Wednesday, August 26, 2009

TIDuR la Sayang, tiduR La Kasih...

Kebanyakan masa disebelah malam kehidupan manusia biasa dihabiskan dengan tidur. Saya golongkan diri saya berada dalam kelompok 'biasa' tu kerana selewat-lewatya pukul 12 mlm sy akan tidur.Seawal pukul 8 mlm pun sy boleh tidur tapi kebiasaanya sy akan tersedar semula 2-3 jam selepas itu.Bukan hajat saya tuk cerita pasal tidur, tapi ceritanya pasal mimpi buruk atau istilah biasanya nightMare...

Saya percaya semua orang pernah mengalami Mimpi buruk dalam hirisan-hirisan mimpi indah saban malam. Apa yang dikatakan mimpi buruk tu pada sy ialah mimpi yang menakutkan kita samada mimpi hantu, jatuh tangga, mati, kemalangan, di simbah air dan macam2 lagi.. Mimpi sy malam [pagi sbnrnya-selepas sahur] menyebabkan saya termenung sehingga ke pg hari. Mimpi yang mengusik jiwa dan meresahkan perasaan sy berkaitan kematian seseorang. Bukan hal kematian itu tetapi cara kematian itu berlaku . Ianya seperti dunia ini tidak selamat walau dimana kita berada, walau kita bersama dengan orang yang paling kita percaya. Saya berdoa agar dijauhkan dari perkara-perkara seperti itu berlaku di Malaysia.

Saban malam sy mengharapkan mimpi -mimpi indah hadir dalam tidur sy supaya di pagi harinya sy dapat kesegaran dari mimpi itu. Kate orang mimpi juga dipengaruhi dari kehidupan seharian kita dan apa yang kita fikirkan sebelum tidur @ mimpi juga di pengaruhi oleh emosi kita pada satu-satu masa. Mungkin emosi yang sedikit terganggu menyebabkan mimpi sebegitu hadir malam tadi, wallahualam..

Moral of story, bila nak tidur, jangan fikir perkara yang bukan-bukan, and jangAn cari pasal dgn org lain terutama orang yang rapat dengan kita..nnt x aman tidur kita. sama gak dalam konsep bagi menghadapi mati [since tidur juga adalah adik bradik kepada mati].. Sentiasa memohon maaf antara manusia dan sentiasa memaafkan orang lain..Dengan itu, tidur kita akan lebih tenteram , InsyaAllah...

Cerita Waris

Last week balik kampung. Kul 8.00 malam gerak dari bandar segamat [after abis discussion gn Mejar Husrin] . 1st time sy gerak balik Temerloh tika hari dah gelap.Biasanye dalam kul 3 petang mesti dah gerak. Bukan apa, sebab jalan balik Temerloh tu macam bahaya sket la lau blk gelap2 ni. Tambahan pula saya ni pompuan kan..so bak kata kawan2, bahaya jangan di undang. Tapi at that time sy x balik sorang2. Sy balik skali dgn cousin [adik] sy. So far perjalanan memag agak memenatkan meskipun hanya mengambil masa 2 jam setengah. Penat sebab sehari suntuk kat tempat keje buat task yang mengejut. Dah la keje mengejut, tambah lagi dgn keadaan manusia yang kelam kabut. adus..pening dibuatnya. NAsib la sy tetap cool [hehehe]. Prinsipnya memang macam tu.

Then, sampai je umah terus melayan anak-anak [anak long] yang sememangnya amat dirindui. Sambil-sambil tu, teringat gak kat anak-anak [angah] yang lain, tapi apakan daya, dieorang pun dah x menetap kat kampung lagi. InsyaAllah ade rezeki sy melawat dieorg pulak kat Rembau.

Anyway, warisan-warisan kecil ni la yang sentiasa menggamit hati saya untuk balik Temerloh. Keletah dan perangai masing-masing x pernah sy lupa. Ada masanya termenung lama bila teringatkan Aisyah, Arif,Farah, Khadijah,Hani,Fiqah,Aiman,Lisa, dan Syuhada. Doa sy agar  warisan ini akan sentiasa bertambah dan sentiasa di bawah lembayung rahmat Ilahi. Semoga waris-wars ini juga sentiasa cemerlang dan cinta, sayang kepada ahli keluarga yang lain.

Ada tikanya juga waris-waris ini lah yang membuatkan saya kuat dan lemah dalam diri sendiri. Sentiasa dalam doa saya agar waris-waris ini sedar akan tanggungjawab masing-masing. [Ya Allah, sentiasa tunjukkan jalan yang lurus kepada kami dan simbahlah hati kami sekeluarga dengan perasaan rindu antara satu sama lain ] 

23 Ogos (Ahad) sy balik ke Segamat. pukul 8.45 baru gerak dari Temerloh [byk mase sy lengahkan]. amek Syukri kat umah mokde Then terus balik. Thankz to Allah, sbb sygkan kami berdua dan pemandu kenderaan dr arah yang bertentangan. Insiden yang hampir-hampir menyebabkan accident. Masya-Allah..

around 11.30 malm baru sampai umah kat Segamat. That time housemate [jannah] pun dah lena.

[ to be continue]

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN 2009

Ramadhan datang dan pergi mengikut aturan yang ditetapkan. Tidak lambat dan tidak cepat. Masa kedatangannya pula boleh dijangka oleh ahli falak. Kebanyakan umat yang lain mengetahuinya melalui kalendar yang dikeluarkan oleh pihak berwajib. Awal januari lagi kita telah dimaklumkan dengan kedatangan Ramadhan pada sekian-sekian haribulan. Macamane pun, x ramai yang membuat persediaan untuk menghadapi Ramadhan..
OOppsss..Silap,,,, Ramai orang buat persiapan, tetapi, persiapan yang silap sikit.. Kebanyakannya membuat persiapan dari segi jadual Harian Ke Bazar (pasar) Ramadhan, Jadual buffet berbuka puasa, Menu sepanjang Ramadhan, Menu bersahur, waktu berbuka puasa tercepat, dan membeli belah persiapan hari raya.

Dan, sedikit pula yang membuat persiapan sebegini :-Jadual ke masjid untuk terawih, jadual bersedekah masjid/moreh, membayar zakat, jadual beriktikaf dimasjid, jadual program2 amal..

Namun yang sedikit itulah kita amat hargai... amat dikasihi..

Puasa saya?erm..insyaAllah, azam untuk mencari kesempurnaan puasa sebaik yang mungkin masih tersemat dihati. Moga puasa pada kali ini membawa saya ke jalan yang lebih baik (sememangnya puasa itu suatu perkara yang mulia). Semoga Ramadhan ini juga membawa angin hidayah yang berkekalan.

Ya Allah, kuatkan hati ini dalam perjalanan ( jalan ) yang lurus.

Dikala masuknya Ramadhan , tiada lain yang saya harapkan, semoga seluruh keluarga ku sentiasa di beri kekuatan dalam mengharungi kesukaran kehidupan. Semoga keutuhan keluarga saya semakin mantap , dan sentiasa di seliputi kasih sayang.

Buat Ayah, moga sentiasa tenang disana...insyaAllah...