Monday, September 28, 2009

Cerita raye

Sebenarnya dh mula bekerja pada hari semalam (isnin, 28 Sept)/. tp x berkesempatan nak buat entry. Raya di Temerloh tamat pada hari Khamis. Petang khamis sy dah bergerak ke Kuala Lumpur.Hantar mak kat Cheras. Hari Jumaat sy kembali ke tempat perantauan rezeki sy, segamat. Rumah pertama yang sy beraya tentulah ke rumah housemate sy, Jannah..Dek kerana laparnye time tu, dengan x malunya mintak nasi kat umah die..(thanks sbb layan sy makan nasi). Then, malamnya ke rumah ibu, di jamu dgn mee kari.. Kepenatan adan sepanjang raya di rehatkan di rumah Segamat.

Sepanjang bercuti kat Temerloh, mmg memenatkan, namun cukup memuaskan hati. Semua adik beradik dan anak waris-waris kecil kami berada di rumah kecuali satu-satunya adik perempuan sy, Rafidah yang beraya di Australia pada tahun ni.. Merantau mencari rezeki hingga ke seberang laut..

Dalam keriuhan syawal , namun  jauh di sudut hati sy, terasa kesunyian adik sy di sana. Biasanya  persediaan raya kat umah sy akan bahagi-bahagikan dgn die, tapi kali ni bantuan akak ipar sy harapkan. Akak sy biasela, tugasnya tukang masak main course..Kepenatan yg terluah di bayar dengan kegembiraan ahli keluarga bersama-sama meraikan syawal terutamanya melihatkan celoteh khadija,lisa, aiman, syafiqah, rungutan arif n aisyah (kne buat keje), simbiosis hidup farah, dan keletah baby hani n mira....

Sebaik mungkin sy mensucikan syawal ini dengan khidmat bakti tenaga anugerah Ilahi. Moga kegembiraan kami berkekalan..[ Ya Allah, tautkanlah ikatan hati kami dengan seerat-eratnya dalam kasih dan sayang]


My Happy Family..
.

Thursday, September 17, 2009

HARI RAYA

Salam Aidilfitri tuk semua.. Sinonim dgn adat dan budaya di seluruh negara aidilfitri hari untuk bergembira, maaf-memaafi dan berkunjungan, ziarah menziarahi sanak saudara n sahabat handai. Budaya dan adat praktikal yang amat mengharmonikan dunia tanpa mengira kaum dan pertelingkahan. Time Raya gak menyaksikan banyak dosa antara manusia dan manusia terhapus dan sekaligus menjaga keharmonian perhubungan antara hamba-hamba Allah.Keadaan ni juga seolah-olah hari kita  mensucikan dosa kite dgn keluarga, dan sahabat handai. mana yang tak bertegur sapa, yang bermasam muka akan saling bersalaman. Semoga situasi ni akan berterusan sehingga ke akhir zaman. Dan dengan harapan, kemaafan yang diberi dapat menyemarakkan lagi rasa kasih sayang sesama makhluk.

Aidilfitri sentiasa mengingatkan sy kepada arwah ayah yang telah 15 tahun meninggalkan kami adik beradik. Tatkla beliau masih bersama kami, aidilfitri memberi erti  yg amat besar. Setelah pemergiaanya, Aidilfitri berlalu suram tuk beberapa tahun. Namun, sekarang keadaan mula berubah. Aidilfitri juga yang menyatukan kami adik beradik [11 orang termasuk yg berlainan mak]. Kemeriahan Aidilfitri semakin lama semakin meriah. Mungkin kerana sedikit ruang kesenangan anugerah Ilahi. Kemeriahan dan kegembiraan yang sy nanti kan pabila waris-waris kecil keluarga kami bergembira menyambutnya. Dengan senyuman, gelak tawa dan kepenatan mereka bergembira membuatkan sy berasa bahagia. itulah yang sy nantikan dan inginkan. Kerana kegembiraan raya ketika sy kecik2 dulu tidak dapat  sy nikmati sepenuhnya.

Buat *ayah yang dirindui, doa sy [Ya allah, berikanlah ketenangan yang abadi buat ayahku, jadikanlah kuburnya sebagai salah satu taman dari syurga, ]

*ayah sy -Hassan Bin Osman .

Tuesday, September 15, 2009

Maaf

Perkataan yang kadang-kadang senang nak ucapkan dan kadang2 susah nak dikatakan... kadang -kadang susah untuk diterima dan kadang-kadang senang untuk menerima. Tapi 'maaf' memang ade power yang tersendiri.
Kenapa maaf? sebab sy dah bersalah terhadap seseorang..Seharian merayu memohon maaf, namun tetap begitu.Begitu susah maaf sy untuk diterima kali ini.Sy tidak memaksanya untuk menerima maaf sy..kerana jika sy ditempatnya, sy juga akan terguris . Begitu kasar tutur bicara dan fikiran sy ketika membuatnya terguris. Selama mana maaf ini tidak diterima, sy akan resah. Kerana ianya begitu dekat dgn sy.
Sy mencuba untuk mengelakkan kata-kata dan perilaku yang membuatkan hati manusia lain terluka. Namun, sy gagal kali ini.
Semoga hatinya lembut untuk memberi kemaafan kepada sy.

Tuesday, September 8, 2009

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Budi Bahasa- Melambangkan peribadi kita. Pelbagai pendapat mengikut fahaman setiap individu mengenai aplikasi budi bahasa. Berbeza dari segi pendapat dan fahaman itu xpe, sebab objektif dan tujuan tetap sama. Cara aplikasi setiap individu juga berbeza mengenai budi bahasa ni. Ade org kate lemah lembut perilaku dan tutur bicara tu sebagai budi bahasa tinggi, ade gak berpendapat bile org berbudi baru kita berbahasa, ade gak kate "asalkan aku x buat salah, cukupla"..dan macam-macam lagi.

Pendapat sy? yg paling penting adalah hormat menghormati sesama sendiri. Sebab dengan perasaan hormat menghormati tidak kira pangkat, kaum, agama itulah yang mendatangkan kasih sayang dan tanggungjawab sesama manusia dan seterusnya mendatangkan budi perilaku yang baik dan tutur bicara yang sedap didengar. Ianya akan menjadi begitu mengikut urutan dan amalan kita bermula dengan sesuatu yang baik yang kita amalkan. Apabila berpegangkan sesuatu prinsip dan konsep yang sebegitu, kita akan sentiasa mengingati bahawasanya kita adalah manusia yang sama yang dihasilkan dari sperma di dalam air mani ayah dan ovum yang menuggu di dalam rahim ibu. Dengan adanya kesedaran itu, maka kita tetap akn menghormati saudara-mara yang lain yang proses kejadiannya sama seperti kita.

Jadi, apa yang nak dibanggakan dalam asal kejadian kita? Sebab kita adalah sama. Kenapa entry sy sebegini? hehe..

Kisah terjadi sebentar saje td pabila kami [seorang ofismate dan beberapa orang student] berbincang + bersembang senggang dalam perbincanagn aktiviti dan pendapat antara kami di satu tempat yang dikatakan para Bijak Pandai bertahkta.. Dalam campur aduk perbincanagn dan sembang senggang tersebut, tetiba muncul saudara yang bertindak menegur kami yang sy kategorikan tidak beradab. Tanpa salam dan sapaan, terus menegur dengan agak kasar. Yang ingin sy utarakan ialah, kenapa si bijak pandai dan ade jawatan sedikit di sini berkelakuan dan mempuyai sedemikian rupa?[patut ke]...

Erm..mungkin itulah "budi bahasa' yang dipelajari olehnya dari kecil, mungkin juga beliau sentiasa dikasari sebegitu dan mungkin juga beliau tidak tau istilah budi bahasa yang baik? Mungkin juga beliau berpendapat sebegini "aku pangkat tinggi, dieorng tu sape, lantak la"....beliau jela yang ada jawapan tuk persoalan2 tersebut.Tapi, sy memang akan kenang si bijak pandai tersebut..Bukan berdendam, tetapi geram kerana seharusnya si bijak pandai la yang mengajar pelajar2 kami untuk beradab. Itulah masalah segelintir sibijak pandai yang angkuh dengan ilmunya dan kerja mulianya .Apa gunenya bila melakukan kerja mulia dalam keangkuhan?[sesape bolel bg komen?]. Peranan kami [sy dan ofismate] membentuk pelajar dari segi kemahiran, dan peranan si bijak pandai dalam mencurahkan ilmu khusus, peranan yang sama tetapi dalam konteks yang berbeza.

Buat kawan2 yang lain, hope semuanya mendpat manfaat dari entry kali ni. Hormat menghormati sesama sendiri dn jangan sesekali down grade other person. Kita manusia tetap manusia..Punyai tanggungjawab yang sama di Bumi ni cuma dengan skrip yang berbeza yang telah pun ditentukan.

Peace :^

hadiah@present

Hadiah diberi kerana pelbagai sebab dan pelbagai cara terpulang kepada individu ataupun organisasi. Kategori hadiah ni pun banyak..hadiah menang permainan, anugerah, harijadi, hadiah perkahwinan, hadiah naik pangkat, hadiah pertandingan, hadiah kegembiraan, hadiah ulang tahun, dan macam2 lagi la..Ape pun sebabnya, hadiah mestilah diberi secara ikhlas dan kasih sayang [meskipun kita sekadar menyampaikan].

Lebih menarik sy nak cerita pasal hadiah perseorangan.Hadiah yang termasuk dalam kategori ni [ikut fahaman sy jela] termasuklah hadiah harijadi, hadiah kahwin n pape je hadiah yang diberi/ diterima oleh kita kepada/daripada seseorang. Bile ade sebab untuk  diberi hadiah, kawan-kawan slalu tanye soalan camni :"kin, ko nak hadiah ape ni?"..dan , jawapan saya standard:" x kisah, asalkan diberi dengan kasih sayang"..slalunya dieorang senyum smula [x taula ape yang dieorg fikir].Ikhlasnya mmg itu jawapan sy. Dan, sy pula agak susah untuk mencari hadiah untuk seseorang.Sebabnya? sbb sy sendiri xtau ape yang nak diberi. Tapi berbekalkan konsep:ape2 aje asalkan ikhlas da dengan kasih sayang, sy akan fikirkan apakah barang kegemaran sy dan juga keinginan orang yang akan menerima hadiah tersebut. ada tikanya tidak bermodal pun apabila barang2 koleksi peribadi menjadi hadiah tuk yang berkenaan. Pd fikiran sy, hadiah dari barangan peribadi itu lebih bernilai jika dibandingkan dengan lain-lain nilai.

Dan, baru2 ini seseorang berhutang [?] hadiah dengan sy. Sy terfikir-fikir apakah hadiah yang bakal diberi hasil keberanian sy [di cabar kononnye]. Seminggu sy menantikan hadiah tersebut sehingga terpaksa bersabar kerana hadiah yang dijanjikan lewat 2 hari. Sy katakan juga padanya, hadiah xperlu bermodal, asalkan ikhlas dan dengan kasih-sayang. Dan sy mendapat hadiah tersebut [walaupun lewat 2 hari disebabkan masalah teknikal]. dan , sy berterima kasih atas hadiah tersebut.

 Hasilnya, sy sentiasa ingat akan insan tersebut Kesimpulannya, sesuatau pemberian itu tidak perlu mahal atau canggih, tetapi pastikan ia diselit dengan kasih sayang dan keikhlasan..

Thanks for that person :-).

Wednesday, September 2, 2009

AKSARA MERDEKA

Hasil nukilan Wadi Leta S.A menjadi saksi sambutan hari Kemerdekaan peringkat Daerah Segamat 2009. Nukilan yang dideklamasikan oleh 2 orang pelajar UiTM Johor..Puisi yang indah bahasanya dan indah juga halus sinisnya tentang bangsa merdeka..

AKSARA MERDEKA
Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan
Aksara MERDEKA,
Kenapa masih ada lagi
Warga tanah bersejarah ini
Yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya
Yang kenal angka tetapi terlupa nilainya
Yang kenal bunyi tetapi terlupa nadanya
Yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya
Yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya
Yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya
Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal
Aksara MERDEKA
Kenapa masih ada lagi
Warganegara tercinta ini
Yang cerah mata tetapi gelap hati
Yang cerdik minda tetapi dungu peribadi
Yang cantik bahasa tetapi buruk sikap
Yang lembut budi tetapi keras lagak
Yang merdu suara tetapi sumbang bicara
Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam
Aksara MERDEKA,
Kenapa masih ada lagi
Warga tanah pusaka ini
Yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi
Yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi
Yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan
Yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan
Setelah sekian lama kita meenganalisis dan mentafsir
Aksara MERDEKA,
 Kenapa masih ada lagi
Warga tanah bertuan ini
Yang terlepas kaki tetapi terikat tangan
Yang terlepas mata tetapi teikat jiwa
Yang terlepas fikir tetapi terikat cita-cita
Setelah sekian lama kita menjulang dan memartabatkan
Aksara MERDEKA,
Kenapa masih ada lagi
Warga tanah bertuah ini
Yang kasihkan bangsa tetapi bencikan pemimpin
Yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fatwa
Setelah sekian lama menghargai dan menghormati
Aksara MERDEKA,
Kenapa masih ada lagi
Warga tanah berdaulat ini
Yang menanam bunga tetapi menabur duri

Tuesday, September 1, 2009

MERDEKA ATAU PERBARISAN?

Belum terlambat lagi kot nak wish Selamat Hari Merdeka, Malaysia!!..Bukan sy lupe untuk wish at date 31st August, tp x berkesempatan nak buat entry. Tahun ni Merdeka x sama seperti tahun2 yang sudah.. Tarikh Merdekanya jatuh tika Bulan Ramadhan yang mana umat Islam berpuasa. Sambutan Kemerdekaan juga hampir sama dikebanyakan Dataran , iaitu satu perhimpunan yang menzahirkan semangat patriotisme Kemerdekaan. Format begini yang ditetapkan kerajaan. Manakala di Segamat, pada waktu petangnya diadakan majlis berbuka puasa di Masjid jamek [ sy tidak menghadirinya ] .

Tahun ni tahun kedua sy menzahirkan semangat Kemerdekaan di Bumi Segamat. Tahun 2008 terlibat dengan perbarisan perarakan , dan Tahun 2009 pula dengan Perbarisan statik [since perarakan tidak diadakan].Dan 2009 juga menjadi assistant tuk bos sy yang menjadi ketua kontinjen. Kesulitan menguruskan kontinjen? Tidak la sulit sgt.Tapi, still ade kekangan.. Kekangan no 1 bile kita diminta menyenaraikan nama peserta. Niat dihati tu memang nak bawak satu UiTM Johor, tapi apakan daya, kuota yng ditetapkan hanyalah 30 orang. Maka bila disenaraikan , ade la bunyi-bunyian butiran kata dari sahabat-sahabat yang menyuarakan rasa kurang berpuas hati..dalam erti kata yang lain, [nape x name aku?]..

Persoalannya, suara2 itu kedengaran tika saat sy mula mengedarkan kain pasang [untuk peserta wanita]. Kenapa tidak sebelum itu?..Namun, sy tetap harapkan bahawa yang terpilih [bukan semua nama peserta hasil senarai sy] itu membuktikan merekalah yang terbaik.

Alhamdulillah semasa hari kejadian, kontinjen UiTM Johor adalah yang ter'smart' skali [atau sy perasan sorang2?]. Kami menang tempat kedua pertandingan sepanduk.

Moga semangat Kemerdekaan ini akan sentiasa segar dalam jiwa rakyat Malaysia. Bukan hanya semangat tetapi, KEMERDEKAAN ini juga kekal di bumi Malasia.

kontinjen UiTM Johor
Semoga KEMERDEKAAN juga menyemarakkan kejayaan MALAYSIA dipersada dunia, InsyaAllah