Wednesday, August 26, 2009

TIDuR la Sayang, tiduR La Kasih...

Kebanyakan masa disebelah malam kehidupan manusia biasa dihabiskan dengan tidur. Saya golongkan diri saya berada dalam kelompok 'biasa' tu kerana selewat-lewatya pukul 12 mlm sy akan tidur.Seawal pukul 8 mlm pun sy boleh tidur tapi kebiasaanya sy akan tersedar semula 2-3 jam selepas itu.Bukan hajat saya tuk cerita pasal tidur, tapi ceritanya pasal mimpi buruk atau istilah biasanya nightMare...

Saya percaya semua orang pernah mengalami Mimpi buruk dalam hirisan-hirisan mimpi indah saban malam. Apa yang dikatakan mimpi buruk tu pada sy ialah mimpi yang menakutkan kita samada mimpi hantu, jatuh tangga, mati, kemalangan, di simbah air dan macam2 lagi.. Mimpi sy malam [pagi sbnrnya-selepas sahur] menyebabkan saya termenung sehingga ke pg hari. Mimpi yang mengusik jiwa dan meresahkan perasaan sy berkaitan kematian seseorang. Bukan hal kematian itu tetapi cara kematian itu berlaku . Ianya seperti dunia ini tidak selamat walau dimana kita berada, walau kita bersama dengan orang yang paling kita percaya. Saya berdoa agar dijauhkan dari perkara-perkara seperti itu berlaku di Malaysia.

Saban malam sy mengharapkan mimpi -mimpi indah hadir dalam tidur sy supaya di pagi harinya sy dapat kesegaran dari mimpi itu. Kate orang mimpi juga dipengaruhi dari kehidupan seharian kita dan apa yang kita fikirkan sebelum tidur @ mimpi juga di pengaruhi oleh emosi kita pada satu-satu masa. Mungkin emosi yang sedikit terganggu menyebabkan mimpi sebegitu hadir malam tadi, wallahualam..

Moral of story, bila nak tidur, jangan fikir perkara yang bukan-bukan, and jangAn cari pasal dgn org lain terutama orang yang rapat dengan kita..nnt x aman tidur kita. sama gak dalam konsep bagi menghadapi mati [since tidur juga adalah adik bradik kepada mati].. Sentiasa memohon maaf antara manusia dan sentiasa memaafkan orang lain..Dengan itu, tidur kita akan lebih tenteram , InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment