Wednesday, September 8, 2010

MERDEKA

Merdeka ke 53 pegalaman yang agak berbeza dalam hidup saya..Biarpun pernah menyambut Ambang Merdeka dan Ke Perhimpunan Kemerdekaan, namun 2010 mendatangkan pengalaman dari konteks yang berbeza. Sesungguhnya, sememangnya betul, setiap saat yang dilalui seseorang, even perkara yang sama, tetap akan menjadi pengalaman yang berbeza.
2010 sy tidak merasakan sy adalah sebahagian org yng menyambut kemerdekaan secara rela walaupun sy berada ditempat sambutan yang utama. Di Ambang Merdeka, sy berada di UKM, bersama-sama student tuk program Ambang Merdeka. Sy kira hampir 3 ribu pelajar berkumpul di UKM tika itu.
Paginye, Seawal jam 4 pg kami dh bergerak ke Stadium Putra Bukit Jalil..
Meriah dengan rakyat Malaysia yang bersemangat tuk menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan ke 53.
Bukan majlis itu yang menarik minat sy..Tp soalan yang slalu org 'komplen' kepada mereka yang bersemangat ini. Biasenya "mereka-mereka' mengutarakan soalan "kalo dah dr kul 5pagi dh standby kat stadium, sah la Subuh tergadai"Soalan yg camni sy slalu dgr bile ade program yang memerlukan persediaan awal dan juga time game [bola sepak terutamanya]..

Tapi sedarkah wahai org yang bertanye..Solat itu boleh dilakukan dimana sahaja. Stadium biasenya ade Surau. n, Selain tu banyak ruang dan sudut yang boleh dijadikan tempat Solat. Pokok pangkalnye nak buat atau tak.
Tika di Stadium Putra, byk sudut2 dan ruang digunakan oleh mereka yang penuh dgn semangat cintakan tanah air tuk Solat..Tuk yang lelaki siap berjemaah lagi..Moga-moga amalan ini akan merubah persepsi mereke yang kurang bersemangat.