Thursday, May 27, 2010

Tersebutlah kisah.....

Arakian, 2 org sahabat, si Keras n Si Lumut , berumur hampir separuh abad...Tinggal mereka di dalam satu kawasan yg dulunye amat luas, namun lama-kelamaan, kawasan tersebut menjadi sempit dek kerana pengembangan pesat banggunan di sekeliling mereka disamping faktor pembesaran kedua2 makhluk tersebut yg semakin membesar...

Satu hari.,dek kerana kebosanan, maka timbul lah idea dr mereka untuk berpindah ke tempat baru.. Mereka bersetuju dan membuat persiapan. Masalah yg dihadapi adalah seluruh kawasan kediaman mereka berpagar....mereke mencari alternatif untuk melarikan diri. Setelah si Lumut membuat tinjauan mka mereka menjumpai satu tempat terbaik untuk meneruskan misi mereka....Jam 12.00, mereka memulakan misi tersebut. Di mulai dengan Si Keras, mereka melangkah perlahan2 ke port yg telah dikenal pasti...

Tap..tap..tap..tap...tap...perlahan2 dan dgn penuh hati2 sambil memandang keadaaan sekeliling supaya sentiasa selamat. Si Keras dan Si Lumut ini amat pandai berlakon, jadinye, tiada siapa yg mengesyaki akan niat mereka berdua...Sampai di Port yg telah di mark, mereka terpaksa merentasi halangan yang merupakan bukit 90'...mereka berusaha...Si keras memijak badan si Lumut, dan.....tergolek jatuh...Si Keras mencuba skali lg...kali ni dgn penuh hati2....Si Keras mengambil langkah atas si Lumut, kemudian melonjatkan kakinye sepanjang mungkin dn...akhirnye, berjaya memanjat bukit tersebut.Giliran Si Lumut pula....Si Keras cube tuk membantu Si Lumut dgn menghulurkan tangan nye....maka tergapai2 la tgn keduanye sambil melonjak2 kaki si Lumut utk mendapatkn tgn si Keras.... Dan akhirnye, kedua3 mereka berjaya....

Selepas itu, halangan ke-2 pula muncul....Pagar yg setinggi melebih paras kepala mereka menjadi penghalang utama.....namun, dek kerana pagar yg sudah lama, si keras yg mmg pagar dlm memusnahkan harta bende cuba meruntuhkan pagar terbabit, dn berjaya...Selepas itu, dengan gembiranya, mereka keluar dr pagar tersebut...

Buk...Buk...jatuh tergolek di luar pagar.....mereka tersenyum lebar..pada time tu, ramai manusia memandang ke arah mereka sambil menjerit2..mereka cuba menenangkan keadaan, namun tidak berjya...oleh kerana kekalutan dlm diri mereka berdua, mereka teus berlari dan tidak mempedulikan org2 di sekeliling...


Tiba2...mereka terasa seperti mereka terbang di udara..dengan lajunye, kaki mereka mengayuh2 di udara...dan akhirnye.;............................

Kedua-dua ekor kura2 td dikembalikan ke tempat asal, didalam pagar mereka oleh pegawai haiwan kat Taman Buaya Melaka........hahahahhahaha