Thursday, May 12, 2011

Kesempatan

Kehidupan seharian sy rasekan  semakin lama semakin sibuk.
Sy sayang dia. Sy Sgt2 sygkan dia. Sehingga dikatakan perumpamaan jiwa dan raga sy untuk dia.
Meskipun sy sedar dia bukan untuk saya, tetap sy perjudikan emosi sy untuk dia.

Moga saya dihargai dengan perasaan ini.

Sunday, March 27, 2011

TAHNIAH

CABARAN ORIENTEERING 1 MALAYSIA PAGOH 2011 melabuhkan tirai semalam.. Tahniah kepada pasukan dari UiTMCJ yang berjaya melonjakkan nama kampus dengan berada di tempat ke-2 dan ke 10 tuk kategori Siswi . Tahniah juga kepada pasukan Siswa yang berusaha sehabis baik. Tahniah kepada semua pasukan yang berusaha sehabis baik . UiTMCJ merupakan IPTA teramai yang menyertai cabaran kali ini dengan keseluruhan 53 pasukan. Berbanding dengan pasukan IPT lain, kita adalah JUARA.!!!!
Kita cuba lagi di tahun hadapan.!!

Saturday, February 26, 2011

Pastikan dulu..

Cerita-cerita sekeliling yg dibawa bersama angin lalu memang sentiasa ada dalam masyarakat tak kira la bangsa  apa sekalipun. Meskipun setiap Agama melarang memfitnah, bercakap bohong, mengutuk dan apa2 yang negatif. Gosip2 ni pula dihadapi oleh semua orang dalam dunia ni tidak kira dari peringkat paling bawah sehingga ke peringkat teratas, dari yang paling kecik sehingga ke paling besar, dari yang paling muda ke yang paling tua, Lelaki,Khunsa, Wanita, Pekerja, majikan,Pelajar,Surirumah,Orang yang waras dan orang yang tidak waras.Tidak terhad kepada manusia, malahan binatang juga tidak terlepas dari gosip-gosip ini.

Setiap peringkat dan setiap masyarakat itu berbeza pulak topiknya, tapi konsepnya tetap sama.Kalau zaman baby biasanya psl comel ke x comel, spekulasi yang macam2 bila baby tu tidak sempurna. Bila zaman kanak-kanak pula, setiap tutur kata dan perbuatan yang melampau sket, pasti akan ada cerita yang ibu bapanya tak pandai didik anak la, anak terbiar la.Usia remaja lagi la hangat,tambah-tambah bila ada yang terserempak budak tu berdating [sedangkan gi blaja kot],habis 1 kampung dijaja cerita psl budak tu sampai budak tu tekad tak nak dok kampung, Sampai usia Dewasa sibuk pasal jodoh dan cerita rumahtangga pulak.Kalau kahwin awal dikatakan menggatal,kalau kahwin lambat,lagi la hebat ceritanya [hehe,sy dh mula tergolong dalam golongan ni]. Tu belum tambah lagi, zaman-zaman belajar kat U, lagi la macam2..

Tapi pada sy yang agak tertekan zaman-zaman bekerja kot.Sy bekerja dalam suasana yang sama dengan saya belajar.UiTM, sentiasa dihati saya. Bermaksud,sekitar pendidikan saya dari sekolah rendah hingga ke dunia kerjaya semuanya dalam koloni Melayu Bumiputera. Memang saya kurang kawan dari bangsa lain, bukan tidak berminat, tetapi kurang berpeluang. Kerjaya saya menyaksikan asam garam pentadbiran dan juga perlaksanaan program. Dalam kekurangan ilmu dan pengalaman yang baru bekerja menginjak ke 3 tahun ni,saya banyak mengaplikasikan pengalaman-pengalaman sepanjang saya belajar di UiTM. Dengan sedikit pengalaman yang ada,Alhamdulillah, sy rasakan sy lebih mudah disamping tunjuk ajar dari bos-bos yang berpengalaman.

Sang kehidupan menjelma saban saat . Sang aral dan sang senang juga silih berganti. Moga-moga semua rusan sentiasa dipermudahkan...[dah lame sgt hold en3 ni and Save s a  draft, so dh ilang topik sbnr .hehe]

Sunday, February 13, 2011

Sinetron VS Cite Antu Bidaah.

Akhir2 ni saya selalu berada di depan TV[Sejak banjir ni la coz sy slalu terlelap dpn TV]. Melayan rancangan Asro sambil on9 kat ruang tamu sgt2 melekakan. Tapi, hakikat sebenar,TV hanya terpasang tanpa di ambil perhatian pun oleh saya.Sy semakin bosan dengan tayangan2 yg di tayangkan. Asyiknye sinetron [?] Indonesia, Cite Seram Melayu..Sinetron Indonesia semakin lama semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia tanpa menyedari bahawa rakyat mereka telah mencemar maruah negara kita,Malaysia. hurmmm...

Sy bukanlah seorang yg bersifat perkauman. Sebab,kemana sgt la kita nak bawa perkauman itu. Yg penting,kesejahteraan sejagat tanpa mengira kaum, mahupun parti politik [entry sebelum ini adalah berkaitan].Namun, bile isu kenegaraan antara 2 negara [Malaysia & Indonesia] menjadi2, sy mula mempertikaikan rakyat Indonesia. Sedar tak sedar,berjuta warga Indonesia [Bangsa Indonesia] berada di negara tercinta, MALAYSIA. Namun, itu juga membuatkan mereka yg berada disana lantang mengatakan Malaysia ini begitu & begini.[Apakah itu?]...Sejak itu, bila memandang warga Indonesia di sini, selalu tergerak dihati sy " hei Indon x sedar diri",.
Eh, lari tajuk lak. Back to the track...Apakah punca Sinetron Indonesia ini mendapat tempat dihati rakyat Malaysia? Dari pemerhatian kasar sy, mereka yg berminat dgn Sinetron iniadalah dikalangan suri rumah dan mereka yang tidak bekerja. Mungkin kerana mereka mempunyai masa terluang diwaktu drama2 tersebut ditayangkan.Pelbagai motif drama yg di tayangkan seperti Cinta, Balas Dendam, Antu dn lain2. Sy? mmg x berminat langsung, Bukan kerana sombong dgn cerita mereka, tetapi menyampah bile memikirkan rakyat mereka yang langsung x reti hormat negara Jiran,Malaysia.

Selain sinetron, yang menghiasi skrin TV skang adalah cerita2 antu yg bebagai jenis.Mistik alam hitam,Niyang Rapik, dan macam2 la.. Seingat saya, dulu Penerbit Drama dan Filem ditegah dari membuat lakonan di kawasan kubur.Kemudian tegahan itu entah kemana. Cerita-cerita yang ditayangkan masa kini semakin lama semakin mengarut2 dan saya boleh katakan bidaah dan tidak mungkin boleh membawa kepada khurafat seperti maksud berikut;

DEFINISI KHURAFAT
Kamus Bahasa Arab: 
(al-Mujam al-Wasit) Cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta
(al-Marbawi) Cerita karut (karut marut)
Kamus Dewan:
KHURAFAT
Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.
Kesimpulannya
KHURAFAT
Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam
Khurafat adalah bidah akidah 

Pengertian diatas saya petik dari sumber internet. 
Sekian sahaja tuk kali ni.

Friday, February 4, 2011

B[AN]-J+IR>> Edisi ke-3

Kisah kali ni sy nak tegaskan pasal Bencana VS Politik. Mcm haru la sket. Sy pun teragak2 juga nak berpendapat ,tapi sy fikir untuk kebaikan,buat apa nak takut.,:-)//Moga2 entry ni x menjadikan saya apa2.

Alhamdulillah, sepanjang banjir kawasan Segamat, saya dan seisi rumah tidak pernah terputus bekalan makanan mahupun keperluan-keperluan seharian yang lain.Lokasi rumah kami yang berhampiran dengan kedai runcit dari mana-mana arah menjamin bekalan kami akan berterusan. Jadi, kami tak ambil port [kisah] sgt pasal rangsum makanan bantuan dari pihak2 yang berkenaan. Lagipun, banyak lagi keluarga lain yang memerlukan rangsum tersebut. Tertakdirnya, kami [kawasan rumah kami] berada dalam rukun tetangga kawasan Kg. Paya Dalam [Kampung sebelah].Nama pendaftaran mangsa banjir juga dikawasan ini yang diselia oleh En Jaafar.Alhamdulillah,beliau amat mengambil berat akan kawasan taman perumahan kami walaupun taman kami tidaklah dilanda banjir teruk. 

Selain itu, kami juga ada menerima dan mendapat agihan bantuan yang diberikan [Sy berharap kamai adalah pertimbangan terakhir untuk diagihkan bantuan tersebut]. Bukan kerana apa, kerana ramai lagi yang lebih memerlukan bantuan tersebut.Dan sy fikir sistem agihan adalah begitu.Mestilah yang paling teruk menerima bantuan selayaknya. Moga sistem agihan ini sentiasa adil,InsyaAllah. Antara bantuan yang diterima adalah peralatan mencuci rumah, asas barang dapur, dan juga asas barang makanan. Kami menerima dengan redha, dan terima kasih kepada penderma-penderma yang budiman.

Pusat pemindahan Banjir Kg Paya Dalam terletak di Balai Islam, bersebelahan Surau Kg Paya Dalam.Ada penduduk yg dah hampir 2 minggu berada kat situ. Semasa air mula mengganas kat taman kami, En Jaafar mempelawa kami untuk tinggal kat pusat tersebut.Kami menolak, bukan kerana sombong, tapi ruang tersebut diperlukan untuk mereka yang lebih memerlukan. Kami cuma menumpang 'park; kereta2 kami kat atas sana.

Pusat tersebut sy rasakan antara pusat pemindahan banjir yang agak selesa dan bersih serta teratur. [Sy slalu membayangkan pusat pemindahan banjir penuh sesak,bising dan x terjaga kebersihannya]..Setiap hari mereka akan dibekalkan dengan rangsum bahan mentah dan dimasak secara personal. Makan bersama keluarga masing2 dan boleh bertukar menu dengan 'jiran tetangga' a.k.a jiran tilam sebelah.hehe

Sultan Johor sempat singgah di situ pada hari semalam [3Feb 2011].Tuanku dalam sesi lawatan ke seluruh daerah Segamat sebelum ke Muar. Kesempatan yang ada digunakan oleh mangsa untuk beramah mesra dgn DYMM Sultan Johor. Sultan yangtegas, tp sempoi..
Bersama-sama rombongan baginda,turut serta kelihatan YB Parlimen Segamat yg juga Menteri Sumber Manusia, YB Othman Jais,Pegawai Daerah dan pegawai2 penting Daerah.
Ketibaan DYMM Sultan Johor

Snap curi..

Skuad Pantas dari Ampang

Sejurus selepas baginda berangkat ke Muar, kelihatan rombongan Misi Kemanusiaan PANTAS, dari kerajaan Negeri Selangor,yang diketuai oleh YB Zuraida,Ampang.Sesuai dgn nama, dengan pantasnya mereka beramah mesra, mengeluarkan barang2 sumbangan, bergambar dan sedikit 'kempen'. Kemudian, setelah mereka bergerak ke tempat lain, menjurus pula lori Nestle,Milo.Alhamdulillah, rezeki lagi. MAka, 'bermilolah' pusat tersebut. Rezeki yang dianugerahkan mmg x pernah putus.

Apa yang sy nak kisahkan kat sini adalah berkenaan bantuan daripada skuad PANTAS yang diketuai oleh YB. Zuraida yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor, membawa misi kemanusiaan mereka.Sy difahamkan oleh YB sendiri mereka dtg ke Segamat melalui Yong Peng [perjalanan yang menjauhkan disebabkan sekatan jalan oleh banjir].Umum mengetahu bahawa kerajaan Negeri Selangor merupakan pegangan PKR [KeAdilan] dan YB Zuraida juga merupakan daripaha PKR.Misi kemanusiaan ini sepatutnya sejagat dan tidak dipertikaikan dengan parti politik yang diwakili masing2.Pada saya, bile ianya datang keada tanggungjawab sosial, isu politik harus diketepikan.Namun, suasana yang berlaku di pusat pemindahan banjir tidak begitu. YB dan YB sendiri menunjukkan sikat tidak baik kepada rakyat. Apalah salahnya apabila YB menegur antara sesama sendiri, bertanya khabar dan mengucapkan kata kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab sosial. 

Dr pemerhatian sy,apabila skuad PANTAS bersama kenderaan mereka tiba di pusat tersebut, pemimpin UMNO terus berundur dan memerhati dari jauh. Kenapa pula cam ni jadinya? Sombogkah masing2 dgn parti yang diwakili? Tidak layakkan mereka menjadi kawan. Tidak bolehkah semangat Assabiyah parti itu diketepikan? Mcm2 yang berlegar2 di kepala sy. Sepatutnya mereka saling bertegur sapa, barulah harmoni keadaan rakyat. Yang dilaungkan oleh mereka adalah "Kita mestilah bekerjasama dan bersatu padu untuk kejayaan" tetapi, B sendiri menunjukkan contoh yang  tidak baik dan kebudak2kan.Adoiyaiii..!!

Kalo ini la keadaannya,lambat lagi la Malaysia nak maju dan menghapuskan kemiskinan dan mendapat kestabilan ekonomi dan kejayaan.Takkanlah time2 bencana ni pun nak pikir kepentingan parti lagi.Jatuh ke kemaluan jika menerima sumbangan dr parti lain???

Kalo ini keadaanya, nnt, dalam kejiranan kalau parti PAS yg meninggal, maka Org PAS je la yng akan uruskan, KAlau org UMNO, maka org UMNIO jela yg akan uruskan sedangkan pengurusan Jenazah adalah Fardhu Kifayah.Sama gak dgn Solat Jemaah, dan lain2 hal.

Dengan doa dan harapan semoga semua  rakyat Malaysia akan bersatu padu bagi menjamin kecemerlangan negara Malaysia. Usah lah sombong dengan parti masing2, kerana kita sujud ke arah KIBLAT yang sama dan menyembah Allah yang Esa.


B.AN[Ji]{R} >>Edisi ke-2

Diberitakan oleh penduduk tetap Daerah Jajahan Segamat bahawa banjir 2011 merupakan banjir yang lebih teruk daripada banjir besar [dh x jadi banjir plg besar la] 2006. Bukan seorang dua yang sy dgr pernyataan ni, tapi ramai [xkire n x de data la plak] yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Sy mendengar penyataan tersebut dan mencuba membuat bayangan dan perbandingan. dan kesimpulannya, sy merasai la banjir besar yang di gembar-gemburkan selama ni[sbb tahun 2006, sy masih lg seorang pelajar].

Sebenarnya,rumah sy pun terlibat dengan bencana banjir kali ni [Nk bagitau yg sy adalah mangsa banjir!], tapi sekadar mangsa tuk 12 jam sahaja n sgt jauh nk dibandingkan ngan mangsa lain yang sehingga ari ni [4hb feb] umah mereka masih terendam ngan air banjir.[ntah ape la rupa keadaan umah dieorng skang].

Rumah kami yang dimasuki air

Memang banjir 2011,Segamat ni memberi experience yang berguna dalam life saya. Menghadapi banjir bukanlah 1 masalah besar bagi sy atas pengalaman yang ada sebelum ni. Lagipun, sy tinggal dgn housemate yg dh dewasa,xde budak kecik yang nak di secure kan..Pengalaman banjir selama ni yg diharungi sgt berguna tatkala housemate yg len [kecuali adik sy yg dh prnh merasa banjir] ]mmg x prnh tempuh banjir. Dr petang lagi dah de yang bising2 suh angkat barang naik tingkat atas sedangkan air jauh lagi. Sy relaks jela.Lebih kurang kul 10 mlm, Letrik dimatikan, Sy pun mula jd tn rumah, melaksanakan perancangan banjir.Kemas barang2. Alhamdulillah, sumenya selamat.

Untuk makluman, kemuncak banjir kat Segamat adalah pada 31Jan - 1 Feb 2011.Kemuncak air naik ngan laju n deras. Rondaan sy terbantut seketika. Tapi., 1 Feb sebelah petang sy sempat meronda sampai ke Jambatan Pertama [menempuh 2 air banjir atas Jalan Raya]. Agak ngeri la gak melihatkan keadaan Sungai Segamat yang selama ni mcm hidup segan mati x mau.Air mencurah2 mcm kat Kolam Puteri Gunung ledang time hujan lebat.Pergh,...tambah lagi air yang menghentam tiang2 Jambatan yang ada termasuklah jambatan keretapi...Sy terbayangkan if hentaman tu merobohkan jambatan ..Perghhh.Mntak dijauhkan la..Rondaan sy diteruskan sampai ke Gemereh.Melihatkan rumah abg Meslani n kak lin yang tinggal bumbung je..Mmg tabah la[Sy diberitakan mereka tidak sedar air naik sehingga la kak lin prasan de air dikala tgh tdo]..Mesti terkejut gile..Then x byk persiapan yg boleh buat n brg2 pon kompom la terbiar je.[Sehingga ari ni, umah dieorrg masih ditenggelami air].
Terbakar dalam air banjir

Yang lagi menyedihkan kisah banjir ni bile Sdr Hery Leng [Bukan nama sebenar] ditimpa 2 bencana sekaligus.Rumah dinaiki air,kemudian terbakar didalam banjir, Masya Allah.Ditimpa ujian dan kasih-sygNya skaligus.Moga keluarganya dirahmati.

Sy mendaftar sebagai mangsa banjir bersama-sama housemate lain. Dengan niat juz as a record. Sy risau gak takut2 ada org kata,"ala,umah die banjir setakat buku lali, sibuk nk bantuan gak".Moga2 takde la org yg berkata camtu. Cuma,jgn dinafikan la hak2 yg ada. Alhamdulillah,pusat pemindahan banjir Kg Paya Dalam dilawati oleh ramai org kenamaan dan misi kemanusiaan termasukalah YMM Sultan Johor.[Sy ceritakan nnt]

Suka untuk sy katakan, bahawa banjir adalah dengan kuasa Ilahi, Bencana yang berlaku ini juga adalah kehendak Ilahi, Bencana ini juga seharusnya mendekatkan diri kita dengan-Nya. Kerana ujian yang diturunkan adalah tanda kasih sayangnya kepada hamba-Nya.. Air tidak bersalah,keadaan muka bumi juga tidak bersalah.Kita, manusia lah yang patut menginsafi diri dan mengira apakah yang patut dilakukan.

Antara kesan2 banjir :
Add caption

Add caption


Add caption

Add caption



Add caption

Add caption

 

Monday, January 31, 2011

B.A,N-J[I](R)

Tu die, formula untuk banjir kali ni yang saya pun tak tahu apa penyelesaiannya..[hehe].
Kali ni,tahun 2011 menyaksikan sy mengharungi kali pertama bukan di Temerloh, tapi di Segamat [semua org pun aware kot yg Segamat mmg tempat banjir]. Sabtu [29hb] sy sempat meronda2 kawasan sekitar Segamat yang mula dinaiki air.Sy diiberitakan oleh teammate [didi amran] bahawa rumah mak kat kg Tengah mula dinaiki air. Ptg tu sy meronda sehingga ke Pogoh,namun keadaan masih kelihatan tenang je. 30hb [Sabtu] saya meronda bermula jam 11pg -7 petang.Rondaan bersama Didi Amran, melangkau sekitar daerah Segamat especially tempat NR UiTM Johor. Kami menyaksikan air yang naik dgn cepat. Menyaksikan jalan2 yang dh x bole lalu.
Saat2 air sg segamat melimpah bawah jambatan KTM

Sungai Kat Kg.Tengah yg dah melaut

Gaya2 YB bertanya khabar

Kira2 kul 7 petang, sy terlintas nak balik rumah [selepas Jannah Call].Sy hampir-hampir terkandas di Bandar Segamat dan sy perasan yg kereta sy adalah antara kereta terakhir merentas air yang melintas. Ketar gak la at that time bile air mencurah2 sampai masuk dlm kete, n terasa gak kereta mcm nak hanyut. Alhamdullilah  Allah kurniakan sy ketenangan dalam menghadapi saat-saat cemas..Sy selamat merentas air lintas tersebut. Tapi, Amien[Along] tak dapat rentas air tersebut. Sy difahamkan Amien berjalan kaki dari Bdr Segamat ke Kg Tengah, n Didi berjalan ke Tmn Perling.


Bandar mula ditenggelami air

Alhamdulillah, sy dpt melepasi air yg mula mengganas

Lebih kurang kul 8mlm, sy diberitakan air dah naik kat Rumah Didi, [Taman Perling] Perghh..giler risau mengenangkan die tinggal sorang2, brg banyak...Air nek laju lak, Pas2 tu, sy pun risau psl rumah kami.Tetiba, blackout, ...dh blackout,pe lagi, kami mula angkat barang ke tingkat atas. Pas tu,sy menjadi pemantau air tetap.Every 15min g harung air [best!]. Kul 3pg, Air mula masuk rumah.Melimpah hingga ke tangga pertama. Alhamdulillah, setakat tu je.

Pg tadi air mula surut. Tapi hujan stil turun tanpa henti smpai sekarang. Aktiviti kami ari ni? mmg best! Bgn pagi, masak air, buat air milo,nescafe [pastu dieorng breakfast roti kot]. Sy memasak dlm air [Nasi, telur dadar n ikan bilis goreng +lada].MMg best lor...

Then, tenga hari sket sy berjalan2 meronda dgn luth, main hujan ..Habis lencun.Dari Jambatan utama bandar Segamat sampai ke Batu 5. Setakat tu je yg lepas.Jalain lain sume dh nek air.

Pastu, balik umah, goreng cekodok, makan depan TV [tetibe TNB sambumngkan letrik,sume org cas fon, lappy n mcm2].

Tu je kot.
Skang ni menanti jela masa tuk TNB putuskan bekalan letrik [Hope x la]..

Moga2 air x nk melintas kat umah kami lg.

OOps lupe lak. Td br register sebagai mangsa banjir, So secara rasminya, kami adalah mangsa Banjir,!!

hehe..

Moga semuanya selamat,InsyaAllah