Saturday, January 29, 2011

Mess Night [Makan Malam Rejimental/Istiadat]

Penglibatan dalam PALAPES memberi pengalaman kpd sy akan Makan Malam Rejimental.
Malam yang gilang gemilang untuk pasukan. Dalam budaya PALAPES,Mess Night di aturkan selepas satu2 batch ditauliahkan dan di anjurkan bersama ketiga-tiga cabang perkhidmatan [Darat,Laut,Udara-Tapi,batch sy lom de Air Force] dan tetamu utama adalah YDPA. Batch sy,[2002-2005] mengaturkan Pra Mess Night di Intekma Resort, dan Mess Night sebenar di Hotel Nikko.Alhamdulillah, YDPA hadir pada majlis tersebut dan kami amat berbangga pada malan tersebut. Dengan penuh protokol ketenteraan,kami diraikan sempena pentauliahan kami sebagai Leftenan Muda

Penganjuran Mess Night memang amat terperinci. Namun tugas sy pada ketika itu hanyalah sebagai AJK Pengangkutan dan Keselamatan. Tugas yang agak mudah dan simple..Penganjuran Mess Night juga menuntut kerjasama yg mantap antara ketiga-tiga cabang perkhidmatan dan menuntut pengorbanan terutama pada mereka yang telah tamat belajar.

Namun, susah payah tersebut rase terbayar bila majlis tersebut berjalan dengan lancar, n perut kenyang.

Malam semalam,[28 Jan]sy menghadiri majlis makan malam yang diaturkan oleh Komander Kesatria UiTM Johor yang mengmbil konsep Mess Night pasukan Tentera.Percubaan yang pertama kali untuk Komander UiTM Johor [sy x pasti kampus lain de wat ke x Mess Night camni]. Kapt [B] Ujud mencuba yang terbaik tuk menerapkan disiplin tentera kepada komander UiTM Johor. Usaha dan idea Tn Ujud mmg dapat mengajar dan memberi pengalaman yg berguna kpd Komander UiTM Johor. 

Sy sendiri tidak pernah mengaturkan Mess Nigth di Mess [tempat] sendiri.Selama ini, kami menganjrkan Mess Night di mana-mana hotel yang mana lebih memudahkan. Sy kira, mereka berjaya merealisasikan Mess Night tersebut.Namun, beberapa kekurangan menyebabkan majlis menjadi sedikit menyusahkan dan kelihatan hilang protokolnya. Mungkin kerana pengalaman dan kurang pemantauan.

Pertama skali berkenaan sambutan yang sy kira agak longgar. Terlepas 'pegawai'..namun ia bukan isu kerana semua jemputan bukanlah dikalangan Pegawai Tentera...
"Bag pipe" tidak dimahiri oleh brassband UiTM Johor [xde alat muzik kot] dan diganti dgn iringan percussion,[gud idea ] . Tetapi,menjadi cacat sedikit bile Percussion tersebut 'meninggalkan ' VVIP.hehe..

Sy diberitakan komander2 tersebut 'mencuri' meja dari kelas akademik untuk setting mess night..[Kreatif pun dieorng ni].Pada tika tu sy membayangkan bahawa DST penuh ngan susunan meja [mcm mess night kami dulu].Tapi, itu hanya bayangan.Sitting pada malam tersebut sy kira hanya untuk 80 org mungkin.[2 baris meja]..sy masuk dewan dan ooooooooooo...hehe...

Selepas itu, majlis bermula dgn 'tos' kepada komander. protokol yang sama cuma kalau sy x silap, yg tos sepatutnya tetamu terhormat dan disambut pegawai termuda di hujung skali. [mungkin protokol ini telah di olah]. Yg sy nk komen ,juz  gelas 'tos' [Goblet] tersebut. Terlalu besar. Sy fikir, spttnye gelas tersebut boleh dibeli oleh yng berkenaan dan dijadikan inventori.  Kemudian, tiada tos kedua. Juz mkn.

1st time gak sy g mess night makan nasi[tp ok la] .Menu doesnt matter. ikut kesesuaian bajet.[ Dulu pun kami gune duit sendiri tu mess night].. Need sacrifice 4 all this. And, after makan, de majlis sket. Majlis tuk penyampaian hadiah n so on. I think pihak yg berkenaan perlu lebih belajar mengenai Protokol dan susunan majlis. Majlis tersebut menjadi sikit ' tak kena' pd sy. Emcee??. Tak dinafikan, suara emcee  sgt mantap dan komersial.Cuma beliau mungkin kena lebih protokol dan berkursus tuk bercakap lebih protokol.

Sy memuji 'kekreatifan' pelajar2 komander .[Mereka sgt kreatif-teringat lak kat batch2 sy yg sgt2 kreatif dlm persembahan n gimik]..hehe..
Tahniah sy ucapkan kepada batalian VI Komander Johor atas kejayaan dalam Jambori 2010. Oh lupe, sy juga memikirkan bahawa komander2 tersebut perlu diberi latihan Public Speaking bersandarkan ucapan yg du ucapkan oleh 2 Komdy pd majlis tersebut yang agak melanggar protokol dan 'asal cakap'..slow2 r beb..bkn nk kejar ape pun..

Sitting table yang dipamerkan juga mungkin boleh di improve seiring dgn teknologi IT skang. Penggunaan white board sy tgk cam dak 'Tadika 'jer.. Tp,ok la..at least, ade dr x de. 

Sepanjang perjalanan pulang dr majlis tersebut, sy terkenang2kan Mess Night batch sy dulu.Miss that moment !!.

Next time sy akan wat entry psl PALAPES [tp x tau la bile]..
Tuk yg berkenaan,if terbace entry ni, jgn marah tau..Ini hanya pendapat dr pemerhatian shj.Jika nak penjelasan, bole lah kita berbincang..

Moga kita semua sentiasa maju!!

No comments:

Post a Comment