Saturday, August 21, 2010

Sy Insan Lemah

Begitu lama blog sy terbengkalai..Barangkali, inilah sebab kenapa sy tidak menjadi seorang penulis. Sy pernah bercita-cita untuk menjadi seorang sasterawan dan penulis buku lantaran banyak perkara yang ingin sy tuliskan.namun, sekadar cita-cita di angin lalu..sedangkan blog yang ade ni pon x dapat maintain,ape tah lagu tuk menulis buku..Namun,niat itu tidak pernah luput dari hati sy..mungkin satu  ari nnt, sy akan tunaikan hajat itu.

Ade ketikanya fikiran sy penuh dgn idea untuk mengarang, tp slalunye time tu mesti tiada kesempatan tuk menaip..itulah kengkangan yg slalu sy hadapi..alih2 sekadar tgk n bace blog org lain je la..Dan slalunye, ape yg sy dpt taip adalh berkisarkan situasi semasa dan keadaan yg agak tertekan pd satu2 masa.

Dan cerita kali ni berdasarkan ape yg berlaku 2-3 minggu ni..
Sy insan yg lemah..amat2 lemah..lemah dari pelbagai sudut. sy lemah dalam mengendalikan urusan kerja seharian, sy lemah dalam pengurusan diri, sy lemah dalam hubungan dengan Allah, sy lemah dalam menunaikan tanggungjawab, sy lemah[byk kali juga kalah] dalam prasaan dan nafsu sendiri.
Kelemahan2 ini menjadikan sy sering resah, serabut, kalut n ase bersalah .Prasaan yg bermain dlm diri sendiri. Prasaan yg kadang kala memakan diri sendiri..Ade ketikanya ia membuatkan sy terperangkap sendiri.
Sy bukanlah dibesarkan dalam erti kata keluarga yg sempurna. Dtgnye sy dr keluarge yg serba kekurangan dan kedaifan. Namun, sy ingin menjadi yg terbaik dikalangan keluarga dan saudara mara sehingga kadang2 membuatkan sy alpa.Sy lupa bahawa sy ini adik kpd seorang kakak, adik kepada abg2 sy, akak kepada adik2 sy, anak sedare kepada mak2 dan ayah2 sedare sy, dan anak kpd mak sy..Kdg2 sy menyalahkan situasi dlm kehidupan yg menjadikan sy begini. Namun, Allah itu Maha Mengetahui apa  yng di takdirkan untuk setiap hamba-Nya.
Moga Allah sentiasa meletakkan sy ke jalan yang benar..InsyaAllah

No comments:

Post a Comment