Tuesday, January 19, 2016

Jumpt Street : Weekend Escape

Jumpt Street/ Trampoline park.
Tempat ni sangat dicadangkan untuk pergi. Pada mana-mana yang nak short vacation bersama kawan-kawan atau family.

Jumpt Street terletak kat seksyen 14, Petaling Jaya. yang nak pergi by group, dinasihatkan booking group dulu. Lebih bernilai dan banyak faedah. Kalau booking by group, Jumpt Street akan sediakan instruktor sepanjang tempoh melompat dalam tu dan grip socks dapat free. Boleh pilih tempoh masa untuk melompat mengikut jam. Tak la susah mana nak lompat tu. Firstimer pun akan senang catch up. Bila dah boleh lompat sikit-sikit , nanti mulalah masing-masing nak perform skill tersendiri sampai instruktor tu geleng kepala. Mula la terhantuk la ape la. Jaga keselamatan, okayh! 

Trip kali ni total 20 pax bersama adik-adik UJHTC. Lagi kecoh la tempat tu dibuatnya. Nasib baik planning cantik, kiteorng check in kat situ awal pagi. So takdela crowded. Memang macam jajahan takluk kami dah seluruh tempat trampolin tu. Kesimpulannya, memang best! boleh repeat lain kali. Kos : Entrance fee +RM5.00 untuk grip socks (lain kali kalau datang boleh guna semula).

Aktiviti : Lompat-melompat. Mula dengan main area, belajar cara melompat, kemudian slum dunk basketball, kemudian sponge jumping, kemudian high ape ntah namanye, tapi kadar lompatan tinggi dari yang lain dan lompat atas air pit.Last sekali, dodgeball!! yang ni best . :)

Tips : Melompat la sepuasnya kat semua court, kalau tak, anda akan menyesal!Setiap kali turun dari court, cuba melompat atas lantai, dan rasailah situasi tersebut. huhuhuhu

Stretching dulu

Sebelum kaki lenguh

Sis perasan macam lompat dah tinggi.hahaha


Sis Melompat Gembira :)