Friday, February 4, 2011

B.AN[Ji]{R} >>Edisi ke-2

Diberitakan oleh penduduk tetap Daerah Jajahan Segamat bahawa banjir 2011 merupakan banjir yang lebih teruk daripada banjir besar [dh x jadi banjir plg besar la] 2006. Bukan seorang dua yang sy dgr pernyataan ni, tapi ramai [xkire n x de data la plak] yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Sy mendengar penyataan tersebut dan mencuba membuat bayangan dan perbandingan. dan kesimpulannya, sy merasai la banjir besar yang di gembar-gemburkan selama ni[sbb tahun 2006, sy masih lg seorang pelajar].

Sebenarnya,rumah sy pun terlibat dengan bencana banjir kali ni [Nk bagitau yg sy adalah mangsa banjir!], tapi sekadar mangsa tuk 12 jam sahaja n sgt jauh nk dibandingkan ngan mangsa lain yang sehingga ari ni [4hb feb] umah mereka masih terendam ngan air banjir.[ntah ape la rupa keadaan umah dieorng skang].

Rumah kami yang dimasuki air

Memang banjir 2011,Segamat ni memberi experience yang berguna dalam life saya. Menghadapi banjir bukanlah 1 masalah besar bagi sy atas pengalaman yang ada sebelum ni. Lagipun, sy tinggal dgn housemate yg dh dewasa,xde budak kecik yang nak di secure kan..Pengalaman banjir selama ni yg diharungi sgt berguna tatkala housemate yg len [kecuali adik sy yg dh prnh merasa banjir] ]mmg x prnh tempuh banjir. Dr petang lagi dah de yang bising2 suh angkat barang naik tingkat atas sedangkan air jauh lagi. Sy relaks jela.Lebih kurang kul 10 mlm, Letrik dimatikan, Sy pun mula jd tn rumah, melaksanakan perancangan banjir.Kemas barang2. Alhamdulillah, sumenya selamat.

Untuk makluman, kemuncak banjir kat Segamat adalah pada 31Jan - 1 Feb 2011.Kemuncak air naik ngan laju n deras. Rondaan sy terbantut seketika. Tapi., 1 Feb sebelah petang sy sempat meronda sampai ke Jambatan Pertama [menempuh 2 air banjir atas Jalan Raya]. Agak ngeri la gak melihatkan keadaan Sungai Segamat yang selama ni mcm hidup segan mati x mau.Air mencurah2 mcm kat Kolam Puteri Gunung ledang time hujan lebat.Pergh,...tambah lagi air yang menghentam tiang2 Jambatan yang ada termasuklah jambatan keretapi...Sy terbayangkan if hentaman tu merobohkan jambatan ..Perghhh.Mntak dijauhkan la..Rondaan sy diteruskan sampai ke Gemereh.Melihatkan rumah abg Meslani n kak lin yang tinggal bumbung je..Mmg tabah la[Sy diberitakan mereka tidak sedar air naik sehingga la kak lin prasan de air dikala tgh tdo]..Mesti terkejut gile..Then x byk persiapan yg boleh buat n brg2 pon kompom la terbiar je.[Sehingga ari ni, umah dieorrg masih ditenggelami air].
Terbakar dalam air banjir

Yang lagi menyedihkan kisah banjir ni bile Sdr Hery Leng [Bukan nama sebenar] ditimpa 2 bencana sekaligus.Rumah dinaiki air,kemudian terbakar didalam banjir, Masya Allah.Ditimpa ujian dan kasih-sygNya skaligus.Moga keluarganya dirahmati.

Sy mendaftar sebagai mangsa banjir bersama-sama housemate lain. Dengan niat juz as a record. Sy risau gak takut2 ada org kata,"ala,umah die banjir setakat buku lali, sibuk nk bantuan gak".Moga2 takde la org yg berkata camtu. Cuma,jgn dinafikan la hak2 yg ada. Alhamdulillah,pusat pemindahan banjir Kg Paya Dalam dilawati oleh ramai org kenamaan dan misi kemanusiaan termasukalah YMM Sultan Johor.[Sy ceritakan nnt]

Suka untuk sy katakan, bahawa banjir adalah dengan kuasa Ilahi, Bencana yang berlaku ini juga adalah kehendak Ilahi, Bencana ini juga seharusnya mendekatkan diri kita dengan-Nya. Kerana ujian yang diturunkan adalah tanda kasih sayangnya kepada hamba-Nya.. Air tidak bersalah,keadaan muka bumi juga tidak bersalah.Kita, manusia lah yang patut menginsafi diri dan mengira apakah yang patut dilakukan.

Antara kesan2 banjir :
Add caption

Add caption


Add caption

Add caption



Add caption

Add caption

 

No comments:

Post a Comment