Monday, August 13, 2012

HARI KE-57

Hari ke -57 selepas 17 Jun 2012. Harta benda senang untuk diganti. Sememangnya begitu. Apa yang dicipta manusia memang boleh diganti. Tapi, apa ciptaan Allah untuk manusia, mesti di pohon padaNYa. Saya dan menggantikan JeJaKa sayang dengan C-DeBab...Alhamdulilah , dia semakin baik dengan saya, tapi saya gagap lagi nak bawak kereta Auto ni.
**********************************************************************************
Angah, hari ni hari ke-57 awak dok terbaring atas katil awak tu. Dari hospital Segamat ---> Hospital Sultanah Aminah,JB ---> Hospital Kota Tinggi.
Hari-hari along jaga angah , melupakan kejap aktiviti harian yang lain. Sentiasa mendoakan along agar sentiasa sabar, tabah tuk jaga awak.
Sejak 17 Jun, saya pun dah jadikan  hospital tempat percutia saya. Kadang-kadang pergi petang, pagi esoknya masuk kerja. Alhamdulillah, semakin hari saya rasa saya semakin kuat tuk face keadaan ni. kalau dulu boleh katakan air mata sentiasa tumpah. Tapi sekarang dah boleh senyum. Doa dan harapan x pernah putus.
Hari ni, InsyaAllah, saya cuba memenuhi niat awak yang nak Pos kan kad raya pada kawan2 awak. Mana kawan2 awak yang dah rep text awak kat FB, saya akan poskan, InsyaAllah.
Minggu lepas saya g cari baju raye kat Segamat. Cari cari, semua orang lain punye. Yang sendiri x de pun..erm....Ntah, terfikir langsung pasal diri sendiri. Saya pun x sangka yang ni adalah minggu terakhir puasa Ramadhan. rasa macam baru je lagi mula puasa. Rasa macam baru je lagi 17 Jun....rupa-rupanya dah hampir 3 bulan melepasi tarikh 17 Jun. rasa macam baru semalam awak teman saya buat kerja kat ofis. rasa macam baru semalam awak senyum kat saya...

Allah Ya Rabb..


Sedarkanlah Nor Haziqah, sembuhkanlah Nor Haziqah

Wednesday, August 1, 2012

17 JUN 2012

Assalamualaikum w.b.t

46 hari berlalu..xde kekuatan langsung untuk bercerita tnpa air mata peristiwa 17 Jun 2012..sampai sekarang, setiap kali tengok pic yang di snap, tiap kali lalu kawasan yang sama, tiap saat merasakan dia ada bersama saya, air mata sentiasa tumpah.

17 Jun 2012, pengalaman pertama saya bila awak ditimpa kemalangan yang menguji semua orang. Menguji ayah dan ibu, along , keluarga awak, menguji saya atas nama redha dan berserah. Hingga kini masih belum mampu untuk ingat 17 Jun 2012 dengan kuat. Pasti air mata tumpah dengan doa yang tidak putus untuk kesihatan awak.

Allahuakbar...segala-galanya berlaku tiba-tiba.....dalam masa 2 minggu sebelum, semua karenah awak keluar. Dari merajuk, marah, makanan,baik sebaik-baiknya...menangis..semua saya tengok...yang paling berkesan dalam diri saya, at the end, awak sangat baik, menerima apa nasihat saya, dan awak buatkan saya menangis kegembiraan bila awak PM sy.saya sangat bersyukur masa tu.

Ya Allah, rupanya awak tau awak akan berehat lama dari karenah awak untuk saya. 16 Jun, awak tetap teman saya kat court walaupun apa yang saya buat menda yang awak x suka...For the 1st time, saya nampak awak setia tengok saya dari luar court, berpanas dengan muka yang amat baik walau awak x bersorak macam biasa. Sempat juga malamnya, awak teman saya kat ofis tanpa merungut langsung even sepanjang hari ada kat court.Dalam pada tu, sempat juga awak request tengok movie. Saya abiskan kerja, then tengok movie kat One Segamat..movie pilihan awak ....

Then, balik rumah, tepat 12.00 malam awak text saya mengingatkan saya tentang sesuatu yang x terfikir dikepala saya masa tu. (well, tarikh adalah satu perkara yang susah saya nak ingat n u know that). Tersenyum sendiri time, tu. Out of sudden, saya teringat yang ada satu report saya x amek kat ofis. Dengan senyum awk kata, esok keluar awal, kita g amek kat ofis. Sebelum tdur, sempat saya cakap saya risaukan awak drive sorang-sorang sok nak balik bandar tenggara. Awak just jawab "nak risau apa, bukan x biasa drive sorang2"..ermmm, x terjawab ..

17 Jun 2012, Awal pagi.....dah bersiap..awak tolong kemaskan beg saya..masukkan bubu dalam beg..Then gerak masuk ofis . Lbh kurang 7.30 pg.....setle kat ofis, kul 8.15 gerak.

Sempat juga awak tanya "Ermmm nak gerak pagi ni ke nak balik bilik dulu"...dengan tanpa prejudis kata saya, 'kalau balik bilik, comfirm tdo, ptg baru gerak"..awak cuma yakan je...takde syak wasangka langsung apa yang bakal terjadi. Allahuakbar -Kuatkan hatiku-

Sampai kat mesin ATM, sempat saya withdraw dari ATM Bank Islam, amek barang dalam JeJaKa, naik Unser UiTM, terus gerak...sempat saya pandang awak sebelum keluar ari pagar UiTM. Kala tu awak x menampakkan pun yang akan bergerak di belakang saya...Sepanjang perjalanan ke bandar, kerap juga saya pandang ikut side mirror kanan, tapi x terpandang ada awak pun. Sampai kat tempat tu, Lori mula masuk jalan saya....Sempat mengelak dan lori terus hilang dari pandangan. Allahuakbar,...mata saya mcm terpandang front skirt tercampat tengah jalan, tapi orang lain x nampak.....dengan ucapan syukur, kami terus je tanpa terfkir langsung yang awak ada di belakang di hentam oleh lori tadi dan dalam keadaan bersyukur. Allahuakbar-kuatkan hatiku-

Sampai depan taman bendahara, abang kanai call menyatakan JeJaKa dilanggra loi. DUP!!! luluh gugur jantung saya. saya cuba bertenang..Saya call: Kali pertama, ringing Percaya Padaku ada tapi x diangkat. Call Kali ke-2: tuut..tuut..tuuu. kali ke=3: tuut,tuut,tuut..Hati saya berdebar. minta driver patah balik dan dalam hati masih mengharap yang awak balik bilik.Saya call ain: tapi xangkat...Allah.Allah.Allah........hati saya celaru...Terasa beapa lambatnya Unser yang saya naik tu bergerak....

Sampai je tempat tu, saya terjun dari kereta, jenguk awk terlantar dlm JeJaKa. Allahuakbar..Saya mula menggeletar..Panjat lori, terjun lori , sy panggil awk.....Angah!Angah!Angah!......awak tersedu, menangis dan menyahut dalam keadaan menahan sakit. Allahuakbar. Saya tahan air mata...sy xnak awat tgk sy menangis.. saya nak awak kuat mcm sy!!!.

Allah.Allah.Allah.......saya kalah juga. air mata mengalir tanpa sy sedar..JPA dan ambulan smpai sambil tu sy call ayah...inform kat ayah...
Awk dapat dikeluarkan hampir lebih setengah jam saya agak..dengan bantuan orang ramai dan Bomba , ambulan dan JPA.....bila dah keluar, awak dah x sedar...saya tinggalkan semua kat situ, yang penting saya nak berada dgn awak. Sempat sy snap and capture video, Supaya nnt bila org tanya, sy xnk cerita, sy x sanggup nak cerita.

Saat hampir terputus nyawa sy bilamana awak dah mula x menyahut panggilan saya masa awat tersekat dalam JeJaKa...ada satu ketika awak seolah2 berhenti bernafas...saya panggil awak!awak xmenyahut,. tiba2 awak sambung semula bernafas dengan darah dari hidung. Allahuakbar.....apa lagi sy boleh buat?

Awak. doa saya x putus untuk awak, sentiasa mendoakan awak akan sedar, sembuh dan dipanjangkan umur. Allahuakbar... saya aan sentiasa kuat untuk awak kuat.

Ya Allah, sembuhkanlah Nor Haziqah, Sihatkanlah Nor Haziqah, Panjangkan Umur Nor Haziqah,Sedarkanlah Nor Haziqah...

Amiin....

*Awak : NOR HAZIQAH BT IZAL, sahabat saya.sehingga kini masih koma di Hospital Kota Tinggi akibat kemalangan di Jalan Muar, Segamat pada 17 Jun 2012
*Mohon doakan semoga beliau cepat sembuh dan sihat.