Tuesday, January 10, 2012

Review Kereta Kebal

*Tiada kena mengena dengan sesiapa.Entry ini adalah untuktatapan umum sebagai medium percmbahan ilmu selain ilmu akademik.

Minat saya dalam bidang Ketenteraan amat mendalam sehingga menjuruskan saya menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES). 3 tahun menjalani latihan sebagai 3 kadet banyak mengajar saya ilmu ketenteraan [ dikatakan pelajaran dalam PALAPES ni juz 50% berbanding Regular soldier]. Ilmu ketenteraan adalah ilmu secara langsung, namun yang lebih berharga adalah ilmu secara tidak langsung yang banyak mendidik saya. Latihan dan kehidupan semasa kadet banyak melatih saya mengenai Kerjasama Pasukan, Bertolak Ansur, Menepati Masa, Mengikut Arahan Ketua, Sihat dan Cergas., Tahan Emosi dan Spiritual, Kreatif dan Jritis dan macam2 lagi. Latihan secara ilmiah dan fizikal sangat berkesan dalam kehidupan sehingga kini. 
Berikut saya petik dari Laman Wb TEMPUR berkenaan Tentera Darat Malaysia :

Sebagai sebuah negara yang berdaulat, sememangnya Tentera Darat Malaysia (TDM) adalah merupakan tonggak kepada sistem pertahanan negara. Secara khusus infantri dan pasukan mekanise adalah merupakan juzuk pertahanan yang paling utama dan dalam apa jua peperangan, baik konvensional mahupun bukan, kelibat seorang anggota infantri di atas kubu atau markas musuh kerap dijadikan sebagai epilog kepada satu kemenangan dalam sesuatu kempen peperangan darat. Seperti juga peperangan terdahulu dari Perang Dunia Pertama, Kedua, Perang Korea, konflik Asia Barat, Lubnan sehinggalah Iraq dan Afghanistan, peranan infantri dalam menghentikan kemaraan pihak musuh di medan tempur adalah kritikal.
Dalam peperangan moden ini kerap bermakna kemampuan anggota infantri dengan kelengkapan ringan yang mampu dipikul dibahunya untuk ke medan tempur bagi menghadapi kemaraan musuh yang lazimnya akan menggunakan  kenderaan bermotor atau kereta kebal.

    Sejak mula diperkenalkan sehingga ke hari ini, peranan kereta kebal dalam strategi peperangan moden tetap tidak berubah. Ianya digunakan sebagai senjata kejutan untuk membolosi bagi tujuan kemaraan am, pergerakan rusuk, mengepung musuh atau sebagai tindakan mengharus garis pertahanan mereka. Sifat daya mobiliti, kuasa tembakan dan pertahanan yang jitu menjadikan kereta kebal sebagai antara ancaman paling utama yang mesti ditumpaskan  dalam peperangan. Untuk melaksanakan tugas ini infantri diberikan beberapa jenis sistem persenjataan atau kelengkapan yang membolehkan beliau menghadapi ancaman tersebut. TEMPUR ingin membawa pembaca untuk melihat dan menilai perkembangan sistem persenjataan anti-kereta kebal yang digunakan oleh pasukan infantri, para dan mekanise TDM dan menilai keberkesanannya. 

Itulh sedikt sebanyak yang boleh dishare bersama. NNt akan di update lg..=) .Peace!

No comments:

Post a Comment