Thursday, December 31, 2009

1.1.2010

Salam Tahun Baru , Salam azam Baru Salam buat semua.....
2010 muncul awal ari ini...So, kebanyakan 'hot spots' dipenuhi manusia yg amat 'menantikan' Tahun Baru 2010. Ape ada dgn 2010?  pertambahan tahun, melambangkan pertambahan usia (makin tua), mendekatkan kepada ajal, merapatkan jodoh,InsyaAllah (bg yg bujang),naik gaji, dan beerapa perkara yang positif mahupun negatif...

Permulaan tahun baru sy?hehe, cerita yg agak memenatkan..Xde niat pun nak celebrate tahun baru 2010..Cukuplah nk tgk kemeriahan kat dlam TV ..Tp insiden takdir dah pun berlaku malam tadi.  Kul 8 lebih sy kuar ngan housemate n zura, g makan kat IOI,segamat baru, ramainye la manusia time tu...Tunggu makanan saje dh sejam, pas tu, abis melantak, g la Dataran Segamat..konon-konon nk tgk bunga api, tup..tup.. tido je dalam kete ..2-3 min lg kul 12, kami beredar, singgah kat tepi jalan jap, sbb terserempak dgn mini-bunga api...then, balik umah..Sampai umah x boleh nak masuk umah pulak..kesnya sbb kami berdua x bawak kunci rumah..Housemate len (luth) dah blk kg..adusss...camne ni.. Macam2 usaha cube, tp gagal..Akhirnye sy memecut ke Keratong 3, amek kunci umah dr luth, then patah balik segamat..dalam prjalanan tu pulak kne tahan ngan JPJ-psl lampu kete sy yg hensem tu..haha,,..kene lg..nasib x saman..ape la hai..
dalam kul 2.30 baru sampai umah, then terus tido...perghhh...penat la sambut tahun baru,,,,,,,!!

Wednesday, December 30, 2009

HARI TERAKHIR 2009

Masa yang berlalu x akan kembali..Sesuai dgn pepatah..Perkara yang lebih tajam dr mata pedang..adalah MASA..
2009 berlalu dengan agak baik dalam konteks kehdupan sy..Alhamdulilah, 2009 mengajar sy bermacam-macam erti kehidupan, dari segi karier, keluarga, kehidupan, dan macam-macam lagi. Ada perkara ynag berlalu dengan cemerlang, ada perkara yang berlansung dalam keadaan so-so shj, dan ade juga perkara yang dilaksanakan tetapi gagal melepasi "KPI" dengan sempurna. 2009 juga ada masa sy terasa bagai dikayangan, kadang terasa bagai berada disinggahsana, kadang terasa macam bos, kadang terasa mcm kuli ,kadang terasa mcm tuan rumah, kadang terasa macam org gaji, kadang terasa mcm anak mithali, kadang terasa mcm anak kurang ajar, kadang terasa amat DIHARGAI, kadang terasa seperti anjing hinaan..Kadang amat selesa bersama,kadang terasa seperti langsung tidak diperlukan..

Tu sume kitaran kehidupan yg sy fikir, sume orang pun menjalani kitaran yang sama ,cuma dalam konteks yang berbeza..Setiap ape yang berlaku, tetap ade penghayatannya..

2009 adalah tahun yang banyak mengajar sy dalam karier ,dunia pekerjaan sy. Meskipun kadang-kadang terasa sepeti "Patah hati" ,tetapi semangat yang ada membantu sy supaya tetap menjalani life kerja ni. Keseronokan bekerja pun byk, untungnya sy dapat bekerja memang dalam bidang yang sama semasa belajar, cumanya kene byk blajar pasal pentadbiran kerajaan. Mula-mula macam menyampah gak , tapi melihatkan bos sy yang sgt komited, terasa malu lak. Tp, sampai skrg, mende-mende yg mmg sy x suke buat, sy xnk blaja..hehe...

tp tula.len xde ape sgt la..
dengan harapan 2010 akan lebih cemerlang dari 2009.....,InsyaAllah.

Tuesday, December 22, 2009

ape dah jadi, ape nak jadi?

Hari ni dimulakan dengan perasaan yang bercampur baur...Perasaan yang x boleh nak di mengertikan dengan apa-apa perkataan pun. Bersamaan gak dengan ase x sihat , jiwa kacau...isyhhhh..memang  rase macam x nak hidup je ari  ni [Allahuakbar]..

Ape yang dah jadi ni? Ape puncanye?,...Erm...xboleh nak jawab kat khalayak ramai.Tapi puncanya memang bermacam-macam..Antaranya, keadaan rumah yng sgt sgt sgt messy..[Sebab dah bawak keluar perabot, so x tau nak simpan barang-barang katne sementara nk pindah rumah baru].Nak cari baju pun malas dah .dengan habuk,barang-barang sy yg banyak tu..Sebab lain, sy ngah risau psl keje yg byk x siap lg, dalam mase yg same pembantu sy cuti, kerani sy ntah la kemana-mana,..Sebab lain? erm..yg x boleh diceritakan kot..tp mmg byk makan hati akhir-akhir ni sebab yg ni..
Sepatutnye, die la yg menjadi penawar tuk ketenangan diri sy, tp sikap yang x nak berterus terang [ye ke?sy teka je] teus menyusahkan sy. Menyusahkan sy untuk berfikir dan bertindak..Huh!....

Ape la yg nak jadi kat sy ni?Sumenya aturan Ilahi...

"Kalau betul,katekan betul, Kalau nak Katekan nak, Kalau X nak, katakan x nak, kalau masih, katekan masih, kalau dah habis, ckp terus terang'.....

Sunday, December 20, 2009

Selamat datang ahli baru

2 keluarga disatukan dengan dengan lafaz akad.. .. 18/12/2009, menjadi saksi bahawa sahabat baik sy selamat di ijabkabulkan dengan abang saya. Sungguh tidak dirancang , namun itulah jodoh, walau apapun rintangan , tetap akan bersatu.

Minggu yang agak memenatkan. Sy balik ke kampung  pada 17 hb,singgah rembau amek akak ipar n anak-anak sedare, then patah balik segamat [ tertinggal sun glass-berbaloi ke patah balik,huhu], then sampai temerloh hampir-hampir jam 7.00 malam., then, jam 9.15 mlm gerak ke Kuantan pula untuk amek kete lagi satu...jam 12.30 malam tiba rumah semula, then terus tdo, mengenangkan esoknya nk drive ke kedah pulak.

18 hb/1 Muharam....Rombongan kami bergerak ke Kedah..Bermulanya perjalanan dengan hujan...dan sepanjang perjalanan hujan mengiringi kami..kete kat highway lak boleh tahan la byknye..trafic jam kat beberapa tempat, dan kat RNR pun sume penuh. Rombongan berhenti rest kat RNR Tapah..makan [berkelah] kat tepi jalan dengan bekal yang dibawak..masing2 dh niat tuk jamak akhir sbb kat TAPAh tu mmg ramai sungguh pengunjungnye..so, kami pu  teruskan perjalanan.. Tetibe , Ali[abg sy] call ' kin, kite exit ikut pendang ek', ...sy pun ok kan aje..nak dijadikan cite..ade lori kontena berlanggar sblm exit pendang, selepas exit gurun...apa lagi, 3 jam tersekat kat situ...masing-Masing dh gelisah....ali nak akad nikah kul 8.30malam..alih2, dtg abg udin [abg ain] amek ali, n 2 orng saksi dr jalan gurun..jam 8.00 baru jalan highway dibuka kepada lalulintas.Kiteorng pun mula la sehabis boleh menciluk dalm mengikut peraturan jalanraya [?]..huhu.....tp, camne pun ciluk, ttp x sempat tgk ali n ain akad nikah,...dgr je khabar bahawa dieorng dh selamat...ape2 pun, alhamdulillah..semoga kepayahan ini akan membawa hubungan mereka kekal ke akhir hayat...minngu ni plak akan berlangsung enduri kat umah sy di Temerloh...jemputlah hadir beramai-ramai..SELAMAT PENGANTIN BARU -ALI & AIN-

Friday, December 11, 2009

Jangan di Rentap, Cuma pergilah dengan elok

Meruntunkan hati dan perasaan orang bukanlah niat sy dalam menjalani kehidupan seharian, namun dalam sedar atau tidak, dengan sengaja atau tidak membuatkan hati dan perasaan orang lain terasa pasti ada..Penciptaan manusia yang berbeza-beza ini cukup unik. 2 bulan yang lepas sy meruntunkan perasaan seseorang..Sy sendiri tidak tahu mengapa sy sanggup buat begitu.. Itulah, disaat keadaan menyebelahi kita, sentiasa peluang yang baik dan menyebelahi kita yang membawa kesenangan dan kegembiraan terus digunakan tanpa berkongsi dengan insan lain. Tatkala itu sy hanya memikirkan perasaan sendiri.....tapi kini, bile semuanya telah berlalu, sy terfikir, wajarkah apa yg sy lakukan padanya? Hikmah tersembunyi di sebalik peristiwa tersebut.
 dan kini, perasaan sy diruntun...terguris, kecewa, menangis sendirian..Perasaan yang berulang seperti dulu. Rasa yng berulang-ulang tanpa henti, sendirian...Tiada tempat meluakan rasa, tiada bahu untuk  meringankan beban, tiada teman untuk bersama...

Mungkin masa dah time [?]...sy kene persiapkan diri sy..kemana hala tuju sy....memikirkan rutin sy yang akan berubah selepas ini [jauh btl akal sy berfikir]...tapi sy tau, perkara seperti ini tetap akan trjadi, .. Tetap akan terjadi walau cepat atau lambat, Cuma sy mohon agar tempatkan sy dgn seeloknya.Meterai janji dan kata yang di ungkap, loloskan diri dgn hormat.,jgn terus rentap apa yg sy ada...

"Sebagaimana awk menerima sy, sebegitu jugalah  tempatkan sy smula di tempat sy.. Bukan sy minta apa yng berlaku, tapi kita bersama yang bersetuju."

Tuesday, December 1, 2009

Cuai dan Salah

Kesalahan selalu berlaku akibat kecuaian kita sendiri.. Sepanjang dalam sebulan ni, 2 kecuaian yang direkodkan secara rasmi telah sy sendiri lakukan.Moga ianya menjadi pengajaran kepada sy untuk lebih berhati-hati dan lebih teliti dalam melakukan kerja. Apakan tidak, surat untuk panggil ahli mesyuarat yang dihantar diletakkan salah tarikh. Haru biru jadinya. Kalau setakat 2-3 org, xpe lg, tapi melibatkan ramai org dan rakan sekerja. Emm..pengajaran untuk sy untuk memantau dengan lebih teliti hasil kerja staf..Malu gak la bile tetibe kwn2 menelefon dan tegur mengenai hal tersebut (surat yg salah tarikh)..

Dalam ketelitian sy, tetap ada jua yang tertinggal. Kuasa Ilahi..

So, jangan cuai dalam melakukan kerja dan tanggungjawab..Kerana kecuaian itulah,kita akan dipertanggungjawabkan.

Koir

Tetibe sy terjebak dgn pasukan Koir Department HEP. Baru menarik nafas lega apabila cuma dilantik menjadi jawatankuasa, namun apakan daya, kesuntukan ahli koir menyebabkan sy dipanggil jua oleh Kapten koir HEP. Jadi, nak x nak, kne la support gak department sendiri. Tapi keadaan diri sy kurang mengizinkan sbnrnye, selsema mula menganas, hidung asyik tersumbat, kahak pun by...Ish..ape la nk jadi..Dugaan. Nikmat yang sementara ditarik untuk keinsafan diri....