Arakian, 2 org sahabat, si Keras n Si Lumut , berumur hampir separuh abad...Tinggal mereka di dalam satu kawasan yg dulunye amat luas, namun lama-kelamaan, kawasan tersebut menjadi sempit dek kerana pengembangan pesat banggunan di sekeliling mereka disamping faktor pembesaran kedua2 makhluk tersebut yg semakin membesar...
Satu hari.,dek kerana kebosanan, maka timbul lah idea dr mereka untuk berpindah ke tempat baru.. Mereka bersetuju dan membuat persiapan. Masalah yg dihadapi adalah seluruh kawasan kediaman mereka berpagar....mereke mencari alternatif untuk melarikan diri. Setelah si Lumut membuat tinjauan mka mereka menjumpai satu tempat terbaik untuk meneruskan misi mereka....Jam 12.00, mereka memulakan misi tersebut. Di mulai dengan Si Keras, mereka melangkah perlahan2 ke port yg telah dikenal pasti...
Tap..tap..tap..tap...tap...perlahan2 dan dgn penuh hati2 sambil memandang keadaaan sekeliling supaya sentiasa selamat. Si Keras dan Si Lumut ini amat pandai berlakon, jadinye, tiada siapa yg mengesyaki akan niat mereka berdua...Sampai di Port yg telah di mark, mereka terpaksa merentasi halangan yang merupakan bukit 90'...mereka berusaha...Si keras memijak badan si Lumut, dan.....tergolek jatuh...Si Keras mencuba skali lg...kali ni dgn penuh hati2....Si Keras mengambil langkah atas si Lumut, kemudian melonjatkan kakinye sepanjang mungkin dn...akhirnye, berjaya memanjat bukit tersebut.Giliran Si Lumut pula....Si Keras cube tuk membantu Si Lumut dgn menghulurkan tangan nye....maka tergapai2 la tgn keduanye sambil melonjak2 kaki si Lumut utk mendapatkn tgn si Keras.... Dan akhirnye, kedua3 mereka berjaya....
Selepas itu, halangan ke-2 pula muncul....Pagar yg setinggi melebih paras kepala mereka menjadi penghalang utama.....namun, dek kerana pagar yg sudah lama, si keras yg mmg pagar dlm memusnahkan harta bende cuba meruntuhkan pagar terbabit, dn berjaya...Selepas itu, dengan gembiranya, mereka keluar dr pagar tersebut...
Buk...Buk...jatuh tergolek di luar pagar.....mereka tersenyum lebar..pada time tu, ramai manusia memandang ke arah mereka sambil menjerit2..mereka cuba menenangkan keadaan, namun tidak berjya...oleh kerana kekalutan dlm diri mereka berdua, mereka teus berlari dan tidak mempedulikan org2 di sekeliling...
Tiba2...mereka terasa seperti mereka terbang di udara..dengan lajunye, kaki mereka mengayuh2 di udara...dan akhirnye.;............................
Kedua-dua ekor kura2 td dikembalikan ke tempat asal, didalam pagar mereka oleh pegawai haiwan kat Taman Buaya Melaka........hahahahhahaha
**Kasih sayang itu penawar, penguat cinta, dan penghapus duka** Kawan saya kata, sayang itu akan menyebabkan kita rasa bahagia, tapi kalau kita sayang seseorang tetapi tidak bahagia, bermakna dia bukan untuk kta,tetapi bila ada seseorang itu dan kita bahagia bersama dia,Mungkin dia adalah untuk kita.
Thursday, May 27, 2010
Thursday, March 4, 2010
Ada Sy Untuk Die
Dulu, berada bersama dia selalu buat sy gembira. kerisauan sy, kegembiraan ni x lame. Jika dulu sy yakin akan kehadiran mengembirakan dirinye, dan kehadiran sy juga amat dihargai. Namun,dalam keadaan skrg Sy tak tahu sama ada dia pernah memikirkan atau tak tentang sy., tentang kami. Hubungan ni, ? Sy mnegharapkan yang terbaik, tapi sy tak tahu dari sudut dia. Kadang-kadang terlintas di fikiran sy, adakah dia sekadar bergembira dengan sy di waktu dia kesunyian. Seriuskah dia dengan sy? Dia sendiri takut dengan komitmen yang mustahil antara sy dengan dia. Terlintas juga dibenak sy antara sy dan die tidak akan berakhir dengan kesudahan yang baik antara kami. Lantas untuk apa kita saling menyayangi andai bukan untuk menghargai satu sama lain?.......
Tuesday, February 16, 2010
Maaf
Maaf ats kesilapan sy yg tegar memenangi hati sendiri... Moga kehidupan menjadi lebih mudah dan tenang, Same2 kita cube .....
Belum boleh
Juz Can't.. tu je yg boleh sy kata..Nape? ntah, tp belum boleh to accept all those thing .. Bukan sy yg minta, tp kita yg mulakan....,Kenape mesti ?
Thursday, February 11, 2010
KARSEi 2010
KARSEi 2010..Kertas kerjanya baru siap disempurnakan dan diselaraskan semula hari ini..Kertas kerja asalnye telah diluluskan oleh HEP UiTM Johor dan juga Shah Alam, namun dek kerana perbelanjaan yang terlalu tinggi, MSP UiTM Johor mencube nasib di KPT..Hasil kenalan mereka, jalan terbentang luas.Sy merisik-risik pada kawan2 yang berada di KPT,Alhamdulilah, sy diberi harapan kegembiraan..Sy dapat membayangkan angan-angan dan impian mereka, kerana sy pernah berada dalam situasi mereka.Cuma keupayaan di sini dan dahulu, agak berbeza. Dengan sedikit pengalaman yang ade, sy cube yang terbaik untuk membantu . Pada awalnye sy cume berniat tuk berdiam diri, namun saye mula terjebak pabila bibit konflik wujud. Atas arahan dan rase tanggungjawab, sy cuba membantu. Sy mula fed up bila beberapa perkara mematahkan hati sy untuk terjebak secara langsung. Atas rase tanggungjawab yg masih ada dlm jiwa sy, sy gagahkan juge tuk tetap bersama-sama membantu. Akhirnye, Allah meringankan perasaan sy pada hari ini dan terus membantu dan akhirnye sampai siap..Sy doakan agar program ini akan berjaya dengan gemilang . Semoga objektif program ini akan membantu dalam membina sahsiah dan kemantapan diri warga Malaysia, InsyaAllah..
*Nota: KARSEi akan diadakan pada 26-28 Mac 2010 .
*Nota: KARSEi akan diadakan pada 26-28 Mac 2010 .
Wednesday, February 10, 2010
Menghadapi Kerja
1-2 hari ni mood tuk datang kerja memang berada di tahap 40%..
Kepenatan badan tu bukanlah sebab utama, tapi keadaan mental agak stress skrg..kenapa?
Sbb sy kene buat perkara-perkara yang melambatkan kerja-kerja hakiki. terbayangkan kerja-kerja hakiki yang masih tertangguh, tapi tetibe ade pulak job lain yang dah pun melangkaui kite, di patah balik kat kite untuk diselaraskan.. Dalam penyelarasan yang sy cube buat untuk kebaikan dan kesenangan bersama, beberapa kali insiden yang mematahkan hati sy untuk meneruskannye.. Tidak berhenti setakat itu. Usaha yang sy usahakan di ambil alih dan di putarkan tanpa pengetahuan sy dan tanpa persetujuan sy. Yang lagi membuatkan sy lagi xsuke bila individu terlalu taksub dgn diri sendiri...ayat "Sy Akan,.....",,"Sy Telah.....",,"Sy Dahpun.........."".."Sy Siapkan............."", "Sy Dh Confirmkan...." mematikan niat ikhlas sy . Akhirnya, ape yg sy rase? Sy terbeban, rase terpaksa...Bile dah rase camtu, keje pun ssh la nak perfect...
Itulah yg sy hadapi. Memikirkan tuk amek cuti rehat dan tenangkan fikiran, tetapi bile kenangkan rase bersyukur dan berterima kasih atas kerjaya yg diberi, sy gagahkan juga mengusahakan sesuatu dalam terpaksa. Moga perasaan terpaksa ini akan bertukar kepada Rela Hati dan setulus jiwa, InsyaAllah...

Dalam Ketenangan
Kita masih hidup dalam ketenangan walau dengan sedikit huru hara yg dicetuskan . Mengenang kembali peristiwa sejarah negara tercinta amat menginsafkan diri sy. Semuanya amat perit andainya negara dijajah, dibawah payung negara, tetapi dinaungi belenggu penjajah. Teringat2 juga cerita dari wan sebelum die meninggal dunia, tentang betapa kejamnya penjajahan komunis dan Jepun satu ketika dulu, betapa seksanya menyorok beras untuk di simpan dari dirampas, betapa sedihnya melihat anak melayu berpihak kepada komunis..
Tapi, erti kepayahan dan keperitan tu makin ditinggalkan dan dilupakan oleh rakyat skrg. Sy mungkin jyga tergolong dalam golongan yg kdg2 terlupa erti perjuangan kemerdekaan Malaya. Sejarah yg dipelajari zaman sekolah tidak begitu berkesan dalam jiwa tuk menghayatai dan berterima kasih kepada pejuang kemerdekaan.
Disebabkan tidak mengetahui dan mendalami sejarah la, pelbagai isu perkauman mula di bangkitkan pada masa sekarang. Isu kebebasan beragama, isu bahasa, kependudukan,hak berniaga, hak belajar, hak kepimpinan..semua dipersoalkan. Tidak semua yang menyorong ketidakpuas hati , tetapi yang mendorong begitu kuat..
Termaktubnya perjanjian antara orang Melayu, India, dan Cina di Malaysia untuk hidup aman harmoni dan bertolenransi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah di sumpah janji ketika Operasi memerdekakan Tanah Melayu oleh Bapa Kemerdekaan Negara. Perjanjian yang diikat oleh nenek moyang kita itulah seharusnya di hormati oleh warisan sekarang untuk menjaga keharmoniaan negara.
Mereka yang cuba memporak perandakan negara adalah mereka yang tidak menghormati pejuang-pejuang ini. Perjanjian ini adalah perjanjian yang tiada penghujungnya, yang mesti ditunaikan oleh anak cucu untuk mempertahankan kedaulatan negara kita...
Keadilan setiap warganegara berada ditempatnya, dan hak sama rata yang dituntut oleh Kaum yang mendatang menjadikan ketidakadilan kepada Bumiputera Malaysia.
Bersama-sama kita menjaga negara ini , Hormatilah perjanjian antara ketua-ketua kaum kita dan jagalah Wasiat dari Tanah Melayu untuk keharmoniaan seluruh Rakyat Malaysia...

Subscribe to:
Posts (Atom)