Friday, February 4, 2011

B[AN]-J+IR>> Edisi ke-3

Kisah kali ni sy nak tegaskan pasal Bencana VS Politik. Mcm haru la sket. Sy pun teragak2 juga nak berpendapat ,tapi sy fikir untuk kebaikan,buat apa nak takut.,:-)//Moga2 entry ni x menjadikan saya apa2.

Alhamdulillah, sepanjang banjir kawasan Segamat, saya dan seisi rumah tidak pernah terputus bekalan makanan mahupun keperluan-keperluan seharian yang lain.Lokasi rumah kami yang berhampiran dengan kedai runcit dari mana-mana arah menjamin bekalan kami akan berterusan. Jadi, kami tak ambil port [kisah] sgt pasal rangsum makanan bantuan dari pihak2 yang berkenaan. Lagipun, banyak lagi keluarga lain yang memerlukan rangsum tersebut. Tertakdirnya, kami [kawasan rumah kami] berada dalam rukun tetangga kawasan Kg. Paya Dalam [Kampung sebelah].Nama pendaftaran mangsa banjir juga dikawasan ini yang diselia oleh En Jaafar.Alhamdulillah,beliau amat mengambil berat akan kawasan taman perumahan kami walaupun taman kami tidaklah dilanda banjir teruk. 

Selain itu, kami juga ada menerima dan mendapat agihan bantuan yang diberikan [Sy berharap kamai adalah pertimbangan terakhir untuk diagihkan bantuan tersebut]. Bukan kerana apa, kerana ramai lagi yang lebih memerlukan bantuan tersebut.Dan sy fikir sistem agihan adalah begitu.Mestilah yang paling teruk menerima bantuan selayaknya. Moga sistem agihan ini sentiasa adil,InsyaAllah. Antara bantuan yang diterima adalah peralatan mencuci rumah, asas barang dapur, dan juga asas barang makanan. Kami menerima dengan redha, dan terima kasih kepada penderma-penderma yang budiman.

Pusat pemindahan Banjir Kg Paya Dalam terletak di Balai Islam, bersebelahan Surau Kg Paya Dalam.Ada penduduk yg dah hampir 2 minggu berada kat situ. Semasa air mula mengganas kat taman kami, En Jaafar mempelawa kami untuk tinggal kat pusat tersebut.Kami menolak, bukan kerana sombong, tapi ruang tersebut diperlukan untuk mereka yang lebih memerlukan. Kami cuma menumpang 'park; kereta2 kami kat atas sana.

Pusat tersebut sy rasakan antara pusat pemindahan banjir yang agak selesa dan bersih serta teratur. [Sy slalu membayangkan pusat pemindahan banjir penuh sesak,bising dan x terjaga kebersihannya]..Setiap hari mereka akan dibekalkan dengan rangsum bahan mentah dan dimasak secara personal. Makan bersama keluarga masing2 dan boleh bertukar menu dengan 'jiran tetangga' a.k.a jiran tilam sebelah.hehe

Sultan Johor sempat singgah di situ pada hari semalam [3Feb 2011].Tuanku dalam sesi lawatan ke seluruh daerah Segamat sebelum ke Muar. Kesempatan yang ada digunakan oleh mangsa untuk beramah mesra dgn DYMM Sultan Johor. Sultan yangtegas, tp sempoi..
Bersama-sama rombongan baginda,turut serta kelihatan YB Parlimen Segamat yg juga Menteri Sumber Manusia, YB Othman Jais,Pegawai Daerah dan pegawai2 penting Daerah.
Ketibaan DYMM Sultan Johor

Snap curi..

Skuad Pantas dari Ampang

Sejurus selepas baginda berangkat ke Muar, kelihatan rombongan Misi Kemanusiaan PANTAS, dari kerajaan Negeri Selangor,yang diketuai oleh YB Zuraida,Ampang.Sesuai dgn nama, dengan pantasnya mereka beramah mesra, mengeluarkan barang2 sumbangan, bergambar dan sedikit 'kempen'. Kemudian, setelah mereka bergerak ke tempat lain, menjurus pula lori Nestle,Milo.Alhamdulillah, rezeki lagi. MAka, 'bermilolah' pusat tersebut. Rezeki yang dianugerahkan mmg x pernah putus.

Apa yang sy nak kisahkan kat sini adalah berkenaan bantuan daripada skuad PANTAS yang diketuai oleh YB. Zuraida yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor, membawa misi kemanusiaan mereka.Sy difahamkan oleh YB sendiri mereka dtg ke Segamat melalui Yong Peng [perjalanan yang menjauhkan disebabkan sekatan jalan oleh banjir].Umum mengetahu bahawa kerajaan Negeri Selangor merupakan pegangan PKR [KeAdilan] dan YB Zuraida juga merupakan daripaha PKR.Misi kemanusiaan ini sepatutnya sejagat dan tidak dipertikaikan dengan parti politik yang diwakili masing2.Pada saya, bile ianya datang keada tanggungjawab sosial, isu politik harus diketepikan.Namun, suasana yang berlaku di pusat pemindahan banjir tidak begitu. YB dan YB sendiri menunjukkan sikat tidak baik kepada rakyat. Apalah salahnya apabila YB menegur antara sesama sendiri, bertanya khabar dan mengucapkan kata kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab sosial. 

Dr pemerhatian sy,apabila skuad PANTAS bersama kenderaan mereka tiba di pusat tersebut, pemimpin UMNO terus berundur dan memerhati dari jauh. Kenapa pula cam ni jadinya? Sombogkah masing2 dgn parti yang diwakili? Tidak layakkan mereka menjadi kawan. Tidak bolehkah semangat Assabiyah parti itu diketepikan? Mcm2 yang berlegar2 di kepala sy. Sepatutnya mereka saling bertegur sapa, barulah harmoni keadaan rakyat. Yang dilaungkan oleh mereka adalah "Kita mestilah bekerjasama dan bersatu padu untuk kejayaan" tetapi, B sendiri menunjukkan contoh yang  tidak baik dan kebudak2kan.Adoiyaiii..!!

Kalo ini la keadaannya,lambat lagi la Malaysia nak maju dan menghapuskan kemiskinan dan mendapat kestabilan ekonomi dan kejayaan.Takkanlah time2 bencana ni pun nak pikir kepentingan parti lagi.Jatuh ke kemaluan jika menerima sumbangan dr parti lain???

Kalo ini keadaanya, nnt, dalam kejiranan kalau parti PAS yg meninggal, maka Org PAS je la yng akan uruskan, KAlau org UMNO, maka org UMNIO jela yg akan uruskan sedangkan pengurusan Jenazah adalah Fardhu Kifayah.Sama gak dgn Solat Jemaah, dan lain2 hal.

Dengan doa dan harapan semoga semua  rakyat Malaysia akan bersatu padu bagi menjamin kecemerlangan negara Malaysia. Usah lah sombong dengan parti masing2, kerana kita sujud ke arah KIBLAT yang sama dan menyembah Allah yang Esa.


No comments:

Post a Comment