Monday, April 18, 2016

TRAVEL : YOGYAKARTA (JOGJAKARTA) Family Trip

KUL-JOG : AK346 0945
JOG-KUL : AK347 1145

Destinasi ke-3 , bandar pilihan adalah Jogjakarta, Indonesia. Akhirnya stigma fikiran dapat diubah. Travel la ke negara jiran-jiran. Meskipun jiran dekat sahaja, tapi begitu banyak perbezaan budaya dan amalan dari setiap tempat. Kalau dulu, fkir nak pergi travel je nak pergi yang jauh-jauh, luar dari normal Melayu. Disebabkan pemikiran yang sebegitu, maka tak kemana la gue. Memang dapat berangan je la. 

Kali ni travel dengan the bujang's of the family. Travel dengan adik-adik dan mak sekali. Niatnya nak menggembirakan hati mak. Yelah kan, asyik lah mak tu dengar anak dia ni berjalan kesana kesini, mak juga tak kemana. Jadi kali ni, trip bersama family. Disamping objektif untuk memenuhkan passport, trip ni juga akan dijadikan bench mark untuk trip lain kali demi mengeratkan hubungan sesama kami.

Kenapa jogja? Biasanya orang pergi bandung atau Jakarta. Mak pun asyik salah, Dok ingat Jakarta je. Prinsipnya tetap tak lari. Walaupun pergi dengan keluarga atau rakan-rakan, akan cuba elakkan kawasan bandaraya yang sesak dan sibuk. Kita nak pergi berjalan kan. Kalau setakat nak hadap jem dan bising hiruk pikuk kot, sama je macam pergi Kuala Lumpur. Atas sebab-sebab itulah Jogaja dipilih. Lagiun, bukan kami nak pergi membeli belah. Kami nak menikmati sejarah, muka bumi yang ada ditempat orang lain. :)

Awal pagi, sesudah Subuh, kami bergerak ke KLIA 2. Malam tu kami berkumpul kat Rembau dulu.  Gerak 1 kereta ke KLIA2, Park kereta kat http://www.gelenggang.com/Gelenggang.asp dengan cas RM 100.00/4hari. lebih menjimatkan dari park kat KLIA2 yang kosnya RM46.00/hari . Check in kelam kabut sikit. Sebagai ketua rombongan, gue agak risau bagi memastikan pengalaman pertama mak naik kapal terbang merupakan kenangan manis beliau. Masa ni mak dah mula nervous (sebenarnya dari malam lagi dah nervous sampai susah nak tidur). Adik dan Rafidah ditugaskan jaga mak sepanjang penerbangan. Boarding on time. Muka mak masa ni memang cuak. huhuhuhu.

Adik dan Rafidah jadi FA mak sepanjang penerbangan

Sedaya upaya bagi mak hilang nervous. Alhamdulillah, bila dah take off nampak muka mak dah relaks. Bila dah nak landing, muka teruja. huhuhuhu. Hati anak mana yang tak gembira bila tengok mak happy kan. Settle landing, dah isi borang kastam siap-siap, turun flight (guna tangga ye, takde connector), Sebelum masuk departure hall, bergambar lagi. 
Rahim Excited amek gambor
Time trip kali ni terserlah adik-adik gue mmg kaki kamera. Full memory phone yang tak berapa nak besor sangat memory ni.  Adisucipto Int Airport ni tak la sebesar KLIA, tapi khabarnya Jogja dalam perancangan untuk membina satu lagi airport yang lebih besar dan selesa seiring dengan perkembangan pelancongan di sini. Sempat bertanya sejarah nama Adisucipto kepada pak supir. Adisucipto ni hero yang terkorban. Lebih kurang camtu lah.

Trip kali ni guna khidmat Supir Pak Nizam yang gue jumpa dari satu blog yang gue review. Awalnya contact via FB https://www.facebook.com/nizamjogja?fref=ts . Then meneruskan perbincangan via Whatsapp. Disebabkan trip kali ini meraikan mak, jadinya gue pun tak la berkira sangat. Yang penting perjalanan kami lancar dan selesa. Cas yang dikenakan untuk supir adalah IDR 2,200,000.00 (BACA: DUA JUTA DUA RATUS RIBU). Kos termasuk supir, petrol dan transport. Kami guna toyota avanza sepanjang trip. Nizam ni owner company, dia ada 8 supir. Untuk 2 hari pertama, supir yang bawa kami namanya Pak Totok. agak berusia tapi, penuh dengan pengetahuan. Tanyalah apa sahaja. Memang tau aje jawapannya.

Masuk kereta je Pak Totok terangkan perjalanan hari pertama kami. Fuhhh, memamg jadual penuh. 
Kami mulakan lawatan kami dengan singgah di Candi Sari dan Masjid Warna. Candi ni ape ke benda? haaa. Candi ni temple/kuil. Kat Jogja memang banyak binaan candi hasil kedatanagn hindu dan buddha ke Jogja. Candi tu ada dua jenis. Candi Buddha dan Candi Hindu. Nanti perbezaan dan lain-lain tu gue cerita lain kali. 

Candi sari ni kecik je. Tak masuk pun. Cuma ambil gambar dari pagar je. Kemudian singgah ke Masjid Warna. Kebetulan time tu orang Solat Jumaat, memang tak masuk la. Foto-foto aje.
Kemudian straight pergi ke Candi Prambanan. Dalam perjalanan tu, singgah lunch kat Restoran Satria. Menu? Masakan Jawa. Ayam penyet, lele dan lain-lain.
Tiket masuk ke Candi Prambanan adalah IDR 224000.00 seorang untuk international. Kalau pandai, boleh la berlakon untuk harga lokal yang jauh lebih murah. Kelebihan bagi mereka yang pandai cakap Jawa. 


CANDI PRAMBANAN ni merupakan candi Hindu.
Candi Prambanan atau Candi Loro Jonggrang adalah kompleks candi Hindu terbesar di Indonesia yang dibangun pada abad ke-9 masehi.Candi ini adalah termasuk Situs Warisan Dunia UNESCO, candi Hindu terbesar di Indonesia, sekaligus salah satu candi terindah di Asia Tenggara. Arsitektur bangunan ini berbentuk tinggi dan ramping sesuai dengan arsitektur Hindu pada umumnya dengan candi Siwa sebagai candi utama memiliki ketinggian mencapai 47 meter menjulang di tengah kompleks gugusan candi-candi yang lebih kecil.-Petikan dari wikipedia.

Family potrait. ;)
Nasib kami kurang baik, bila naik candi yang ke-3, hujan mula turun. Tapi dok gagah jugak turun naik tangga tu. Tak nak stranded lama sangat, kami pun redah je hujan untuk ke pintu keluar.




Setelah basah lencun, kami pun meneruskan perjalana untuk check in hotel. Hotel booking via agoda. Mawasasri hotel. Lebih kurang 1.9km dari Jalan Malioboro. Maksudnya, tidak lah bising sangat, Hotel pun ok. Booking 1 bilik je + extra bed. So far ok.  Line wifi kat bilik macam siput, maka bertapa la di lobi untuk online. 

Check lebih kurang jam 4.30petang. Hampir gelap dah masa tu. Oh ya,time kat Jogja lewat 1 jam dari Malaysia, dan waktu solat sangat awal. After  Maghrib lebih kurang Jam 6.00 petang kami keluar semula untuk Dinner. Pilihan dinner, makanan tradisional Jogja, Nasi Gudeg. Pak Supir dah warning awal-awal yang kebanyakan Malaysia tak suka Nasi Gudeg sebab masakannya manis-manis gitu . Ternyata, memang betul, nasi gudeg tak sesuai untuk kami. Huhuhuhuhuhuhu. 

Gue tak tahu apa masalah, gambar yang upload kat blog, dah di rotate bile upload je jadi macam asal. Gue pulak memang snap gambar ikut dan je, tade nak siasat dulu terbalik ke tak. Hmmmm



To be continue:










No comments:

Post a Comment