Sunday, July 12, 2015

Ramadhan 2015

Ramadhan 2015 hampir ke penghujung.
Moga kebaikanya dibawa bersama sentiasa
Moga berjumpa lagi di 2016

Berdoa dan berharap agar ahli keluarga masih dapat berjumpa, melepaskan rindu di hari gembira.

#throwback2014

Friday, March 20, 2015

Banjir 2014/2015 #Throwback story

Penghujung 2015 dan tahun baru 2015, diakhiri dengan bencana banjir melanda negara. Kawasan yang terjejas teruk, Negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Ujian untuk negeri di Pantai Timur. Ujian yang dibaca merupakan amaran dari langit untuk kita semua.

Kampung Megat Segama, Temerloh Pahang , yakni kampung gue tak terlepas dek bencana bah kali ni. Kali terakhir air banjir sampai rumah tahun 2007. 2010 saya merasa banjir tika di Segamat. Tapi kedua-dua bah itu, tidaklah seteruk mana. 2007 air sekadar 3 kaki dalam rumah. 2010 di Segamat, air lalu je dalam rumah anggaran 2 kaki dalam rumah. Banjir 2014/2015 memang menguji mangsa banjir yang terlibat. 

24 Disember 2015, saya mulakan perjalanan alik kampung jam 9.00 malam lebih kurang. Asalnya bercadang nak balik esoknya, tapi hati kuat meminta balik segera!. Info dari rakan-rakan menyatakan air dah mula memanjat jalan dibeberapa kawasan sepanjang perjalanan Segamat-Temerloh. Dengan lafaz Bismillah, start kereta dan gerak. 4 Kali meredah air Sungai Pahang yang bah atas jalanraya, dan 1 kali terpaksa naik tow truck dengan bayaran RM 70.00/100meter ($$$$), Alhamdulillah, selamat sampai. 

Pada masa tu, air Sungai Semantan kat kampung jauh lagi. Meskpun dah mula melimpah dikawasan yang rendah, tetapi semua orang kampung bertahan. Masih terlalu awal untuk bertindak. Keksokannya, 25 Disember, air mula naik deras. Akhir sekali, kami semua berpindah ke SK Mentakab Jaya. Mak, Long, Farah, Khadijah dan Hanny ditumpangkan kat rumah mokde. Layan gambor jela.. Cerita banyak pun penat nak menaip hehehe .

CiDeBab Meredah air dengan Tow Truck

Air 'jauh' lagi. Tapi, air naik laju 


Bakor ajelah semuanya.

Tanda Gelap tu, aras air maksimum
Lumpur sana sini
YB buat rondaan.

YB buat rondaan sampai bandar

Air dari arah depan rumah

Seronok lagi la nak main air. 

Mampu pandang je. Kain kat ampai pun lum angkat lagi ni.

Dah start risau. haha

Banjir lain cerita, makan mesti diutamakan

On The phone. Tanpa sedar, air dah naik sampai buku lali.


Menu orang banjir

tolong la apa yang boleh 

Team memasak

Muka kasi senyum, kak

Tumpang beradu

Bantuan 

Agihan  bantuan

YB sebenar


Adik-adik

Team misi bantuan

Sukarelawan Darul Ta'zim

SPM 2015. All The best

Antara yang datang menghantar sumbangan

Nota belajar!

Sentimental :(

5 - 7 Mac 2015.
Menghadiri bengkel Perancangan Strategik Staf Residen Kolej. Nama ringkasnya adalah SRK.SRK adalah individu yang dilantik (melalui permohonan) dan dipertanggungjawabkan untuk pembangunan dan kebajikan pelajar di kolej kediaman. Tapi, kes gue bukanlah orang yang bertanggungjawab di kolej kediaman, tapi kepada pelajar NR UiTM Johor. NR ni apa pula? NR singkatan kepada Non-Residen yang merujuk kepada pelajar yang tinggal di luar kampus ataupun dalam erti akta lain yang tidak mendapat kemudahan kolej kediaman. Jadi, tanggungjawab SRK NR adalah untuk menjaga kebajikan dan melaksanakan pembangunan sahsiah bagi pelajar NR tadi.

SRK NR di UiTM Johor ada 3 orang je pun.Gandingan mantap 3 orang ni terdiri daripada gue, Ustaz Kamarulzaman yang bertindak sebagai ketua kami, dan Puan Azurah. yang sentiasa cool. Gue boleh cerita la yang gue seronok dengan team SRK NR yang ada. Ditambah pula dengan pautan kuat kami, Ketua UPKNR, En Rahim dan Puan Rafidah yang sememangnya sentiasa praktikal dan kecoh-kecoh. Team ini, gue boleh klasifikasikan team yang jarang berjumpa, tapi masing-masing tahu menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Pada gue, En Rahim la yang bijak menyusun team NR ni. Dia tahu 'strength' yang dia perlu ada dalam usaha pembangunan pelajar NR.

Cabarannya? kata orang, cabaran SRKNR ni agak bersar. Menguruskan (tak lah menguruskan sangat) lebih kepada memastikan bahawa pelajar NR ni dapat menjalani kehidupan sebagai pelajar walaupun tidak tinggal di dalam kampus. Perkara utama, sememangnya berkenaan hal kebajikan dan keselamatan pelajar NR. Hal yang tiada tolak ansur walau apa pun yang difikirkan. Cabarannya mungkin berbeza dari SRKNR yang lain, tapi bagi saya ada beberapa cabaran yang dihadapi terutamanya dari segi kelemahan diri saya sendiri :

1. Hubungan dengan masyarakat setempat
- Agak menjadi cabaran kepada saya kerana saya bukanlah orang tempatan (bukan alasan pun sebenarnya). Tapi, cabaran ini dianggap sebagai cabaran yang berat kepada saya kerana saya lebih banyak masa di dalam kampuis berbanding di luar kampus. Hingga kini, saya masih belum dikenali oleh masyarakat setempat sebagai SRKNR. Saya cuma mampu bergerak sendiri dan bertindak sendiri  sekiranya ada masalah pelajar yang berkaitan dengan masalah steempat. Siskit-sikit saya belajar dan megenali masyarakat setempat dalam tersenngih-sengih dan malu-malu kucing kononnya.

2. Pengurusan Masa
-Pengurusan masa sangat penting!! Bukan sebagai seorang pelajar, bahkan sebagai seorang yang telah berkerja juga memerlukan pengurusan masa yang sangat bijak. Saya bukanlah berjawatan tinggi pun. Tapi, saya merasakan (perasan sendiri je) masa 24 jam yang dianugerahkan itu tak cukup. Hakikat sebenar, sendiri yang tidak bijak menguruskan masa. Bab ni kena belajar lagi. Terfikir-fikir, macam mana lah orang yang berjawatan tinggi-tinggi yang lagi banyak dan besar tanggungjawabnya tapi dapat menguruskan masa dengan sangat baik.

3. Ilmu dan pengalaman
-Saya tak pernah jadi NR masa saya student!!!! jadi, saya takde pengalaman pun sebagai seorang NR. Jadi, saya perlu banyak belajar dan memahami jiwa seorang NR.

4. Tugas Hakiki vs Tugas SRK
- Ada ketikanya, ada sedikit konflik antara tugas hakiki dan tugas SRK. Apatah lagi yang melibatkan aktiviti sukan pelajar NR. So far, setakat ni boleh manage. Alhamdulillah, bos Sukan dan bos NR memahami situasi dan kondisi. 

5. Membentuk Pemimpin
-Pembentukan pemimpin atau lebih khusus lagi, pembentukan Jawatankuasa Perwakilan Non Residen (JPNR) meruapakan satu cabaran yang paling seronok saya hadapi. Yang mana, satu bidang dan peluang yang saya ada untuk berkongsi pengalaman dalam kepimpinan dan survival hidup. Saya menggunakan sepenuh pengalaman dan pengetahuan yang saya kutip semasa dalam PALAPES dan MPP semasa saya seorang pelajar. Alhamdulillah, pengalaman itu banyak membantu. 



Setakat ni, rasanya itulah cabaran yang boleh disenaraikan yang saya fikirkan cabaran tambahan kepada SRK NR. Banyak juga cabaran-cabaran lain yang mana juga memberi kesan kepada cabaran yang disebutkan tadi. Sehingga ke hari ini, saya mesih belajar dan ingin belajar bagaimana orang yang berjaya, berjaya meguruskan segalanya. In Shaa Allah.

Wednesday, February 18, 2015

#Throwback Raya 2014. Biru sana sini :)

Angah's Family

Ali's (Pokde) Generation

7 Siblings

7 Siblings

All the cucu's

Semua ahli waris

Long's Family

5 Disember 2014.

Terasa baru je menguruskan jenazah arwah Angah. Hakikatnya, dah setahun awak tinggalkan kami. Bahkan, masih terngiang-ngiang perbualan terakhir awak sebelum kemalangan. Bahkan, masih terbayang awak tersenyum seikhlasnya malam sebelum kejadian. Bahkan masih terasa ciuman salam perpisahan. 


Doa yang tak putus.Moga awak sentiasa tenang di taman syurga.

Tuesday, February 17, 2015

Post ACL Recons : Part 2

16/03 : Discharged!
Dari tengahari, sampai ke Petang. Semangat tunggu surat discharged.
Angah yang datang amek dari hospital. Acah-acah tak sakit dah la. Balik umah, katil memang dah tersedia kat ruang tamu. All kelengkapan dan siap sedia. Memang before admit dan prepare semua tu supaya mudah di kemudian hari. 

Sakit pun dah hilang. Pain killer makan bila rasa sakit mula menjengah je. Antibiotik tetap consume sampai habis. Hari pertama kat rumah, pun tak buat apa sangat. Terbaring je. Takut nak bergerak banyak. Solat, mandi(lap-lap), wudhu', makan, semua atas katil. Bermula lah pantang makan. Hari-hari makan gulai masam (orang Johor panggil gulai singgang), nasi putih. Apa yang paling horror sekali time terlantar? haha.... Time nak minum Pati Ikan Haruan!. Consume pati ikan haruan supaya luka operate cepat sembuh. tapi, Ya Allah, hanyirnya....Nauzubillah... Cara gue makan? 1 Teguk sikit pati ikan haruan, then cepat2 teguk twister oren. Nak bagi hilang rasa pati tu. 

1st day makan , rasa macam dah tak nak minum dah mende alah tu. Tapi, cekalkan hati, kuatkan jiwa(cheewaaahh)  kena minum jugak! Sebab nak baik cepat. Then, rutin lain, petang sikit tukar pad dressing kat luka operate. Hari ke-3 nampak macam merah sikit kat jahitan. Snap picture, whatsapp kat Dr. Ronny (Handsome Comel). Katanya, macam ada infection sikit. Tapi, takpe, teruskan antibiotik dulu. Hari kelima, Dr Ronny suruh datang hospital. Nak check infection and boleh bukak jahit kalau dah ok. Maka, jahitan tersebut di buka lebih awal dari tarikh yang ditetapkan. Automatik gue dah tah payak nak jaga sangat. Boleh mandi sesuka hati . :)

Masuk minggu ke-2... Hati dah meronta-ronta nak tengok dunia luar. Dengan cekal dan berhati-hati, gue cuba-cuba masuk dalam kereta. Cuba-cuba start enjin kereta. dan, akhirnya cuba-cuba tekan minyak, brek dan keluar rumah  :)

Tapi tak gi mana sangat pun. Sekadar test tempat yang berdekatan. 
Minggu depannya, start g UiTM. menyibuk-nyibuk kat pejabat, court . Then, secara rasmi masuk kerja semasa MC masih berbaki 3 Minggu.

Saturday, April 26, 2014

ACL Reconstruction & Meniscus Repair

Dan, akhirnya hapdate blog setelah sekian lama (Cliche statement). Sebab, each time mulakan writing, itulah perasaannya. Ada masanya nak delete je terus blog ni. Tapi, ada juga baiknya, simpan je.

This time nak share experience buat operation ACL reconstruction + Meniscus Repair yang di buat bulan lepas, 13 Mac 2014.

12 Mac 2014 : Diarahkan admit ward. Seminggu gua berangan, nak g check in wad, then nak outing pas tu. Konon konon macam check in hotel. Tapi, alangkah terkejutnya, bila sampai je wad, terus di hadiahkan uniform hospital + pakej kena sound sebab daftar lambat. Ha Ha Ha. Sekali, terus tukar uniform, terus kena pasang IV, terus kena amek darah, check bagai bagai. Haish!!. Why it so soon?? terasa cuak pulak.Hei, gue sihat lg tau!. Then, 1430, Dr Anaest call up , brief pasal bius and bagai-bagai+pakej kena marah lg sebab blood test lambat due to lambat masuk wad. ok, lh sekali, gue sengih je. Dr anest garang pulak tuh. Tapi, nasib baik gue dengar briefing beliau dengan tekunnya. Anaest plan ubat just untuk prosedur scope je. Tak tahu gue dah nak terus buat recons. So, at that time, dia kena plan anesthesiology lain pulak. Pas tu, straight away gue g solat Zohor dengan uniform baru gue. :)

1515/12/03, Recheck BP. Then, jiran baru kat sebelah kanan. Warded sebab accident, tunggu masa tuk operate. Before pergi jauh lagi, keadaan Wad, agak terkawal. Perkara pertama yang gue check, of course la Toilet!.And, toilet ok. Tiada masalah. Jiran sebelah kiri, aunty dah berusia, Also kes Ortopedik. admited sebab problem after TKR procedure. Depan  kiri, nenek cina , check in sebab tulang patah. Depan katil, check in sebab tulang patah. Jiran kanan, yang accident tadi. So far, ada 6 katil, 1 katil kosong.

1730/12/03 : IV Drip membuatkan keadaan tak selesa. Sakit. Baru satu jarum dah sakit beria. Terbayangkan arwah Angah (Zyqa) yang di cucuk merata-rata, Allahuakbar.Betapa sakitnya dia. Dari itu, menjadi kekuatan saya untuk terus bertahan sampai habis prosedur. Then, doktor in charge datang, with consent letter.Sign it, settle. :). Doktor syafiq namanye. Dia cakap, kena puasa 12 hours before. Gue punyalah pulun makan before that, siap order chicken grill lagi.Puasanya, siap tak boleh minum air tu. Haish...Gue dahla kuat minum air. Tapi, takpelah untuk kemudahan masa hadapan. Jadinya, bermula la kisah puasa gue.

0722/13/03, routine check up. Nurse kasi uniform putih pulak. Uniform untuk OT. Seksi meksi. Tengok pun malu sendiri. Apakan daya. Itulah prosedurnya. Hentam saje la labu.
0900/13/03 : Di tolak ke Operatioan Theatre (OT). Time ni bertambah tambah cuaknya. Dengan sejuknya OT tu, tengok doctors pakai penutup hidung, baju biru. Phewwww!! Kecoh betul hati gue ni. Padahal nak operate kat lutut je.

At first, di tolak masuk OT, then, staff buat prosedur. Time ni, semua benda dibuat oleh dieorang. Alihkan tangan pun dieorang buatkan. Tung-tang, tung -tang, pasang semua alat, then saat yang gue agak takut tiba. Anaest procedure. Rata-rata mereka yang share experience ni cakap time nak bius adalah time yang paling sakit. Gue rasa macam gue berpeluh kot dalam OT yang saaaaangat sejuk tu. Arahannya, duduk. tahan ada sorang staff tahan belakang badan, Dr anaest pun buat kerja dia. Di tekan-tekan tulang belakang, then di cucuknya. Gue mencari masa yang paling sakit untuk merasai kesakitan. Namun, Alhamdulillah, dipermudahkan. Gue tak rasa sakit pun.Perlahan-lahan kaki mula rasa berat, kebas dan tak rasa langsung. Bahkan terkejut bila disuruh baring semula. Ok, part yang mengerikan gue settle. Then, semua procedur dah setle, doktor-doktor yang familiar pun masuk OT, Ada Dr Zakhri, Dr Wong and Dr Fuad. Doktor ni datang dengan muka senyum macam nak sambut birthday je. Haha... Then, Dr Zakhri introduce, cerita sikit-sikit. Monitor kamera dihadapkan betul-betul depan gue. :)

Awal-awal, khusyuk gue dengar Doktor brief pasal semua prosedur yang dibuat. Tapi , lama-lama gue rasa mengantuk. Kesan dari ubat yang di beri before masuk OT tadi. Mengantuk, + kaki dah mula lenguh, rasa tak selesa, hati gue dah mula panas. Memang rasa tak selesa langsung. Ambil keputusan, tidur je. Tak tahu berapa lama gue tertidur, dalam tidur tu, sedar jugak la doktor tu bercakap-cakap, sedar juga bila lutut bergegar kena gerudi, kena ketuk, macam-macam la. dah macam tempat bertukang pulak. Kemudian, tetiba rasa loya, tak tertahan, nak muntah. Nak bercakap memang tak boleh, topeng oksigen kat muka, Terus gue capai lengan Dr Zakhri,tunjuk je nak muntah. Fuh...terus muntah... Lega... Tak lama lepas tu, sekali lagi gue muntah. Maybe sebab ubat bius. Sebab, before muntah tu, Dr Anest drip Ubat lg.. Then, gue sambung tidur. Sedar-sedar, Dr Zakhri cakap, dah siap , and pasang knee brace. Staff lain pulak sibuk membokar semua alat-alat yang dipasang tadi. 

Bilik OT tu sangat sejuk, tapi sepanjang prosedur, kat badan dipasang alat pemanas, so tak rasa sejuknya. Tapi, bila di bukak je alat pemanas tu, sejuknya mak aih.. GRRrrrrrrrRRrrrrR. Tak tahan. Then, stay  kat holding area, untuk observation.

1300/13/03 Check out dari OT. Di tolak ke Wad semula. masa ni, baru rasa macam orang sakit. Bila nak transfer katil pun orang lain kena tolong. Geram tengok kaki yang tak boleh digerakkan. Rasa nak menangis pun ada. Cuba nak angkat kaki, tak boleh. Cuba nak bangun, pun tak boleh. Allahuakbar.  masa ni, memang takut. Terbayangkan kalau terus menerus tak boleh bagun, macam mane la . Masuk wad semula, mase ni steady lagi. ubat bius pun ada lagi, + dipasang epidural, tuk continue tahan sakit. Memamg kena stay atas katil je. Perut dah lapar, tapi belum boleh makan. Tak lama lepas tu, nurse suruh try makan, kalau tak muntah, boleh terus makan. kalau muntah, tak boleh makan lagi. Then, laju je gue makan, steady. Tak muntah. Tapi, gue tak boleh makan beria. Sebab, tak boleh pergi toilet. huhu. At first, minum pun gue control, sebab tak boleh g toilet. Then, dr anest datang, tanya soalan lalalalalala, akhir sekali, dia cakap kena pasang CBD!!!arghhhh!! ni antara yang gue tak nak..huhu.at Last, pasang gak la....... Adeh!.
Sepanjang hari, gue steady je. Atul teman siang, Rafidah jaga malam. Mandi lap2 atas katil.

0500/14/03: pagi-pagi lagi gue dah muntah, repeat vomit at 0700 lebih kurang. Then, mula rasa sakit yang amat. Tahan lagi, berlagak steady lagi. Pas tu, menangis jugak. Ha ha. Sakitnya, tak tahu nak ckap. Then, disebabkan gue vomit, epidural pun off. Fuhhh, lagi bertambah sakit. Menangis betul. Memang tak tipu. Masa ni memang cakap, menyesal pulak operate. Sampai petang kot gue menahan sakit. Mencari jalan camna nak ilangkan sakit. dan, betullah kata orang, ziarah orang sakit itu dapat mengurangkan rasa sakit yang dialami oleh pesakti. Gue berpengalaman pasal ni. Petangnya, datang keluarga Angah, kemudian, datang pula team Handball. berborak sakan, gelak, hilang rasa sakit. Memang mujarab.

15/03: Alhamdulillah, sihat sepanjang hari. Hari ni bukak balut, dressing.
16/03 : Discharge!!!1Yeayy... :)