Tahun ni tahun kedua sy menzahirkan semangat Kemerdekaan di Bumi Segamat. Tahun 2008 terlibat dengan perbarisan perarakan , dan Tahun 2009 pula dengan Perbarisan statik [since perarakan tidak diadakan].Dan 2009 juga menjadi assistant tuk bos sy yang menjadi ketua kontinjen. Kesulitan menguruskan kontinjen? Tidak la sulit sgt.Tapi, still ade kekangan.. Kekangan no 1 bile kita diminta menyenaraikan nama peserta. Niat dihati tu memang nak bawak satu UiTM Johor, tapi apakan daya, kuota yng ditetapkan hanyalah 30 orang. Maka bila disenaraikan , ade la bunyi-bunyian butiran kata dari sahabat-sahabat yang menyuarakan rasa kurang berpuas hati..dalam erti kata yang lain, [nape x name aku?]..
Persoalannya, suara2 itu kedengaran tika saat sy mula mengedarkan kain pasang [untuk peserta wanita]. Kenapa tidak sebelum itu?..Namun, sy tetap harapkan bahawa yang terpilih [bukan semua nama peserta hasil senarai sy] itu membuktikan merekalah yang terbaik.
Alhamdulillah semasa hari kejadian, kontinjen UiTM Johor adalah yang ter'smart' skali [atau sy perasan sorang2?]. Kami menang tempat kedua pertandingan sepanduk.
Moga semangat Kemerdekaan ini akan sentiasa segar dalam jiwa rakyat Malaysia. Bukan hanya semangat tetapi, KEMERDEKAAN ini juga kekal di bumi Malasia.
kontinjen UiTM Johor
Semoga KEMERDEKAAN juga menyemarakkan kejayaan MALAYSIA dipersada dunia, InsyaAllah
No comments:
Post a Comment