Friday, March 20, 2015

5 - 7 Mac 2015.
Menghadiri bengkel Perancangan Strategik Staf Residen Kolej. Nama ringkasnya adalah SRK.SRK adalah individu yang dilantik (melalui permohonan) dan dipertanggungjawabkan untuk pembangunan dan kebajikan pelajar di kolej kediaman. Tapi, kes gue bukanlah orang yang bertanggungjawab di kolej kediaman, tapi kepada pelajar NR UiTM Johor. NR ni apa pula? NR singkatan kepada Non-Residen yang merujuk kepada pelajar yang tinggal di luar kampus ataupun dalam erti akta lain yang tidak mendapat kemudahan kolej kediaman. Jadi, tanggungjawab SRK NR adalah untuk menjaga kebajikan dan melaksanakan pembangunan sahsiah bagi pelajar NR tadi.

SRK NR di UiTM Johor ada 3 orang je pun.Gandingan mantap 3 orang ni terdiri daripada gue, Ustaz Kamarulzaman yang bertindak sebagai ketua kami, dan Puan Azurah. yang sentiasa cool. Gue boleh cerita la yang gue seronok dengan team SRK NR yang ada. Ditambah pula dengan pautan kuat kami, Ketua UPKNR, En Rahim dan Puan Rafidah yang sememangnya sentiasa praktikal dan kecoh-kecoh. Team ini, gue boleh klasifikasikan team yang jarang berjumpa, tapi masing-masing tahu menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Pada gue, En Rahim la yang bijak menyusun team NR ni. Dia tahu 'strength' yang dia perlu ada dalam usaha pembangunan pelajar NR.

Cabarannya? kata orang, cabaran SRKNR ni agak bersar. Menguruskan (tak lah menguruskan sangat) lebih kepada memastikan bahawa pelajar NR ni dapat menjalani kehidupan sebagai pelajar walaupun tidak tinggal di dalam kampus. Perkara utama, sememangnya berkenaan hal kebajikan dan keselamatan pelajar NR. Hal yang tiada tolak ansur walau apa pun yang difikirkan. Cabarannya mungkin berbeza dari SRKNR yang lain, tapi bagi saya ada beberapa cabaran yang dihadapi terutamanya dari segi kelemahan diri saya sendiri :

1. Hubungan dengan masyarakat setempat
- Agak menjadi cabaran kepada saya kerana saya bukanlah orang tempatan (bukan alasan pun sebenarnya). Tapi, cabaran ini dianggap sebagai cabaran yang berat kepada saya kerana saya lebih banyak masa di dalam kampuis berbanding di luar kampus. Hingga kini, saya masih belum dikenali oleh masyarakat setempat sebagai SRKNR. Saya cuma mampu bergerak sendiri dan bertindak sendiri  sekiranya ada masalah pelajar yang berkaitan dengan masalah steempat. Siskit-sikit saya belajar dan megenali masyarakat setempat dalam tersenngih-sengih dan malu-malu kucing kononnya.

2. Pengurusan Masa
-Pengurusan masa sangat penting!! Bukan sebagai seorang pelajar, bahkan sebagai seorang yang telah berkerja juga memerlukan pengurusan masa yang sangat bijak. Saya bukanlah berjawatan tinggi pun. Tapi, saya merasakan (perasan sendiri je) masa 24 jam yang dianugerahkan itu tak cukup. Hakikat sebenar, sendiri yang tidak bijak menguruskan masa. Bab ni kena belajar lagi. Terfikir-fikir, macam mana lah orang yang berjawatan tinggi-tinggi yang lagi banyak dan besar tanggungjawabnya tapi dapat menguruskan masa dengan sangat baik.

3. Ilmu dan pengalaman
-Saya tak pernah jadi NR masa saya student!!!! jadi, saya takde pengalaman pun sebagai seorang NR. Jadi, saya perlu banyak belajar dan memahami jiwa seorang NR.

4. Tugas Hakiki vs Tugas SRK
- Ada ketikanya, ada sedikit konflik antara tugas hakiki dan tugas SRK. Apatah lagi yang melibatkan aktiviti sukan pelajar NR. So far, setakat ni boleh manage. Alhamdulillah, bos Sukan dan bos NR memahami situasi dan kondisi. 

5. Membentuk Pemimpin
-Pembentukan pemimpin atau lebih khusus lagi, pembentukan Jawatankuasa Perwakilan Non Residen (JPNR) meruapakan satu cabaran yang paling seronok saya hadapi. Yang mana, satu bidang dan peluang yang saya ada untuk berkongsi pengalaman dalam kepimpinan dan survival hidup. Saya menggunakan sepenuh pengalaman dan pengetahuan yang saya kutip semasa dalam PALAPES dan MPP semasa saya seorang pelajar. Alhamdulillah, pengalaman itu banyak membantu. 



Setakat ni, rasanya itulah cabaran yang boleh disenaraikan yang saya fikirkan cabaran tambahan kepada SRK NR. Banyak juga cabaran-cabaran lain yang mana juga memberi kesan kepada cabaran yang disebutkan tadi. Sehingga ke hari ini, saya mesih belajar dan ingin belajar bagaimana orang yang berjaya, berjaya meguruskan segalanya. In Shaa Allah.

No comments:

Post a Comment