Wednesday, September 14, 2011

Menjalani kehidupan_Monolog Hidup

Semakin lama hidup, katanya semakin bertambah pengalaman yang mengajar erti kehidupan dalam diri setiap manusia. Saya sendiri tidak menafikan langsung kenyataan itu.Pengalaman yang dialami diri sendiri itulah pengajaran yang paling berbekas dihati masing-masing. Luka ataupun penawar dalam kehidupan yang dijalani dan yang bakal di tempuhi.
Kehidupan saya sendiri tidak begitu sempurna dalam erti kata yang pelbagai. Saya tidak sempurna dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba, tidak sempurna sebagai seorang sahabat,tidak sempurna sebagai seorang pekerja, tidak sempurna sebagai seorang ketua , tidak sempurna sebagai seorang kakak, tidak sempurna sebagai seorang adik, tidak sempurna sebagai seorang anak, tidak sempurna sebagai seorang kekasih, tidak juga sempurna sebagai seorang saudara.
Kelebihan dan kekurangan yang ada itu sangat relatif. Berpendapat bahawa kelebihan diri setiap manusia itu adalah untuk kekurangan manusia yang lain, dengan itu saya mencuba sentiasa melebihkan  yang lain dan mengharapkan kekurangan saya juga di 'cover' dengan kelebihan orang lain. Sebahagian saya lihat saudara  yang lain juga begitu, namun segelintir kecil pula lain jalannya. Segelintir yang lain ini lah yang selalunya menyerabutkan  perasaan sendiri bilamana mereka pula adalah orang-orang yang disayangi dan yang sangat-sangat dekat.
Mungkin perbezaan dan kekurangan yang ada ini adalah kejelikan buat mereka. Mungkin juga kekurangan ini juga yang menyebabkan mereka kelihatan LEBIH. Itu yang berlaku, itulah kenyataan. Lagikan pula berhadapan dengan kenalan lain yang menampakkan mereka sentiasa LEBIH dan ternyata sangat kontra dengan kekurangn diri ini.
Kehidupan ini dijalani oleh diri sendiri. Sekian itu, sekian ini, hati tetap berkata apa yang berlaku tetap dengan ketentuan-Nya. Baik atau buruk sesuatu itu, pastinya bersebab. Mereka yang 'Baik dan  Mulia', usahlah angkuh dengan kebaikan dan kemuliaan itu, kerna itu adalah sebahagian Ujian, mereka yang 'Tidak Baik" jangan pula disisihkan, diketepikan...Jika tiada yang jahat, maka tiadalah jua yang baik, begitulah sebaliknya.
Kebaikan dan Kemuliaan bukanlah diukur selayaknya oleh manusia itu sendiri,kerna akhirnya adalah pu kehendak Allah jua. Termampu dariku adalah Doa dan Harapan dengan usaha yang belum mencukupi disamping melawan hasutan yang dilaknat.
Wahai sahabat, jika merasakan kamu adalah kemuliaan,jika kamu merasakan kamu penuh dengan kebaikan berbanding diriku, dan jika kamu merasakan berdamping denganku merupakan satu dosa, Maafkan aku..Semoga kita semua dirahmati,kerna dengan rahmat-Nya jua kita hidup dan belajar.