Thursday, January 27, 2011

Pengalaman ITU

Laluan kerjaya sy skrng adalah disekitar suasana pembelajaran di peringkat Mahasiswa. Sy bersyukur rezeki sy yang sentiasa berdamping dengan dunia ilmu dan dunia pelajar. Secara x langsung membakar semangat sy untuk terus belajar dan sentiasa update dgn dunia muda yg latest [ikut trend].. At least xde la sy ketinggalan sangat dgn trend dak2 muda skang ni..[Sy dh Dewasa]..haha. Mengikuti trend semasa sy rasakan amat perlu..Bukan nak ikut trend tersebut, tp penting untuk pengetahuan dalam mendidik bakal anak sy [cheewahh]..

Kehidupan dengan student mmg menyeronokkan. Most of the time sy bekerja sentiasa berhadapan dgn student yang berbagai2 gaya [Ehmmmm, untuk maklumanm, Sy bukan Penysarah, sekadar berkhidmat dalam Skim S27]. Semuanya mengingatkan semula zaman sy study dulu.Nakal-nakal student ,mcam2 helah bila time ada masalah or wat salah..Tapi maaplah, sy dulu juga seorang student yang nakal, so helah2 korang sume kurang menjadi kat sy..haha

Walaupun sy bukan seorang pendidik akademik kat sini, tapi jiwa sy x pernah lekang dari niat tuk memberi pengalaman kehidupan kepada adik-adik sy. Sehingga kini, sy masih belum berasa puas tuk berkongsi pengalaman sy ngan adik-adik kat sini. Sy cuba untuk berada bersama-sama dieorang , memberi pengalaman secara tidak formal dan mencuba mengambil kesempatan untuk berkongsi tentang pengalaman dan sedikit ilmu yang sy ada.

Saya belajar di UiTM Malaysia [Shah Alam] selama 6 tahun[Bukan seorang pelajar yang pandai, sebab tu smpai 6 tahun]. Namun saya  tak pernah menyesal saya menghabiskan Diploma dan Ijazah S.M saya dalam tempoh yang agak lama [Kebanyakan kawan-kawan saya tempoh dalam masa 5 tahun shj]. Sy mengambil peluang sebaik mungkin untuk mencari pengalaman secara percuma sepanjang pengajian saya.

Bermula dari permulaan Diploma, tumpuan sy pada ekstra kokurikulum PALAPES.Sehinggalah ditaulihakan pada 2005. 2006 pula saya mengorak langkah dalam dunia kepimpinan Mahasiswa. Tak pernah terfikir di akal saya pun untuk terjebak dengan dunia politik Mahasiswa [tp pernah gak berangan2], tetapi dengan izin Allah, sy mendapat pengalaman tersebut yang sangat banyak mengajar dan memberi pengalaman sgt berguna. Pada masa yang sama juga, saya mula aktif semula untuk bersukan.

Apa yang sy nak nyatakan bahawanya terlibat ngan pelbagai aktiviti di peringkat Universiti bukanlah sesuatu yang merugikan. Saya selalu menyarankan adik-adik saya kat sini supaya jadilah Exco mana-mana persatuan, jadilah penggerak untuk mana-mana kelab dan aktiviti. Kerana ianya kan memberi pengalaman yang berbeza setiap kali aktiviti yang dilakukan. Tapi, sy juga suka ingatkan, "Akademik Nombor 1, namun Tanggungjawab lain tak pernah jatuh ke nombor 2".[Kata=kata dr Bos MPP sy, Sdr.Hidayat]..Sampai skang pun sy masih pegang dengan kata-kata tersebut cuma dalam konteks yang lain.

Moga adik-adik saya ini akan sentiasa berjaya dalam dunia mereka..





No comments:

Post a Comment