikiran, serabutnya jiwa, kelamnya hati.. kembali pada-Nya..
Akan tetapi, nafsu yg tegar pasti manjadi penghalang jika tiada iman..
Disaat kedinginan, keresahan jiwa.. ttp spt dahulu…
Menilai kehidupan sendiri..
Sekalipun perit ditanggung..tetap mesti ditempuhi
Sederas mana arus ,melawan, sekuat itu daya tenaha di pertaruhkan
Seandainya kalah menentang arus…siapakah yg akan menghulurkan tangan???

Sunday, July 5, 2009

serabut....!

know ===>getting well ====>honest====>trust====>confident ====>getting together====
==>then, out of sudden, ase cam kne timpa balak.....

Perasaan ape yg menimpa sy 2-3 hari ni ape?sy pun tak tahu nak define camne..Semua perkara jadi penyebab tuk diri saya semakin pening dan serabut.Perasaan nye rase macam kepercayaan yang sy beri tetapi di nodai, tapi x tepat tuk define apa yang berlaku.Jadi, ape sebenarnya yang berlaku?semuanya hanya kerana kelakuan diluar kawalan dan bukan urusan saya, cuma sy x nak perkara tersebut berlaku.Ape yang boleh saya buat? Protes jela..cara yang senang, dan boleh puaskan hati sendiri tapi menyakiti hati orang lain. Dalam masa yang sama, menyuarakan sesuatu yang terpendam.

Sebenarnya x adil bagi org lain bile sy buat camtu..sbb die xtau pun sebab ape sy protes.Memeningkan kepala orang lain gak.Ni lah tentang diri saya yang susah sy nak ubah. Hope sgt supaya situasi begini berlalu denagn cepat . Sebab sy bosan bila situasi sebegini terjadi.

Percaya? memang saya sentiasa percaya dengan semua orang. Tapi tuk yakin dengan kepercayaan tu, amek mase sket. Bila dah percaya dan yakin,saya akan jaga dengan sebaik-baiknya..Tapi jika sesuatu terjadi atas kepercayaan dan keyakinan tu, maka sy akan jd "0"..

Sesuatu yang berlaku dalam hidup sy akan dijadikan panduan dalam menghadapi kehidupan akan datang. Moga sy dapat mengubah diri saya ke arah kebaikan .

Wallahualam....

Thursday, June 25, 2009

NATURAL MOVEMENT FOR HEALTHY LIVING

Qigong is a way life that combines the spirit, the physical body, and the breath, trained under the direction of consciousness. It functions as health maintenance, intellectual and life development, and physical strength training. The training involves gesturing, relaxation, mental concentration, a deeply concentrated, peaceful mind, breath control, movement of the limbs, and massotherapy.

adjusting breathing should be adjusting true breath. The true breath is the fetus’ breath. The fetus does not inhale and exhale in the womb, but the Qi is still circulating by itself. Doing exercise for long life, the breathing should be gentle and continuous, just as fetus’s breathe in the womb”

Practicing Qigong has an all-around effect on all the organs and systems of the human body. It is also an important way of strengthening one’s fitness and preventing disease. It has a curative effect on high blood pressure ( hypertension), neurasthenia, heart disease, ulcer disease, tuberculosis, asthma, chronic hepatitis, and other chronic disease.
The effects of qigong are:

- Strengthens the functioning of the Central Nervous System (CNS) and it will have an
excellent effect on protecting the health of the whole body.
-Good cardiovascular system and strengthen the contraction of the heart muscles and increases the output capacity of every heartbeat.
-Promoting physical fitness and stabilizing the blood pressure
-Decrease the content of cholesterol in blood (experimented)
-Improve the metabolic activity of tissue cells, especially the ability of anabolic metabolism and consequently increase ability to resist degeneration, sclerosis, and death.
-Prevent and treat some afflictions of the digestive system, which result from functional disturbance of the nervous system.

The most is, Qigong also effects on disposition. Qigong can make less easily upset by daily events that would previously have made anger. Qigong can make people feel calm and they feel more able to handle stressful situations.
As a Muslims, we also can apply “Zikir” while practicing Qigong and this will be more effective.

Wednesday, June 24, 2009

1 REJaB

1 Rejab tu jatuh ari ni (24 Jun 2009) tuk tahun ni...byk fadhilat puasa sunat bulan Rejab--Syaaban dan diteruskan ke Bulan Ramadhan.. tapi, jangan puasa penuh time Rejab and Syaaban tau.Pahala berpuasa Rejab n Syaaban ni macam-macam fadhilat.(macam yang kita slalu dpt emel or artikel)..pada saya, walau pahalanya kecil atau besar, apa yang diharapkan hidup kita di berkati, amalan kita seikhlas -ikhlasnya dan diterima. Jangan sekadar tuk menunjuk-nunjuk.. Cuma, nak di kongsikan sikit la...ada masa dan ketikanya, manusia ni mengenepikan perkara yang wajib atau pun yang perlu diutamakan bagi melakukan ibadat sunat. Janganlah kita jadi camtu.. Perkara yang wajib dan di utamakan, jangan diketepikan bagi memberi laluan kepada perkara yang sunat (kerana hendak merebut pahala)..tu nnt jadi tamak pulak...pertimbangkanlah menghadiri majlis meraikan perkahwinan kawan2/atau ape2 majlis sekalipun (kenduri, jamuan etc).. janganlah saje2 pulak time majlis/kenduri tu kita berpuasa sunat...menggembirakan dan meraikan tetamu pun sgt2 dituntut..

Selain tu, jangan juga disebabkan puasa, kita tinggalkan tanggungjawab kerja kita (ni yang banyak berlaku ni)..disebabkan puasa kita pun lemah gemalai (lembap) dalam buat kerja..tu minta la dijauhkan..kerana puasa tu sbnrnye menggembirakan kita, membuat kesihatan lebih baik..jadi, seharusnya kita lebih seronok sepanjang ibadah tu..

Bila tiba rejab ni teringat pulak masa blaja kat SMK (A) Tg Ampuan Hajah Afzan Pahang*, Jerantut (asas pendidikan akhlak sy). Makcik kantin pun dh phm suasana sekolah ni yang mane die kne alert mase hari Isnin da Khamis dan hari2 yang di sunatkan berpuasa, Sbbnya? sbb lau die masak byk2 time hari tertentu tu, maka die akan kerugian.. Betapa indahnya suasana time tu, 1 Rejab rase macam 1 Ramadhan. Malah org yang x puase pun segan nak makan depan org ramai..kat sekolah ni la yg banyak mengajar saya ttg agama Islam..amalan, cara ibadah, macam2 la...tp sekarang?..tak tahulah sebanyak mana amalan2 tu sy yang masih sy amalkan. yang tinggal pun terlalu sedikit %nye..adakalanya mmg niat dihati tuk mengamalkan kembali amalan2 terbaik yang pernah sy lakukan tu, tp dalam mase yang same nafsu membatasi akal .. moga perjuangan suci diri saya akan semakin hampir..

semoga hidup kita semua diberkati dan dirahmati Ilahi..

Wallau'alam...

*Sek. Men. Keb. (Agama) Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut(SMKA TAHAP)- merupakan SMKA pertama di Pahang terletak di Zon Temin, Jerantut dan menyambut 25 tahun (Jubli Perak) pada tahun ini. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Berasrama Penuh Harian (semua pelajar stay kat asrama). dan mengutamakan pendidikan akhlak. antara pendidik adalah : ayahanda Us. Mansor, Ayahanda Us. Hamzah, Us. syed, Us Zahari, Ustzh Rosmariah, Cikgu Zaiton, Cikgu Md Yusof, Cikgu Ibrahim. Cikgu Tini, Cikgu shamsul, Sir Raazmin, and byk lagi la...Saya menuntut di sana selama 5 tahun (Ting. 1- Ting 5).

Tuesday, June 23, 2009

FuTSaL

permainan bola sepak yang dikecilkan skalanya dan di gabungkan dengan beberapa ciri-ciri game len especially dari segi surface and measurement court..undang-undang kebanyakannya gune undang2 bola sepak yang di ubahsuai..lagi ape ek,,,(xtau sgt pun sbnrnye) yang penting, sy suke men futsal..nape? ntah la...pengaruh dr kecik2 kot yg suke join bdk2 laki men bola sepak (at that time slalu men ngan pandi, awang, bob, ali, ren, dll-lau pompuan lak yg slalu men bola ni sy, ude, along, kadang2 izzati, a'a dll).
Then stat men FuTsaL ni tahun 2005 (time part 7 diploma).. that time br 1st time nak develop team tuk UiTM (wanita) and coach time tu Coach nasri..Die la yg rajin train and bwk kiteorg g game (banyaknye lwn ngan team Toyota-coz kiteorg xyah bayar sewa court). 1st teammate antaranya…Theresa, Rider, K.Ain, azhani, Rosa, n lupe lak sape name minah Sarawak lg sorang ni…Then, most of them tamat blaja..maka cr la team len tuk men..(tp juz tuk men2 jela) ramaila time student2 dulu men skali mcm olie, kay, naza, acik, u-are, alizee, ain, dayah, etc…tp x la men secara professional.kadang2 ade la join depa p game dalam n luar UiTM…
And skrg….sy plak yg nak develop team..since keje kat cni, ramai sbnrnye kwn2 nak men, tp mcm2 kengkangan gak yg ade yg x mampu di lepasi selain pening gak kepala sy tuk mengajak kwn2 yg di fikir-fikirkan sepatutnya tiada masalah untuk turun bersukan…. Kengkangan yg sy hadapi ialah sy tak dapat tuk mencari 10 org pemain dalam komuniti yg hampir seribu org. frust gak la atas fenomena ni,.. tp masing-masing mempunyai alas an tersendiri..Namun bukan team futsal tu yang menjadi keutamaan sy, tp gaya hidup sihat itulah yg cuba sy tampilkan…wallahu’alam…

Monday, June 22, 2009

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

For the first time....
just jualn2 kat cyber, then tetibe ter'click' to build up a blog, maka dgn ini terhasillah another add of blog yg ade kat dunia ni......
s others, this blog is juz for my personal journal..yg berkait dgn life..
kenapa 'stronglife.iman'?...ntah..sbb life kite kne strong kot...
nway, me myself welcoming stronglife.iman to the cyber world on 22nd June 2009..new born!!