Sunday, March 13, 2016

Travel : PATTAYA 7 Wonders Vacation

Trip kali ni, trip kedua kami semua. Suka sebut 7 wonders.Sebab ada 7 orang ahli, yang ntah kat mana punca boleh bersama.

Trip pembuka tirai 2016. In Shaa Allah akan disematkan dalam travelog sebaik yang boleh. Members of trip :
Geng beg roda
 - Amoi (Sabah), Leeya Tanaka (Shah Alam), Fahizan Kodok (Kedah), Elly ZG (Melaka), YB Afzan (Pahang),Feq Miza (Penang). Termasuk gue, 7 orang semua sekali. Gabungan ahli tetap dan berpencen. 

Setiap orang diberikan tugas bagi memastikan perlajanan berjalan dengan lancar. Kali ni, gue dapat tugas mudah, iaitu uruskan tiket flight. Awal-awal lagi dah settle. Leeya Tanaka uruskan pengangkutan, izan cameraman, afzan bab makanan, elly buat itinerary, amoi PR tetap dan berpencen, feq settlekan hotel. Alhamdulillah, semua orang memberikan kerjasama yang baik. 

Ringkasnya, jadual perjalanan kami :
Day 1 : Flight Air Asia 26hb , 2.30 pm
-1230 berkumpul kat KLIA2.
   Flight on time, boarding.
-Airport transport UTP-Z by Zing hotel (recommended) 
-Check in hotel, terus keluar ke Pattaya Floating Market.
Geng beg biru
-Terus ke Pattaya Walking Street

Day 2: Island Hoping
          : Massage
          :Jomtien Night Market (dinner)

Day 3 : Pattaya - Bangkok
           : Cha tu Chak Market
           : Chao Phraya River
           : Platinum Mall
           : Jomtien Beach (Dinner)

Day 4 : Massage
           : Sight Seeing ( Tropical Garden, gold Buddha)
            : Beli Cenderahati


Geng ke-7 ialah cameraman
Floating Market : kalau trip ke Pattaya, jangan skip untuk ke Pattaya Floating Market. Dari luar nampak simple je. Tapi bila dah masuk dalam, kagum weyh. Memang banyak orang berniaga macam downtown gitu. Tapi semua dok atas sungai. Ada pakej kalau naik naik sampan. tak ingat pulak harganya. Tapi, macam membazir je. Kami decide untuk berjalan je atas pelantar/laluan yang disediakan. Cuma floating market Pattaya ni tak sepert yang dibayangkan. Gue bayangkan floating market ni, kita naik sampan, kemudian melalui sungai, membeli belah dari sampan tu. Tapi versi Pattaya bukan macm tu. Memang dah disiapkan laluan sepanjang market tersebut.

Barang-barang jualan ada macam-macam. Cenderahati, makanan, street food, restoran, barang kaca dan lain lain. Senang cakap, barang barang yang dicari oleh pelancong la. Harganya ok. Gue tak membeli cenderahati pun, Cuma sempat la beli jagung bakar (fresh!) dan pan cake yang memang dikenali sebagai street food di Pattaya.

Mampu snap picture je. Nak beli tapi takde tanda-tanda halal
Floating Market
Hampir 2 jam kat floating market, kami gerak pulak ke Walking Street guna tuk tuk hilux. Bukan tuk tuk motor tu tau. Walking street ni tempat night life. Memang happening. Untuk pelancong non-muslim, memang ni la tempatnya. Bersepah bar, tiang-tiang, pakej bar, pakej arak, pondan (oops), macam-macam lagi la. Sekadar berjalan tengok tempat orang jela kat situ. Valuenya disini, orang yang buat promosi kat luar bar, takkan offer atau kacau kiteong yang bertudung ni. Agaknya dieoang pun pelik apa yang kami cari kat walking street tu.Penat nak mapus weyh berjalan je. Sambil-sambil tu, kami food hunting juga. Sebab dikatakan halal food terletak di South Pattaya yang berdekatan dengan area walking street tu. Dekat tak dekat la, mental koyak jugak la berjalan mencari area south pattaya tu. Nasib la member trip semua bertenang je walau kaki masing-masing dan tak jejak tanah rasanye. 
At last, jumpa juga south pattaya tu, dinner and balik hotel. 


Island Hoping pakej kami dapat kat jeti, 1300B seorang. Pakej termasuk speed boat, banana boat, sea walking dan paragliding. Banyak agen (tak tahu la sah ke tak) yang offer pakej kat area jeti. Nasihat kami, tawar la selagi boleh. Rezeki kami dapat private speed boat. Tak campur dengan orang lain dah. Tu yang mahal sikit tu. Sebelum naik bot, kami cari bekalan makanan dulu. Sekali lagi pergi area South Pattaya, jumpa Muslim Restaurant 24 hour. Menu macam Malaysia tapi versi Pattaya, adala Roti Canai, nasi goreng dll. Siap-siap tapau untuk bekalan masa island hoping.
Island Hoping mula dengan paragliding. Pengalaman pertama, rasanya tak naik dah lepas ni. Bukanlah takut, tapi sakit belakang tak boleh tahan. Pada yang tak pernah naik, memang patut cuba. Best!!
Lepas tu kami ke sea walking. Gue excited sebenarnya. Tapi, kecewa. Bayangkan snorkeling kat Pulau Pangkor yang airnya dah keruh tu. Kecewa!! Lepas tu, kemain guide tu ingat gue dengan amoricouple. Jahanam betul.
Settle sea walking yang mengecewakan tu, kami ke Pulau ape ntah namanya untuk banana boat. Sekali lagi kecewa :(.
Kemudian ke Koh Larn Island. Tempat pelancong ramai datang. Kami ke pantain yang agak kurang sibuk, dan jauh sikit. Aktiviti? mandi saja lah.

Massage : Kami sempat 2 kali sesi urut kat area hotel. 
Bangkok : Memang penat

Sebnarnya kami banyak terlepas melawat tempat-tempat yang menjadi mercu tanda Pattaya seperti Tiffany show, Botanical Garden, dan Germ Factory. Disebabkan itu, gue plan nak repeat Pattaya :).







Kau fikirlah mana satu kabel nak potong

Menu dinner feq

7 wonders

Moh cuci mata wei

well said. Pattaya Walking Street

Floating Market

Jeti ke Island Hoping.

Ketibaan kami tiada sambutan. Ramai orang cakap kami Polis 

Tuk Tuk Hilux

2 malam menu dinner gue ikan garam ni.

Dinner @Jomtien beach. 

Jomtien Night Market

Massage Massage. Akak tu pernah kerjakat Melaka

Pe bende ntah

Market besor nak mampus. orang masuk sini bawak luggage.

Add caption

Tuk Tuk Original



Buddha Laser

Dah. Moh balik (flight delayed)

Tips dan review :

1. Pattaya bukanlah bandar utama , tapi ianya bandar pelancongan. Jadi memang ramai tourist disekitarnya
2. Ramai yang backpackers je ke sini. Aktiviti utama, island hoping , show dan night life yang sangat happening
3. Scamm : pakej island hoping tu, memang kena rajin cari dan cari dan cari. Tuk tuk pun kena pandai juga. Kalau in group kita pergi tanya kat tuk tuk tu destinasi kita, dia akan cas per tuk tuk, sehingga 400TBH sehala. Konon-konon dah rasa murah. Tapi sebenarnya, kalau kita tahu laluan mana dan nak berhenti kat mana, harga yang perlu dibayar hanyalah 10TBH sahaja.
4. Makanan halal banyak je. Street food dia pun sodap.
5. Kalau nak tenang dan aman, stay la area pantai. Kalu nak ightlife *erkk* , stay la kat bandar.
6. Restoran arab tak semestinya halal tau :)
7. DONT USE PERFECT ENGLISH. hahahhahaha. Sebab depa punye broken, haih...

Kalau teringat lagi nanti gue tambah la..