Wah..wah......Tajuk entry yang memerli tuan punye Blog......Sibuk sangat ke sampai xde mase and ruang tuk sosial diri sendiri? Sampai x de kesempatan untuk keriangan diri sendiri?.....Jawapan? ..InsyaAllah, tidak perlu masa yang khusus untuk sosial diri sendiri. Tidak perlu juga masa yang khusus untuk keriangan diri sendiri. Sebab, bagi saya sosial dan keriangan itu kita boleh cari dan dapat dalam apa keadaan pun. Kita boleh bergirang gembira semasa bekerja, masih boleh bersosial semasa bertugas..Masih boleh tersenyum dan ketawa dalam apa keadaan sekalipun. itulah saya.
Tapi...(ade tapi pulak)..Kadang-kadang really need time for myself especially dalam hal untuk bersama family. (family = adik beradik , mak, dan anak sedara & sedare mare). Yang tu memang memerlukan masa yang khusus. Sebab? hal yang saya x boleh campur adukkan dalam urusan kerja saya ialah hal family. Dan...jangan marah, if saya x answer phone call kalau saya berada di kampung..hehehe..
Moral of the entry : Sorry for those yang call saya tapi jarang-jarang diangkat...Biasenya kalau camtu, saya balik kampung or saya memang bercuti dari kerja..
Peace!! =)
**Kasih sayang itu penawar, penguat cinta, dan penghapus duka** Kawan saya kata, sayang itu akan menyebabkan kita rasa bahagia, tapi kalau kita sayang seseorang tetapi tidak bahagia, bermakna dia bukan untuk kta,tetapi bila ada seseorang itu dan kita bahagia bersama dia,Mungkin dia adalah untuk kita.
Friday, November 11, 2011
Bintang
Beribu bintang di langit kian menghilang,
Meraba aku dalam gelap....
Bintang Ilahi tetap akan mengikut putaran kehendak-Nya yang telah ditetapkan. Kita tidak mampu mengubahnya walau pun sejarak zarah sekalipun.
Berubahnya hati juga ketentuan-Nya. Juga tidak mampu kita menghalangnya. Biarkan ia..
Jalani lah kehidupan sepertimana yang ditetapkan. Ia akan begitu.
Bila tiba masanya, perubahan pasti berlaku.. Bila tiba masanya, ujian pasti melanda, Bila tiba masanya, kenikmatan diperolehi...Bila tiba masanya, kita akan pergi...
Meraba aku dalam gelap....
Bintang Ilahi tetap akan mengikut putaran kehendak-Nya yang telah ditetapkan. Kita tidak mampu mengubahnya walau pun sejarak zarah sekalipun.
Berubahnya hati juga ketentuan-Nya. Juga tidak mampu kita menghalangnya. Biarkan ia..
Jalani lah kehidupan sepertimana yang ditetapkan. Ia akan begitu.
Bila tiba masanya, perubahan pasti berlaku.. Bila tiba masanya, ujian pasti melanda, Bila tiba masanya, kenikmatan diperolehi...Bila tiba masanya, kita akan pergi...
Wednesday, September 14, 2011
Menjalani kehidupan_Monolog Hidup
Semakin lama hidup, katanya semakin bertambah pengalaman yang mengajar erti kehidupan dalam diri setiap manusia. Saya sendiri tidak menafikan langsung kenyataan itu.Pengalaman yang dialami diri sendiri itulah pengajaran yang paling berbekas dihati masing-masing. Luka ataupun penawar dalam kehidupan yang dijalani dan yang bakal di tempuhi.
Kehidupan saya sendiri tidak begitu sempurna dalam erti kata yang pelbagai. Saya tidak sempurna dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba, tidak sempurna sebagai seorang sahabat,tidak sempurna sebagai seorang pekerja, tidak sempurna sebagai seorang ketua , tidak sempurna sebagai seorang kakak, tidak sempurna sebagai seorang adik, tidak sempurna sebagai seorang anak, tidak sempurna sebagai seorang kekasih, tidak juga sempurna sebagai seorang saudara.
Kelebihan dan kekurangan yang ada itu sangat relatif. Berpendapat bahawa kelebihan diri setiap manusia itu adalah untuk kekurangan manusia yang lain, dengan itu saya mencuba sentiasa melebihkan yang lain dan mengharapkan kekurangan saya juga di 'cover' dengan kelebihan orang lain. Sebahagian saya lihat saudara yang lain juga begitu, namun segelintir kecil pula lain jalannya. Segelintir yang lain ini lah yang selalunya menyerabutkan perasaan sendiri bilamana mereka pula adalah orang-orang yang disayangi dan yang sangat-sangat dekat.
Mungkin perbezaan dan kekurangan yang ada ini adalah kejelikan buat mereka. Mungkin juga kekurangan ini juga yang menyebabkan mereka kelihatan LEBIH. Itu yang berlaku, itulah kenyataan. Lagikan pula berhadapan dengan kenalan lain yang menampakkan mereka sentiasa LEBIH dan ternyata sangat kontra dengan kekurangn diri ini.
Kehidupan ini dijalani oleh diri sendiri. Sekian itu, sekian ini, hati tetap berkata apa yang berlaku tetap dengan ketentuan-Nya. Baik atau buruk sesuatu itu, pastinya bersebab. Mereka yang 'Baik dan Mulia', usahlah angkuh dengan kebaikan dan kemuliaan itu, kerna itu adalah sebahagian Ujian, mereka yang 'Tidak Baik" jangan pula disisihkan, diketepikan...Jika tiada yang jahat, maka tiadalah jua yang baik, begitulah sebaliknya.
Kebaikan dan Kemuliaan bukanlah diukur selayaknya oleh manusia itu sendiri,kerna akhirnya adalah pu kehendak Allah jua. Termampu dariku adalah Doa dan Harapan dengan usaha yang belum mencukupi disamping melawan hasutan yang dilaknat.
Wahai sahabat, jika merasakan kamu adalah kemuliaan,jika kamu merasakan kamu penuh dengan kebaikan berbanding diriku, dan jika kamu merasakan berdamping denganku merupakan satu dosa, Maafkan aku..Semoga kita semua dirahmati,kerna dengan rahmat-Nya jua kita hidup dan belajar.
Tuesday, May 24, 2011
Terasa betapa Jauhnya .
Mula belajar tuk mulakan semula.Sy pernah face situasi ni,jiwa kacau, serabut, x tenang, marah,kecewa,sedih.. tapi penerimaan sy amat baik pada masa tu. Solat yang cukup, Al-Quran penenang hati,keluarga penguat semangat.Tapi, situasi yang sama sekarang, penerimaan sy sgt jauh. Apakah itu tandanya sy sememangnya semakin jauh dengan Yang Maha Esa? Sy cube sebaik mungkin, [tp belum yg terbaik rasenye] untuk menerima keadaan ini dengan redhanya. Sy mahukan sy yang dahulu, segala masalah sy face dengan kembali kepadaNya, bukan kepada W***, bukan kearah kemungakaranNya..Moga sentiasa dipeliharaNya.
Thursday, May 12, 2011
Kerja lagi
Kehidupan seharian semakin lama semakin sibuk sy sendiri merasakan camtu. Tp sy percaya bahawa salah satu sebab ialah sy yg kurang pandai menguruskan masa dan mengikut mood sendiri jer. Fokus kerja sekarang adalah untuk penganjuran KARiSMA 2011. ia menjadi keutamaan sy dan yang lain-lain sehinggakan lain-lain program di pandang begitu sahaja . Moga usaha kamiu diberkati dan dipermudahkan.
Kesempatan
Kehidupan seharian sy rasekan semakin lama semakin sibuk.
Sy sayang dia. Sy Sgt2 sygkan dia. Sehingga dikatakan perumpamaan jiwa dan raga sy untuk dia.
Meskipun sy sedar dia bukan untuk saya, tetap sy perjudikan emosi sy untuk dia.
Moga saya dihargai dengan perasaan ini.
Sy sayang dia. Sy Sgt2 sygkan dia. Sehingga dikatakan perumpamaan jiwa dan raga sy untuk dia.
Meskipun sy sedar dia bukan untuk saya, tetap sy perjudikan emosi sy untuk dia.
Moga saya dihargai dengan perasaan ini.
Sunday, March 27, 2011
TAHNIAH
CABARAN ORIENTEERING 1 MALAYSIA PAGOH 2011 melabuhkan tirai semalam.. Tahniah kepada pasukan dari UiTMCJ yang berjaya melonjakkan nama kampus dengan berada di tempat ke-2 dan ke 10 tuk kategori Siswi . Tahniah juga kepada pasukan Siswa yang berusaha sehabis baik. Tahniah kepada semua pasukan yang berusaha sehabis baik . UiTMCJ merupakan IPTA teramai yang menyertai cabaran kali ini dengan keseluruhan 53 pasukan. Berbanding dengan pasukan IPT lain, kita adalah JUARA.!!!!
Kita cuba lagi di tahun hadapan.!!
Kita cuba lagi di tahun hadapan.!!
Subscribe to:
Posts (Atom)