Tuesday, January 19, 2016

Jumpt Street : Weekend Escape

Jumpt Street/ Trampoline park.
Tempat ni sangat dicadangkan untuk pergi. Pada mana-mana yang nak short vacation bersama kawan-kawan atau family.

Jumpt Street terletak kat seksyen 14, Petaling Jaya. yang nak pergi by group, dinasihatkan booking group dulu. Lebih bernilai dan banyak faedah. Kalau booking by group, Jumpt Street akan sediakan instruktor sepanjang tempoh melompat dalam tu dan grip socks dapat free. Boleh pilih tempoh masa untuk melompat mengikut jam. Tak la susah mana nak lompat tu. Firstimer pun akan senang catch up. Bila dah boleh lompat sikit-sikit , nanti mulalah masing-masing nak perform skill tersendiri sampai instruktor tu geleng kepala. Mula la terhantuk la ape la. Jaga keselamatan, okayh! 

Trip kali ni total 20 pax bersama adik-adik UJHTC. Lagi kecoh la tempat tu dibuatnya. Nasib baik planning cantik, kiteorng check in kat situ awal pagi. So takdela crowded. Memang macam jajahan takluk kami dah seluruh tempat trampolin tu. Kesimpulannya, memang best! boleh repeat lain kali. Kos : Entrance fee +RM5.00 untuk grip socks (lain kali kalau datang boleh guna semula).

Aktiviti : Lompat-melompat. Mula dengan main area, belajar cara melompat, kemudian slum dunk basketball, kemudian sponge jumping, kemudian high ape ntah namanye, tapi kadar lompatan tinggi dari yang lain dan lompat atas air pit.Last sekali, dodgeball!! yang ni best . :)

Tips : Melompat la sepuasnya kat semua court, kalau tak, anda akan menyesal!Setiap kali turun dari court, cuba melompat atas lantai, dan rasailah situasi tersebut. huhuhuhu

Stretching dulu

Sebelum kaki lenguh

Sis perasan macam lompat dah tinggi.hahaha


Sis Melompat Gembira :)


Wednesday, December 9, 2015

Tak terjangkau

Tak terjangkau

Hati diam
Mulut membisu
Akal membeku
Mata terpana
Penyaksian jiwa tak terjangkau





25.11.2015
Brunei

Monday, December 7, 2015

TRIP_PULAU LANGKAWI

Escape Vacation/ Stress release.

Escape ni biasa buat. setahun mahu 2 -3 kali gak la buat escape travel ni. Biasanya driving distance. Kali ni paling jauh la. Escape partner kali ni pun bertambah. kalau dulu, lone ranger ataupun berdua je. This time bertiga+ 1 . Partner escape kali ni, Husni, Load and Bazilah (adik husni). Kebetulan cuti sekolah, terus amek dak Bazilah ni sekali balik K.L.

8 Jam driving Segamat- Kuala Perlis. Jalan clear, tapi sakit mata jugak la bila flash AES tu menyambar. Aduhai. Kiteorng gerak malam. Nak mengarang pun malas, basically, perjalanan seperti dibawah :

 DAY 1
2230 : Bergerak dari Segamat
0730 : Sampai kat Kuala Perlis (1 stop at Tapah)
         : Sarapan Laksa Kola Peghelih
0830 : Feri ke Pulau Langkawi
0930 : Amek Kereta sewa, check, lena
petang (?): amek Bazilah, gerak g 3d art muzeum (kagum bak ang)





malam (?) : merayau pantai chenang, cari pakej island hoping dan sky trek
                 : diner, balik, lena
DAY 2
0700 : keluar rumah, sarapan kat pasar
         : ke Pantai Chenang, ready for island hoping
           -->Tasik Dayang Bunting -->Eagle Feeding -->Pulau Beras Basah
         : Lunch
         : Sky Trek (eagle Challenge) Lama tak buat keje ni
         : Rest
         : Malam : HIG time!
DAY 3
1000 : Check out 
         : Ke pusat Gamat, makam Mahsuri and Dataran Lang
         : Jeti and berlayar
         : Ke Pulau Pinang la pula.
Add caption
         : Dinner Food Hunting @ Padang Kota Lama
         : Check In Backpacker hotel tempat ramai pondan. hahahahaha

DAY 4 : 
0900 : cHECK OUT 
         : Ke Bukit Bendera pula ye
         :  Food Hunting -->Nasi Kandar Line Clear (Tapi salah kedai)
         : Gerak balik ke pangkal Jalan
So, 1st time escape gue yang penuh dengan aktiviti. 



Partner in Crime

Kos perjalanan : Petrol + Tol, (RM 370.00), Homestay dan Sewa kereta Langkawi (RM 420.00) Sky Trek (RM 55.00/pax), Island Hoping (RM 35.00/pax), Makam Mahsuri (RM 10.00/pax), 3D art Museum (RM 30.00/pax), feri (RM 36.00/pax)














Sunday, December 6, 2015

7th ASEAN SCHOOL GAMES (ARIF)


Sebenar-benarnya, ni la sebat gue boleh bacpacking ke Brunei Darussalam.

Bukanlah jadi peawai atau atlet. Sekadar penyokong dan memberi sokongan moral pada Muhammad Arif Zulkifli, anak saudara yang mewakili Malaysia dalam acara silat seni. Niat hati nak bawa ibu dan nenek dia sekali, tapi apakan daya, keadaan tidak mengizinkan.
 Apa-apa pun, Alhamdulillah, Arif perform well masa event dia. Ada tersilap langkah sikit, sampai dia tergelincir, tapi lepas tu dapat cover.

Pendekar Arif with Mak Teh 
Habis je perform, terus menangis. Dengan muka kecewanya, kemain teresak esak kau. Maka , mak teh dia pun menggunakan ilmu dan pengalaman yang ada , berjaya menenangkan Arif. Sementara tunggu keputusan, berkali-kali gue mengkaji video dia, and dapat la detect satu kesilapan sampai boleh tergelincir.

Sedia!
Last, result diumumkan, (gue yang berdebar lebih kot), Alhamdulillah, Malaysia dapat Naib Johan dibelakang Indonesia. Yang mana memang team Indonesia tu smart habis.

Akhir sekali, TAHNIAH ARIF! Mak teh bangga. Moga perform dengan lebih baik time Kejuaraan Silat Remaja Dunia yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. In Shaa Allah, Mak Teh bawa penyokong ramai-ramai.

Habis 2015 ni, maka bermula la episod kau kena study for SPM :)


Oopss. Got You! tergelincir!




Wednesday, November 25, 2015

TRIP : BRUNEI (Solo Traveler)

Brunei Darussalam, negara jiran yang rumpunnya sama, adatnya juga tidak berbeza cuma mungkin sedikit kelainan dengan cara hidup yang diterapkan agar mereka ada identiti sendiri. Menjengah sekejap tak dapat menilai perbezaan Malaysia dan Brunei secara keseluruhannya, cume mungkin boleh dijadikan panduan dilain kali.

Part by part boleh buat panduan.1st, Brunei International Airport sangat tenang! Hahahaha. Urusan kastam, imigresen sambil lalu je. Senang sangat. Org tak ramai. Rasanye, airport BKI pun lg busy.

Then, bab transportation. Yang ni pun tak susah mana, tapi agak mahal transportation kat sini. Well, mane la tak mahalkan, RM berbanding BND. Time gue dtg ni, BND 1 = RM 3.05. Bayangkan la ye. Tapi, kalau ikut BND without convert, terasa macam murah. Air mineral 50 sen. Ade roti kosong 80sen, set nasi 4.00. Ok jela rasenya.

Accomodation, mmg agak mahal berbanding rm, dan x byk info pasal bajet hotel. Check online, gue dapat la bajet hotel yang dibayangkan macam kat Malaysia punye bajet hotel la. 2 malam dapat BND 98.00. Tp condition bilik sangat memuaskan. Luas, flat screen tv yang gue asyik on TV1 RTM, bersih, air cond. Just tak de breakfast. Mane bajet hotel prepare breakfast kan. Gue stay kat Gina Suite Kompleks 27, yang kalau tanye orang , masing2 macam confius kat mane letaknya lokasi hotel ni. Tapi, driver teksi confirm tau.  Lokasi kurang sesuai untuk mereka yang nak bersiar-siar. Sebab hotel ni terletak di antara deretan bengkel. Diceritakan oleh driver teksi, Amy, kawasan tu sebenarnya baru dibangunkan semula yang mana banggunan lama dirobohkan dan dibuat banggunan baru.

Berbalik pada trip gue, awal sampai gue menggunakan note BND yang pertama dengan 2 set Whooper BK yang kononnye 1 set nak bagi Arif, tapi last last gue makan both set. Dari airport Brunei, gue amek teksi ke Orchid Garden Hotel dulu, jenguk Arif. Memandangkan awal lagi nak check in. Lepas sembang- sembang dengan Arif, gerak dengan teksi juga ke Gina Suite. Total kos teksi hari pertama ialah BND 35.00 (jgn convert). Check in, then apa lagi, tidur la. Konon nak lelap kejap je,tapi dah malas, gue pun berterusan la berbaringan. Masa Brunei dan Malaysia sama je. Just everything awal la kat Brunei. Kul 6.00 pm dah maghrib. Gue terlelap sekali lagi pukul 7.00 pm camtu. Yang ni lawak! Gue terjaga tengok jam 10.52. Tak lengah, gue terus bersiap nak keluar , sbb nak g berjalan . Gue ade masa sampai kul 1pm je sbb game arif kul 2pm. Bergegas la hai. Dah turun lobi, mak aih.. Golap gelita. Gue dah gelak sendiri. Ku fikirkan dah pagi esoknya, rupanya hai, malam lg. Mmg lame la gue senyum sambil istighfar. Time ni gue tak tahu lagi yang belakang hotel ni banyak giler tempat lepak.

Habis tu, gue naik bilik, online and tgk TV1 lg. 25hb, awal pagi dan siap. 6.30 pagi dah keluar hotel. Destinasi target ada 3 tempat yang mana semuanya walking distance. Gue amek bas ke Bandar Seri Begawan, BND 1.00 each trip bas awam ni, berhenti kat bus stand yang mcm bus stand klang valley. Bas awam ni comel je. Dan tak ramai pun yang guna. Pengguna pun mostly foreigner yang kerja kat Brunei. Tempat pertama gue singgah Tamu Kianggeh. Kufikirkan ape benda la. Rupanya, pasar. Dan pasarnye tak menarik pun. 🤔. Then gue berjalan ke Dermaga Seri Begawan. Diseberangnya Kampung Ayer. Mmg target nak ke Kg Ayer tu. Mmg nak tengok keadaan sebenar. Jadinya, gue usha dulu bot teksi yang berdesup desup kat air yang tak berapa nak bersih tu. Mmg pro tahap gaban pilot teksi bot ni. Terbayang je accident kat dalam air tu. Gue usha sambil snap gambar, ada la sorang pilot approach. Gue pun tanya 2 3 soalan, and on deal BND 20.00 untuk pusing Kg Ayer. Nasib la pilot tu nak jawab soalan sekolah gue ni. 1st berhenti kat Galeri Kg Ayer, malangnye galeri buka jam 9.00pg. Tapi gue ambil kesempatan merayau atas jambatan yang ada. Dari jambatan batu ke jambatan kayu.

Then, pilot bawa pusing seluruh Kg Ayer sambil cerita la serba sedikit pasal kampung tu yang mana pilot tu pun penduduk Kg Ayer.  Habis tu, gigih pula gue berjalan cari Masjid Omar Ali atau lebih dikenali dengan panggilan masjid Emas. Sebelum berjalan, sempat la breakfast roti kosong 2 keping.
Masjid Omar Ali mmg cantik. Luaran dan dalaman juga. Rezeki nasib baik, penjaga masjid bagi peluang snap gambar dalam masjid yang mana tak boleh sebenarnya. Pusing keliling masjid, penjaga masjid sudi hantarkan gue ke stadium petang nanti. Bukan la free, tapi murah la sikit dari teksi. Kereta sapu la bahasanya.

Sementara nak ke jam 1.00pm, gue baik bas menuju ke The Mall, pusat membeli belah gitu. Tapi takde yang menarik pun. Ruginya gue tak explore luar The Mall tu. Rupanya sebelah sikit ade Gadong Mall tempat souvenier. Kemudian, gerak semula ke Masjid Omar untuk jumpe penjaga masjid untuk dibawa ke Stadium Hasanal Bolkiah, venue silat 7th Asean School Games.

Alhamdulillah, Arif perform well. Dapat pingat perak. Cerita ni kat tajuk lain pulak. Petang tu, balik semula ke hotel dengan teksi. Malam last ni la baru gue explore belakang hotel yang rupa-rupanya tempat makan bersepah-sepah.

26hb, dah janji yang Amy, driver taxi akn ambil jam 12.00 pm. Amy dengan baik hati hantar gue ke souvenier shop dulu, baru hantar ke airport.

Gina Suite Kompleks 27

Bus Stop : Bawah Fly over

Bas 01, Circle Line

Dermaga Sri Begawan : Depan Jeti Kg Ayer


Salah sebuah sekolah rendah di Kg Ayer


Tulisan jawi jangan dilupakan

The Mall. Sebelah ni ada Gadong Mall

The Signage


Masjid Emas dari bot

Tamu = Pasar

Maka itulah dia stay 3 hari 2 malam kat Brunei.

Apa yang dapat disimpulkan,

1. Adat dan bahasa tak banyak beza
2. Jalanraya lengang
3. Ramai juga orang Malaysia kerja kat sini
4. Orang Brunei kebanyakannya pernah ke Malaysia
5. Tak semua orang Brunei kaya, tapi tiada peminta sedekah
6. Jenayah? Macam tak de je.
7. Bahasanya lembut sikit
8. Kurang tempat menarik 🙊
9. Orangnya sentiasa nak menolong
10. Jawi merata-rata, tapi ramai cakap gune english
11. Pemandu yang sangat berhenah. Kalau kat zebra crossing, jalan je. Confirm kereta berhenti.
12. Hon? Macam xde function je.
13. Tulisan jawi dipraktiskan. Namun mengikut kata orang tempatan, urusan kerajaan banyak menggunakan Bahasa Inggeris

Setakat ni, tu la kot.

*sempat buat writing sikit.

Sunday, July 12, 2015

Ramadhan 2015

Ramadhan 2015 hampir ke penghujung.
Moga kebaikanya dibawa bersama sentiasa
Moga berjumpa lagi di 2016

Berdoa dan berharap agar ahli keluarga masih dapat berjumpa, melepaskan rindu di hari gembira.

#throwback2014

Friday, March 20, 2015

Banjir 2014/2015 #Throwback story

Penghujung 2015 dan tahun baru 2015, diakhiri dengan bencana banjir melanda negara. Kawasan yang terjejas teruk, Negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Ujian untuk negeri di Pantai Timur. Ujian yang dibaca merupakan amaran dari langit untuk kita semua.

Kampung Megat Segama, Temerloh Pahang , yakni kampung gue tak terlepas dek bencana bah kali ni. Kali terakhir air banjir sampai rumah tahun 2007. 2010 saya merasa banjir tika di Segamat. Tapi kedua-dua bah itu, tidaklah seteruk mana. 2007 air sekadar 3 kaki dalam rumah. 2010 di Segamat, air lalu je dalam rumah anggaran 2 kaki dalam rumah. Banjir 2014/2015 memang menguji mangsa banjir yang terlibat. 

24 Disember 2015, saya mulakan perjalanan alik kampung jam 9.00 malam lebih kurang. Asalnya bercadang nak balik esoknya, tapi hati kuat meminta balik segera!. Info dari rakan-rakan menyatakan air dah mula memanjat jalan dibeberapa kawasan sepanjang perjalanan Segamat-Temerloh. Dengan lafaz Bismillah, start kereta dan gerak. 4 Kali meredah air Sungai Pahang yang bah atas jalanraya, dan 1 kali terpaksa naik tow truck dengan bayaran RM 70.00/100meter ($$$$), Alhamdulillah, selamat sampai. 

Pada masa tu, air Sungai Semantan kat kampung jauh lagi. Meskpun dah mula melimpah dikawasan yang rendah, tetapi semua orang kampung bertahan. Masih terlalu awal untuk bertindak. Keksokannya, 25 Disember, air mula naik deras. Akhir sekali, kami semua berpindah ke SK Mentakab Jaya. Mak, Long, Farah, Khadijah dan Hanny ditumpangkan kat rumah mokde. Layan gambor jela.. Cerita banyak pun penat nak menaip hehehe .

CiDeBab Meredah air dengan Tow Truck

Air 'jauh' lagi. Tapi, air naik laju 


Bakor ajelah semuanya.

Tanda Gelap tu, aras air maksimum
Lumpur sana sini
YB buat rondaan.

YB buat rondaan sampai bandar

Air dari arah depan rumah

Seronok lagi la nak main air. 

Mampu pandang je. Kain kat ampai pun lum angkat lagi ni.

Dah start risau. haha

Banjir lain cerita, makan mesti diutamakan

On The phone. Tanpa sedar, air dah naik sampai buku lali.


Menu orang banjir

tolong la apa yang boleh 

Team memasak

Muka kasi senyum, kak

Tumpang beradu

Bantuan 

Agihan  bantuan

YB sebenar


Adik-adik

Team misi bantuan

Sukarelawan Darul Ta'zim

SPM 2015. All The best

Antara yang datang menghantar sumbangan

Nota belajar!

Sentimental :(