Tuesday, September 8, 2009

hadiah@present

Hadiah diberi kerana pelbagai sebab dan pelbagai cara terpulang kepada individu ataupun organisasi. Kategori hadiah ni pun banyak..hadiah menang permainan, anugerah, harijadi, hadiah perkahwinan, hadiah naik pangkat, hadiah pertandingan, hadiah kegembiraan, hadiah ulang tahun, dan macam2 lagi la..Ape pun sebabnya, hadiah mestilah diberi secara ikhlas dan kasih sayang [meskipun kita sekadar menyampaikan].

Lebih menarik sy nak cerita pasal hadiah perseorangan.Hadiah yang termasuk dalam kategori ni [ikut fahaman sy jela] termasuklah hadiah harijadi, hadiah kahwin n pape je hadiah yang diberi/ diterima oleh kita kepada/daripada seseorang. Bile ade sebab untuk  diberi hadiah, kawan-kawan slalu tanye soalan camni :"kin, ko nak hadiah ape ni?"..dan , jawapan saya standard:" x kisah, asalkan diberi dengan kasih sayang"..slalunya dieorang senyum smula [x taula ape yang dieorg fikir].Ikhlasnya mmg itu jawapan sy. Dan, sy pula agak susah untuk mencari hadiah untuk seseorang.Sebabnya? sbb sy sendiri xtau ape yang nak diberi. Tapi berbekalkan konsep:ape2 aje asalkan ikhlas da dengan kasih sayang, sy akan fikirkan apakah barang kegemaran sy dan juga keinginan orang yang akan menerima hadiah tersebut. ada tikanya tidak bermodal pun apabila barang2 koleksi peribadi menjadi hadiah tuk yang berkenaan. Pd fikiran sy, hadiah dari barangan peribadi itu lebih bernilai jika dibandingkan dengan lain-lain nilai.

Dan, baru2 ini seseorang berhutang [?] hadiah dengan sy. Sy terfikir-fikir apakah hadiah yang bakal diberi hasil keberanian sy [di cabar kononnye]. Seminggu sy menantikan hadiah tersebut sehingga terpaksa bersabar kerana hadiah yang dijanjikan lewat 2 hari. Sy katakan juga padanya, hadiah xperlu bermodal, asalkan ikhlas dan dengan kasih-sayang. Dan sy mendapat hadiah tersebut [walaupun lewat 2 hari disebabkan masalah teknikal]. dan , sy berterima kasih atas hadiah tersebut.

 Hasilnya, sy sentiasa ingat akan insan tersebut Kesimpulannya, sesuatau pemberian itu tidak perlu mahal atau canggih, tetapi pastikan ia diselit dengan kasih sayang dan keikhlasan..

Thanks for that person :-).

No comments:

Post a Comment