Monday, January 2, 2012

2011 ----> 2012

2011--->2012
Tahun dah bertukar. Selamat Tahun Baru untuk semua. Semoga tahun baru ini lebih baik dari  tahun sebelumnya. Di akhir-akhir 2011, saya berada di Pulau Pangkor with adik2 Majlis Sukan Pelajar saya. Actually, minggu sebelumnya pun ke Pulau Pangkor, bersama adik2 Kelab Rekreasi. Pas ni, dah leh jd tour guide Pulau Pangkor dah..hehe...
Nak share psl ape ye..Ermm...2011 tahu yang saya rase banyak perkara yang saya x nak ingat. Yang di suku pertamanya amat mencabar diri, jiwa dan perasaan saya. Suku kedua 2011 sy terasa sy ni hidup ke?Suku ke-3 2011 sinar dalam hidup saya...suku terakhir, saya menjalani kehidupan yang sekata.Itulah yang disusun oleh Yang Maha Pencipta.
Berkongsi beberapa kisah yang menyentuh jiwa saya. Kisah kematian Arwah Norazizi B Mukhibat, Suami kepada Jurutera UiTM Johor. Saya tidak mengenali arwah secara rapat, sekadar bertemu dan senyum,namun saya katakan berkenalan agak baik dengan K.Maznah, Jurutera UiTM Johor. Yang sy fikirkan amat mudah mesra dan tidak mengira pangkat dalam berkawan.Entah kenapa saya merasa juga kesedihan Kak Maznah sehingga ke hari ini lebih2 lagi dengan luahan hatinya dalam blog beliau.Meletakkan diri saya dalam keadaan beliau, ntah dapat bertahan atau tidak jika kehilangan seperti beliau. Terkenangkan anak-anak beliau yang kehilangan ayah dalam usia yang masih kecil, terkenang akan adik saya yang juga kehilangan ayah semasa masih kecil, terkenang akan anak saudara sy terutama khadijah dan farah yang kehilangan ayah semasa kecil dan khadijah terutamya yang tidak pernah menatap wajah abahnya. Moga Kak Maznah tabah dan sabar dalam ujian Allah ini. Semoga anak-anak beliau menjadi anak yang solehah dan cemerlang, InsyaAllah.
Berita kematian lagi: Aki Chik pada 28/12, juga menyentuh hati saya. Aki Chik adalah aki saudara kepada saya lebih tepatnya, suami kepada wan saudara saya. Aki Chik dan Wan Chik banyakmembantu keluarga saya sejak dulu lagi. Mempunyai hati yang sangat mulia dan mengharapkan cucu-cucunya berjaya dalam kehidupan. Sentiasa menyokong dan memeberi teguran yang sangat memberi kesan. Sekarang Wan Chik kehilangan insan yang membahagiakan dia. 2 bulan aki terlantar x sedarkan diri. dan beliau pergi dengan tenang sekali. Pemergian Aki Chik menmbahkan lagi kesedihan kami.

Berita Kematian Ayah we juga mengejutkan.Pemergiannya terasa disanubari. Dikala melawat beliau di hospital,terasa seperti melihat Aki satu ketika dulu. ' Ya Allah, bahagiakanlah mereka disana - Ayahku, Wan, Pakwe, Ayah We, Aki, Aki Chik, Aki Cu'

Pemergian mereka ini menyentuh hati saya.

Semoga 2012 menjadikan saya leboh baik dari sebelumnya,Insya Allah.

No comments:

Post a Comment