Tuesday, September 1, 2009

MERDEKA ATAU PERBARISAN?

Belum terlambat lagi kot nak wish Selamat Hari Merdeka, Malaysia!!..Bukan sy lupe untuk wish at date 31st August, tp x berkesempatan nak buat entry. Tahun ni Merdeka x sama seperti tahun2 yang sudah.. Tarikh Merdekanya jatuh tika Bulan Ramadhan yang mana umat Islam berpuasa. Sambutan Kemerdekaan juga hampir sama dikebanyakan Dataran , iaitu satu perhimpunan yang menzahirkan semangat patriotisme Kemerdekaan. Format begini yang ditetapkan kerajaan. Manakala di Segamat, pada waktu petangnya diadakan majlis berbuka puasa di Masjid jamek [ sy tidak menghadirinya ] .

Tahun ni tahun kedua sy menzahirkan semangat Kemerdekaan di Bumi Segamat. Tahun 2008 terlibat dengan perbarisan perarakan , dan Tahun 2009 pula dengan Perbarisan statik [since perarakan tidak diadakan].Dan 2009 juga menjadi assistant tuk bos sy yang menjadi ketua kontinjen. Kesulitan menguruskan kontinjen? Tidak la sulit sgt.Tapi, still ade kekangan.. Kekangan no 1 bile kita diminta menyenaraikan nama peserta. Niat dihati tu memang nak bawak satu UiTM Johor, tapi apakan daya, kuota yng ditetapkan hanyalah 30 orang. Maka bila disenaraikan , ade la bunyi-bunyian butiran kata dari sahabat-sahabat yang menyuarakan rasa kurang berpuas hati..dalam erti kata yang lain, [nape x name aku?]..

Persoalannya, suara2 itu kedengaran tika saat sy mula mengedarkan kain pasang [untuk peserta wanita]. Kenapa tidak sebelum itu?..Namun, sy tetap harapkan bahawa yang terpilih [bukan semua nama peserta hasil senarai sy] itu membuktikan merekalah yang terbaik.

Alhamdulillah semasa hari kejadian, kontinjen UiTM Johor adalah yang ter'smart' skali [atau sy perasan sorang2?]. Kami menang tempat kedua pertandingan sepanduk.

Moga semangat Kemerdekaan ini akan sentiasa segar dalam jiwa rakyat Malaysia. Bukan hanya semangat tetapi, KEMERDEKAAN ini juga kekal di bumi Malasia.

kontinjen UiTM Johor
Semoga KEMERDEKAAN juga menyemarakkan kejayaan MALAYSIA dipersada dunia, InsyaAllah

No comments:

Post a Comment