Thursday, September 17, 2009

HARI RAYA

Salam Aidilfitri tuk semua.. Sinonim dgn adat dan budaya di seluruh negara aidilfitri hari untuk bergembira, maaf-memaafi dan berkunjungan, ziarah menziarahi sanak saudara n sahabat handai. Budaya dan adat praktikal yang amat mengharmonikan dunia tanpa mengira kaum dan pertelingkahan. Time Raya gak menyaksikan banyak dosa antara manusia dan manusia terhapus dan sekaligus menjaga keharmonian perhubungan antara hamba-hamba Allah.Keadaan ni juga seolah-olah hari kita  mensucikan dosa kite dgn keluarga, dan sahabat handai. mana yang tak bertegur sapa, yang bermasam muka akan saling bersalaman. Semoga situasi ni akan berterusan sehingga ke akhir zaman. Dan dengan harapan, kemaafan yang diberi dapat menyemarakkan lagi rasa kasih sayang sesama makhluk.

Aidilfitri sentiasa mengingatkan sy kepada arwah ayah yang telah 15 tahun meninggalkan kami adik beradik. Tatkla beliau masih bersama kami, aidilfitri memberi erti  yg amat besar. Setelah pemergiaanya, Aidilfitri berlalu suram tuk beberapa tahun. Namun, sekarang keadaan mula berubah. Aidilfitri juga yang menyatukan kami adik beradik [11 orang termasuk yg berlainan mak]. Kemeriahan Aidilfitri semakin lama semakin meriah. Mungkin kerana sedikit ruang kesenangan anugerah Ilahi. Kemeriahan dan kegembiraan yang sy nanti kan pabila waris-waris kecil keluarga kami bergembira menyambutnya. Dengan senyuman, gelak tawa dan kepenatan mereka bergembira membuatkan sy berasa bahagia. itulah yang sy nantikan dan inginkan. Kerana kegembiraan raya ketika sy kecik2 dulu tidak dapat  sy nikmati sepenuhnya.

Buat *ayah yang dirindui, doa sy [Ya allah, berikanlah ketenangan yang abadi buat ayahku, jadikanlah kuburnya sebagai salah satu taman dari syurga, ]

*ayah sy -Hassan Bin Osman .

No comments:

Post a Comment