Wednesday, June 24, 2009

1 REJaB

1 Rejab tu jatuh ari ni (24 Jun 2009) tuk tahun ni...byk fadhilat puasa sunat bulan Rejab--Syaaban dan diteruskan ke Bulan Ramadhan.. tapi, jangan puasa penuh time Rejab and Syaaban tau.Pahala berpuasa Rejab n Syaaban ni macam-macam fadhilat.(macam yang kita slalu dpt emel or artikel)..pada saya, walau pahalanya kecil atau besar, apa yang diharapkan hidup kita di berkati, amalan kita seikhlas -ikhlasnya dan diterima. Jangan sekadar tuk menunjuk-nunjuk.. Cuma, nak di kongsikan sikit la...ada masa dan ketikanya, manusia ni mengenepikan perkara yang wajib atau pun yang perlu diutamakan bagi melakukan ibadat sunat. Janganlah kita jadi camtu.. Perkara yang wajib dan di utamakan, jangan diketepikan bagi memberi laluan kepada perkara yang sunat (kerana hendak merebut pahala)..tu nnt jadi tamak pulak...pertimbangkanlah menghadiri majlis meraikan perkahwinan kawan2/atau ape2 majlis sekalipun (kenduri, jamuan etc).. janganlah saje2 pulak time majlis/kenduri tu kita berpuasa sunat...menggembirakan dan meraikan tetamu pun sgt2 dituntut..

Selain tu, jangan juga disebabkan puasa, kita tinggalkan tanggungjawab kerja kita (ni yang banyak berlaku ni)..disebabkan puasa kita pun lemah gemalai (lembap) dalam buat kerja..tu minta la dijauhkan..kerana puasa tu sbnrnye menggembirakan kita, membuat kesihatan lebih baik..jadi, seharusnya kita lebih seronok sepanjang ibadah tu..

Bila tiba rejab ni teringat pulak masa blaja kat SMK (A) Tg Ampuan Hajah Afzan Pahang*, Jerantut (asas pendidikan akhlak sy). Makcik kantin pun dh phm suasana sekolah ni yang mane die kne alert mase hari Isnin da Khamis dan hari2 yang di sunatkan berpuasa, Sbbnya? sbb lau die masak byk2 time hari tertentu tu, maka die akan kerugian.. Betapa indahnya suasana time tu, 1 Rejab rase macam 1 Ramadhan. Malah org yang x puase pun segan nak makan depan org ramai..kat sekolah ni la yg banyak mengajar saya ttg agama Islam..amalan, cara ibadah, macam2 la...tp sekarang?..tak tahulah sebanyak mana amalan2 tu sy yang masih sy amalkan. yang tinggal pun terlalu sedikit %nye..adakalanya mmg niat dihati tuk mengamalkan kembali amalan2 terbaik yang pernah sy lakukan tu, tp dalam mase yang same nafsu membatasi akal .. moga perjuangan suci diri saya akan semakin hampir..

semoga hidup kita semua diberkati dan dirahmati Ilahi..

Wallau'alam...

*Sek. Men. Keb. (Agama) Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut(SMKA TAHAP)- merupakan SMKA pertama di Pahang terletak di Zon Temin, Jerantut dan menyambut 25 tahun (Jubli Perak) pada tahun ini. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Berasrama Penuh Harian (semua pelajar stay kat asrama). dan mengutamakan pendidikan akhlak. antara pendidik adalah : ayahanda Us. Mansor, Ayahanda Us. Hamzah, Us. syed, Us Zahari, Ustzh Rosmariah, Cikgu Zaiton, Cikgu Md Yusof, Cikgu Ibrahim. Cikgu Tini, Cikgu shamsul, Sir Raazmin, and byk lagi la...Saya menuntut di sana selama 5 tahun (Ting. 1- Ting 5).

No comments:

Post a Comment