Tuesday, November 27, 2012

The Notes


Oktober - November tempoh masa yang nampak macam panjang.Tapi dilalui dengan mcm2 perkara.
Itu yang direncanakan Allah untuk saya. Out Station Hampir sebulan, menjadikan Segamat seperti tempat persinggahan. Dalam kesibukan tu juga saya rasa semuanya berjalan dengan lancar. Kadang kala ada juga saat saat terganggu perasaan, tapi ok la masih boleh dkawal, Beres ajer.

KARiSMA 2012 (yang ke 19) baru je tamat. Karnival yang agak cemerlang prestasinya untuk team handball UiTM Johor. Team wanita mara sampai ke Final, tewas dengan Arau, yang lelaki masih di Suku Akhir . Btw, semuanya not bad. Hasil usaha dieoang, .InsyaAllah, moga semua akan terus bersemangat untuk event akan datang. Memikirkan cara untuk mengekalkan momentum Team hingga ke KARiSMA 2013. Dah boleh mula untuk reward dieorng dengan melayan game open 2013 ni. Kalau dulu all the years 2012 kurang melayan dieorng tuk game luar atas sebab kurang komitmen & kurang memberangsangkan. Hopefully kali ni, sume akan lebih cemerlang.

Terasa cepat betul masa berlalu.Rasa macam baru je lagi jadi tuan rumah KARiSMA 2011. macam lum abis lagi cerita KARiSMA 2011, rase mcm lum abis lg nak bersibuk-sibukan jadi penganjur. hahaha..ni kalo org lain tau camni, maunye kene sumpah....sume dh xnk kot.. Penat katenya..Tapi saya rasekan ianya satu keseronokan dan kepuasan hati.Perasaan yang saya ssh nak cakap. Mungkin orang lain pun akan rasa yang sama if dieoang berada ditempat saya.Mase tu, Balik bilik time azan Subuh, Kua keje balik kul 9.00 pagi, mengabaikan team..hahaha...mase tu kan....leh lak nagis konon2 rase x menunaikan tanggungjawab kat team..biarkan korang terabai...kelakar pun ade...haishhh..Tapi yang menambahkan lagi semantag bekerja time tu team sekretariat yang mantap. X boleh dinafikan. =)

Balik je dari outsation SUKIPT 2012 (20 Okt-10 Nov) , mendapat info yang Timbalan Rektor HEP telah bertukar. Terima kasih dan setinggi penghargaan buat mantan TR HEP yang lama (Prof. Madya Hj Abdullah Bin Abd Latib) yang sangat sangat banyak membantu dalam usaha pembangunan  sukan dan penggalakan sukan di UiTM Johor. TAHNIAH diucapkan kepada Dr. Mohd Halim Bin Kadri atas pelantikan sebagai Timbalan Rektor HEP bagi sesi ini.semoga pelantikan ini akan membawa Dr Mohd Halim lebih dekat dengan-Nya dan sentiasa di lindungi.

Seterusnya, cerita bab angah @Nor Haziqah Izal@D'ziq Haziqah. Adik yang banyak memberi kesan dalam hidup saya. Masih lagi dalam keadaan koma. Saya tau, angah kuat menghadapi ujian dari-Nya. Kami semua mendoakan angah agar cepat sembuh dan ceria seperti sedia kala.* X sabar nak dengar cerita awak.
Angah, kalau dapat dilihat, pasti ada mata yang bergenang bila menyebut nama awak dimana-mana sahaja. Ramai yang merasai ketiadaan jasad awak bersama kami apatah lagi team awak. Hei, nak tau, ada 2 orang dak jr team handball, yang saya percaya, kalau ada awak, mmg bergegar kuat UiTM ni. hahaha... Berada bersama-sama team handball dapat mengurangkan rindu  pada telatah awk. Tapi, ada masenya jugak termenung menyatakan *kalau lah awak ade*...btw, cepat2 kata, awk sentiasa ada dan hidup dengan kami. kan..kan..kan..hyep, semalam, saya pakai stoking lain sebelah tau.hahaha...xde org nak tlg susun brg sy..tu la jadinye.
Esok (29 November) nak bawak angah jalan-jaln wat check up kat Hospital Pantai, Ayer Keroh Melaka. Satu usaha untuk mengubati dan merawat angah. Moga-moga mendapat perkhabaran yang baik.

Bila nak balik kampung ?? dok pk-pk nak balik temerloh before cuti sekolah abis. Tapi, ntah bila ni.. InsyaAllah hujung Disember boleh kot. Time Krismas tu ke. Hehe..

Semoga semua urusan dipermudahkan. Ya Allah, rahmatilah kedua ibu bapaku, Perluaskan kubur ayahku, wan dan aki, Ampunkan lah dosa-dosa mereka. Ya Allah, sinarkanlah kebehagiaan terus menerus kepada kami sekeluarga, tautkan hati-hati kami dalam iman. Ya Allah, limpahkan rezeki secukupnya buat kami, Ya Allah, sembuhkanlah Nor Haziqah, Sedarkanlah Nor Haziqah, berilah kami petunjuk jalan merawati Nor Haziqah.

Amin.