Tuesday, September 8, 2009

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Budi Bahasa- Melambangkan peribadi kita. Pelbagai pendapat mengikut fahaman setiap individu mengenai aplikasi budi bahasa. Berbeza dari segi pendapat dan fahaman itu xpe, sebab objektif dan tujuan tetap sama. Cara aplikasi setiap individu juga berbeza mengenai budi bahasa ni. Ade org kate lemah lembut perilaku dan tutur bicara tu sebagai budi bahasa tinggi, ade gak berpendapat bile org berbudi baru kita berbahasa, ade gak kate "asalkan aku x buat salah, cukupla"..dan macam-macam lagi.

Pendapat sy? yg paling penting adalah hormat menghormati sesama sendiri. Sebab dengan perasaan hormat menghormati tidak kira pangkat, kaum, agama itulah yang mendatangkan kasih sayang dan tanggungjawab sesama manusia dan seterusnya mendatangkan budi perilaku yang baik dan tutur bicara yang sedap didengar. Ianya akan menjadi begitu mengikut urutan dan amalan kita bermula dengan sesuatu yang baik yang kita amalkan. Apabila berpegangkan sesuatu prinsip dan konsep yang sebegitu, kita akan sentiasa mengingati bahawasanya kita adalah manusia yang sama yang dihasilkan dari sperma di dalam air mani ayah dan ovum yang menuggu di dalam rahim ibu. Dengan adanya kesedaran itu, maka kita tetap akn menghormati saudara-mara yang lain yang proses kejadiannya sama seperti kita.

Jadi, apa yang nak dibanggakan dalam asal kejadian kita? Sebab kita adalah sama. Kenapa entry sy sebegini? hehe..

Kisah terjadi sebentar saje td pabila kami [seorang ofismate dan beberapa orang student] berbincang + bersembang senggang dalam perbincanagn aktiviti dan pendapat antara kami di satu tempat yang dikatakan para Bijak Pandai bertahkta.. Dalam campur aduk perbincanagn dan sembang senggang tersebut, tetiba muncul saudara yang bertindak menegur kami yang sy kategorikan tidak beradab. Tanpa salam dan sapaan, terus menegur dengan agak kasar. Yang ingin sy utarakan ialah, kenapa si bijak pandai dan ade jawatan sedikit di sini berkelakuan dan mempuyai sedemikian rupa?[patut ke]...

Erm..mungkin itulah "budi bahasa' yang dipelajari olehnya dari kecil, mungkin juga beliau sentiasa dikasari sebegitu dan mungkin juga beliau tidak tau istilah budi bahasa yang baik? Mungkin juga beliau berpendapat sebegini "aku pangkat tinggi, dieorng tu sape, lantak la"....beliau jela yang ada jawapan tuk persoalan2 tersebut.Tapi, sy memang akan kenang si bijak pandai tersebut..Bukan berdendam, tetapi geram kerana seharusnya si bijak pandai la yang mengajar pelajar2 kami untuk beradab. Itulah masalah segelintir sibijak pandai yang angkuh dengan ilmunya dan kerja mulianya .Apa gunenya bila melakukan kerja mulia dalam keangkuhan?[sesape bolel bg komen?]. Peranan kami [sy dan ofismate] membentuk pelajar dari segi kemahiran, dan peranan si bijak pandai dalam mencurahkan ilmu khusus, peranan yang sama tetapi dalam konteks yang berbeza.

Buat kawan2 yang lain, hope semuanya mendpat manfaat dari entry kali ni. Hormat menghormati sesama sendiri dn jangan sesekali down grade other person. Kita manusia tetap manusia..Punyai tanggungjawab yang sama di Bumi ni cuma dengan skrip yang berbeza yang telah pun ditentukan.

Peace :^

No comments:

Post a Comment