Sunday, February 13, 2011

Sinetron VS Cite Antu Bidaah.

Akhir2 ni saya selalu berada di depan TV[Sejak banjir ni la coz sy slalu terlelap dpn TV]. Melayan rancangan Asro sambil on9 kat ruang tamu sgt2 melekakan. Tapi, hakikat sebenar,TV hanya terpasang tanpa di ambil perhatian pun oleh saya.Sy semakin bosan dengan tayangan2 yg di tayangkan. Asyiknye sinetron [?] Indonesia, Cite Seram Melayu..Sinetron Indonesia semakin lama semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia tanpa menyedari bahawa rakyat mereka telah mencemar maruah negara kita,Malaysia. hurmmm...

Sy bukanlah seorang yg bersifat perkauman. Sebab,kemana sgt la kita nak bawa perkauman itu. Yg penting,kesejahteraan sejagat tanpa mengira kaum, mahupun parti politik [entry sebelum ini adalah berkaitan].Namun, bile isu kenegaraan antara 2 negara [Malaysia & Indonesia] menjadi2, sy mula mempertikaikan rakyat Indonesia. Sedar tak sedar,berjuta warga Indonesia [Bangsa Indonesia] berada di negara tercinta, MALAYSIA. Namun, itu juga membuatkan mereka yg berada disana lantang mengatakan Malaysia ini begitu & begini.[Apakah itu?]...Sejak itu, bila memandang warga Indonesia di sini, selalu tergerak dihati sy " hei Indon x sedar diri",.
Eh, lari tajuk lak. Back to the track...Apakah punca Sinetron Indonesia ini mendapat tempat dihati rakyat Malaysia? Dari pemerhatian kasar sy, mereka yg berminat dgn Sinetron iniadalah dikalangan suri rumah dan mereka yang tidak bekerja. Mungkin kerana mereka mempunyai masa terluang diwaktu drama2 tersebut ditayangkan.Pelbagai motif drama yg di tayangkan seperti Cinta, Balas Dendam, Antu dn lain2. Sy? mmg x berminat langsung, Bukan kerana sombong dgn cerita mereka, tetapi menyampah bile memikirkan rakyat mereka yang langsung x reti hormat negara Jiran,Malaysia.

Selain sinetron, yang menghiasi skrin TV skang adalah cerita2 antu yg bebagai jenis.Mistik alam hitam,Niyang Rapik, dan macam2 la.. Seingat saya, dulu Penerbit Drama dan Filem ditegah dari membuat lakonan di kawasan kubur.Kemudian tegahan itu entah kemana. Cerita-cerita yang ditayangkan masa kini semakin lama semakin mengarut2 dan saya boleh katakan bidaah dan tidak mungkin boleh membawa kepada khurafat seperti maksud berikut;

DEFINISI KHURAFAT
Kamus Bahasa Arab: 
(al-Mujam al-Wasit) Cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta
(al-Marbawi) Cerita karut (karut marut)
Kamus Dewan:
KHURAFAT
Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.
Kesimpulannya
KHURAFAT
Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam
Khurafat adalah bidah akidah 

Pengertian diatas saya petik dari sumber internet. 
Sekian sahaja tuk kali ni.

No comments:

Post a Comment