Friday, January 27, 2012

Give Up

Saya Give UP.......Give up sgt..Sangat2 Give up.......Give up gile....

*Allahuakbar Ya Rahman ,Ya Rahim..Moga hatiku di perkukuhkan..permudahkan urusan kerja ku.Ringankan bebanku..Dekatkan hatiku denganMu.
*Allah Ya Rabbi, AllahhuAhad...Tetapkanlah hati dan jiwaku untukMu..
*Allah ya Fatah...Dekatkanlah rezeki, turunkanlah rezekiku, sucikanlah rezekiku, keluarkanlah rezekiku mengikut keperluanku seadanya.....Amin..

Tuesday, January 10, 2012

Review Kereta Kebal

*Tiada kena mengena dengan sesiapa.Entry ini adalah untuktatapan umum sebagai medium percmbahan ilmu selain ilmu akademik.

Minat saya dalam bidang Ketenteraan amat mendalam sehingga menjuruskan saya menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES). 3 tahun menjalani latihan sebagai 3 kadet banyak mengajar saya ilmu ketenteraan [ dikatakan pelajaran dalam PALAPES ni juz 50% berbanding Regular soldier]. Ilmu ketenteraan adalah ilmu secara langsung, namun yang lebih berharga adalah ilmu secara tidak langsung yang banyak mendidik saya. Latihan dan kehidupan semasa kadet banyak melatih saya mengenai Kerjasama Pasukan, Bertolak Ansur, Menepati Masa, Mengikut Arahan Ketua, Sihat dan Cergas., Tahan Emosi dan Spiritual, Kreatif dan Jritis dan macam2 lagi. Latihan secara ilmiah dan fizikal sangat berkesan dalam kehidupan sehingga kini. 
Berikut saya petik dari Laman Wb TEMPUR berkenaan Tentera Darat Malaysia :

Sebagai sebuah negara yang berdaulat, sememangnya Tentera Darat Malaysia (TDM) adalah merupakan tonggak kepada sistem pertahanan negara. Secara khusus infantri dan pasukan mekanise adalah merupakan juzuk pertahanan yang paling utama dan dalam apa jua peperangan, baik konvensional mahupun bukan, kelibat seorang anggota infantri di atas kubu atau markas musuh kerap dijadikan sebagai epilog kepada satu kemenangan dalam sesuatu kempen peperangan darat. Seperti juga peperangan terdahulu dari Perang Dunia Pertama, Kedua, Perang Korea, konflik Asia Barat, Lubnan sehinggalah Iraq dan Afghanistan, peranan infantri dalam menghentikan kemaraan pihak musuh di medan tempur adalah kritikal.
Dalam peperangan moden ini kerap bermakna kemampuan anggota infantri dengan kelengkapan ringan yang mampu dipikul dibahunya untuk ke medan tempur bagi menghadapi kemaraan musuh yang lazimnya akan menggunakan  kenderaan bermotor atau kereta kebal.

    Sejak mula diperkenalkan sehingga ke hari ini, peranan kereta kebal dalam strategi peperangan moden tetap tidak berubah. Ianya digunakan sebagai senjata kejutan untuk membolosi bagi tujuan kemaraan am, pergerakan rusuk, mengepung musuh atau sebagai tindakan mengharus garis pertahanan mereka. Sifat daya mobiliti, kuasa tembakan dan pertahanan yang jitu menjadikan kereta kebal sebagai antara ancaman paling utama yang mesti ditumpaskan  dalam peperangan. Untuk melaksanakan tugas ini infantri diberikan beberapa jenis sistem persenjataan atau kelengkapan yang membolehkan beliau menghadapi ancaman tersebut. TEMPUR ingin membawa pembaca untuk melihat dan menilai perkembangan sistem persenjataan anti-kereta kebal yang digunakan oleh pasukan infantri, para dan mekanise TDM dan menilai keberkesanannya. 

Itulh sedikt sebanyak yang boleh dishare bersama. NNt akan di update lg..=) .Peace!

Wednesday, January 4, 2012

Bila,Mana,Bilakah?

Bila seorang suami mengharap kasih sayang seorang wanita lain selain dari isteri. Bilamana wanita itu bakal juga menjadi isteri.

Bilamana seorang bakal suami sendiri tidak mengetahui kegiatan bakal isteri, bilamana seorang Isteri  tidak mengambil berat akan kegiatan suami. Bilamana seorang wanita menyatakan ingkar kepada kenalan sehaluannya. Bila mana seorang kenalan begitu terasing dengan kenalannya sendiri.Bilamana wanita itu menyatakan kemuliaanya(???). Bilamana seorang kenalan menyatakan biarkan aku dengan cara dan hidupku, Bilamana kenalannya terpaksa menerima keadaan itu. Bilamana sang kenalan sudah sebati dengan hidupnya, datang pula si api mencari petrolnya. Bilamana sumbu di nyala, Bilamana sumbu terbakar menghangatkan suasana. Bilamana kenalan si wanita membatukan diri, bilamana semakin panas hati mereka.Bilamana kenalan membiarkan api seperti angin yang sejuk, bilamana mereka mencari sebab. Sehingga kini, masih mencari. 

Bilakah akan menjadi adil?

*Berpegang teguh pada kata-kata kau.!

Tuesday, January 3, 2012

----------------------------------------------

Terasa semakin jauh. Ya Allah, dekatkanlah hatiku dengan-Mu. Aku insan yang lemah selemh-lemahnya, Aku mengharap kasih dan rahmat-Mu.
Ya Allah, kusedar, dunia ini hanya sementara, jadikanlah aku hamba sementara yang baik.
Ya Allah, jadikanlah seseorang untuk menjadi imamku., Imam kehidupan ku,sesungguhnya, aku tidak mampu mengimamkan kehidupanku sendiri.
Ya Allah,aku mohon...kasihanilah diriku yang semakin jauh ini.
Ya Allah,tagih belas ihsanMu
Ya Allah...........
Ya Allah..........
Ya Alllah........
Ya Allah........
Ya Allah......
Ya Rabbiiiii...



Monday, January 2, 2012

Miss Him

Ingatan saya terhadapnya masih segar. Rasa rindu padanya masih terasa, rasa kasihnya masih tebal.

2011 ----> 2012

2011--->2012
Tahun dah bertukar. Selamat Tahun Baru untuk semua. Semoga tahun baru ini lebih baik dari  tahun sebelumnya. Di akhir-akhir 2011, saya berada di Pulau Pangkor with adik2 Majlis Sukan Pelajar saya. Actually, minggu sebelumnya pun ke Pulau Pangkor, bersama adik2 Kelab Rekreasi. Pas ni, dah leh jd tour guide Pulau Pangkor dah..hehe...
Nak share psl ape ye..Ermm...2011 tahu yang saya rase banyak perkara yang saya x nak ingat. Yang di suku pertamanya amat mencabar diri, jiwa dan perasaan saya. Suku kedua 2011 sy terasa sy ni hidup ke?Suku ke-3 2011 sinar dalam hidup saya...suku terakhir, saya menjalani kehidupan yang sekata.Itulah yang disusun oleh Yang Maha Pencipta.
Berkongsi beberapa kisah yang menyentuh jiwa saya. Kisah kematian Arwah Norazizi B Mukhibat, Suami kepada Jurutera UiTM Johor. Saya tidak mengenali arwah secara rapat, sekadar bertemu dan senyum,namun saya katakan berkenalan agak baik dengan K.Maznah, Jurutera UiTM Johor. Yang sy fikirkan amat mudah mesra dan tidak mengira pangkat dalam berkawan.Entah kenapa saya merasa juga kesedihan Kak Maznah sehingga ke hari ini lebih2 lagi dengan luahan hatinya dalam blog beliau.Meletakkan diri saya dalam keadaan beliau, ntah dapat bertahan atau tidak jika kehilangan seperti beliau. Terkenangkan anak-anak beliau yang kehilangan ayah dalam usia yang masih kecil, terkenang akan adik saya yang juga kehilangan ayah semasa masih kecil, terkenang akan anak saudara sy terutama khadijah dan farah yang kehilangan ayah semasa kecil dan khadijah terutamya yang tidak pernah menatap wajah abahnya. Moga Kak Maznah tabah dan sabar dalam ujian Allah ini. Semoga anak-anak beliau menjadi anak yang solehah dan cemerlang, InsyaAllah.
Berita kematian lagi: Aki Chik pada 28/12, juga menyentuh hati saya. Aki Chik adalah aki saudara kepada saya lebih tepatnya, suami kepada wan saudara saya. Aki Chik dan Wan Chik banyakmembantu keluarga saya sejak dulu lagi. Mempunyai hati yang sangat mulia dan mengharapkan cucu-cucunya berjaya dalam kehidupan. Sentiasa menyokong dan memeberi teguran yang sangat memberi kesan. Sekarang Wan Chik kehilangan insan yang membahagiakan dia. 2 bulan aki terlantar x sedarkan diri. dan beliau pergi dengan tenang sekali. Pemergian Aki Chik menmbahkan lagi kesedihan kami.

Berita Kematian Ayah we juga mengejutkan.Pemergiannya terasa disanubari. Dikala melawat beliau di hospital,terasa seperti melihat Aki satu ketika dulu. ' Ya Allah, bahagiakanlah mereka disana - Ayahku, Wan, Pakwe, Ayah We, Aki, Aki Chik, Aki Cu'

Pemergian mereka ini menyentuh hati saya.

Semoga 2012 menjadikan saya leboh baik dari sebelumnya,Insya Allah.