Monday, August 13, 2012

HARI KE-57

Hari ke -57 selepas 17 Jun 2012. Harta benda senang untuk diganti. Sememangnya begitu. Apa yang dicipta manusia memang boleh diganti. Tapi, apa ciptaan Allah untuk manusia, mesti di pohon padaNYa. Saya dan menggantikan JeJaKa sayang dengan C-DeBab...Alhamdulilah , dia semakin baik dengan saya, tapi saya gagap lagi nak bawak kereta Auto ni.
**********************************************************************************
Angah, hari ni hari ke-57 awak dok terbaring atas katil awak tu. Dari hospital Segamat ---> Hospital Sultanah Aminah,JB ---> Hospital Kota Tinggi.
Hari-hari along jaga angah , melupakan kejap aktiviti harian yang lain. Sentiasa mendoakan along agar sentiasa sabar, tabah tuk jaga awak.
Sejak 17 Jun, saya pun dah jadikan  hospital tempat percutia saya. Kadang-kadang pergi petang, pagi esoknya masuk kerja. Alhamdulillah, semakin hari saya rasa saya semakin kuat tuk face keadaan ni. kalau dulu boleh katakan air mata sentiasa tumpah. Tapi sekarang dah boleh senyum. Doa dan harapan x pernah putus.
Hari ni, InsyaAllah, saya cuba memenuhi niat awak yang nak Pos kan kad raya pada kawan2 awak. Mana kawan2 awak yang dah rep text awak kat FB, saya akan poskan, InsyaAllah.
Minggu lepas saya g cari baju raye kat Segamat. Cari cari, semua orang lain punye. Yang sendiri x de pun..erm....Ntah, terfikir langsung pasal diri sendiri. Saya pun x sangka yang ni adalah minggu terakhir puasa Ramadhan. rasa macam baru je lagi mula puasa. Rasa macam baru je lagi 17 Jun....rupa-rupanya dah hampir 3 bulan melepasi tarikh 17 Jun. rasa macam baru semalam awak teman saya buat kerja kat ofis. rasa macam baru semalam awak senyum kat saya...

Allah Ya Rabb..


Sedarkanlah Nor Haziqah, sembuhkanlah Nor Haziqah

No comments:

Post a Comment