Wednesday, December 11, 2013

5 Disember : 02

Pengurusan jenazah awak sangat mudah. Urusan memandikan jenazah kami laksanakan bersama. Perasannya masa memandikan jenazah sama macam mandikan awak semasa awak masih hidup. Dipusing-pusing, digosok. Urusan diketuai oleh Ustazah yang dilantik.Kelihatannya darah dari tebukan untuk prosedur perubatan masih mengalir. Begitulah segarnya jenazah awak. Darah dari tiub bekas tiub PEG yang ditanggalkan pun masih mengalir. Usai memandikan, diangkat untuk dikapankan. Urusan kapan juga Alhamdulillah, sangat mudah. 

Siap segalanya, semua yang ada pada waktu itu diberi peluang untuk cium awak. Termasuklah saya, dari jauh saya ambil nafas sedalam-dalamnya, saya kucup dahi dan antara mata awak. Lama saya rasa.Bau awak tetap sama. Ya, saya pasti akan rindu. Kemudian, saya bantu Ustazah ikat kapan dibahagaian akhir, dikepala awak. Allahuakbar. Tatkala itu, saya masih merasakan awak tetap hidup , berada disamping kami. Kehadiran awak amat saya rasai.

Kemudian, terus dibawa naik ke Van Jenazah, dibawa balik ke rumah. Along bersama saya , dalam kereta Along menceritakan setiap yang terjadi. Hati menangis, bibir tersenyum. Tak nak menambahkan gusar dan duka pada yang lain. Perjalanan balik ke Bandar Tenggara bersama Dura. Sampai je kat rumah, awak dibaringkan di ruang depan. Berlangsirkan kain. Sampai je, sekumpulan lelaki sedang baca Yassin dan Tahlil. Mengambil kesempatan menenangkan diri saya. Alhamdulillah, kehadiran mereka (Dura, Farahin,Atul,Syeiq,Dija,Black,Celcom) agak menstabilkan keadaan saya 

Sepanjang malam, menemani awak bersama yang lain. Saya cuba memberi bakti selagi mempunyai ruang dan waktu. Yassin, tahlil dan Bacaan Al-Quran tak berhenti-henti oleh semua orang. Waktu itu, perasaan saya tetap sama, merasakan awak masih bersama kami. Walau melihat jasad awak terbujur kaku dihadapan, saya tetap merasakan awak berdiri, duduk disebelah saya. Secebis rasa takut atau gusar pun tiada. Sekali sekala, saya buka , lihat wajah awak, Allahuakbar..tenang setenangnya. 

Kemudian, tiba pula rakan-rakan dari Shah Alam dan Melaka. (Big Show, Button,Apek,Una,Khalida). Mereka bersama sehingga ke urusan awak selesai. Paginya, majlis Yassin sekali lagi dilaksanakan oleh kaum wanita. Saya kurang arif bagaimana adatnya di tempat awak. Saya ikut je bacaan Yassin dan tahlil. Rupanya, baru saya tahu selepas bacaan itu, awak akan dikebumikan. Terpana saya bila kaum wanita melihat awak buat yali terakhir, kemudian yang lelaki menerbu masuk untuk urusan solat Jenazah. Ibu ayh Along datang untuk cium awak buat kali terakhir. Kemudian Izzati. Kemudian, dengan sendunya, saya cium awak sebelum kapan ditutup.

Sejurus ditutup, Dupp!! Allahuakbar..saya seakan baru tersedar bahawa awak dah tiada, meninggalkan kami di sini. Mengalir laju air mata . Hati saya kosong. fikiran saya padam. Badan saya menggeletar. Saya mencari tempat bertenang, dalam bilik. Airmata tidak berhenti. Usai solat, jenazah di bawa ke perkuburan, saya tanamkan dalam kepala wajah awak yang terakhir sebelum ditutup.

Kemudian, terus ke kubur. Menyaksikan pengkebumian awak dari jauh. Sejurus habis talkin dan urusan yang lain, kami mendekati, menyiram air..Allah, saya tak dapat katakan perasaannya. Kemudian, kami bersama (UiTM) sekali lagi mendoakan awak. Kaki berat untuk melangkah. Saya berlengah selama yang boleh. Saya tidak mahu 7 langkah itu berakhir. namun, itu lumrahnya. Saya melangkah tanpa menoleh. Balik ke rumah, diteruskan dengan bacaan Tahlil. 

Masuk rumah, masih merasakan yang awak tetap bersama kami. Petangnya, kami merehatkan diri. Saya terlena dalam linangan air mata dalam bilik. Along , Ibu melempiaskan rindu atas katil awak, adik-adik merehatkan diri dengan cara masing-masing. Bangun tidur, terus tersebut "angah!'..Apa yang difikirkan , saya sendiri tak tahu.

Terlau banyak perkara, terlalu banyak kenangan, terlalu banyak jasa awak. Banyak juga yang masih tak tertunai. Terima kasih, menjadikan saya sebahagian hidup awak, terima kasih juga kerana banyak memberi kehidupan kepada saya. Saya halalkan segalanya untuk awak, saya maafkan apa sahaja. Sianran hidup yang awak berikan, memberi sejuta makna dalam diri saya.

Dengan doa, Ya Allah, jadikanlah kubunya sebagai satu Taman Syurga-Mu. Jauhkanlah beliau dari azab kubur, letakkan dia bersama orang yang Alim.

No comments:

Post a Comment