Showing posts with label Perjalanan Hidup. Show all posts
Showing posts with label Perjalanan Hidup. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Menjalani kehidupan_Monolog Hidup

Semakin lama hidup, katanya semakin bertambah pengalaman yang mengajar erti kehidupan dalam diri setiap manusia. Saya sendiri tidak menafikan langsung kenyataan itu.Pengalaman yang dialami diri sendiri itulah pengajaran yang paling berbekas dihati masing-masing. Luka ataupun penawar dalam kehidupan yang dijalani dan yang bakal di tempuhi.
Kehidupan saya sendiri tidak begitu sempurna dalam erti kata yang pelbagai. Saya tidak sempurna dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba, tidak sempurna sebagai seorang sahabat,tidak sempurna sebagai seorang pekerja, tidak sempurna sebagai seorang ketua , tidak sempurna sebagai seorang kakak, tidak sempurna sebagai seorang adik, tidak sempurna sebagai seorang anak, tidak sempurna sebagai seorang kekasih, tidak juga sempurna sebagai seorang saudara.
Kelebihan dan kekurangan yang ada itu sangat relatif. Berpendapat bahawa kelebihan diri setiap manusia itu adalah untuk kekurangan manusia yang lain, dengan itu saya mencuba sentiasa melebihkan  yang lain dan mengharapkan kekurangan saya juga di 'cover' dengan kelebihan orang lain. Sebahagian saya lihat saudara  yang lain juga begitu, namun segelintir kecil pula lain jalannya. Segelintir yang lain ini lah yang selalunya menyerabutkan  perasaan sendiri bilamana mereka pula adalah orang-orang yang disayangi dan yang sangat-sangat dekat.
Mungkin perbezaan dan kekurangan yang ada ini adalah kejelikan buat mereka. Mungkin juga kekurangan ini juga yang menyebabkan mereka kelihatan LEBIH. Itu yang berlaku, itulah kenyataan. Lagikan pula berhadapan dengan kenalan lain yang menampakkan mereka sentiasa LEBIH dan ternyata sangat kontra dengan kekurangn diri ini.
Kehidupan ini dijalani oleh diri sendiri. Sekian itu, sekian ini, hati tetap berkata apa yang berlaku tetap dengan ketentuan-Nya. Baik atau buruk sesuatu itu, pastinya bersebab. Mereka yang 'Baik dan  Mulia', usahlah angkuh dengan kebaikan dan kemuliaan itu, kerna itu adalah sebahagian Ujian, mereka yang 'Tidak Baik" jangan pula disisihkan, diketepikan...Jika tiada yang jahat, maka tiadalah jua yang baik, begitulah sebaliknya.
Kebaikan dan Kemuliaan bukanlah diukur selayaknya oleh manusia itu sendiri,kerna akhirnya adalah pu kehendak Allah jua. Termampu dariku adalah Doa dan Harapan dengan usaha yang belum mencukupi disamping melawan hasutan yang dilaknat.
Wahai sahabat, jika merasakan kamu adalah kemuliaan,jika kamu merasakan kamu penuh dengan kebaikan berbanding diriku, dan jika kamu merasakan berdamping denganku merupakan satu dosa, Maafkan aku..Semoga kita semua dirahmati,kerna dengan rahmat-Nya jua kita hidup dan belajar.


Sunday, August 29, 2010

Tahun Pertama

Ogos 2010 menyaksikan, tahun pertama sy bersamanya...Walaupun relation yang sekelip mata, tp kami ttp bersama. Die tidak pernah menyatakan dengan terus terang kpd sy akan tamatnya relation itu,....Sy memandai sendiri dgn hint yg diberi..Akibatnye....sampai skrg sy ttp menganggapnye begitu.
Moga hati ini dapat melupakannya secepat yang mungkin, sepantas mana hubungan ini berlangsung....

Saturday, August 28, 2010

ARAH TUJUAN

Hidup ini kena ada matlamat, dan arah tujuan . Matlamat utama tetap la untuk mencapai kebahagiaan Akhirat. Namun, perjalanan menuju ke Akhirat itu byk ranjau..dalam menuju matlamat itulah selalu nye insan itu tewas dalam nikmat Allah.

Sy slalu menetapkan tujuan n plan sebelum keluar rumah.. Slalunye akan fikir pasal

1. Jarak n tempoh perjalanan
2. Situasi Perjalanan
3. Tujuan utama
4. Tmpt makan + Solat
5. Tempoh urusan
6. Tempat tidur.
7. Stesen Minyak

haaa..tu antara mende2 yg akan sy "baca" dulu b4 ke mane2..Tambah2 lg if pegi beramai2.[lau sorang2, x heran ler].
Tapi, ada kalanya drive tanpa tujuan..time camtu bile sy memerlukan ketenangan/ org putih kate [peace of mind]..
Biasenye sy akan drive..then park at a place, and mencarri ketenangan..time2 camtu la sy merasakan bahawa kerdilnye sy ini, tanpa sape2pun di sisi...Bile sy bersendirian sy rasekan sy ini lebih matang n lebih rasional..

Keadaan ari ni lbh kurang gak, Sy keluar rumah ...Tanpa arah tujuan.. Demi keselamatan , sy bwk adik sy bersama [tkt gak if sy terlajak tempat yg x sepatutnya]..Sy xde niat nk kemane2, yg penting sy xnak berada di Segamat... Sy drive dr simpang ke simpang ..Akhirnye, disinilah sy...[kat mane ni?]..

Awal pemanduan sy, ade beberapa destinasi yg nk sy tuju.
1. Rembau
2. Shah Alam
3. K.L
4. Pekan
5. Temerloh
6. P.D...

tp, akhirnya sy ditakdirkan di sini.Moga ianya diberkati Allah,dan menenangkan hati sy..{Maha Suci Allah}
Sy juga mendoakan kesejahteraan dan keselamatan beliau [Ya Allah, Kau lah yang mengetahu segalanya, dan pelindung kepada segalanya.Peliharalah ia dr keburukan]

Saturday, August 21, 2010

Menangis

Sy mendapat pendidikan agama seawal usia.Dek kerana arwah ayah adalah seorang Bilal, Imam & Guru Agama..Sy slalu ikut ayah mengajar mengaji. Mungkin kerana  itu sy belajar Al-Quran dgn cepat. Namun, pendidikan agama sy sy boleh katakan byk dipelajari ketika sekolah menengah. Alhamdulillah, sy ke SMKA. Dan disitu lah sy byk belajar mengenai Islam dan tatacara hidup. Sy cube mengekalkan kehidupan Islamk sy semasa di Universiti..Akhirnye, lame kelamaan, sy semakin tewas..Namun ketika itu sy masih mempunyai perasaan bersalah dan mudah menangis ketika bersolat.

Namun nikmat yang diberi oleh Allah slalu dikufuri...2-3 tahun ini seingat sy, tidak skali pun sy menangis menyesali akan perbuatan2 lampau sy...susah benar rasenye tuk mengalirkan air mata tika hati menjadi ego .[sesungguhnya, Allah jua Yang Maha Agung]. Sy mula memikirkan akan hati yg telah menjadi keras dek kerana perbuatan2 yang slalu menyalahi Agama..ape usaha sy tuk mensyukuri nikmat Allah?? [mohon keampunan Allah]..sy tidak berusaha untuk menyesali pada tika itu....
Sekian lama sy hidup di muka bumi Allah ini,dalam keadaan ego sy itu, ....Sy terperosok dengan prasaan sendiri...Sy mula terjerat, terperangkap dengan  idup sy...Sesungguhnya, Allah itu Maha Penyayang..Sy kembali mendapat nikmat menangis , menyesali kesalahan sy. Sy mohon agar tekad sy ini tegak dan kukuh...Allah jua tempat kita memohon....

Sy Insan Lemah

Begitu lama blog sy terbengkalai..Barangkali, inilah sebab kenapa sy tidak menjadi seorang penulis. Sy pernah bercita-cita untuk menjadi seorang sasterawan dan penulis buku lantaran banyak perkara yang ingin sy tuliskan.namun, sekadar cita-cita di angin lalu..sedangkan blog yang ade ni pon x dapat maintain,ape tah lagu tuk menulis buku..Namun,niat itu tidak pernah luput dari hati sy..mungkin satu  ari nnt, sy akan tunaikan hajat itu.

Ade ketikanya fikiran sy penuh dgn idea untuk mengarang, tp slalunye time tu mesti tiada kesempatan tuk menaip..itulah kengkangan yg slalu sy hadapi..alih2 sekadar tgk n bace blog org lain je la..Dan slalunye, ape yg sy dpt taip adalh berkisarkan situasi semasa dan keadaan yg agak tertekan pd satu2 masa.

Dan cerita kali ni berdasarkan ape yg berlaku 2-3 minggu ni..
Sy insan yg lemah..amat2 lemah..lemah dari pelbagai sudut. sy lemah dalam mengendalikan urusan kerja seharian, sy lemah dalam pengurusan diri, sy lemah dalam hubungan dengan Allah, sy lemah dalam menunaikan tanggungjawab, sy lemah[byk kali juga kalah] dalam prasaan dan nafsu sendiri.
Kelemahan2 ini menjadikan sy sering resah, serabut, kalut n ase bersalah .Prasaan yg bermain dlm diri sendiri. Prasaan yg kadang kala memakan diri sendiri..Ade ketikanya ia membuatkan sy terperangkap sendiri.
Sy bukanlah dibesarkan dalam erti kata keluarga yg sempurna. Dtgnye sy dr keluarge yg serba kekurangan dan kedaifan. Namun, sy ingin menjadi yg terbaik dikalangan keluarga dan saudara mara sehingga kadang2 membuatkan sy alpa.Sy lupa bahawa sy ini adik kpd seorang kakak, adik kepada abg2 sy, akak kepada adik2 sy, anak sedare kepada mak2 dan ayah2 sedare sy, dan anak kpd mak sy..Kdg2 sy menyalahkan situasi dlm kehidupan yg menjadikan sy begini. Namun, Allah itu Maha Mengetahui apa  yng di takdirkan untuk setiap hamba-Nya.
Moga Allah sentiasa meletakkan sy ke jalan yang benar..InsyaAllah

Tuesday, February 2, 2010

Bermulanya...

Saya dilahirkan di Temerloh, Dibesarkan di Pahang, Mendapat pendidikan awal di Temerloh, Pendidikan Menengah di Jerantut. Kemudian meneruskan pendidikan di Shah Alam , Ijazah Pertama juga di Shah Alam.Pengajian di Sek. Menengah dan Universiti banyak memberi makna kpd sy. Pengalaman ynag menjadi panduan dalam sy meneruskan kehidupan skrng. Sehingga kini, sy bekerja di Segamat. Semuanya di MALAYSIA.Sy kira,lebih separuh umur sy dihabiskan dengan berada di perantauan dalam mencari ilmu pendidikan. Sy tidak begitu menyerlah ketika disekolah, dan berada dalam golongan mereka yang "nakal-nakal'....Namun, tidaklah begitu ekstrem, krn, masih mengikuti peraturan-peraturan yg ditetapkan.Perkara yang begitu berkesan ketika itu ialah perubahan dalam hidup kerohaniaan sy. Sedikit sebanyak masih lg mengamalkan beberapa perkara yg dipelajari sehingga kini. Sy percaya, tanpa pendidikan di situ, sy mungkn akan lebih "hanyut" skrg.  
Pendidikan di Universiti juga sy bukanlah seorang pelajar yang "superb" ketika di peringkat Diploma.Sy rasakan juga, pembelajaran akademik sy bukanlah perkara pertama ketika itu. Sy melebihkan fokus dlm hal-ehwal kokurikulum ketika itu ( mcm x minat study je kan).. Sbnrnya, pd ketika itu sy kurang kesedaran spt org lain tuk score dlm akademik.. Namun, Alhamdulillah walaupun extend ke sem 7, sy berjaya menamatkan Diploma pada 2005. Sy tidak begitu kesal dengan CGPA yg cukup-cukup makan je...Sbb, sy mencapai cita-cita yg lagi satu yg sy rasakan menjadi kebanggan yg amat kpd diri sy. 2005 juga sy ditauliahkan oleh YDPA, Tuanku Syed Sirajuddin ketika itu sebagai Lt. Muda dalam Rejimen Askar Wataniah , Angkatan Tentera Malaysia.Walaupun bg sesetengan org lain , perkara itu tidaklah sepenting mana, hanya membazir waktu, namun, pengalaman yg di alami sgt berharga. Tanpa latihan PALAPES , mane mungkin sy sanggup tinggal dlm hutan, menjalani rutin seorang tentera, tak mandi hampir seminggu, berpuasa dalam hutan..Meskipun hanya PALAPES, (latihannya mungkin tidak sampai pun 60% untuk menjadi pegawai tetap Angkatan Tentera), namun sy amat berbangga. Denganya sy belajar berdikari, menghargai org lain, Cintakan Tanah Air...GEMPUR::WIRA!!
Kehidupan di Universiti tidak tamat disitu shj. Pengajian diteruskan ke peringkat Ijazah Pertama, juga dalam kursus yang sama, Sains Sukan.. Namun impian pd kali ini untuk berusaha bersungguh-sungguh dalm bidang akademik. Insaf sikit sbb br sy sedar, betapa bertuahnya sy, dikurniakan Rezeki oleh Allah dlm meneruskan pengajian. Dengan result Diploma yg tidak seberapa, sy gagal sebenarnya melanjutkan pelajaran, namun atas rayuan yg di buat, sy diterima untuk pengambilan rayuan. Sy lewat hadir kelas kira-kira 1 bulan. (4 kali kelas). Namu  dgn semangat yg berkobar-kobar, sy mendapat keputusan yg agak baik di akhir semester. Semangat sy tetap begitu. rezeki yg diberi-Nya juga tidak setakat itu, Sy berpeluang menimba pengalaman baru ketika itu. Sy berpeluang berada dlm badan tertinggi dlm Universiti, berada bersama kepimpinan pelajar tertinggi di kampus Induk Universiti. Manakan tidak, ketika itu ah, sy kutip segala ilmu kepimpinan yg ade, sy gilap bakat dan semangat yg ade bersama rakan-rakan lain. Sekali lg, sy mengabaikan pelajaran dlm keadaan serba salah. Sy berusaha untuk  berjaya dengan cemerlang, namun sy semakin bias terhadap aktiviti Universiti. Begitupun, sy tamatkan pengajian pd semester 5 (sepatutnya semester 4). Namun, tidaklah sy begitu menyesal kerana disamping itu sy sempat untuk merasa pegalaman dan mengutip ilmu-ilmu yg tidak dipelajari di kelas...

Ketika itu juga, sy mula memohon jawatan di universiti sy. Rezeki kurniaan Allah juga, menempatkan sy sbg seorang kakitanga untuk berkhidmat di universiti yg sama.Walaupun sy layak untuk ke gred yg lebih tinggi, namun sy bersyukur. Alhamdulillah, hingga kini, sy sgt-sgt bersyukur..Pernah terlintas di fikiran untuk ke Jabatn lain dengan gred yg lebih baik, tetapi, atas semangat Anak Bangsa sy, dan atas rasa kebanggan sy, sy tetap di sini.
Semuanya sy lalui dgn aman...dalam negara yg cukup damai..Alhamdulillah