Tuesday, February 2, 2010

Bermulanya...

Saya dilahirkan di Temerloh, Dibesarkan di Pahang, Mendapat pendidikan awal di Temerloh, Pendidikan Menengah di Jerantut. Kemudian meneruskan pendidikan di Shah Alam , Ijazah Pertama juga di Shah Alam.Pengajian di Sek. Menengah dan Universiti banyak memberi makna kpd sy. Pengalaman ynag menjadi panduan dalam sy meneruskan kehidupan skrng. Sehingga kini, sy bekerja di Segamat. Semuanya di MALAYSIA.Sy kira,lebih separuh umur sy dihabiskan dengan berada di perantauan dalam mencari ilmu pendidikan. Sy tidak begitu menyerlah ketika disekolah, dan berada dalam golongan mereka yang "nakal-nakal'....Namun, tidaklah begitu ekstrem, krn, masih mengikuti peraturan-peraturan yg ditetapkan.Perkara yang begitu berkesan ketika itu ialah perubahan dalam hidup kerohaniaan sy. Sedikit sebanyak masih lg mengamalkan beberapa perkara yg dipelajari sehingga kini. Sy percaya, tanpa pendidikan di situ, sy mungkn akan lebih "hanyut" skrg.  
Pendidikan di Universiti juga sy bukanlah seorang pelajar yang "superb" ketika di peringkat Diploma.Sy rasakan juga, pembelajaran akademik sy bukanlah perkara pertama ketika itu. Sy melebihkan fokus dlm hal-ehwal kokurikulum ketika itu ( mcm x minat study je kan).. Sbnrnya, pd ketika itu sy kurang kesedaran spt org lain tuk score dlm akademik.. Namun, Alhamdulillah walaupun extend ke sem 7, sy berjaya menamatkan Diploma pada 2005. Sy tidak begitu kesal dengan CGPA yg cukup-cukup makan je...Sbb, sy mencapai cita-cita yg lagi satu yg sy rasakan menjadi kebanggan yg amat kpd diri sy. 2005 juga sy ditauliahkan oleh YDPA, Tuanku Syed Sirajuddin ketika itu sebagai Lt. Muda dalam Rejimen Askar Wataniah , Angkatan Tentera Malaysia.Walaupun bg sesetengan org lain , perkara itu tidaklah sepenting mana, hanya membazir waktu, namun, pengalaman yg di alami sgt berharga. Tanpa latihan PALAPES , mane mungkin sy sanggup tinggal dlm hutan, menjalani rutin seorang tentera, tak mandi hampir seminggu, berpuasa dalam hutan..Meskipun hanya PALAPES, (latihannya mungkin tidak sampai pun 60% untuk menjadi pegawai tetap Angkatan Tentera), namun sy amat berbangga. Denganya sy belajar berdikari, menghargai org lain, Cintakan Tanah Air...GEMPUR::WIRA!!
Kehidupan di Universiti tidak tamat disitu shj. Pengajian diteruskan ke peringkat Ijazah Pertama, juga dalam kursus yang sama, Sains Sukan.. Namun impian pd kali ini untuk berusaha bersungguh-sungguh dalm bidang akademik. Insaf sikit sbb br sy sedar, betapa bertuahnya sy, dikurniakan Rezeki oleh Allah dlm meneruskan pengajian. Dengan result Diploma yg tidak seberapa, sy gagal sebenarnya melanjutkan pelajaran, namun atas rayuan yg di buat, sy diterima untuk pengambilan rayuan. Sy lewat hadir kelas kira-kira 1 bulan. (4 kali kelas). Namu  dgn semangat yg berkobar-kobar, sy mendapat keputusan yg agak baik di akhir semester. Semangat sy tetap begitu. rezeki yg diberi-Nya juga tidak setakat itu, Sy berpeluang menimba pengalaman baru ketika itu. Sy berpeluang berada dlm badan tertinggi dlm Universiti, berada bersama kepimpinan pelajar tertinggi di kampus Induk Universiti. Manakan tidak, ketika itu ah, sy kutip segala ilmu kepimpinan yg ade, sy gilap bakat dan semangat yg ade bersama rakan-rakan lain. Sekali lg, sy mengabaikan pelajaran dlm keadaan serba salah. Sy berusaha untuk  berjaya dengan cemerlang, namun sy semakin bias terhadap aktiviti Universiti. Begitupun, sy tamatkan pengajian pd semester 5 (sepatutnya semester 4). Namun, tidaklah sy begitu menyesal kerana disamping itu sy sempat untuk merasa pegalaman dan mengutip ilmu-ilmu yg tidak dipelajari di kelas...

Ketika itu juga, sy mula memohon jawatan di universiti sy. Rezeki kurniaan Allah juga, menempatkan sy sbg seorang kakitanga untuk berkhidmat di universiti yg sama.Walaupun sy layak untuk ke gred yg lebih tinggi, namun sy bersyukur. Alhamdulillah, hingga kini, sy sgt-sgt bersyukur..Pernah terlintas di fikiran untuk ke Jabatn lain dengan gred yg lebih baik, tetapi, atas semangat Anak Bangsa sy, dan atas rasa kebanggan sy, sy tetap di sini.
Semuanya sy lalui dgn aman...dalam negara yg cukup damai..Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment