Monday, August 13, 2012

HARI KE-57

Hari ke -57 selepas 17 Jun 2012. Harta benda senang untuk diganti. Sememangnya begitu. Apa yang dicipta manusia memang boleh diganti. Tapi, apa ciptaan Allah untuk manusia, mesti di pohon padaNYa. Saya dan menggantikan JeJaKa sayang dengan C-DeBab...Alhamdulilah , dia semakin baik dengan saya, tapi saya gagap lagi nak bawak kereta Auto ni.
**********************************************************************************
Angah, hari ni hari ke-57 awak dok terbaring atas katil awak tu. Dari hospital Segamat ---> Hospital Sultanah Aminah,JB ---> Hospital Kota Tinggi.
Hari-hari along jaga angah , melupakan kejap aktiviti harian yang lain. Sentiasa mendoakan along agar sentiasa sabar, tabah tuk jaga awak.
Sejak 17 Jun, saya pun dah jadikan  hospital tempat percutia saya. Kadang-kadang pergi petang, pagi esoknya masuk kerja. Alhamdulillah, semakin hari saya rasa saya semakin kuat tuk face keadaan ni. kalau dulu boleh katakan air mata sentiasa tumpah. Tapi sekarang dah boleh senyum. Doa dan harapan x pernah putus.
Hari ni, InsyaAllah, saya cuba memenuhi niat awak yang nak Pos kan kad raya pada kawan2 awak. Mana kawan2 awak yang dah rep text awak kat FB, saya akan poskan, InsyaAllah.
Minggu lepas saya g cari baju raye kat Segamat. Cari cari, semua orang lain punye. Yang sendiri x de pun..erm....Ntah, terfikir langsung pasal diri sendiri. Saya pun x sangka yang ni adalah minggu terakhir puasa Ramadhan. rasa macam baru je lagi mula puasa. Rasa macam baru je lagi 17 Jun....rupa-rupanya dah hampir 3 bulan melepasi tarikh 17 Jun. rasa macam baru semalam awak teman saya buat kerja kat ofis. rasa macam baru semalam awak senyum kat saya...

Allah Ya Rabb..


Sedarkanlah Nor Haziqah, sembuhkanlah Nor Haziqah

Wednesday, August 1, 2012

17 JUN 2012

Assalamualaikum w.b.t

46 hari berlalu..xde kekuatan langsung untuk bercerita tnpa air mata peristiwa 17 Jun 2012..sampai sekarang, setiap kali tengok pic yang di snap, tiap kali lalu kawasan yang sama, tiap saat merasakan dia ada bersama saya, air mata sentiasa tumpah.

17 Jun 2012, pengalaman pertama saya bila awak ditimpa kemalangan yang menguji semua orang. Menguji ayah dan ibu, along , keluarga awak, menguji saya atas nama redha dan berserah. Hingga kini masih belum mampu untuk ingat 17 Jun 2012 dengan kuat. Pasti air mata tumpah dengan doa yang tidak putus untuk kesihatan awak.

Allahuakbar...segala-galanya berlaku tiba-tiba.....dalam masa 2 minggu sebelum, semua karenah awak keluar. Dari merajuk, marah, makanan,baik sebaik-baiknya...menangis..semua saya tengok...yang paling berkesan dalam diri saya, at the end, awak sangat baik, menerima apa nasihat saya, dan awak buatkan saya menangis kegembiraan bila awak PM sy.saya sangat bersyukur masa tu.

Ya Allah, rupanya awak tau awak akan berehat lama dari karenah awak untuk saya. 16 Jun, awak tetap teman saya kat court walaupun apa yang saya buat menda yang awak x suka...For the 1st time, saya nampak awak setia tengok saya dari luar court, berpanas dengan muka yang amat baik walau awak x bersorak macam biasa. Sempat juga malamnya, awak teman saya kat ofis tanpa merungut langsung even sepanjang hari ada kat court.Dalam pada tu, sempat juga awak request tengok movie. Saya abiskan kerja, then tengok movie kat One Segamat..movie pilihan awak ....

Then, balik rumah, tepat 12.00 malam awak text saya mengingatkan saya tentang sesuatu yang x terfikir dikepala saya masa tu. (well, tarikh adalah satu perkara yang susah saya nak ingat n u know that). Tersenyum sendiri time, tu. Out of sudden, saya teringat yang ada satu report saya x amek kat ofis. Dengan senyum awk kata, esok keluar awal, kita g amek kat ofis. Sebelum tdur, sempat saya cakap saya risaukan awak drive sorang-sorang sok nak balik bandar tenggara. Awak just jawab "nak risau apa, bukan x biasa drive sorang2"..ermmm, x terjawab ..

17 Jun 2012, Awal pagi.....dah bersiap..awak tolong kemaskan beg saya..masukkan bubu dalam beg..Then gerak masuk ofis . Lbh kurang 7.30 pg.....setle kat ofis, kul 8.15 gerak.

Sempat juga awak tanya "Ermmm nak gerak pagi ni ke nak balik bilik dulu"...dengan tanpa prejudis kata saya, 'kalau balik bilik, comfirm tdo, ptg baru gerak"..awak cuma yakan je...takde syak wasangka langsung apa yang bakal terjadi. Allahuakbar -Kuatkan hatiku-

Sampai kat mesin ATM, sempat saya withdraw dari ATM Bank Islam, amek barang dalam JeJaKa, naik Unser UiTM, terus gerak...sempat saya pandang awak sebelum keluar ari pagar UiTM. Kala tu awak x menampakkan pun yang akan bergerak di belakang saya...Sepanjang perjalanan ke bandar, kerap juga saya pandang ikut side mirror kanan, tapi x terpandang ada awak pun. Sampai kat tempat tu, Lori mula masuk jalan saya....Sempat mengelak dan lori terus hilang dari pandangan. Allahuakbar,...mata saya mcm terpandang front skirt tercampat tengah jalan, tapi orang lain x nampak.....dengan ucapan syukur, kami terus je tanpa terfkir langsung yang awak ada di belakang di hentam oleh lori tadi dan dalam keadaan bersyukur. Allahuakbar-kuatkan hatiku-

Sampai depan taman bendahara, abang kanai call menyatakan JeJaKa dilanggra loi. DUP!!! luluh gugur jantung saya. saya cuba bertenang..Saya call: Kali pertama, ringing Percaya Padaku ada tapi x diangkat. Call Kali ke-2: tuut..tuut..tuuu. kali ke=3: tuut,tuut,tuut..Hati saya berdebar. minta driver patah balik dan dalam hati masih mengharap yang awak balik bilik.Saya call ain: tapi xangkat...Allah.Allah.Allah........hati saya celaru...Terasa beapa lambatnya Unser yang saya naik tu bergerak....

Sampai je tempat tu, saya terjun dari kereta, jenguk awk terlantar dlm JeJaKa. Allahuakbar..Saya mula menggeletar..Panjat lori, terjun lori , sy panggil awk.....Angah!Angah!Angah!......awak tersedu, menangis dan menyahut dalam keadaan menahan sakit. Allahuakbar. Saya tahan air mata...sy xnak awat tgk sy menangis.. saya nak awak kuat mcm sy!!!.

Allah.Allah.Allah.......saya kalah juga. air mata mengalir tanpa sy sedar..JPA dan ambulan smpai sambil tu sy call ayah...inform kat ayah...
Awk dapat dikeluarkan hampir lebih setengah jam saya agak..dengan bantuan orang ramai dan Bomba , ambulan dan JPA.....bila dah keluar, awak dah x sedar...saya tinggalkan semua kat situ, yang penting saya nak berada dgn awak. Sempat sy snap and capture video, Supaya nnt bila org tanya, sy xnk cerita, sy x sanggup nak cerita.

Saat hampir terputus nyawa sy bilamana awak dah mula x menyahut panggilan saya masa awat tersekat dalam JeJaKa...ada satu ketika awak seolah2 berhenti bernafas...saya panggil awak!awak xmenyahut,. tiba2 awak sambung semula bernafas dengan darah dari hidung. Allahuakbar.....apa lagi sy boleh buat?

Awak. doa saya x putus untuk awak, sentiasa mendoakan awak akan sedar, sembuh dan dipanjangkan umur. Allahuakbar... saya aan sentiasa kuat untuk awak kuat.

Ya Allah, sembuhkanlah Nor Haziqah, Sihatkanlah Nor Haziqah, Panjangkan Umur Nor Haziqah,Sedarkanlah Nor Haziqah...

Amiin....

*Awak : NOR HAZIQAH BT IZAL, sahabat saya.sehingga kini masih koma di Hospital Kota Tinggi akibat kemalangan di Jalan Muar, Segamat pada 17 Jun 2012
*Mohon doakan semoga beliau cepat sembuh dan sihat.






Thursday, April 26, 2012

JIWA & JASAD


Bilamana ia berlaku
Bilamana ia Berlalu
Bilamana ia berpecah
Bilamana ia berderai
Bilamana ia retak
Retak menanti belah
Retak membawa duka
Retak menghenyak Jiwa
Retak mencarik senyuman
Retak menampar gelak tawa
Tatkala senyum mengurik
Ada cuka menyiram
Tatkala gelak tawa tergaris
Sinaran Jelingan membunuh
Tatkala bahagia menyinar
Api kemarahan menyimbah
Menghenyak bahu.

#16 April#9.30am
//iman

DURI

Duri dalam sifatnya yang menyucuk
Menyusur kulit
Munyucuk dalam daging
Merobek Isi daging
Daging terobek
Mengalirkan darah hanyir
Bau hanyir darah
Menusuk rongga hidung
Tangis tiada kelihatan
Kerana duri durjana
Duri durjana yang tidak kelihatan
Sehingga menghasilkan nanah kekuningan
Juga yang tidak kelihatan
Duri yang tersorok 
menghasilkan Hanyir dan Hapak yang menyucuk2 hidung
Bila datang si baju putih
Dengan sinis membawa haruman
Bagi menutup hanyir hapak nanah kuning dan darah kotor
Terpalit juga baju putih
Hanyir tetap lah hanyir
Hapak tetap la hapak
Yang dapat menyucikannya 
Hanyalah 
Air Mutlak


#9.00pg.April 2012#

Monday, April 16, 2012

JANGAN PERASAN BILA ADA JAWATAN SUME ORG AKAN LAYAN KITA BAIK2 YE

haha......tu die..panjang sket tajuk..As usual..Menaip [bukan menulis ek) di blog dikala hati ngah panaszzzzzzzz jer.
Actually, ade banyak perkara yang berlaku dalam tempoh skip menaip kat stronglifeiman ni. Macam2, tapi kalo nak diingatkan semuanya mmg patah semangat. Tapi yang nak dikatakan ni beberapa part ;a yang rasenya banyak memberi pengajaran dan pengalaman.
1st, baru pas abis event yang di organize by my unit..Kejohanan Futsal 1M Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor 2012 (yg manaorg len xde pun sambut, kami je yg wat event, sengalla Pejabat Daerah ni....). Sampai skrg masih dipersoalkan Hari Keputeraan tu.....nnt2, bila gue dh x tahan nk jwb,nk scan je surat tu,upload..sng cite.
So far event berjalan dgn lancarr.Alhamdulillah....tanpa insiden yang berat2/teruk...Cuaca yang di anugerahkan juga sgt baik. Perjalanan event sgt lancar. Crew yg mantap dan sgt berkomitmen. Yg boleh dikatakan ,mmg Mantap la..Terbaik.....
Dalam sibuk2 nak event tu, yang mana staf Unit Sukan yang tinggal juz 4 org je..mane nak cekau lg crew, Alhamdulillah ade adik2 yg sudi membantu .Dura & the gang, Pyan & the gang, Maman, Nina, Khalida..yang sanggup berpanas kat court. Ade yg sanggup dtg dari jauh. Terima kasih yg x terhingga kepada crew yg ade. Asalnya tak terbayang yg event ni akan jadi sebesar (even x la besar sgt) ni. Tp, Alhamdulillah.....ianya mejadi sebegitu. satu pengalaman yng akan dikenang. Penat hilang lepas sumenya berakhir.

Dalam nak organize tu pulak, hari khamis,12April, dapat call dari bos, menyatakan akan ada Interview Calon Student FSR on Monday (ari ni). Ape lg,,,,,oK JE la.....perkara yg dh biase buat..Then person yg akan dtg ke Segamat tu pun (yg akan conduct I/V) pun call. Minta tlg arrangekan penginapan "Kin,mintak tlg arrangekan penginapan kat Rumah Tamu".then, i said "insyaAllah...sy arrangekan"..Its on Thursday. Biasela,sy mmg pelupa....on call ngan that person pun time ngah nak turun kete dari mane ntah....
Hari Jumaat, dh bz2 ngan event Futsal. Dalam kehulu kehilir tuk event futsal, terpergi ke Pejabat rektor, ternampak la surat dari FSR psl I/V. Dengan ikhlas hati, terus tanye PA Rektor "Eh, dh sampai ek surat ni?" ..PA Rektor pun dgn selambenya jwb "EH dh..dh lame dh edarkan"..dengan kompiusnya gue tanye semula "Eh..ye ke kak?x depun dpt"..leh kerana gue nk cpt, gue pn x tunggu jwpn dari die, gue blah k siapkan keje len. Terus lenyap kat situ.Dalam lenyap2 tu, sempat la mintak tlg staf (Abg Saim) g order Khemah ,P.A and kerusi kat Fasiliti. Alhamdulillah, setle.
HAri Sabtu,jumpa ngan tauke Rumah Tamu, dengan berhati2 dan tersenyum sipunye menanyakan ."En...... Rumah Tamu kosong x sbb ade MR. dari Shah Alam nk dtg la de bla.bla.bla.bla" ...Dijawab "Ok..tp nnt sy check ngan Si ;;;;;; tuk pastikan dulu & blablablablabla"...Sy dgn sng hatinye "OK"..maka berlangsung la hari Sabtu dn penuh senyum lebarnya bila event berjalan lancar dan tugas lg 1 pun dh bole kate Ok la....Smpai umah tu dia......dh dkt kul 10 gak....
Pg Ahad...dtg keje dgn penuh semangat.Maklumla, dpt masuk Div. 1..and lawan lak dgn harapan yg besar dan cerah.Tp, nasib x menyebelahi la....Penalti x masuk..hahahaha..PUNCA!. tp xpe...pengalaman.
Syok punye syok kat event , sampai keMajlis Penutup, makan berakhir la event.
Bila habis je event, dh mula dah bibit2 nasib malang nk dtg bila dikemukakan pertanyaan ."Camne duit wang tunai bole jadi RM 1,000.00?!!" ,.....hahaha .ape nk dijawab?DongDingDong!..senyum jela....."Kalau x, xde org nk dtg,Dr."..tu jela yg mampu dijawab.Ok..mmg sy xde talent dlm nk memberi alasan tuk menyelamatkan diri....Dang!!!!!Padan muka aku..
Pas tu, blk umah ,relaks2 makan kuew teow , then tertidur tanpa MANDI. Tetibe lagu hp berkumandang, "kin, Kunci Rumah tamu camne? .Alamak!!!!Rumat Tamu that person lum confirmkan dgn tauke .Manpus aku. "erm..sorry,lum confirmkan lagi dgn asrama.Jap ye sy call tauke.Pas tu sy call smula" Terus text "Tauke, Ruma tamu semalam camne ye"..Then tauke rep "alamak Kin. Bla.bla.bla.bla.bla"..."hah?!" adoiyai!!!Dush! tumbuk pipi sendiri...Then dgn segala hormatnya gue pun text that person " Sorry la Sir...RumahTamu xdpr disediakan"..Lum sempat tunggu die rep, gue tertidur semula.......

Dlam tidur trdengar lak bunyi lagu..."Eh,mcm kenal je lagu ni.....Oh.HP bunyik"..tgk2 name tauke besar ..hahahahahaa...ape yg x betul ni...Tup2...Gue kene sound daaa "Kin, camne ni?u dh janji ngan that person kate nak bla.bla.bla.bla.bla...................(.panjang gak la)" dgn blur,panas hati, geram, marah sume ade mls nk dgr lagi, ok...tltk fon. Then chech HP,,,rupenye Bos dh call dulu. Chech Inbox .rupenye ade di reply " Sy dh maklumkan pada tauke besar dan bos"...dgn hati yg lapang, gue jwb jela"Ok.NoProb"....ape ade hal... Bagitau la.....gue bole wat ape kan. bermula la episod prasaan nk bunuh org ni....ambek kau...sume cite gue korek......
Pagi2 ni smpai dh jadi hal.Mr Security tanye: "Kin, IV Sains Sukan katne?".dgn penuh yakinnya,gue jwb " Kat ofis bawah,kat gym".....smpai2 je kat tmpat mencari rezeki, dgn yakin lg, bg jwpn yg same....Tup2 rupenya ade dh Big boss (Big=fizikal) dh tetapkan tempat.skali lagi gue terkena...Tauke besor call lg "Kin, camne no,polis bantuan sume xtau, dieorang sume xtau nk g mane.camne wat keje ni?"....gue...'hah????!!!.tauke, kami dh brief kat that person camni camni camni.Kebiasaanya,,.and, Big Boss pun x bgtau n x maklumkan pun kat kami die dh tempah tmpat"...Tauke besar kata "haaa tu la..kebiasaannya aje"....Dush!!!!hempas pintu kete...hahaha..x psl2 JeJaKa jd mangsa...dum dum dum....kat tmpat yg Big Boss tetapkan kosong!.Xde yg standby..Apakah!!!.oK, Antar mama iman naik atas..Pas tu x cukup lg? utusan bounzer lak naik ats.....gue xle nek atas ni..kang IV ntah kemane,org ntah kemane..

tula die..KISAH ORG BESAR YG KONON2 BESAR, TAPI MMG FIZIKAL BESAR YNG RASE2 AKAN DILAYAN MCM ORG BESAR WALAU DIMANA DIE BERADA..
HELLO!!!MELAYAN ORG BUKAN TUGAS HAKIKI SAYA!!!
AWK KAN POWER DLM MANAGEMENT, TAPI TMPAT TIDO SENDIRI PUN NAK ORG MANAGEKAN..
BILA TEORI XDE PRAKTIKAL..

ok. Sekian...

Monday, February 13, 2012

Berkira

Berkira?=Kira kira?....x langsung kan...
'Macam anak haram'....ha tu la die.....lega asenye....btw, pencarutan tu di quote dr status 1 of my fren ari ni..maybe berkongsi prasaan yg same tp sbb yg lain la of course...Tapi yg digeramkan ni masalahnye macam bebal pun ade...sebelum On,cakap ok...x kisah,redha.....Bila dan On, sibuk bising2, tanye claim itu, claim ini...Hadoiyaiii..xtanye direct lak tu.......pe hal la...mmg tob'an la....sy x caye dh lau camni. nak ngungkit tu malas...lagipun x baik,,,,tapi harap2 die ingat la.......jgn berlagak sgt dengan kemahiran yg satu......tp bab keje....sibuk nak mengalih keje je...blah la weiiiiiii.[menyesal pun ade..)..hadoiyai!

Friday, January 27, 2012

Give Up

Saya Give UP.......Give up sgt..Sangat2 Give up.......Give up gile....

*Allahuakbar Ya Rahman ,Ya Rahim..Moga hatiku di perkukuhkan..permudahkan urusan kerja ku.Ringankan bebanku..Dekatkan hatiku denganMu.
*Allah Ya Rabbi, AllahhuAhad...Tetapkanlah hati dan jiwaku untukMu..
*Allah ya Fatah...Dekatkanlah rezeki, turunkanlah rezekiku, sucikanlah rezekiku, keluarkanlah rezekiku mengikut keperluanku seadanya.....Amin..