Wednesday, November 25, 2015

TRIP : BRUNEI (Solo Traveler)

Brunei Darussalam, negara jiran yang rumpunnya sama, adatnya juga tidak berbeza cuma mungkin sedikit kelainan dengan cara hidup yang diterapkan agar mereka ada identiti sendiri. Menjengah sekejap tak dapat menilai perbezaan Malaysia dan Brunei secara keseluruhannya, cume mungkin boleh dijadikan panduan dilain kali.

Part by part boleh buat panduan.1st, Brunei International Airport sangat tenang! Hahahaha. Urusan kastam, imigresen sambil lalu je. Senang sangat. Org tak ramai. Rasanye, airport BKI pun lg busy.

Then, bab transportation. Yang ni pun tak susah mana, tapi agak mahal transportation kat sini. Well, mane la tak mahalkan, RM berbanding BND. Time gue dtg ni, BND 1 = RM 3.05. Bayangkan la ye. Tapi, kalau ikut BND without convert, terasa macam murah. Air mineral 50 sen. Ade roti kosong 80sen, set nasi 4.00. Ok jela rasenya.

Accomodation, mmg agak mahal berbanding rm, dan x byk info pasal bajet hotel. Check online, gue dapat la bajet hotel yang dibayangkan macam kat Malaysia punye bajet hotel la. 2 malam dapat BND 98.00. Tp condition bilik sangat memuaskan. Luas, flat screen tv yang gue asyik on TV1 RTM, bersih, air cond. Just tak de breakfast. Mane bajet hotel prepare breakfast kan. Gue stay kat Gina Suite Kompleks 27, yang kalau tanye orang , masing2 macam confius kat mane letaknya lokasi hotel ni. Tapi, driver teksi confirm tau.  Lokasi kurang sesuai untuk mereka yang nak bersiar-siar. Sebab hotel ni terletak di antara deretan bengkel. Diceritakan oleh driver teksi, Amy, kawasan tu sebenarnya baru dibangunkan semula yang mana banggunan lama dirobohkan dan dibuat banggunan baru.

Berbalik pada trip gue, awal sampai gue menggunakan note BND yang pertama dengan 2 set Whooper BK yang kononnye 1 set nak bagi Arif, tapi last last gue makan both set. Dari airport Brunei, gue amek teksi ke Orchid Garden Hotel dulu, jenguk Arif. Memandangkan awal lagi nak check in. Lepas sembang- sembang dengan Arif, gerak dengan teksi juga ke Gina Suite. Total kos teksi hari pertama ialah BND 35.00 (jgn convert). Check in, then apa lagi, tidur la. Konon nak lelap kejap je,tapi dah malas, gue pun berterusan la berbaringan. Masa Brunei dan Malaysia sama je. Just everything awal la kat Brunei. Kul 6.00 pm dah maghrib. Gue terlelap sekali lagi pukul 7.00 pm camtu. Yang ni lawak! Gue terjaga tengok jam 10.52. Tak lengah, gue terus bersiap nak keluar , sbb nak g berjalan . Gue ade masa sampai kul 1pm je sbb game arif kul 2pm. Bergegas la hai. Dah turun lobi, mak aih.. Golap gelita. Gue dah gelak sendiri. Ku fikirkan dah pagi esoknya, rupanya hai, malam lg. Mmg lame la gue senyum sambil istighfar. Time ni gue tak tahu lagi yang belakang hotel ni banyak giler tempat lepak.

Habis tu, gue naik bilik, online and tgk TV1 lg. 25hb, awal pagi dan siap. 6.30 pagi dah keluar hotel. Destinasi target ada 3 tempat yang mana semuanya walking distance. Gue amek bas ke Bandar Seri Begawan, BND 1.00 each trip bas awam ni, berhenti kat bus stand yang mcm bus stand klang valley. Bas awam ni comel je. Dan tak ramai pun yang guna. Pengguna pun mostly foreigner yang kerja kat Brunei. Tempat pertama gue singgah Tamu Kianggeh. Kufikirkan ape benda la. Rupanya, pasar. Dan pasarnye tak menarik pun. 🤔. Then gue berjalan ke Dermaga Seri Begawan. Diseberangnya Kampung Ayer. Mmg target nak ke Kg Ayer tu. Mmg nak tengok keadaan sebenar. Jadinya, gue usha dulu bot teksi yang berdesup desup kat air yang tak berapa nak bersih tu. Mmg pro tahap gaban pilot teksi bot ni. Terbayang je accident kat dalam air tu. Gue usha sambil snap gambar, ada la sorang pilot approach. Gue pun tanya 2 3 soalan, and on deal BND 20.00 untuk pusing Kg Ayer. Nasib la pilot tu nak jawab soalan sekolah gue ni. 1st berhenti kat Galeri Kg Ayer, malangnye galeri buka jam 9.00pg. Tapi gue ambil kesempatan merayau atas jambatan yang ada. Dari jambatan batu ke jambatan kayu.

Then, pilot bawa pusing seluruh Kg Ayer sambil cerita la serba sedikit pasal kampung tu yang mana pilot tu pun penduduk Kg Ayer.  Habis tu, gigih pula gue berjalan cari Masjid Omar Ali atau lebih dikenali dengan panggilan masjid Emas. Sebelum berjalan, sempat la breakfast roti kosong 2 keping.
Masjid Omar Ali mmg cantik. Luaran dan dalaman juga. Rezeki nasib baik, penjaga masjid bagi peluang snap gambar dalam masjid yang mana tak boleh sebenarnya. Pusing keliling masjid, penjaga masjid sudi hantarkan gue ke stadium petang nanti. Bukan la free, tapi murah la sikit dari teksi. Kereta sapu la bahasanya.

Sementara nak ke jam 1.00pm, gue baik bas menuju ke The Mall, pusat membeli belah gitu. Tapi takde yang menarik pun. Ruginya gue tak explore luar The Mall tu. Rupanya sebelah sikit ade Gadong Mall tempat souvenier. Kemudian, gerak semula ke Masjid Omar untuk jumpe penjaga masjid untuk dibawa ke Stadium Hasanal Bolkiah, venue silat 7th Asean School Games.

Alhamdulillah, Arif perform well. Dapat pingat perak. Cerita ni kat tajuk lain pulak. Petang tu, balik semula ke hotel dengan teksi. Malam last ni la baru gue explore belakang hotel yang rupa-rupanya tempat makan bersepah-sepah.

26hb, dah janji yang Amy, driver taxi akn ambil jam 12.00 pm. Amy dengan baik hati hantar gue ke souvenier shop dulu, baru hantar ke airport.

Gina Suite Kompleks 27

Bus Stop : Bawah Fly over

Bas 01, Circle Line

Dermaga Sri Begawan : Depan Jeti Kg Ayer


Salah sebuah sekolah rendah di Kg Ayer


Tulisan jawi jangan dilupakan

The Mall. Sebelah ni ada Gadong Mall

The Signage


Masjid Emas dari bot

Tamu = Pasar

Maka itulah dia stay 3 hari 2 malam kat Brunei.

Apa yang dapat disimpulkan,

1. Adat dan bahasa tak banyak beza
2. Jalanraya lengang
3. Ramai juga orang Malaysia kerja kat sini
4. Orang Brunei kebanyakannya pernah ke Malaysia
5. Tak semua orang Brunei kaya, tapi tiada peminta sedekah
6. Jenayah? Macam tak de je.
7. Bahasanya lembut sikit
8. Kurang tempat menarik 🙊
9. Orangnya sentiasa nak menolong
10. Jawi merata-rata, tapi ramai cakap gune english
11. Pemandu yang sangat berhenah. Kalau kat zebra crossing, jalan je. Confirm kereta berhenti.
12. Hon? Macam xde function je.
13. Tulisan jawi dipraktiskan. Namun mengikut kata orang tempatan, urusan kerajaan banyak menggunakan Bahasa Inggeris

Setakat ni, tu la kot.

*sempat buat writing sikit.