Wednesday, February 18, 2015

#Throwback Raya 2014. Biru sana sini :)

Angah's Family

Ali's (Pokde) Generation

7 Siblings

7 Siblings

All the cucu's

Semua ahli waris

Long's Family

5 Disember 2014.

Terasa baru je menguruskan jenazah arwah Angah. Hakikatnya, dah setahun awak tinggalkan kami. Bahkan, masih terngiang-ngiang perbualan terakhir awak sebelum kemalangan. Bahkan, masih terbayang awak tersenyum seikhlasnya malam sebelum kejadian. Bahkan masih terasa ciuman salam perpisahan. 


Doa yang tak putus.Moga awak sentiasa tenang di taman syurga.

Tuesday, February 17, 2015

Post ACL Recons : Part 2

16/03 : Discharged!
Dari tengahari, sampai ke Petang. Semangat tunggu surat discharged.
Angah yang datang amek dari hospital. Acah-acah tak sakit dah la. Balik umah, katil memang dah tersedia kat ruang tamu. All kelengkapan dan siap sedia. Memang before admit dan prepare semua tu supaya mudah di kemudian hari. 

Sakit pun dah hilang. Pain killer makan bila rasa sakit mula menjengah je. Antibiotik tetap consume sampai habis. Hari pertama kat rumah, pun tak buat apa sangat. Terbaring je. Takut nak bergerak banyak. Solat, mandi(lap-lap), wudhu', makan, semua atas katil. Bermula lah pantang makan. Hari-hari makan gulai masam (orang Johor panggil gulai singgang), nasi putih. Apa yang paling horror sekali time terlantar? haha.... Time nak minum Pati Ikan Haruan!. Consume pati ikan haruan supaya luka operate cepat sembuh. tapi, Ya Allah, hanyirnya....Nauzubillah... Cara gue makan? 1 Teguk sikit pati ikan haruan, then cepat2 teguk twister oren. Nak bagi hilang rasa pati tu. 

1st day makan , rasa macam dah tak nak minum dah mende alah tu. Tapi, cekalkan hati, kuatkan jiwa(cheewaaahh)  kena minum jugak! Sebab nak baik cepat. Then, rutin lain, petang sikit tukar pad dressing kat luka operate. Hari ke-3 nampak macam merah sikit kat jahitan. Snap picture, whatsapp kat Dr. Ronny (Handsome Comel). Katanya, macam ada infection sikit. Tapi, takpe, teruskan antibiotik dulu. Hari kelima, Dr Ronny suruh datang hospital. Nak check infection and boleh bukak jahit kalau dah ok. Maka, jahitan tersebut di buka lebih awal dari tarikh yang ditetapkan. Automatik gue dah tah payak nak jaga sangat. Boleh mandi sesuka hati . :)

Masuk minggu ke-2... Hati dah meronta-ronta nak tengok dunia luar. Dengan cekal dan berhati-hati, gue cuba-cuba masuk dalam kereta. Cuba-cuba start enjin kereta. dan, akhirnya cuba-cuba tekan minyak, brek dan keluar rumah  :)

Tapi tak gi mana sangat pun. Sekadar test tempat yang berdekatan. 
Minggu depannya, start g UiTM. menyibuk-nyibuk kat pejabat, court . Then, secara rasmi masuk kerja semasa MC masih berbaki 3 Minggu.