Friday, March 20, 2015

Banjir 2014/2015 #Throwback story

Penghujung 2015 dan tahun baru 2015, diakhiri dengan bencana banjir melanda negara. Kawasan yang terjejas teruk, Negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Ujian untuk negeri di Pantai Timur. Ujian yang dibaca merupakan amaran dari langit untuk kita semua.

Kampung Megat Segama, Temerloh Pahang , yakni kampung gue tak terlepas dek bencana bah kali ni. Kali terakhir air banjir sampai rumah tahun 2007. 2010 saya merasa banjir tika di Segamat. Tapi kedua-dua bah itu, tidaklah seteruk mana. 2007 air sekadar 3 kaki dalam rumah. 2010 di Segamat, air lalu je dalam rumah anggaran 2 kaki dalam rumah. Banjir 2014/2015 memang menguji mangsa banjir yang terlibat. 

24 Disember 2015, saya mulakan perjalanan alik kampung jam 9.00 malam lebih kurang. Asalnya bercadang nak balik esoknya, tapi hati kuat meminta balik segera!. Info dari rakan-rakan menyatakan air dah mula memanjat jalan dibeberapa kawasan sepanjang perjalanan Segamat-Temerloh. Dengan lafaz Bismillah, start kereta dan gerak. 4 Kali meredah air Sungai Pahang yang bah atas jalanraya, dan 1 kali terpaksa naik tow truck dengan bayaran RM 70.00/100meter ($$$$), Alhamdulillah, selamat sampai. 

Pada masa tu, air Sungai Semantan kat kampung jauh lagi. Meskpun dah mula melimpah dikawasan yang rendah, tetapi semua orang kampung bertahan. Masih terlalu awal untuk bertindak. Keksokannya, 25 Disember, air mula naik deras. Akhir sekali, kami semua berpindah ke SK Mentakab Jaya. Mak, Long, Farah, Khadijah dan Hanny ditumpangkan kat rumah mokde. Layan gambor jela.. Cerita banyak pun penat nak menaip hehehe .

CiDeBab Meredah air dengan Tow Truck

Air 'jauh' lagi. Tapi, air naik laju 


Bakor ajelah semuanya.

Tanda Gelap tu, aras air maksimum
Lumpur sana sini
YB buat rondaan.

YB buat rondaan sampai bandar

Air dari arah depan rumah

Seronok lagi la nak main air. 

Mampu pandang je. Kain kat ampai pun lum angkat lagi ni.

Dah start risau. haha

Banjir lain cerita, makan mesti diutamakan

On The phone. Tanpa sedar, air dah naik sampai buku lali.


Menu orang banjir

tolong la apa yang boleh 

Team memasak

Muka kasi senyum, kak

Tumpang beradu

Bantuan 

Agihan  bantuan

YB sebenar


Adik-adik

Team misi bantuan

Sukarelawan Darul Ta'zim

SPM 2015. All The best

Antara yang datang menghantar sumbangan

Nota belajar!

Sentimental :(

No comments:

Post a Comment