Wednesday, December 11, 2013

5 Disember : 02

Pengurusan jenazah awak sangat mudah. Urusan memandikan jenazah kami laksanakan bersama. Perasannya masa memandikan jenazah sama macam mandikan awak semasa awak masih hidup. Dipusing-pusing, digosok. Urusan diketuai oleh Ustazah yang dilantik.Kelihatannya darah dari tebukan untuk prosedur perubatan masih mengalir. Begitulah segarnya jenazah awak. Darah dari tiub bekas tiub PEG yang ditanggalkan pun masih mengalir. Usai memandikan, diangkat untuk dikapankan. Urusan kapan juga Alhamdulillah, sangat mudah. 

Siap segalanya, semua yang ada pada waktu itu diberi peluang untuk cium awak. Termasuklah saya, dari jauh saya ambil nafas sedalam-dalamnya, saya kucup dahi dan antara mata awak. Lama saya rasa.Bau awak tetap sama. Ya, saya pasti akan rindu. Kemudian, saya bantu Ustazah ikat kapan dibahagaian akhir, dikepala awak. Allahuakbar. Tatkala itu, saya masih merasakan awak tetap hidup , berada disamping kami. Kehadiran awak amat saya rasai.

Kemudian, terus dibawa naik ke Van Jenazah, dibawa balik ke rumah. Along bersama saya , dalam kereta Along menceritakan setiap yang terjadi. Hati menangis, bibir tersenyum. Tak nak menambahkan gusar dan duka pada yang lain. Perjalanan balik ke Bandar Tenggara bersama Dura. Sampai je kat rumah, awak dibaringkan di ruang depan. Berlangsirkan kain. Sampai je, sekumpulan lelaki sedang baca Yassin dan Tahlil. Mengambil kesempatan menenangkan diri saya. Alhamdulillah, kehadiran mereka (Dura, Farahin,Atul,Syeiq,Dija,Black,Celcom) agak menstabilkan keadaan saya 

Sepanjang malam, menemani awak bersama yang lain. Saya cuba memberi bakti selagi mempunyai ruang dan waktu. Yassin, tahlil dan Bacaan Al-Quran tak berhenti-henti oleh semua orang. Waktu itu, perasaan saya tetap sama, merasakan awak masih bersama kami. Walau melihat jasad awak terbujur kaku dihadapan, saya tetap merasakan awak berdiri, duduk disebelah saya. Secebis rasa takut atau gusar pun tiada. Sekali sekala, saya buka , lihat wajah awak, Allahuakbar..tenang setenangnya. 

Kemudian, tiba pula rakan-rakan dari Shah Alam dan Melaka. (Big Show, Button,Apek,Una,Khalida). Mereka bersama sehingga ke urusan awak selesai. Paginya, majlis Yassin sekali lagi dilaksanakan oleh kaum wanita. Saya kurang arif bagaimana adatnya di tempat awak. Saya ikut je bacaan Yassin dan tahlil. Rupanya, baru saya tahu selepas bacaan itu, awak akan dikebumikan. Terpana saya bila kaum wanita melihat awak buat yali terakhir, kemudian yang lelaki menerbu masuk untuk urusan solat Jenazah. Ibu ayh Along datang untuk cium awak buat kali terakhir. Kemudian Izzati. Kemudian, dengan sendunya, saya cium awak sebelum kapan ditutup.

Sejurus ditutup, Dupp!! Allahuakbar..saya seakan baru tersedar bahawa awak dah tiada, meninggalkan kami di sini. Mengalir laju air mata . Hati saya kosong. fikiran saya padam. Badan saya menggeletar. Saya mencari tempat bertenang, dalam bilik. Airmata tidak berhenti. Usai solat, jenazah di bawa ke perkuburan, saya tanamkan dalam kepala wajah awak yang terakhir sebelum ditutup.

Kemudian, terus ke kubur. Menyaksikan pengkebumian awak dari jauh. Sejurus habis talkin dan urusan yang lain, kami mendekati, menyiram air..Allah, saya tak dapat katakan perasaannya. Kemudian, kami bersama (UiTM) sekali lagi mendoakan awak. Kaki berat untuk melangkah. Saya berlengah selama yang boleh. Saya tidak mahu 7 langkah itu berakhir. namun, itu lumrahnya. Saya melangkah tanpa menoleh. Balik ke rumah, diteruskan dengan bacaan Tahlil. 

Masuk rumah, masih merasakan yang awak tetap bersama kami. Petangnya, kami merehatkan diri. Saya terlena dalam linangan air mata dalam bilik. Along , Ibu melempiaskan rindu atas katil awak, adik-adik merehatkan diri dengan cara masing-masing. Bangun tidur, terus tersebut "angah!'..Apa yang difikirkan , saya sendiri tak tahu.

Terlau banyak perkara, terlalu banyak kenangan, terlalu banyak jasa awak. Banyak juga yang masih tak tertunai. Terima kasih, menjadikan saya sebahagian hidup awak, terima kasih juga kerana banyak memberi kehidupan kepada saya. Saya halalkan segalanya untuk awak, saya maafkan apa sahaja. Sianran hidup yang awak berikan, memberi sejuta makna dalam diri saya.

Dengan doa, Ya Allah, jadikanlah kubunya sebagai satu Taman Syurga-Mu. Jauhkanlah beliau dari azab kubur, letakkan dia bersama orang yang Alim.

5 Disember 2013

Saya : Hello , Along..
Along : kak ikin, jap ye, jap lagi Along call balik... 
Saya : Ok.
Saya : Tengok TV, bermalas-malasan, berlengah-lengah....
Handphone Rang ..
Saya : hello, yup
Along : Ermmm , kak ikin..Nak bagitahu ni. 
Saya : Ye...
Along : Angah dah takde..
Saya : (Terdiam)..hah?? Bile?
Along : Baru je .
Saya : Ok.. saya gerak sekarang.
Terdiam 1-2 minit...Relaks, tenang

Masuk Bilik nak kemas barang, melangkah je kaki dalam bilik air mata mengalir laju. Tak boleh fikir dengan waras.Macam terlalu banyak perkara yang nak dibuat. Sambil capai baju, masuk bilik air, refresh, ambil wudhu'. Sambil pack baju, sambil inform beberapa orang yang difikirkan perlu antaranya : Nurul Ain Kaskon, Atul, Farahin, Aidil, Izzat, Big Show. Yang lain dah tak terfikir dah. Allah je yang tahu apa ada dalam hati saya, tak terluah dek kata-kata, tak tergambar dek bayang-bayang.

Siap, panggil housemate, malangnya tak didengari. Terus keluar rumah, sambil start kereta, sambil text beberapa orang lagi yang terfikir.

Kemudian, mula memandu dengan hati yang tak stabil. Keadaan mental pun huru hara. Terpandang meter minyak, ok, kena isi minyak. Singgah Petronas kat bandar, isi minyak. Keadaan mental dan fizikal masih belum stabil. Terus drive. Lagak mula-mula, cool je, sibuk melayan call and reply text dari yang berkenaan. 

Tupp...handphone pun senyap, melayan perasaan sendiri. Allahuakbar...Hati tetap tertanya-tanya, "betul ke ni"...Ntah, terus je drive dengan memikirkan perkara yang positif je. Dengan harapan, semuanya mimpi. Air mata mengalir dalam sedar tak sedar. Surah Yassinn sepanjang perjalanan.

2 Jam, sampai depan Hospital Sultan Ismail. Along call :
Along : Kak Ikin, terus g rumah mayat. angah baru dibawak kesana
Saya : Ok.

Terus drive dengan berfikiran positif lagi. Sampai rumah mayat, nampak Pak Long depan gate, Kemudian Ibu , along, Ayah sampai. Allhuakbar...
Pelukan ibu mematikan fikiran positif. Ayat yang keluar, hanya kata maaf di pohon dari Ibu. Terasa betapa bersalah terbeban di bahu. Kalih, tengok Along...airmata cukup menceritakan segalanya. Allahuakbar.. Rasa bersalah menambah di bahu.

Terus, masuk ke rumah mayat untuk uruskan Angah. Hati masih ada lagi sisa-sisa positif. Memasuki ruang mandi mayat, terkujur kaku diselimuti kain putih. Tetap teguh dengan sisa hati yang positif. Saat penutup kain dibuka, terserlah, awak yang terkujur kaku, dengan sejuknya, terbayang sinar wajah. Allahuakbar. Mengalir air mata,rasa tak sanggup tengok lama-lama. Allah.Allah.Allah..tak mampu mengeluarkan perkataan lain.

Allah, strengthen me, please.. Urusan menguruskan jenazah diteruskan. Sehingga ke mengkapan jenazah.  Kemudian dibawa balik kerumah.

Perasaan saya ? Rasa macam mimpi...



Wednesday, September 25, 2013

Saya perlukan awak
Jangan pergi dikala saya tak pernah bersedia untuk kehilangan awak.
Jangan pergi dikala awak sentiasa dalam kehidupan saya.
Jangan pergi dikala saya tidak boleh hidup berdikari lagi.
Jangan pergi dikala awak masih menjaga saya




Friday, June 7, 2013

air mata

Air mata keranamu...

Sunday, April 14, 2013

Better life_herbalife_4life

Alhamdulillah, bedsore angah terkawal. Sedaya upaya along menjaga supaya bedsore angah x melarat. Teringin sekali nak tahu apa perasaan along. Kalau dipandang, gelak aje dia tu. Tapi jauh disudut hati, saya  tak dapat ,endalami perasaan dan isi hati yang sebenar. Saya mencuba mencari di setiap wajahnya, apa yang saya nampak, setulus ikhlas along menjaga angah. Tanpa ada rungutan. Tak ditonjolkan langsung perasaan negatif, putus asa, sedih ataupun kecewa. Sungguh kuat hati along. Tak pernah terlihat rasa jemu dan letih sepanjang masa.

Kata ibu, angah dah semakin pandai sekarang. Pandai dah mencari suara , dah pandai juga mengawal mata. Respon semakin positif walaupun sedikit. Alhamdulillah, kami harap progression angah semakin baik. Moga setiap usaha yang dilaksanakan membawa kebaikan. In Shaa Allah, semuanya akan dipermudahkan.Sempat saya jenguk angah 12 April ari tu. 4 Jam drive!Segamat -BP -bdr Tenggara huhu..gara-gara injury main paintball. Kalau tak, berdesup 2 jam setengah dah sampai..tapi xpe, biar lambat asal selamat. 

Dari pemerhatian saya, angah macam lagi susut. Bedsore, nampak terkawal, lukanya pun nampak ok even maybe baru 20% ok kot. Cuma angah macam banyak tidur. Saya tak pasti ianya baik atau tak untuk angah. Maybe baik tuk perkembangan otak and rest, maybe juga kurang baik bila asyik tidur je, melambatkan lagi respon otak. Saya pun tak tahu.Kene refer pakar ni..Saya akan try study, mana satu lagi baik, biarkan angah tidooooooo or bia die byk jaga.

Diet angah pun skrg dan berubah. Sebelum ni consume susu Ensure as main diet. tapi sekarang for better diet (Harap-harapla), family decide untuk consume herbalife Shake. So far, still in trial period. For time being, without permanent herbalife wellness coach (*well, biasenya, org yang consult tuk guna herbalife ni, die ade personal wellness coach skali yang akan monitor and consult ttg herbalife intake). Kata ibu, ada kawannya yang suggest and nak supply herbalife product ni, tapi i'm not sure yang dia akan monitor skali or juz supply product je. Pening juga sebab saya pun belum jumpa coaches herbalife yang berdekatan dgn bandar tenggara tu. Kalau kat Segamat ni xpe la...ramai. Sebut pasal herbalife ni, hahaha, nak gelak gak.. Dulu, time before accident, kemain lagi awak kan....nak makan herbalife la ape la nak kuruskan badan. Tapi, kedekut..Sekarang ni, awak x yah kuar duit pun, dapat free lagi..hehe...bukan takat herbalife, mak life,4life, sumlife sume life la...

Tapi tula......dok tanya-tanya member2 herbalife ni, x boleh ke nak beli product heralife dengan harga ahli without membership???? sume jawab..TAK BOLEH!.Company tak bagi!.Adoiyaaanyeeepuuuun... Halo, kawan2, saya bukan nak berniaga, saya nak bagi adik saya yang brain damage, terlantar tu better nutrition (macam yang awak2 sume cakap la). Tapi, ermmm  tulaaa......supplement lain ok je..lagi mak datok hargenye, bole je bg member prize...erm...Kang x pasal2 saya pulak jadi ahli Herbalife....dahla ade macam2 scheme...payah laaa. Tapi, nak wat camne kan....polisi syarikat..lantak ang la.Akan kufikir-fikirkan part nak jadi member herbalife tu..

In Shaa Allah, akan update lagi...


Thursday, April 4, 2013

update Angah

Bedsore dah mula ada.almost 1 month dah. Pada mulanya saya tak terbayang seserius mana bedsore yang ada kat awak. Sy cuma membayangkan bedsore yang biasa..Yang maybe stage 1 or 2 only. Saya balik kerumah in a short time, and tak berkesempatan untuk jenguk bedsore..Every day saya update ngan along, she's said its ok, tak melarat. Saya x 'terimage' pun how bad bed sore awk. 

29 februari, Saya balik...at that time baru saya tengok time tolong along mandikan awk. And, saya boleh kata, saya menangis. Membayangkan betapa sakitnya yang awak tanggung. Saya refer pada doktor and the doctor said, kena cuci bersih2. Saya cuba mencari doktor untuk clean up bedsore awak, saya gagal!!.

Alhamdulillah ibu ada contact 1 doktor kat area rumah and she willing to help. Saya hampir tak sanggup untuk tengok. After all, saya beranikan diri, saya tolong cuci , saya buat yang termampu. 
Kami cuba, ngah, kami akan cuba mengawal luka bedsore agar tidak melarat...Semalam kata along , fisio kata angah hypo...hypo ape sy kurang faham...but then along kata something with your heart rate..

Cukup merisaukan saya sebenarnya...Lagi-lagi dengan bedsore yang awak alami, jantung yang agak lemah..

Angah kena kuat..dan kami semua tahu, angah kuat. Moga urusan dipermudahkan-Nya.



Wednesday, January 16, 2013

7 purnama

genap 7 purnama hari ni.moga dengan barakah malam jumaat ini awk kembali sihat.

17 Jan , hari pertama yg saya rasa sy letih. penat...semuanya dgn urusan kerjaya. Moga saya diberikan lagi ketahanan mental dan fizikal dalam usaha memperbaiki kehidupan dan diri sy.

Sunday, January 13, 2013

Sayang

saya sentiasa syg awk...tidak berubah..

Wednesday, January 2, 2013

hampir

terasa sgt hampir berada bersama.moga cepat sihat dan sembuh...In Sha Allah...

Tuesday, January 1, 2013

SAma?

Seakan sama!
 Cakapnya,perangainya,habitnya,
Minatnya,Perkataan & istilahnya
Kadang kadang hampir terpaku dengan tingkah lakunya
Ada masanya tak terluah dek kata kata kesamaan itu.



#terubat kerinduan,terasa semakin hampir
#Ya Allah,permudahkan segalanya.

keadilan Ilahi

2013 menjelma sudah....

2/1/2013
Allah sememangnya sangat adil...Dia memberi,Dia juga menimbang dengan nikmat dan dugaan.Setiap hambaNya mendapat ujian dan nikmat.
Kemalangan Nor Haziqah adalah ujian untuknya,dan ujian juga untuk keluarga, saya dan rakan rakan yg lain..Dalam dia menjalani ujian ni, dengan istilah Brain Injury,dia dianugerahkan dengan ahli keluarga yang sangat tabah dalam menjalani ujianNya.  Dalam keadaan ujian bagi keluarganya, meeka juga bersyukur kerana masih diberi nikmat nyawa kepada anak mereka.

Insiden kemalangan beliau juga memberi impak sesikit sebanyak dalam kehidupan saya. Terasa agak janggal sampai sekarang dengan keadaan sekarang.Semoga cepat sembuh dan sihat.