Tuesday, July 7, 2009

Rintihan hati ini...

Dgn nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang..Alhamdulillah, kite masih disini, dibawah limpah kurnia-Nya, moga ape yg dianugerahi sentiasa disyukuri ..

Hatiyg kelam sekarang mmg cukup meresahkan. Tiap tika yg berlalu terlalu lambat dirasakan, terlalu berat beban yg di galas..

Namun,apapun hidup mesti diteruskan..
meski dilanda rebut, badai,, qada itu mesti diteruskan, qadar itu mesti di hadapi.

Al-Wahab telah menetapkan kehidupan yg kita sedang, dan akan lalui,
dan setiapketentuan itu pasti ada hikmah dan makna di sebaliknya..

Maka,
carilah, dimana letaknya nilai setiap sesuatu kejadian itu.
Kerana, nilai itulahyang akan menjadi ukuran harga diri kita selain pengajaran dari pengalamansesuatu kejadian..

Manusia sememangnya adalah pelupa,
dan menjadi tanggungjawab sahabat-sahabatnya untuk saling mengingati

Lahirnya seorang khalifah kedunia,
disambut dengan laungan azan bagi warisanAdam, dan Iqamah untuk warisan Hawa,
dan matinya seseorang khalifah itu disembahyangkan,
renungkanlah kitaran itu,
betapa singkatnya kehidupan seseorangmanusia itu sebenarnya,
seolah-olah diantara Azan, Iqamah dan Sembahyang cuma.

Maka,
berkejar-kejarlah kita menuntut ilmu dan mencari keredhaan_Nya dalamkehidupan..
Tatkala manusia lain alpa dalam khayalan hidup yang singkat ini,
maka berpesan-pesanlah kita kepada kebaikan.

Bersyukurlah dengan kehidupan kita yang bahagia dan aman sekarang
meskipun ada tikanya ia menguji mental dan fizikal kata yang sememangnya lemah ini.

Usah merungut.
Andai kata putus asa dengan sesuatu rintangan itu,
Maka
pandanglah, lihatlahsekeliling kita,
dan bersyukur kerana kita dikurniakan dengan nikmat yang pelbagai
bagi mewarnai kehidupan kita.
Ingatkan diri sendiri, usah mengeluh lagi,
tapi lebihkan bersyukur dan berterima kasih.

Hidup ini sentiasa diuji.
Manusia yang diuji itu adalah kesayangan Ar-Rahim,
kerna dengan ujian itu tandanya
Dia mengingati kita dan sayang akan hamba-Nya.

No comments:

Post a Comment