Wednesday, September 14, 2011

Menjalani kehidupan_Monolog Hidup

Semakin lama hidup, katanya semakin bertambah pengalaman yang mengajar erti kehidupan dalam diri setiap manusia. Saya sendiri tidak menafikan langsung kenyataan itu.Pengalaman yang dialami diri sendiri itulah pengajaran yang paling berbekas dihati masing-masing. Luka ataupun penawar dalam kehidupan yang dijalani dan yang bakal di tempuhi.
Kehidupan saya sendiri tidak begitu sempurna dalam erti kata yang pelbagai. Saya tidak sempurna dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba, tidak sempurna sebagai seorang sahabat,tidak sempurna sebagai seorang pekerja, tidak sempurna sebagai seorang ketua , tidak sempurna sebagai seorang kakak, tidak sempurna sebagai seorang adik, tidak sempurna sebagai seorang anak, tidak sempurna sebagai seorang kekasih, tidak juga sempurna sebagai seorang saudara.
Kelebihan dan kekurangan yang ada itu sangat relatif. Berpendapat bahawa kelebihan diri setiap manusia itu adalah untuk kekurangan manusia yang lain, dengan itu saya mencuba sentiasa melebihkan  yang lain dan mengharapkan kekurangan saya juga di 'cover' dengan kelebihan orang lain. Sebahagian saya lihat saudara  yang lain juga begitu, namun segelintir kecil pula lain jalannya. Segelintir yang lain ini lah yang selalunya menyerabutkan  perasaan sendiri bilamana mereka pula adalah orang-orang yang disayangi dan yang sangat-sangat dekat.
Mungkin perbezaan dan kekurangan yang ada ini adalah kejelikan buat mereka. Mungkin juga kekurangan ini juga yang menyebabkan mereka kelihatan LEBIH. Itu yang berlaku, itulah kenyataan. Lagikan pula berhadapan dengan kenalan lain yang menampakkan mereka sentiasa LEBIH dan ternyata sangat kontra dengan kekurangn diri ini.
Kehidupan ini dijalani oleh diri sendiri. Sekian itu, sekian ini, hati tetap berkata apa yang berlaku tetap dengan ketentuan-Nya. Baik atau buruk sesuatu itu, pastinya bersebab. Mereka yang 'Baik dan  Mulia', usahlah angkuh dengan kebaikan dan kemuliaan itu, kerna itu adalah sebahagian Ujian, mereka yang 'Tidak Baik" jangan pula disisihkan, diketepikan...Jika tiada yang jahat, maka tiadalah jua yang baik, begitulah sebaliknya.
Kebaikan dan Kemuliaan bukanlah diukur selayaknya oleh manusia itu sendiri,kerna akhirnya adalah pu kehendak Allah jua. Termampu dariku adalah Doa dan Harapan dengan usaha yang belum mencukupi disamping melawan hasutan yang dilaknat.
Wahai sahabat, jika merasakan kamu adalah kemuliaan,jika kamu merasakan kamu penuh dengan kebaikan berbanding diriku, dan jika kamu merasakan berdamping denganku merupakan satu dosa, Maafkan aku..Semoga kita semua dirahmati,kerna dengan rahmat-Nya jua kita hidup dan belajar.


Tuesday, May 24, 2011

Terasa betapa Jauhnya .

Mula belajar tuk mulakan semula.Sy pernah face situasi ni,jiwa kacau, serabut, x tenang, marah,kecewa,sedih.. tapi penerimaan sy amat baik pada masa tu. Solat yang cukup, Al-Quran penenang hati,keluarga penguat semangat.Tapi, situasi yang sama sekarang, penerimaan sy sgt jauh. Apakah itu tandanya sy sememangnya semakin jauh dengan Yang Maha Esa? Sy cube sebaik mungkin, [tp belum yg terbaik rasenye] untuk menerima keadaan ini dengan redhanya. Sy mahukan sy yang dahulu, segala masalah sy face dengan kembali kepadaNya, bukan kepada W***, bukan kearah kemungakaranNya..Moga sentiasa dipeliharaNya.

Thursday, May 12, 2011

Kerja lagi

Kehidupan seharian semakin lama semakin sibuk sy sendiri merasakan camtu. Tp sy percaya bahawa salah satu sebab ialah sy yg kurang pandai menguruskan masa dan mengikut mood sendiri jer. Fokus kerja sekarang adalah untuk penganjuran KARiSMA 2011. ia menjadi keutamaan sy dan yang lain-lain sehinggakan lain-lain program di pandang begitu sahaja . Moga usaha kamiu diberkati dan dipermudahkan.

Kesempatan

Kehidupan seharian sy rasekan  semakin lama semakin sibuk.
Sy sayang dia. Sy Sgt2 sygkan dia. Sehingga dikatakan perumpamaan jiwa dan raga sy untuk dia.
Meskipun sy sedar dia bukan untuk saya, tetap sy perjudikan emosi sy untuk dia.

Moga saya dihargai dengan perasaan ini.

Sunday, March 27, 2011

TAHNIAH

CABARAN ORIENTEERING 1 MALAYSIA PAGOH 2011 melabuhkan tirai semalam.. Tahniah kepada pasukan dari UiTMCJ yang berjaya melonjakkan nama kampus dengan berada di tempat ke-2 dan ke 10 tuk kategori Siswi . Tahniah juga kepada pasukan Siswa yang berusaha sehabis baik. Tahniah kepada semua pasukan yang berusaha sehabis baik . UiTMCJ merupakan IPTA teramai yang menyertai cabaran kali ini dengan keseluruhan 53 pasukan. Berbanding dengan pasukan IPT lain, kita adalah JUARA.!!!!
Kita cuba lagi di tahun hadapan.!!

Saturday, February 26, 2011

Pastikan dulu..

Cerita-cerita sekeliling yg dibawa bersama angin lalu memang sentiasa ada dalam masyarakat tak kira la bangsa  apa sekalipun. Meskipun setiap Agama melarang memfitnah, bercakap bohong, mengutuk dan apa2 yang negatif. Gosip2 ni pula dihadapi oleh semua orang dalam dunia ni tidak kira dari peringkat paling bawah sehingga ke peringkat teratas, dari yang paling kecik sehingga ke paling besar, dari yang paling muda ke yang paling tua, Lelaki,Khunsa, Wanita, Pekerja, majikan,Pelajar,Surirumah,Orang yang waras dan orang yang tidak waras.Tidak terhad kepada manusia, malahan binatang juga tidak terlepas dari gosip-gosip ini.

Setiap peringkat dan setiap masyarakat itu berbeza pulak topiknya, tapi konsepnya tetap sama.Kalau zaman baby biasanya psl comel ke x comel, spekulasi yang macam2 bila baby tu tidak sempurna. Bila zaman kanak-kanak pula, setiap tutur kata dan perbuatan yang melampau sket, pasti akan ada cerita yang ibu bapanya tak pandai didik anak la, anak terbiar la.Usia remaja lagi la hangat,tambah-tambah bila ada yang terserempak budak tu berdating [sedangkan gi blaja kot],habis 1 kampung dijaja cerita psl budak tu sampai budak tu tekad tak nak dok kampung, Sampai usia Dewasa sibuk pasal jodoh dan cerita rumahtangga pulak.Kalau kahwin awal dikatakan menggatal,kalau kahwin lambat,lagi la hebat ceritanya [hehe,sy dh mula tergolong dalam golongan ni]. Tu belum tambah lagi, zaman-zaman belajar kat U, lagi la macam2..

Tapi pada sy yang agak tertekan zaman-zaman bekerja kot.Sy bekerja dalam suasana yang sama dengan saya belajar.UiTM, sentiasa dihati saya. Bermaksud,sekitar pendidikan saya dari sekolah rendah hingga ke dunia kerjaya semuanya dalam koloni Melayu Bumiputera. Memang saya kurang kawan dari bangsa lain, bukan tidak berminat, tetapi kurang berpeluang. Kerjaya saya menyaksikan asam garam pentadbiran dan juga perlaksanaan program. Dalam kekurangan ilmu dan pengalaman yang baru bekerja menginjak ke 3 tahun ni,saya banyak mengaplikasikan pengalaman-pengalaman sepanjang saya belajar di UiTM. Dengan sedikit pengalaman yang ada,Alhamdulillah, sy rasakan sy lebih mudah disamping tunjuk ajar dari bos-bos yang berpengalaman.

Sang kehidupan menjelma saban saat . Sang aral dan sang senang juga silih berganti. Moga-moga semua rusan sentiasa dipermudahkan...[dah lame sgt hold en3 ni and Save s a  draft, so dh ilang topik sbnr .hehe]

Sunday, February 13, 2011

Sinetron VS Cite Antu Bidaah.

Akhir2 ni saya selalu berada di depan TV[Sejak banjir ni la coz sy slalu terlelap dpn TV]. Melayan rancangan Asro sambil on9 kat ruang tamu sgt2 melekakan. Tapi, hakikat sebenar,TV hanya terpasang tanpa di ambil perhatian pun oleh saya.Sy semakin bosan dengan tayangan2 yg di tayangkan. Asyiknye sinetron [?] Indonesia, Cite Seram Melayu..Sinetron Indonesia semakin lama semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia tanpa menyedari bahawa rakyat mereka telah mencemar maruah negara kita,Malaysia. hurmmm...

Sy bukanlah seorang yg bersifat perkauman. Sebab,kemana sgt la kita nak bawa perkauman itu. Yg penting,kesejahteraan sejagat tanpa mengira kaum, mahupun parti politik [entry sebelum ini adalah berkaitan].Namun, bile isu kenegaraan antara 2 negara [Malaysia & Indonesia] menjadi2, sy mula mempertikaikan rakyat Indonesia. Sedar tak sedar,berjuta warga Indonesia [Bangsa Indonesia] berada di negara tercinta, MALAYSIA. Namun, itu juga membuatkan mereka yg berada disana lantang mengatakan Malaysia ini begitu & begini.[Apakah itu?]...Sejak itu, bila memandang warga Indonesia di sini, selalu tergerak dihati sy " hei Indon x sedar diri",.
Eh, lari tajuk lak. Back to the track...Apakah punca Sinetron Indonesia ini mendapat tempat dihati rakyat Malaysia? Dari pemerhatian kasar sy, mereka yg berminat dgn Sinetron iniadalah dikalangan suri rumah dan mereka yang tidak bekerja. Mungkin kerana mereka mempunyai masa terluang diwaktu drama2 tersebut ditayangkan.Pelbagai motif drama yg di tayangkan seperti Cinta, Balas Dendam, Antu dn lain2. Sy? mmg x berminat langsung, Bukan kerana sombong dgn cerita mereka, tetapi menyampah bile memikirkan rakyat mereka yang langsung x reti hormat negara Jiran,Malaysia.

Selain sinetron, yang menghiasi skrin TV skang adalah cerita2 antu yg bebagai jenis.Mistik alam hitam,Niyang Rapik, dan macam2 la.. Seingat saya, dulu Penerbit Drama dan Filem ditegah dari membuat lakonan di kawasan kubur.Kemudian tegahan itu entah kemana. Cerita-cerita yang ditayangkan masa kini semakin lama semakin mengarut2 dan saya boleh katakan bidaah dan tidak mungkin boleh membawa kepada khurafat seperti maksud berikut;

DEFINISI KHURAFAT
Kamus Bahasa Arab: 
(al-Mujam al-Wasit) Cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta
(al-Marbawi) Cerita karut (karut marut)
Kamus Dewan:
KHURAFAT
Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.
Kesimpulannya
KHURAFAT
Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam
Khurafat adalah bidah akidah 

Pengertian diatas saya petik dari sumber internet. 
Sekian sahaja tuk kali ni.