**Kasih sayang itu penawar, penguat cinta, dan penghapus duka** Kawan saya kata, sayang itu akan menyebabkan kita rasa bahagia, tapi kalau kita sayang seseorang tetapi tidak bahagia, bermakna dia bukan untuk kta,tetapi bila ada seseorang itu dan kita bahagia bersama dia,Mungkin dia adalah untuk kita.
Monday, January 2, 2012
Miss Him
Ingatan saya terhadapnya masih segar. Rasa rindu padanya masih terasa, rasa kasihnya masih tebal.
2011 ----> 2012
2011--->2012
Pemergian mereka ini menyentuh hati saya.
Semoga 2012 menjadikan saya leboh baik dari sebelumnya,Insya Allah.
Tahun dah bertukar. Selamat Tahun Baru untuk semua. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Di akhir-akhir 2011, saya berada di Pulau Pangkor with adik2 Majlis Sukan Pelajar saya. Actually, minggu sebelumnya pun ke Pulau Pangkor, bersama adik2 Kelab Rekreasi. Pas ni, dah leh jd tour guide Pulau Pangkor dah..hehe...
Nak share psl ape ye..Ermm...2011 tahu yang saya rase banyak perkara yang saya x nak ingat. Yang di suku pertamanya amat mencabar diri, jiwa dan perasaan saya. Suku kedua 2011 sy terasa sy ni hidup ke?Suku ke-3 2011 sinar dalam hidup saya...suku terakhir, saya menjalani kehidupan yang sekata.Itulah yang disusun oleh Yang Maha Pencipta.
Berkongsi beberapa kisah yang menyentuh jiwa saya. Kisah kematian Arwah Norazizi B Mukhibat, Suami kepada Jurutera UiTM Johor. Saya tidak mengenali arwah secara rapat, sekadar bertemu dan senyum,namun saya katakan berkenalan agak baik dengan K.Maznah, Jurutera UiTM Johor. Yang sy fikirkan amat mudah mesra dan tidak mengira pangkat dalam berkawan.Entah kenapa saya merasa juga kesedihan Kak Maznah sehingga ke hari ini lebih2 lagi dengan luahan hatinya dalam blog beliau.Meletakkan diri saya dalam keadaan beliau, ntah dapat bertahan atau tidak jika kehilangan seperti beliau. Terkenangkan anak-anak beliau yang kehilangan ayah dalam usia yang masih kecil, terkenang akan adik saya yang juga kehilangan ayah semasa masih kecil, terkenang akan anak saudara sy terutama khadijah dan farah yang kehilangan ayah semasa kecil dan khadijah terutamya yang tidak pernah menatap wajah abahnya. Moga Kak Maznah tabah dan sabar dalam ujian Allah ini. Semoga anak-anak beliau menjadi anak yang solehah dan cemerlang, InsyaAllah.
Berita kematian lagi: Aki Chik pada 28/12, juga menyentuh hati saya. Aki Chik adalah aki saudara kepada saya lebih tepatnya, suami kepada wan saudara saya. Aki Chik dan Wan Chik banyakmembantu keluarga saya sejak dulu lagi. Mempunyai hati yang sangat mulia dan mengharapkan cucu-cucunya berjaya dalam kehidupan. Sentiasa menyokong dan memeberi teguran yang sangat memberi kesan. Sekarang Wan Chik kehilangan insan yang membahagiakan dia. 2 bulan aki terlantar x sedarkan diri. dan beliau pergi dengan tenang sekali. Pemergian Aki Chik menmbahkan lagi kesedihan kami.Berita Kematian Ayah we juga mengejutkan.Pemergiannya terasa disanubari. Dikala melawat beliau di hospital,terasa seperti melihat Aki satu ketika dulu. ' Ya Allah, bahagiakanlah mereka disana - Ayahku, Wan, Pakwe, Ayah We, Aki, Aki Chik, Aki Cu'
Pemergian mereka ini menyentuh hati saya.
Semoga 2012 menjadikan saya leboh baik dari sebelumnya,Insya Allah.
Friday, November 11, 2011
Sibuk ke?
Wah..wah......Tajuk entry yang memerli tuan punye Blog......Sibuk sangat ke sampai xde mase and ruang tuk sosial diri sendiri? Sampai x de kesempatan untuk keriangan diri sendiri?.....Jawapan? ..InsyaAllah, tidak perlu masa yang khusus untuk sosial diri sendiri. Tidak perlu juga masa yang khusus untuk keriangan diri sendiri. Sebab, bagi saya sosial dan keriangan itu kita boleh cari dan dapat dalam apa keadaan pun. Kita boleh bergirang gembira semasa bekerja, masih boleh bersosial semasa bertugas..Masih boleh tersenyum dan ketawa dalam apa keadaan sekalipun. itulah saya.
Tapi...(ade tapi pulak)..Kadang-kadang really need time for myself especially dalam hal untuk bersama family. (family = adik beradik , mak, dan anak sedara & sedare mare). Yang tu memang memerlukan masa yang khusus. Sebab? hal yang saya x boleh campur adukkan dalam urusan kerja saya ialah hal family. Dan...jangan marah, if saya x answer phone call kalau saya berada di kampung..hehehe..
Moral of the entry : Sorry for those yang call saya tapi jarang-jarang diangkat...Biasenya kalau camtu, saya balik kampung or saya memang bercuti dari kerja..
Peace!! =)
Tapi...(ade tapi pulak)..Kadang-kadang really need time for myself especially dalam hal untuk bersama family. (family = adik beradik , mak, dan anak sedara & sedare mare). Yang tu memang memerlukan masa yang khusus. Sebab? hal yang saya x boleh campur adukkan dalam urusan kerja saya ialah hal family. Dan...jangan marah, if saya x answer phone call kalau saya berada di kampung..hehehe..
Moral of the entry : Sorry for those yang call saya tapi jarang-jarang diangkat...Biasenya kalau camtu, saya balik kampung or saya memang bercuti dari kerja..
Peace!! =)
Bintang
Beribu bintang di langit kian menghilang,
Meraba aku dalam gelap....
Bintang Ilahi tetap akan mengikut putaran kehendak-Nya yang telah ditetapkan. Kita tidak mampu mengubahnya walau pun sejarak zarah sekalipun.
Berubahnya hati juga ketentuan-Nya. Juga tidak mampu kita menghalangnya. Biarkan ia..
Jalani lah kehidupan sepertimana yang ditetapkan. Ia akan begitu.
Bila tiba masanya, perubahan pasti berlaku.. Bila tiba masanya, ujian pasti melanda, Bila tiba masanya, kenikmatan diperolehi...Bila tiba masanya, kita akan pergi...
Meraba aku dalam gelap....
Bintang Ilahi tetap akan mengikut putaran kehendak-Nya yang telah ditetapkan. Kita tidak mampu mengubahnya walau pun sejarak zarah sekalipun.
Berubahnya hati juga ketentuan-Nya. Juga tidak mampu kita menghalangnya. Biarkan ia..
Jalani lah kehidupan sepertimana yang ditetapkan. Ia akan begitu.
Bila tiba masanya, perubahan pasti berlaku.. Bila tiba masanya, ujian pasti melanda, Bila tiba masanya, kenikmatan diperolehi...Bila tiba masanya, kita akan pergi...
Wednesday, September 14, 2011
Menjalani kehidupan_Monolog Hidup
Semakin lama hidup, katanya semakin bertambah pengalaman yang mengajar erti kehidupan dalam diri setiap manusia. Saya sendiri tidak menafikan langsung kenyataan itu.Pengalaman yang dialami diri sendiri itulah pengajaran yang paling berbekas dihati masing-masing. Luka ataupun penawar dalam kehidupan yang dijalani dan yang bakal di tempuhi.
Kehidupan saya sendiri tidak begitu sempurna dalam erti kata yang pelbagai. Saya tidak sempurna dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba, tidak sempurna sebagai seorang sahabat,tidak sempurna sebagai seorang pekerja, tidak sempurna sebagai seorang ketua , tidak sempurna sebagai seorang kakak, tidak sempurna sebagai seorang adik, tidak sempurna sebagai seorang anak, tidak sempurna sebagai seorang kekasih, tidak juga sempurna sebagai seorang saudara.
Kelebihan dan kekurangan yang ada itu sangat relatif. Berpendapat bahawa kelebihan diri setiap manusia itu adalah untuk kekurangan manusia yang lain, dengan itu saya mencuba sentiasa melebihkan yang lain dan mengharapkan kekurangan saya juga di 'cover' dengan kelebihan orang lain. Sebahagian saya lihat saudara yang lain juga begitu, namun segelintir kecil pula lain jalannya. Segelintir yang lain ini lah yang selalunya menyerabutkan perasaan sendiri bilamana mereka pula adalah orang-orang yang disayangi dan yang sangat-sangat dekat.
Mungkin perbezaan dan kekurangan yang ada ini adalah kejelikan buat mereka. Mungkin juga kekurangan ini juga yang menyebabkan mereka kelihatan LEBIH. Itu yang berlaku, itulah kenyataan. Lagikan pula berhadapan dengan kenalan lain yang menampakkan mereka sentiasa LEBIH dan ternyata sangat kontra dengan kekurangn diri ini.
Kehidupan ini dijalani oleh diri sendiri. Sekian itu, sekian ini, hati tetap berkata apa yang berlaku tetap dengan ketentuan-Nya. Baik atau buruk sesuatu itu, pastinya bersebab. Mereka yang 'Baik dan Mulia', usahlah angkuh dengan kebaikan dan kemuliaan itu, kerna itu adalah sebahagian Ujian, mereka yang 'Tidak Baik" jangan pula disisihkan, diketepikan...Jika tiada yang jahat, maka tiadalah jua yang baik, begitulah sebaliknya.
Kebaikan dan Kemuliaan bukanlah diukur selayaknya oleh manusia itu sendiri,kerna akhirnya adalah pu kehendak Allah jua. Termampu dariku adalah Doa dan Harapan dengan usaha yang belum mencukupi disamping melawan hasutan yang dilaknat.
Wahai sahabat, jika merasakan kamu adalah kemuliaan,jika kamu merasakan kamu penuh dengan kebaikan berbanding diriku, dan jika kamu merasakan berdamping denganku merupakan satu dosa, Maafkan aku..Semoga kita semua dirahmati,kerna dengan rahmat-Nya jua kita hidup dan belajar.
Tuesday, May 24, 2011
Terasa betapa Jauhnya .
Mula belajar tuk mulakan semula.Sy pernah face situasi ni,jiwa kacau, serabut, x tenang, marah,kecewa,sedih.. tapi penerimaan sy amat baik pada masa tu. Solat yang cukup, Al-Quran penenang hati,keluarga penguat semangat.Tapi, situasi yang sama sekarang, penerimaan sy sgt jauh. Apakah itu tandanya sy sememangnya semakin jauh dengan Yang Maha Esa? Sy cube sebaik mungkin, [tp belum yg terbaik rasenye] untuk menerima keadaan ini dengan redhanya. Sy mahukan sy yang dahulu, segala masalah sy face dengan kembali kepadaNya, bukan kepada W***, bukan kearah kemungakaranNya..Moga sentiasa dipeliharaNya.
Thursday, May 12, 2011
Kerja lagi
Kehidupan seharian semakin lama semakin sibuk sy sendiri merasakan camtu. Tp sy percaya bahawa salah satu sebab ialah sy yg kurang pandai menguruskan masa dan mengikut mood sendiri jer. Fokus kerja sekarang adalah untuk penganjuran KARiSMA 2011. ia menjadi keutamaan sy dan yang lain-lain sehinggakan lain-lain program di pandang begitu sahaja . Moga usaha kamiu diberkati dan dipermudahkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)