Wednesday, February 10, 2010

Dalam Ketenangan

Kita masih hidup dalam ketenangan walau dengan sedikit huru hara yg dicetuskan . Mengenang kembali peristiwa sejarah negara tercinta amat menginsafkan diri sy. Semuanya amat perit andainya negara dijajah, dibawah payung negara, tetapi dinaungi belenggu penjajah. Teringat2 juga cerita dari wan sebelum die meninggal dunia, tentang betapa kejamnya penjajahan komunis dan Jepun satu ketika dulu, betapa seksanya menyorok beras untuk di simpan dari dirampas, betapa sedihnya melihat anak melayu berpihak kepada komunis..
Tapi, erti kepayahan dan keperitan tu makin ditinggalkan dan dilupakan oleh rakyat skrg. Sy mungkin jyga tergolong dalam golongan yg kdg2 terlupa erti perjuangan kemerdekaan Malaya. Sejarah yg dipelajari zaman sekolah tidak begitu berkesan dalam jiwa tuk menghayatai dan berterima kasih kepada pejuang kemerdekaan.
Disebabkan tidak mengetahui dan mendalami sejarah la, pelbagai isu perkauman mula di bangkitkan pada masa sekarang. Isu kebebasan beragama, isu bahasa, kependudukan,hak berniaga, hak belajar, hak kepimpinan..semua dipersoalkan. Tidak semua yang menyorong ketidakpuas hati , tetapi yang mendorong begitu kuat..
Termaktubnya perjanjian antara orang Melayu, India, dan Cina di Malaysia untuk hidup aman harmoni dan bertolenransi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah di sumpah janji ketika Operasi memerdekakan Tanah Melayu oleh Bapa Kemerdekaan Negara. Perjanjian yang diikat oleh nenek moyang kita itulah seharusnya di hormati oleh warisan sekarang untuk menjaga keharmoniaan negara.
Mereka yang cuba memporak perandakan negara adalah mereka yang tidak menghormati pejuang-pejuang ini. Perjanjian ini adalah perjanjian yang tiada penghujungnya, yang mesti ditunaikan oleh anak cucu untuk mempertahankan kedaulatan negara kita...
Keadilan setiap warganegara berada ditempatnya, dan hak sama rata yang dituntut oleh Kaum yang mendatang menjadikan ketidakadilan kepada Bumiputera Malaysia.
Bersama-sama kita menjaga negara ini , Hormatilah perjanjian antara ketua-ketua kaum kita dan jagalah Wasiat dari Tanah Melayu untuk keharmoniaan seluruh Rakyat Malaysia...

No comments:

Post a Comment