Friday, November 11, 2011

Sibuk ke?

Wah..wah......Tajuk entry yang memerli tuan punye Blog......Sibuk sangat ke sampai xde mase and ruang tuk sosial diri sendiri? Sampai x de kesempatan untuk keriangan diri sendiri?.....Jawapan? ..InsyaAllah, tidak perlu masa yang khusus untuk sosial diri sendiri. Tidak perlu juga masa yang khusus untuk keriangan diri sendiri. Sebab, bagi saya sosial dan keriangan itu kita boleh cari dan dapat dalam apa keadaan pun. Kita boleh bergirang gembira semasa bekerja, masih boleh bersosial semasa bertugas..Masih boleh tersenyum dan ketawa dalam apa keadaan sekalipun. itulah saya.

Tapi...(ade tapi pulak)..Kadang-kadang really need time for myself especially dalam hal untuk bersama family. (family = adik beradik , mak, dan anak sedara & sedare mare). Yang tu memang memerlukan masa yang khusus. Sebab? hal yang saya x boleh campur adukkan dalam urusan kerja saya ialah hal family. Dan...jangan marah, if saya x answer phone call kalau saya berada di kampung..hehehe..

Moral of the entry : Sorry for those yang call saya tapi jarang-jarang diangkat...Biasenya kalau camtu, saya balik kampung or saya memang bercuti dari kerja..

Peace!! =)

Bintang

Beribu bintang di langit kian menghilang,
Meraba aku dalam gelap....

Bintang Ilahi tetap akan mengikut putaran kehendak-Nya yang telah ditetapkan. Kita tidak mampu mengubahnya walau pun sejarak zarah sekalipun.

Berubahnya hati juga ketentuan-Nya. Juga tidak mampu kita menghalangnya. Biarkan ia..
Jalani lah kehidupan sepertimana yang ditetapkan. Ia akan begitu.

Bila tiba masanya, perubahan pasti berlaku.. Bila tiba masanya, ujian pasti melanda, Bila tiba masanya, kenikmatan diperolehi...Bila tiba masanya, kita akan pergi...

Wednesday, September 14, 2011

Menjalani kehidupan_Monolog Hidup

Semakin lama hidup, katanya semakin bertambah pengalaman yang mengajar erti kehidupan dalam diri setiap manusia. Saya sendiri tidak menafikan langsung kenyataan itu.Pengalaman yang dialami diri sendiri itulah pengajaran yang paling berbekas dihati masing-masing. Luka ataupun penawar dalam kehidupan yang dijalani dan yang bakal di tempuhi.
Kehidupan saya sendiri tidak begitu sempurna dalam erti kata yang pelbagai. Saya tidak sempurna dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba, tidak sempurna sebagai seorang sahabat,tidak sempurna sebagai seorang pekerja, tidak sempurna sebagai seorang ketua , tidak sempurna sebagai seorang kakak, tidak sempurna sebagai seorang adik, tidak sempurna sebagai seorang anak, tidak sempurna sebagai seorang kekasih, tidak juga sempurna sebagai seorang saudara.
Kelebihan dan kekurangan yang ada itu sangat relatif. Berpendapat bahawa kelebihan diri setiap manusia itu adalah untuk kekurangan manusia yang lain, dengan itu saya mencuba sentiasa melebihkan  yang lain dan mengharapkan kekurangan saya juga di 'cover' dengan kelebihan orang lain. Sebahagian saya lihat saudara  yang lain juga begitu, namun segelintir kecil pula lain jalannya. Segelintir yang lain ini lah yang selalunya menyerabutkan  perasaan sendiri bilamana mereka pula adalah orang-orang yang disayangi dan yang sangat-sangat dekat.
Mungkin perbezaan dan kekurangan yang ada ini adalah kejelikan buat mereka. Mungkin juga kekurangan ini juga yang menyebabkan mereka kelihatan LEBIH. Itu yang berlaku, itulah kenyataan. Lagikan pula berhadapan dengan kenalan lain yang menampakkan mereka sentiasa LEBIH dan ternyata sangat kontra dengan kekurangn diri ini.
Kehidupan ini dijalani oleh diri sendiri. Sekian itu, sekian ini, hati tetap berkata apa yang berlaku tetap dengan ketentuan-Nya. Baik atau buruk sesuatu itu, pastinya bersebab. Mereka yang 'Baik dan  Mulia', usahlah angkuh dengan kebaikan dan kemuliaan itu, kerna itu adalah sebahagian Ujian, mereka yang 'Tidak Baik" jangan pula disisihkan, diketepikan...Jika tiada yang jahat, maka tiadalah jua yang baik, begitulah sebaliknya.
Kebaikan dan Kemuliaan bukanlah diukur selayaknya oleh manusia itu sendiri,kerna akhirnya adalah pu kehendak Allah jua. Termampu dariku adalah Doa dan Harapan dengan usaha yang belum mencukupi disamping melawan hasutan yang dilaknat.
Wahai sahabat, jika merasakan kamu adalah kemuliaan,jika kamu merasakan kamu penuh dengan kebaikan berbanding diriku, dan jika kamu merasakan berdamping denganku merupakan satu dosa, Maafkan aku..Semoga kita semua dirahmati,kerna dengan rahmat-Nya jua kita hidup dan belajar.


Tuesday, May 24, 2011

Terasa betapa Jauhnya .

Mula belajar tuk mulakan semula.Sy pernah face situasi ni,jiwa kacau, serabut, x tenang, marah,kecewa,sedih.. tapi penerimaan sy amat baik pada masa tu. Solat yang cukup, Al-Quran penenang hati,keluarga penguat semangat.Tapi, situasi yang sama sekarang, penerimaan sy sgt jauh. Apakah itu tandanya sy sememangnya semakin jauh dengan Yang Maha Esa? Sy cube sebaik mungkin, [tp belum yg terbaik rasenye] untuk menerima keadaan ini dengan redhanya. Sy mahukan sy yang dahulu, segala masalah sy face dengan kembali kepadaNya, bukan kepada W***, bukan kearah kemungakaranNya..Moga sentiasa dipeliharaNya.

Thursday, May 12, 2011

Kerja lagi

Kehidupan seharian semakin lama semakin sibuk sy sendiri merasakan camtu. Tp sy percaya bahawa salah satu sebab ialah sy yg kurang pandai menguruskan masa dan mengikut mood sendiri jer. Fokus kerja sekarang adalah untuk penganjuran KARiSMA 2011. ia menjadi keutamaan sy dan yang lain-lain sehinggakan lain-lain program di pandang begitu sahaja . Moga usaha kamiu diberkati dan dipermudahkan.

Kesempatan

Kehidupan seharian sy rasekan  semakin lama semakin sibuk.
Sy sayang dia. Sy Sgt2 sygkan dia. Sehingga dikatakan perumpamaan jiwa dan raga sy untuk dia.
Meskipun sy sedar dia bukan untuk saya, tetap sy perjudikan emosi sy untuk dia.

Moga saya dihargai dengan perasaan ini.

Sunday, March 27, 2011

TAHNIAH

CABARAN ORIENTEERING 1 MALAYSIA PAGOH 2011 melabuhkan tirai semalam.. Tahniah kepada pasukan dari UiTMCJ yang berjaya melonjakkan nama kampus dengan berada di tempat ke-2 dan ke 10 tuk kategori Siswi . Tahniah juga kepada pasukan Siswa yang berusaha sehabis baik. Tahniah kepada semua pasukan yang berusaha sehabis baik . UiTMCJ merupakan IPTA teramai yang menyertai cabaran kali ini dengan keseluruhan 53 pasukan. Berbanding dengan pasukan IPT lain, kita adalah JUARA.!!!!
Kita cuba lagi di tahun hadapan.!!

Saturday, February 26, 2011

Pastikan dulu..

Cerita-cerita sekeliling yg dibawa bersama angin lalu memang sentiasa ada dalam masyarakat tak kira la bangsa  apa sekalipun. Meskipun setiap Agama melarang memfitnah, bercakap bohong, mengutuk dan apa2 yang negatif. Gosip2 ni pula dihadapi oleh semua orang dalam dunia ni tidak kira dari peringkat paling bawah sehingga ke peringkat teratas, dari yang paling kecik sehingga ke paling besar, dari yang paling muda ke yang paling tua, Lelaki,Khunsa, Wanita, Pekerja, majikan,Pelajar,Surirumah,Orang yang waras dan orang yang tidak waras.Tidak terhad kepada manusia, malahan binatang juga tidak terlepas dari gosip-gosip ini.

Setiap peringkat dan setiap masyarakat itu berbeza pulak topiknya, tapi konsepnya tetap sama.Kalau zaman baby biasanya psl comel ke x comel, spekulasi yang macam2 bila baby tu tidak sempurna. Bila zaman kanak-kanak pula, setiap tutur kata dan perbuatan yang melampau sket, pasti akan ada cerita yang ibu bapanya tak pandai didik anak la, anak terbiar la.Usia remaja lagi la hangat,tambah-tambah bila ada yang terserempak budak tu berdating [sedangkan gi blaja kot],habis 1 kampung dijaja cerita psl budak tu sampai budak tu tekad tak nak dok kampung, Sampai usia Dewasa sibuk pasal jodoh dan cerita rumahtangga pulak.Kalau kahwin awal dikatakan menggatal,kalau kahwin lambat,lagi la hebat ceritanya [hehe,sy dh mula tergolong dalam golongan ni]. Tu belum tambah lagi, zaman-zaman belajar kat U, lagi la macam2..

Tapi pada sy yang agak tertekan zaman-zaman bekerja kot.Sy bekerja dalam suasana yang sama dengan saya belajar.UiTM, sentiasa dihati saya. Bermaksud,sekitar pendidikan saya dari sekolah rendah hingga ke dunia kerjaya semuanya dalam koloni Melayu Bumiputera. Memang saya kurang kawan dari bangsa lain, bukan tidak berminat, tetapi kurang berpeluang. Kerjaya saya menyaksikan asam garam pentadbiran dan juga perlaksanaan program. Dalam kekurangan ilmu dan pengalaman yang baru bekerja menginjak ke 3 tahun ni,saya banyak mengaplikasikan pengalaman-pengalaman sepanjang saya belajar di UiTM. Dengan sedikit pengalaman yang ada,Alhamdulillah, sy rasakan sy lebih mudah disamping tunjuk ajar dari bos-bos yang berpengalaman.

Sang kehidupan menjelma saban saat . Sang aral dan sang senang juga silih berganti. Moga-moga semua rusan sentiasa dipermudahkan...[dah lame sgt hold en3 ni and Save s a  draft, so dh ilang topik sbnr .hehe]

Sunday, February 13, 2011

Sinetron VS Cite Antu Bidaah.

Akhir2 ni saya selalu berada di depan TV[Sejak banjir ni la coz sy slalu terlelap dpn TV]. Melayan rancangan Asro sambil on9 kat ruang tamu sgt2 melekakan. Tapi, hakikat sebenar,TV hanya terpasang tanpa di ambil perhatian pun oleh saya.Sy semakin bosan dengan tayangan2 yg di tayangkan. Asyiknye sinetron [?] Indonesia, Cite Seram Melayu..Sinetron Indonesia semakin lama semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia tanpa menyedari bahawa rakyat mereka telah mencemar maruah negara kita,Malaysia. hurmmm...

Sy bukanlah seorang yg bersifat perkauman. Sebab,kemana sgt la kita nak bawa perkauman itu. Yg penting,kesejahteraan sejagat tanpa mengira kaum, mahupun parti politik [entry sebelum ini adalah berkaitan].Namun, bile isu kenegaraan antara 2 negara [Malaysia & Indonesia] menjadi2, sy mula mempertikaikan rakyat Indonesia. Sedar tak sedar,berjuta warga Indonesia [Bangsa Indonesia] berada di negara tercinta, MALAYSIA. Namun, itu juga membuatkan mereka yg berada disana lantang mengatakan Malaysia ini begitu & begini.[Apakah itu?]...Sejak itu, bila memandang warga Indonesia di sini, selalu tergerak dihati sy " hei Indon x sedar diri",.
Eh, lari tajuk lak. Back to the track...Apakah punca Sinetron Indonesia ini mendapat tempat dihati rakyat Malaysia? Dari pemerhatian kasar sy, mereka yg berminat dgn Sinetron iniadalah dikalangan suri rumah dan mereka yang tidak bekerja. Mungkin kerana mereka mempunyai masa terluang diwaktu drama2 tersebut ditayangkan.Pelbagai motif drama yg di tayangkan seperti Cinta, Balas Dendam, Antu dn lain2. Sy? mmg x berminat langsung, Bukan kerana sombong dgn cerita mereka, tetapi menyampah bile memikirkan rakyat mereka yang langsung x reti hormat negara Jiran,Malaysia.

Selain sinetron, yang menghiasi skrin TV skang adalah cerita2 antu yg bebagai jenis.Mistik alam hitam,Niyang Rapik, dan macam2 la.. Seingat saya, dulu Penerbit Drama dan Filem ditegah dari membuat lakonan di kawasan kubur.Kemudian tegahan itu entah kemana. Cerita-cerita yang ditayangkan masa kini semakin lama semakin mengarut2 dan saya boleh katakan bidaah dan tidak mungkin boleh membawa kepada khurafat seperti maksud berikut;

DEFINISI KHURAFAT
Kamus Bahasa Arab: 
(al-Mujam al-Wasit) Cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta
(al-Marbawi) Cerita karut (karut marut)
Kamus Dewan:
KHURAFAT
Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.
Kesimpulannya
KHURAFAT
Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam
Khurafat adalah bidah akidah 

Pengertian diatas saya petik dari sumber internet. 
Sekian sahaja tuk kali ni.

Friday, February 4, 2011

B[AN]-J+IR>> Edisi ke-3

Kisah kali ni sy nak tegaskan pasal Bencana VS Politik. Mcm haru la sket. Sy pun teragak2 juga nak berpendapat ,tapi sy fikir untuk kebaikan,buat apa nak takut.,:-)//Moga2 entry ni x menjadikan saya apa2.

Alhamdulillah, sepanjang banjir kawasan Segamat, saya dan seisi rumah tidak pernah terputus bekalan makanan mahupun keperluan-keperluan seharian yang lain.Lokasi rumah kami yang berhampiran dengan kedai runcit dari mana-mana arah menjamin bekalan kami akan berterusan. Jadi, kami tak ambil port [kisah] sgt pasal rangsum makanan bantuan dari pihak2 yang berkenaan. Lagipun, banyak lagi keluarga lain yang memerlukan rangsum tersebut. Tertakdirnya, kami [kawasan rumah kami] berada dalam rukun tetangga kawasan Kg. Paya Dalam [Kampung sebelah].Nama pendaftaran mangsa banjir juga dikawasan ini yang diselia oleh En Jaafar.Alhamdulillah,beliau amat mengambil berat akan kawasan taman perumahan kami walaupun taman kami tidaklah dilanda banjir teruk. 

Selain itu, kami juga ada menerima dan mendapat agihan bantuan yang diberikan [Sy berharap kamai adalah pertimbangan terakhir untuk diagihkan bantuan tersebut]. Bukan kerana apa, kerana ramai lagi yang lebih memerlukan bantuan tersebut.Dan sy fikir sistem agihan adalah begitu.Mestilah yang paling teruk menerima bantuan selayaknya. Moga sistem agihan ini sentiasa adil,InsyaAllah. Antara bantuan yang diterima adalah peralatan mencuci rumah, asas barang dapur, dan juga asas barang makanan. Kami menerima dengan redha, dan terima kasih kepada penderma-penderma yang budiman.

Pusat pemindahan Banjir Kg Paya Dalam terletak di Balai Islam, bersebelahan Surau Kg Paya Dalam.Ada penduduk yg dah hampir 2 minggu berada kat situ. Semasa air mula mengganas kat taman kami, En Jaafar mempelawa kami untuk tinggal kat pusat tersebut.Kami menolak, bukan kerana sombong, tapi ruang tersebut diperlukan untuk mereka yang lebih memerlukan. Kami cuma menumpang 'park; kereta2 kami kat atas sana.

Pusat tersebut sy rasakan antara pusat pemindahan banjir yang agak selesa dan bersih serta teratur. [Sy slalu membayangkan pusat pemindahan banjir penuh sesak,bising dan x terjaga kebersihannya]..Setiap hari mereka akan dibekalkan dengan rangsum bahan mentah dan dimasak secara personal. Makan bersama keluarga masing2 dan boleh bertukar menu dengan 'jiran tetangga' a.k.a jiran tilam sebelah.hehe

Sultan Johor sempat singgah di situ pada hari semalam [3Feb 2011].Tuanku dalam sesi lawatan ke seluruh daerah Segamat sebelum ke Muar. Kesempatan yang ada digunakan oleh mangsa untuk beramah mesra dgn DYMM Sultan Johor. Sultan yangtegas, tp sempoi..
Bersama-sama rombongan baginda,turut serta kelihatan YB Parlimen Segamat yg juga Menteri Sumber Manusia, YB Othman Jais,Pegawai Daerah dan pegawai2 penting Daerah.
Ketibaan DYMM Sultan Johor

Snap curi..

Skuad Pantas dari Ampang

Sejurus selepas baginda berangkat ke Muar, kelihatan rombongan Misi Kemanusiaan PANTAS, dari kerajaan Negeri Selangor,yang diketuai oleh YB Zuraida,Ampang.Sesuai dgn nama, dengan pantasnya mereka beramah mesra, mengeluarkan barang2 sumbangan, bergambar dan sedikit 'kempen'. Kemudian, setelah mereka bergerak ke tempat lain, menjurus pula lori Nestle,Milo.Alhamdulillah, rezeki lagi. MAka, 'bermilolah' pusat tersebut. Rezeki yang dianugerahkan mmg x pernah putus.

Apa yang sy nak kisahkan kat sini adalah berkenaan bantuan daripada skuad PANTAS yang diketuai oleh YB. Zuraida yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor, membawa misi kemanusiaan mereka.Sy difahamkan oleh YB sendiri mereka dtg ke Segamat melalui Yong Peng [perjalanan yang menjauhkan disebabkan sekatan jalan oleh banjir].Umum mengetahu bahawa kerajaan Negeri Selangor merupakan pegangan PKR [KeAdilan] dan YB Zuraida juga merupakan daripaha PKR.Misi kemanusiaan ini sepatutnya sejagat dan tidak dipertikaikan dengan parti politik yang diwakili masing2.Pada saya, bile ianya datang keada tanggungjawab sosial, isu politik harus diketepikan.Namun, suasana yang berlaku di pusat pemindahan banjir tidak begitu. YB dan YB sendiri menunjukkan sikat tidak baik kepada rakyat. Apalah salahnya apabila YB menegur antara sesama sendiri, bertanya khabar dan mengucapkan kata kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab sosial. 

Dr pemerhatian sy,apabila skuad PANTAS bersama kenderaan mereka tiba di pusat tersebut, pemimpin UMNO terus berundur dan memerhati dari jauh. Kenapa pula cam ni jadinya? Sombogkah masing2 dgn parti yang diwakili? Tidak layakkan mereka menjadi kawan. Tidak bolehkah semangat Assabiyah parti itu diketepikan? Mcm2 yang berlegar2 di kepala sy. Sepatutnya mereka saling bertegur sapa, barulah harmoni keadaan rakyat. Yang dilaungkan oleh mereka adalah "Kita mestilah bekerjasama dan bersatu padu untuk kejayaan" tetapi, B sendiri menunjukkan contoh yang  tidak baik dan kebudak2kan.Adoiyaiii..!!

Kalo ini la keadaannya,lambat lagi la Malaysia nak maju dan menghapuskan kemiskinan dan mendapat kestabilan ekonomi dan kejayaan.Takkanlah time2 bencana ni pun nak pikir kepentingan parti lagi.Jatuh ke kemaluan jika menerima sumbangan dr parti lain???

Kalo ini keadaanya, nnt, dalam kejiranan kalau parti PAS yg meninggal, maka Org PAS je la yng akan uruskan, KAlau org UMNO, maka org UMNIO jela yg akan uruskan sedangkan pengurusan Jenazah adalah Fardhu Kifayah.Sama gak dgn Solat Jemaah, dan lain2 hal.

Dengan doa dan harapan semoga semua  rakyat Malaysia akan bersatu padu bagi menjamin kecemerlangan negara Malaysia. Usah lah sombong dengan parti masing2, kerana kita sujud ke arah KIBLAT yang sama dan menyembah Allah yang Esa.


B.AN[Ji]{R} >>Edisi ke-2

Diberitakan oleh penduduk tetap Daerah Jajahan Segamat bahawa banjir 2011 merupakan banjir yang lebih teruk daripada banjir besar [dh x jadi banjir plg besar la] 2006. Bukan seorang dua yang sy dgr pernyataan ni, tapi ramai [xkire n x de data la plak] yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Sy mendengar penyataan tersebut dan mencuba membuat bayangan dan perbandingan. dan kesimpulannya, sy merasai la banjir besar yang di gembar-gemburkan selama ni[sbb tahun 2006, sy masih lg seorang pelajar].

Sebenarnya,rumah sy pun terlibat dengan bencana banjir kali ni [Nk bagitau yg sy adalah mangsa banjir!], tapi sekadar mangsa tuk 12 jam sahaja n sgt jauh nk dibandingkan ngan mangsa lain yang sehingga ari ni [4hb feb] umah mereka masih terendam ngan air banjir.[ntah ape la rupa keadaan umah dieorng skang].

Rumah kami yang dimasuki air

Memang banjir 2011,Segamat ni memberi experience yang berguna dalam life saya. Menghadapi banjir bukanlah 1 masalah besar bagi sy atas pengalaman yang ada sebelum ni. Lagipun, sy tinggal dgn housemate yg dh dewasa,xde budak kecik yang nak di secure kan..Pengalaman banjir selama ni yg diharungi sgt berguna tatkala housemate yg len [kecuali adik sy yg dh prnh merasa banjir] ]mmg x prnh tempuh banjir. Dr petang lagi dah de yang bising2 suh angkat barang naik tingkat atas sedangkan air jauh lagi. Sy relaks jela.Lebih kurang kul 10 mlm, Letrik dimatikan, Sy pun mula jd tn rumah, melaksanakan perancangan banjir.Kemas barang2. Alhamdulillah, sumenya selamat.

Untuk makluman, kemuncak banjir kat Segamat adalah pada 31Jan - 1 Feb 2011.Kemuncak air naik ngan laju n deras. Rondaan sy terbantut seketika. Tapi., 1 Feb sebelah petang sy sempat meronda sampai ke Jambatan Pertama [menempuh 2 air banjir atas Jalan Raya]. Agak ngeri la gak melihatkan keadaan Sungai Segamat yang selama ni mcm hidup segan mati x mau.Air mencurah2 mcm kat Kolam Puteri Gunung ledang time hujan lebat.Pergh,...tambah lagi air yang menghentam tiang2 Jambatan yang ada termasuklah jambatan keretapi...Sy terbayangkan if hentaman tu merobohkan jambatan ..Perghhh.Mntak dijauhkan la..Rondaan sy diteruskan sampai ke Gemereh.Melihatkan rumah abg Meslani n kak lin yang tinggal bumbung je..Mmg tabah la[Sy diberitakan mereka tidak sedar air naik sehingga la kak lin prasan de air dikala tgh tdo]..Mesti terkejut gile..Then x byk persiapan yg boleh buat n brg2 pon kompom la terbiar je.[Sehingga ari ni, umah dieorrg masih ditenggelami air].
Terbakar dalam air banjir

Yang lagi menyedihkan kisah banjir ni bile Sdr Hery Leng [Bukan nama sebenar] ditimpa 2 bencana sekaligus.Rumah dinaiki air,kemudian terbakar didalam banjir, Masya Allah.Ditimpa ujian dan kasih-sygNya skaligus.Moga keluarganya dirahmati.

Sy mendaftar sebagai mangsa banjir bersama-sama housemate lain. Dengan niat juz as a record. Sy risau gak takut2 ada org kata,"ala,umah die banjir setakat buku lali, sibuk nk bantuan gak".Moga2 takde la org yg berkata camtu. Cuma,jgn dinafikan la hak2 yg ada. Alhamdulillah,pusat pemindahan banjir Kg Paya Dalam dilawati oleh ramai org kenamaan dan misi kemanusiaan termasukalah YMM Sultan Johor.[Sy ceritakan nnt]

Suka untuk sy katakan, bahawa banjir adalah dengan kuasa Ilahi, Bencana yang berlaku ini juga adalah kehendak Ilahi, Bencana ini juga seharusnya mendekatkan diri kita dengan-Nya. Kerana ujian yang diturunkan adalah tanda kasih sayangnya kepada hamba-Nya.. Air tidak bersalah,keadaan muka bumi juga tidak bersalah.Kita, manusia lah yang patut menginsafi diri dan mengira apakah yang patut dilakukan.

Antara kesan2 banjir :
Add caption

Add caption


Add caption

Add caption



Add caption

Add caption

 

Monday, January 31, 2011

B.A,N-J[I](R)

Tu die, formula untuk banjir kali ni yang saya pun tak tahu apa penyelesaiannya..[hehe].
Kali ni,tahun 2011 menyaksikan sy mengharungi kali pertama bukan di Temerloh, tapi di Segamat [semua org pun aware kot yg Segamat mmg tempat banjir]. Sabtu [29hb] sy sempat meronda2 kawasan sekitar Segamat yang mula dinaiki air.Sy diiberitakan oleh teammate [didi amran] bahawa rumah mak kat kg Tengah mula dinaiki air. Ptg tu sy meronda sehingga ke Pogoh,namun keadaan masih kelihatan tenang je. 30hb [Sabtu] saya meronda bermula jam 11pg -7 petang.Rondaan bersama Didi Amran, melangkau sekitar daerah Segamat especially tempat NR UiTM Johor. Kami menyaksikan air yang naik dgn cepat. Menyaksikan jalan2 yang dh x bole lalu.
Saat2 air sg segamat melimpah bawah jambatan KTM

Sungai Kat Kg.Tengah yg dah melaut

Gaya2 YB bertanya khabar

Kira2 kul 7 petang, sy terlintas nak balik rumah [selepas Jannah Call].Sy hampir-hampir terkandas di Bandar Segamat dan sy perasan yg kereta sy adalah antara kereta terakhir merentas air yang melintas. Ketar gak la at that time bile air mencurah2 sampai masuk dlm kete, n terasa gak kereta mcm nak hanyut. Alhamdullilah  Allah kurniakan sy ketenangan dalam menghadapi saat-saat cemas..Sy selamat merentas air lintas tersebut. Tapi, Amien[Along] tak dapat rentas air tersebut. Sy difahamkan Amien berjalan kaki dari Bdr Segamat ke Kg Tengah, n Didi berjalan ke Tmn Perling.


Bandar mula ditenggelami air

Alhamdulillah, sy dpt melepasi air yg mula mengganas

Lebih kurang kul 8mlm, sy diberitakan air dah naik kat Rumah Didi, [Taman Perling] Perghh..giler risau mengenangkan die tinggal sorang2, brg banyak...Air nek laju lak, Pas2 tu, sy pun risau psl rumah kami.Tetiba, blackout, ...dh blackout,pe lagi, kami mula angkat barang ke tingkat atas. Pas tu,sy menjadi pemantau air tetap.Every 15min g harung air [best!]. Kul 3pg, Air mula masuk rumah.Melimpah hingga ke tangga pertama. Alhamdulillah, setakat tu je.

Pg tadi air mula surut. Tapi hujan stil turun tanpa henti smpai sekarang. Aktiviti kami ari ni? mmg best! Bgn pagi, masak air, buat air milo,nescafe [pastu dieorng breakfast roti kot]. Sy memasak dlm air [Nasi, telur dadar n ikan bilis goreng +lada].MMg best lor...

Then, tenga hari sket sy berjalan2 meronda dgn luth, main hujan ..Habis lencun.Dari Jambatan utama bandar Segamat sampai ke Batu 5. Setakat tu je yg lepas.Jalain lain sume dh nek air.

Pastu, balik umah, goreng cekodok, makan depan TV [tetibe TNB sambumngkan letrik,sume org cas fon, lappy n mcm2].

Tu je kot.
Skang ni menanti jela masa tuk TNB putuskan bekalan letrik [Hope x la]..

Moga2 air x nk melintas kat umah kami lg.

OOps lupe lak. Td br register sebagai mangsa banjir, So secara rasminya, kami adalah mangsa Banjir,!!

hehe..

Moga semuanya selamat,InsyaAllah

Saturday, January 29, 2011

Mess Night [Makan Malam Rejimental/Istiadat]

Penglibatan dalam PALAPES memberi pengalaman kpd sy akan Makan Malam Rejimental.
Malam yang gilang gemilang untuk pasukan. Dalam budaya PALAPES,Mess Night di aturkan selepas satu2 batch ditauliahkan dan di anjurkan bersama ketiga-tiga cabang perkhidmatan [Darat,Laut,Udara-Tapi,batch sy lom de Air Force] dan tetamu utama adalah YDPA. Batch sy,[2002-2005] mengaturkan Pra Mess Night di Intekma Resort, dan Mess Night sebenar di Hotel Nikko.Alhamdulillah, YDPA hadir pada majlis tersebut dan kami amat berbangga pada malan tersebut. Dengan penuh protokol ketenteraan,kami diraikan sempena pentauliahan kami sebagai Leftenan Muda

Penganjuran Mess Night memang amat terperinci. Namun tugas sy pada ketika itu hanyalah sebagai AJK Pengangkutan dan Keselamatan. Tugas yang agak mudah dan simple..Penganjuran Mess Night juga menuntut kerjasama yg mantap antara ketiga-tiga cabang perkhidmatan dan menuntut pengorbanan terutama pada mereka yang telah tamat belajar.

Namun, susah payah tersebut rase terbayar bila majlis tersebut berjalan dengan lancar, n perut kenyang.

Malam semalam,[28 Jan]sy menghadiri majlis makan malam yang diaturkan oleh Komander Kesatria UiTM Johor yang mengmbil konsep Mess Night pasukan Tentera.Percubaan yang pertama kali untuk Komander UiTM Johor [sy x pasti kampus lain de wat ke x Mess Night camni]. Kapt [B] Ujud mencuba yang terbaik tuk menerapkan disiplin tentera kepada komander UiTM Johor. Usaha dan idea Tn Ujud mmg dapat mengajar dan memberi pengalaman yg berguna kpd Komander UiTM Johor. 

Sy sendiri tidak pernah mengaturkan Mess Nigth di Mess [tempat] sendiri.Selama ini, kami menganjrkan Mess Night di mana-mana hotel yang mana lebih memudahkan. Sy kira, mereka berjaya merealisasikan Mess Night tersebut.Namun, beberapa kekurangan menyebabkan majlis menjadi sedikit menyusahkan dan kelihatan hilang protokolnya. Mungkin kerana pengalaman dan kurang pemantauan.

Pertama skali berkenaan sambutan yang sy kira agak longgar. Terlepas 'pegawai'..namun ia bukan isu kerana semua jemputan bukanlah dikalangan Pegawai Tentera...
"Bag pipe" tidak dimahiri oleh brassband UiTM Johor [xde alat muzik kot] dan diganti dgn iringan percussion,[gud idea ] . Tetapi,menjadi cacat sedikit bile Percussion tersebut 'meninggalkan ' VVIP.hehe..

Sy diberitakan komander2 tersebut 'mencuri' meja dari kelas akademik untuk setting mess night..[Kreatif pun dieorng ni].Pada tika tu sy membayangkan bahawa DST penuh ngan susunan meja [mcm mess night kami dulu].Tapi, itu hanya bayangan.Sitting pada malam tersebut sy kira hanya untuk 80 org mungkin.[2 baris meja]..sy masuk dewan dan ooooooooooo...hehe...

Selepas itu, majlis bermula dgn 'tos' kepada komander. protokol yang sama cuma kalau sy x silap, yg tos sepatutnya tetamu terhormat dan disambut pegawai termuda di hujung skali. [mungkin protokol ini telah di olah]. Yg sy nk komen ,juz  gelas 'tos' [Goblet] tersebut. Terlalu besar. Sy fikir, spttnye gelas tersebut boleh dibeli oleh yng berkenaan dan dijadikan inventori.  Kemudian, tiada tos kedua. Juz mkn.

1st time gak sy g mess night makan nasi[tp ok la] .Menu doesnt matter. ikut kesesuaian bajet.[ Dulu pun kami gune duit sendiri tu mess night].. Need sacrifice 4 all this. And, after makan, de majlis sket. Majlis tuk penyampaian hadiah n so on. I think pihak yg berkenaan perlu lebih belajar mengenai Protokol dan susunan majlis. Majlis tersebut menjadi sikit ' tak kena' pd sy. Emcee??. Tak dinafikan, suara emcee  sgt mantap dan komersial.Cuma beliau mungkin kena lebih protokol dan berkursus tuk bercakap lebih protokol.

Sy memuji 'kekreatifan' pelajar2 komander .[Mereka sgt kreatif-teringat lak kat batch2 sy yg sgt2 kreatif dlm persembahan n gimik]..hehe..
Tahniah sy ucapkan kepada batalian VI Komander Johor atas kejayaan dalam Jambori 2010. Oh lupe, sy juga memikirkan bahawa komander2 tersebut perlu diberi latihan Public Speaking bersandarkan ucapan yg du ucapkan oleh 2 Komdy pd majlis tersebut yang agak melanggar protokol dan 'asal cakap'..slow2 r beb..bkn nk kejar ape pun..

Sitting table yang dipamerkan juga mungkin boleh di improve seiring dgn teknologi IT skang. Penggunaan white board sy tgk cam dak 'Tadika 'jer.. Tp,ok la..at least, ade dr x de. 

Sepanjang perjalanan pulang dr majlis tersebut, sy terkenang2kan Mess Night batch sy dulu.Miss that moment !!.

Next time sy akan wat entry psl PALAPES [tp x tau la bile]..
Tuk yg berkenaan,if terbace entry ni, jgn marah tau..Ini hanya pendapat dr pemerhatian shj.Jika nak penjelasan, bole lah kita berbincang..

Moga kita semua sentiasa maju!!

Thursday, January 27, 2011

Pengalaman ITU

Laluan kerjaya sy skrng adalah disekitar suasana pembelajaran di peringkat Mahasiswa. Sy bersyukur rezeki sy yang sentiasa berdamping dengan dunia ilmu dan dunia pelajar. Secara x langsung membakar semangat sy untuk terus belajar dan sentiasa update dgn dunia muda yg latest [ikut trend].. At least xde la sy ketinggalan sangat dgn trend dak2 muda skang ni..[Sy dh Dewasa]..haha. Mengikuti trend semasa sy rasakan amat perlu..Bukan nak ikut trend tersebut, tp penting untuk pengetahuan dalam mendidik bakal anak sy [cheewahh]..

Kehidupan dengan student mmg menyeronokkan. Most of the time sy bekerja sentiasa berhadapan dgn student yang berbagai2 gaya [Ehmmmm, untuk maklumanm, Sy bukan Penysarah, sekadar berkhidmat dalam Skim S27]. Semuanya mengingatkan semula zaman sy study dulu.Nakal-nakal student ,mcam2 helah bila time ada masalah or wat salah..Tapi maaplah, sy dulu juga seorang student yang nakal, so helah2 korang sume kurang menjadi kat sy..haha

Walaupun sy bukan seorang pendidik akademik kat sini, tapi jiwa sy x pernah lekang dari niat tuk memberi pengalaman kehidupan kepada adik-adik sy. Sehingga kini, sy masih belum berasa puas tuk berkongsi pengalaman sy ngan adik-adik kat sini. Sy cuba untuk berada bersama-sama dieorang , memberi pengalaman secara tidak formal dan mencuba mengambil kesempatan untuk berkongsi tentang pengalaman dan sedikit ilmu yang sy ada.

Saya belajar di UiTM Malaysia [Shah Alam] selama 6 tahun[Bukan seorang pelajar yang pandai, sebab tu smpai 6 tahun]. Namun saya  tak pernah menyesal saya menghabiskan Diploma dan Ijazah S.M saya dalam tempoh yang agak lama [Kebanyakan kawan-kawan saya tempoh dalam masa 5 tahun shj]. Sy mengambil peluang sebaik mungkin untuk mencari pengalaman secara percuma sepanjang pengajian saya.

Bermula dari permulaan Diploma, tumpuan sy pada ekstra kokurikulum PALAPES.Sehinggalah ditaulihakan pada 2005. 2006 pula saya mengorak langkah dalam dunia kepimpinan Mahasiswa. Tak pernah terfikir di akal saya pun untuk terjebak dengan dunia politik Mahasiswa [tp pernah gak berangan2], tetapi dengan izin Allah, sy mendapat pengalaman tersebut yang sangat banyak mengajar dan memberi pengalaman sgt berguna. Pada masa yang sama juga, saya mula aktif semula untuk bersukan.

Apa yang sy nak nyatakan bahawanya terlibat ngan pelbagai aktiviti di peringkat Universiti bukanlah sesuatu yang merugikan. Saya selalu menyarankan adik-adik saya kat sini supaya jadilah Exco mana-mana persatuan, jadilah penggerak untuk mana-mana kelab dan aktiviti. Kerana ianya kan memberi pengalaman yang berbeza setiap kali aktiviti yang dilakukan. Tapi, sy juga suka ingatkan, "Akademik Nombor 1, namun Tanggungjawab lain tak pernah jatuh ke nombor 2".[Kata=kata dr Bos MPP sy, Sdr.Hidayat]..Sampai skang pun sy masih pegang dengan kata-kata tersebut cuma dalam konteks yang lain.

Moga adik-adik saya ini akan sentiasa berjaya dalam dunia mereka..





Tuesday, January 25, 2011

Makanan

Saya bukan la rg yg cerewet psl makan.Tapi, sy susah sket nak terima menu2 yg sy x biase. Sy anak jati Temerloh.Kedua2 ibu bapa orang Temerloh. So, dari umur 1 hari- 12 tahun mmg x prnh dok luar dari Temerloh.Lidah sgt serasi ngan ikan sungai,ikan paya,ikan pekasam,tempoyak,sambal ikan bilis mentah.pucuk ubi, kacang dal, n mcm2 lg yg mmg pure dimasak care org Kg Megat Segama.
Umur 13 tahun sy mula keluar dari Daerah Kelahiran . Langkah pertama sy ialah ke Jerantut[S.M.K.A TAHAP]. tahun1997-2001. Tak banyak yang berubah [since stil dlm Pahang].  Just tuk jangka masa hampir 5 tahun menu yg same selang 2 minggu [dh hafal dh menu]..menu tu la yg sy rindu skang ni.[ Lau g smula skool pun lom tentu menu yg same skang kot].

Abis SPM,melepak dok Kampung, jaga Wan [arwah] sambil jaga adik2.Time tu mmg sume menu Temerloh beb.Sampai mase, 2002, Sy mendaftar ke UiTM Malaysia [Shah Alam]. Time tu la sy blaja makan mcm2.Menu yg paling berkesan ialah Tempe,Siput Sedut. 2 menu yg sy x pernah makan pun kat Temerloh. Sampai skang pun sy stil suke menu tersebut.

2008,Sy tamat blaja [Alhamdulillah]..Terus mendaftar keje kat UiTM Johor,Segamat. Sy mula terbayang akan makanan orang Johor. Yg pertama skali  ialah ASAM PEDAS. Sy mula mengeluh.Sbb, sy mmg x suke Asam Pedas. Pas tu sy terbayang mee rebus,mee bandung,mee jawa..yg saya mmg x gemar [x prnh mkn pown]. Pening gak la time tu

Tapi, Malaysia tetaplah Malaysia.Menu universal tetap ada [ayam goreng,ikan goreng,telur etc].\Minggu2 pertama sy mmg bermenukan ayam goreng jer.hehe.Pas tu sy mula blaja mkn mcm2 smapai Asam Pedas pun dh bole makan [Credit to my Mak Angkat kat Pontian coz ngaja sy makan Asam Pedas.]

So far, semakin hari sy semakin blaja tentang budaya dan cara hidup orang Johor.Cuma yg sy xboleh terima lagi adalah

:Mee Rebus
:Mee Jawa
:Mee Bandung.

Bilakah??/Ntah...huhu

Monday, January 24, 2011

CreaTIVe vs Arah..??

Mini Karnival NR UiTM Johor 2011 baru melabuhkan tirai 2 hari lepas [23Jan 2011].
idea n konsep dr PPP  [RS] NR uiTM Johor [gue la tu]hehe..
Actually, ni 1st event antara sy n Jawatankuasa Perwakilan Non Resident UiTM Johor yg baru je ditubuhkan. And ni pun 1st event dieorng atas nama JPNR.[Sy percaya yg dieorg ni byk experience dlm wat event].
Secara kasarnya, event berjalan selama 2 hari [22-23hb Jan 2011].
22hb tu juz tournament boling inter team. Dan sy  adalah salah seorang pesertanya dan [jeng.jeng.jeng] ternyata student NR x leh beat sy and the team [Jannah, Syidot n Zarin]..hehe
Staf Laki pun champ gak time tu. Tournamnet abis around 3.00 p.m [+ - lane rosak etc]..

23hb, Tournamnet Futsal lak..So far, game berjalan dengan baik.Ada gak mini games [congkak,dart and carrom]. Then, terus bg adiah, n majlis penutup.
Komen??
haha....ni la die..student tetaplah student..Time Tournament boling so far xde la masalah .Juz technical prob with the lanes [bukan masalah kami].Tapi yang jadikan sy kurang berpuas hati bile mende2 yg simple n easy xde kat c2 seperti mana yg sepatutnya.
1. Banner sepetutnya digantung [sy dh pesan suh anta a day b4 banner tu, tp........]Nasib la sy baik ati tuk bwkkn bunting yg tersangkut menanti tuk menyembah simen kat lobi admin.
2. LCd + Skrin....aku ase, as a student ptt tau cara nk psg kedua2 mende alah ni.Simple kot. Lambat tu ok lg la, pas tu sampai2 lak skrin yg rosak..Abis tu, masing2 x nk pikir lak cmne nk gantungkan skrin tuh...adoiyaii..[ sy dh mula tepuk dahi tuk yg pertama kali.]. Nasib bek la staf Unit Sukan [abg mie] ade. Akhirnye, tergantung gak la skrin tuh.
3. tup-tup, Pengarah dtg..Alhamdulillah,kepimpnan JPNR pandai memainkn peranan beliau..Lau x, dh lame aku sound [mcm sy kne sound ngan Pengarah.hehehe]
4. Hadiah n cenderahati : Persiapannya??akhirnya sy buat dmalam hari di pejabat sy bersama ngan exco MSP [credit to Zaty,Dura n Apek]..dimanakah AJK hadiah itu?ntah...
5.Futsal tournament : Sy dh bgtau,bg sy list team..Ni nk kne gak sy yg tanya [tp its ok].Akibatnya, terhegeh2 lor sy nk siapkan jadual.Nasib lor...Mende yg same gak jadi..Sy ase sy bercakap ngan lebih 5 org n lebih dr 5 kali yg sy nk tgk skrin n LCD terpasang.Cari Idea..Tp ntah...[tepuk dahi lg]
at last, Skrin terpasang, tp terbiar.LCD nye disepah2kan jer [mcm harga LCD tu RM2.00 jer].-[tepuk dahi lg]tp, at last terpasang gak la...n Jadual pun siap cantik hasil nukilan K.Azah.
6.Then Game berjalan dgn lancar.Time majlis Penutup n Penyampaian hadiah...Sy dh sound psl EmCEE tu majlis..Then at the point, br nk tulis teks??adoiyaaiiii...[Tepuk dahi laaaaagi...]alih2,sy gak [nk elakkan sy jd nagin x tentu hala].Sampai salah sebut tuh...
7. Yg agak sy nk geram lg bile de org blk awal....phewwwww......mengucap den..Tp yela, sume nya ada alasan tersendiri..

Then...abis la event...

Komen2 tu [if de la JPNR yg bace] bukan tuk kondem, tp tuk improve u all punye organization. Be more Creative pls....

Anyway, credit to all Exco n to MSP and bertungkus lumus menjadikan Mini Karnival NR ni kenyataan. Thousand of appreciation gak tuk K.Azah n Abg Mie yg 2 hari berpenat bersama2...

Saturday, January 22, 2011

Jauh Kau Pergi

*Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin kulupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan
Seperti dirimu oh bintangku

Rasa cinta melimpah ruah, rasa kasih tak terhitung,..Menjadi Kenangan yang sarat dengan suka duka,...
Kata kawan saya, Kasih,sayang itu sepatutnya membawa kebahagiaan kepada kita dan juga pada dia,. Jikalau tidak mendapat kebahagiaan bermakna, die bukan untuk kita.

Saya berfikir panjang mengenangkan kata-kata kawan sy tu..ade benarnya. ade betulnya, ade logiknye....
Kisah kasih sayang sepatutnya menjadi indah walaupun apa keadaannya. Kisah Kasih Sayang itu sepatutnya menjadi igauan dalam kehidupan, Kisah Kasih Sayang sepatutnya sentiasa dalam mimpi tidur, dan sepatutnya sentiasa menjadi ingatan saat bila skalipun.
Sy belajar dari kata-katanya..

Moga langkah saya adalah langkah yang betul..